PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yeremia 25:17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 17 Aku pun mengambil cawan itu dari tangan Yehuwa lalu pergi kepada bangsa-bangsa itu kerana Yehuwa telah mengutus aku kepada mereka. Kemudian aku menyuruh mereka minum dari cawan itu.+

  • Yeremia 25:22
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 22 semua raja di Tirus, semua raja di Sidon,+ dan semua raja di pulau-pulau;

  • Yeremia 47:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  4 Akan tiba harinya apabila semua orang Filistin+ dimusnahkan.

      Ya, setiap orang Filistin yang masih hidup dan yang berpakat dengan Tirus+ dan Sidon+ akan dimusnahkan.

      Hal ini demikian kerana Yehuwa akan melenyapkan orang Filistin yang masih hidup,

      Yang telah datang dari Pulau Kaftor.*+

  • Yehezkiel 26:3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Oleh itu, Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat berfirman, ‘Hai Tirus, Aku akan menentang engkau. Aku akan membawa banyak bangsa untuk menyerang engkau. Mereka akan datang seperti ombak yang tidak henti-henti.

  • Yehezkiel 27:2
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 2 “Anak manusia, nyanyikanlah lagu ratapan bagi Tirus.+

  • Yoel 3:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  4 Hai Tirus, Sidon, dan seluruh wilayah Filistia,

      Alangkah beraninya kamu melawan Aku!

      Adakah kamu mencuba membalas dendam terhadap-Ku?

      Jika kamu berbuat demikian,

      Aku akan segera membalas kamu setimpal dengan perbuatan kamu.+

  • Amos 1:9, 10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  9 Yehuwa berfirman,

      ‘Tirus+ sudah berkali-kali memberontak dan telah menawan sekumpulan orang lalu menyerahkan mereka kepada Edom.

      Mereka tidak ingat akan perjanjian persaudaraan yang dibuat oleh mereka.

      Oleh itu, Aku tidak akan mengubah keputusan-Ku.+

      10 Aku akan mengirim api ke tembok kota Tirus,

      Dan api itu akan membakar kubu-kubunya.’+

  • Zakharia 9:3, 4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  3 Tirus telah membina kubu-kubunya.

      Perak yang dikumpulkannya begitu banyak seperti debu,

      Dan emas yang disimpannya banyak bagaikan tanah di jalan.+

       4 Aku, Yehuwa, akan merampas harta milik Tirus;

      Tenteranya pula akan dikalahkan dan dihumban ke dalam laut.*+

      Kota itu akan musnah dijilat api.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi