PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Raja-Raja 7:51
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 51 Apabila semua kerja yang dilakukan oleh Raja Salomo bagi Rumah Yehuwa selesai, dia menyimpan semua barangan yang telah disucikan oleh bapanya+ Daud. Dia memasukkan perak, emas, dan semua perkakas ke dalam tempat penyimpanan harta di Rumah Yehuwa.+

  • 1 Raja-Raja 14:25, 26
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 25 Pada tahun kelima pemerintahan Raja Rehabeam, Raja Sisak+ dari Mesir menyerang Yerusalem.+ 26 Dia mengambil harta dari Rumah Yehuwa dan istana raja.+ Dia mengambil semuanya, termasuk perisai-perisai emas yang dibuat oleh Salomo.+

  • 1 Tawarikh 9:26
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 26 Ada empat orang Lewi yang ditugaskan untuk menjadi ketua pengawal pintu.* Mereka dapat dipercayai, dan ditugaskan untuk menjaga bilik-bilik* dan tempat penyimpanan harta di rumah Tuhan yang benar.+

  • 1 Tawarikh 18:10, 11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 Oleh itu, dia segera mengutus anaknya Hadoram untuk memberikan salam kepada Daud dan mengucapkan tahniah kerana Daud telah menyerang Hadadezer dan mengalahkannya. (Dahulu Hadadezer selalu berperang dengan Tou.) Selain itu, Hadoram membawa barangan emas, perak, dan tembaga untuk Daud. 11 Raja Daud mentahbiskan semua hadiah itu dan mempersembahkannya kepada Yehuwa.+ Dia juga berbuat demikian dengan perak dan emas yang diambilnya daripada bangsa Edom, Moab, Ammon,+ Filistin,+ dan Amalek.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi