PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Raja-Raja 24:12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Raja Yehoyakhin dari Yehuda bersama ibunya, para pegawainya, pemimpinnya, dan pegawai istananya+ menyerah diri kepada raja Babilon.+ Raja Babilon pun mengambil Yehoyakhin sebagai tawanan pada tahun kelapan pemerintahannya.+

  • 2 Raja-Raja 24:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Raja juga membawa semua penduduk Yerusalem, termasuk pemimpin,+ pahlawan yang gagah, tukang seni, dan tukang besi,*+ sebagai tawanan. Jumlah yang ditawannya ialah 10,000 orang. Tiada seorang pun yang ditinggalkan di negeri itu kecuali rakyat yang paling miskin.+

  • 2 Raja-Raja 25:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 25 Pada hari ke-10, bulan ke-10, tahun kesembilan pemerintahan Raja Zedekia, Raja Nebukadnezar+ dari Babilon dan seluruh angkatan tenteranya menyerang Yerusalem.+ Mereka mendirikan khemah di sekeliling kota itu dan membina tembok untuk mengepungnya.+

  • 2 Tawarikh 36:17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 17 Jadi Tuhan menghantar raja orang Kasdim+ untuk menyerang mereka dan membunuh pemuda mereka dengan pedang+ di tempat suci.+ Raja itu tidak mengasihani orang yang tua dan yang uzur serta pemuda atau gadis.+ Tuhan menyerahkan semuanya ke dalam tangan raja itu.+

  • 2 Tawarikh 36:20
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 20 Dia juga membawa semua orang yang tidak dibunuh dengan pedang+ ke Babilon sebagai tawanan. Di sana, mereka dipaksa menjadi hamba kepada dia+ dan anak-anaknya sehingga kerajaan Persia mula memerintah.+

  • Yeremia 39:9
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 9 Nebuzaradan,+ iaitu ketua pengawal istana, menawan rakyat yang masih tinggal di kota Yerusalem, orang yang telah membelot dan memihak kepadanya, dan penduduk lain yang masih hidup. Dia membawa mereka semua ke Babilon.

  • Yeremia 52:15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Nebuzaradan, ketua pengawal istana itu, menawan rakyat yang miskin, orang yang masih tinggal di kota Yerusalem, orang yang telah membelot dan memihak kepada raja Babilon, dan tukang-tukang yang mahir.+

  • Yeremia 52:28
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 28 Inilah bilangan orang yang telah dibawa oleh Nebukadnezar sebagai tawanan: Pada tahun ketujuh pemerintahannya, 3,023 orang Yahudi.+

  • Daniel 3:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Raja Nebukadnezar membuat sebuah patung emas yang tingginya kira-kira 27 meter* dan lebarnya hampir 3 meter.* Dia mendirikan patung itu di dataran Dura, di wilayah Babilon.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi