PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Raja-Raja 17:15, 16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Maka balu itu melakukan apa yang disuruh oleh Elia. Balu itu dan keluarganya serta Elia mempunyai makanan yang cukup untuk berhari-hari lamanya.+ 16 Tepung di dalam bekas yang besar itu tidak habis, dan minyak di dalam bekas kecil itu juga tidak habis. Semuanya berlaku menurut apa yang difirmankan oleh Yehuwa menerusi Elia.

  • 1 Raja-Raja 17:22
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 22 Yehuwa mendengarkan permintaan Elia+ lalu nyawa anak itu kembali ke dalam tubuhnya, dan anak itu hidup semula.+

  • 1 Raja-Raja 17:24
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 24 Maka balu itu berkata kepada Elia, “Sekarang barulah aku yakin bahawa tuan sememangnya hamba Tuhan,+ dan firman Yehuwa yang tuan ucapkan itu memang benar.”

  • 1 Raja-Raja 18:36
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 36 Pada waktu petang, iaitu kira-kira waktu mempersembahkan korban bijirin,+ Elia mendekati mazbah itu lalu berkata, “Ya Yehuwa, Tuhan kepada Abraham,+ Ishak,+ dan Israel. Hari ini, biarlah semua orang tahu bahawa Engkaulah Tuhan orang Israel dan akulah hamba-Mu yang melakukan semua ini menurut perintah-Mu.+

  • 1 Raja-Raja 18:38
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 38 Pada masa itu, api daripada Yehuwa turun lalu membakar kayu-kayu, batu-batu, tanah di sekeliling mazbah, dan korban bakar.+ Air yang ada di dalam parit itu habis dijilat api.+

  • 1 Raja-Raja 18:46
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 46 Pada masa itu, Elia mendapat kekuatan daripada Yehuwa. Dia mengikat jubahnya pada pinggang dan berlari mendahului Raja Ahab sepanjang jalan sampai ke Yizreel.

  • 2 Raja-Raja 2:8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 8 Kemudian Elia mengambil jubahnya,*+ menggulungnya lalu memukul air sungai dengannya. Air sungai terbelah dua dan mereka menyeberangi sungai di atas tanah yang kering.+

  • 2 Raja-Raja 2:11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Mereka terus berbual-bual sambil berjalan. Tiba-tiba sebuah kereta kuda berapi yang ditarik oleh kuda-kuda berapi+ memisahkan mereka berdua lalu Elia diangkat ke langit dengan angin ribut.+

  • Lukas 1:17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 17 Dia juga akan berjalan di hadapan-Nya dengan semangat dan kuasa seperti Elia.+ Dia akan mengubah hati bapa menjadi seperti hati anak*+ dan mengubah orang yang derhaka agar mereka menerima kebijaksanaan orang yang melakukan apa yang benar. Dengan ini, dia akan mengumpulkan suatu umat yang sudah bersiap sedia untuk Yehuwa.”*+

  • Yohanes 1:19
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 19 Inilah kesaksian Yohanes semasa orang Yahudi mengutus imam-imam dan orang Lewi dari Yerusalem untuk bertanya kepadanya, “Siapakah kamu?”+

  • Yohanes 1:21
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 21 Maka mereka bertanya, “Kalau begitu, siapakah kamu? Adakah kamu Elia?”+ Dia menjawab, “Bukan.” “Adakah kamu Nabi itu?”+ Dia menjawab, “Bukan!”

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi