PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ulangan 28:15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 “Tetapi jika kamu enggan mentaati Yehuwa, Tuhan kamu, dan enggan mematuhi semua hukum dan perintah-Nya yang aku sampaikan kepada kamu pada hari ini, Dia akan menimpakan semua kutukan yang dahsyat ini kepada kamu:+

  • Ulangan 28:36
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 36 Yehuwa akan mengusir kamu dan raja yang kamu lantik ke negeri asing, iaitu ke negeri yang tidak kamu atau nenek moyang kamu ketahui.+ Di situ kamu terpaksa menyembah tuhan-tuhan lain yang dibuat daripada kayu dan batu.+

  • 2 Raja-Raja 17:6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 Pada tahun kesembilan pemerintahan Hoshea, raja Assyria menawan Samaria.+ Selepas itu, raja Assyria membawa orang Israel ke negerinya sebagai tawanan.+ Dia menyuruh mereka tinggal di Halah, di Habor yang terletak dekat Sungai Gozan,+ dan di kota-kota orang Media.+

  • 2 Raja-Raja 25:21
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 21 Raja Babilon membunuh mereka semua. Mereka dihukum mati di Ribla yang terletak di tanah Hamat.+ Demikianlah orang Yehuda dibuang negeri.+

  • 2 Tawarikh 6:36-39
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 36 “Jika mereka berdosa terhadap-Mu (kerana tiada sesiapa pun yang tidak berdosa),+ dan Engkau murka lalu membiarkan mereka dikalahkan, ditawan oleh musuh, dan dibawa ke negeri yang jauh ataupun dekat,+ 37 tetapi jika mereka sedar dan berpaling kepada-Mu semasa menjadi tawanan di negeri musuh, lalu mereka merayu kepada-Mu dan berkata, ‘Kami telah berdosa dan berbuat salah. Kami telah berbuat jahat,’+ 38 dan mereka kembali kepada-Mu dengan sepenuh hati+ dan jiwa, serta berdoa sambil menghadap tanah yang Engkau berikan kepada nenek moyang mereka, kota yang telah Engkau pilih,+ dan rumah yang telah aku bina untuk nama-Mu, 39 dengarlah doa dan permohonan mereka dari tempat kediaman-Mu di syurga. Pastikanlah mereka diperlakukan dengan adil+ dan ampunilah umat-Mu yang telah berdosa terhadap-Mu.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi