PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Imamat 26:34
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 34 “‘Pada masa itu, sementara kamu berada dalam pembuangan di negeri musuh, negeri kamu akan menjadi terlantar dan dibiarkan berehat. Hal ini demikian kerana tanah kamu tidak dibiarkan berehat dan tetap diusahakan pada tahun Sabat.+

  • 1 Raja-Raja 8:46-50
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 46 “Jika mereka berdosa terhadap-Mu (kerana tiada sesiapa pun yang tidak berdosa),+ dan Engkau murka lalu membiarkan mereka dikalahkan, ditawan oleh musuh, dan dibawa ke negeri yang jauh ataupun dekat,+ 47 tetapi jika mereka sedar dan berpaling kepada-Mu+ semasa menjadi tawanan di negeri musuh,+ lalu mereka merayu kepada-Mu dan berkata, ‘Kami telah berdosa dan berbuat salah. Kami telah berbuat jahat,’+ 48 dan mereka kembali kepada-Mu dengan sepenuh hati+ dan jiwa, serta berdoa sambil menghadap tanah yang Engkau berikan kepada nenek moyang mereka, kota yang telah Engkau pilih, dan rumah yang telah aku bina untuk nama-Mu,+ 49 dengarlah doa dan permohonan mereka dari tempat kediaman-Mu di syurga.+ Pastikanlah mereka diperlakukan dengan adil 50 dan ampunilah umat-Mu yang telah berdosa terhadap-Mu. Maafkanlah segala kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka terhadap-Mu. Buatlah musuh mereka mengasihani mereka. Ya, umat-Mu akan mendapat belas kasihan+

  • Daniel 9:7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 7 Ya Yehuwa, Engkau selalu berbuat baik, tetapi kami selalu mendatangkan malu kepada diri sendiri, seperti pada hari ini. Demikian juga semua orang Yehuda, penduduk Yerusalem, dan semua orang Israel yang Engkau cerai-beraikan ke negeri-negeri lain, baik yang dekat mahupun yang jauh, kerana mereka tidak setia kepada-Mu.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi