PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yeremia 14:13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Aku pun berkata, “Ya Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, para nabi berkata kepada mereka, ‘Kamu tidak akan nampak pedang. Kebuluran tidak akan menimpa kamu. Tuhan akan mengurniakan kedamaian yang sejati kepada kamu di negeri ini.’”+

  • Yeremia 23:16, 17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 16 Inilah firman Yehuwa, ketua angkatan syurga:

      “Janganlah dengar nubuat yang disampaikan oleh para nabi itu.

      Mereka sedang menipu kamu.*+

      Penglihatan yang disampaikan oleh mereka berasal daripada rekaan hati mereka,+

      Dan bukannya daripada mulut Yehuwa.+

      17 Mereka berkali-kali memberitahu orang yang tidak menghormati Aku,

      ‘Yehuwa telah berfirman, “Kamu akan hidup aman.”’+

      Mereka juga berkata kepada setiap orang yang bertindak mengikut hatinya yang degil,

      ‘Kamu tidak akan ditimpa malapetaka.’+

  • Yeremia 27:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Janganlah dengar para nabi yang berkata, ‘Kamu tidak akan menjadi hamba raja Babilon,’+ kerana mereka menyampaikan nubuat palsu.+

  • Yeremia 28:1, 2
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 28 Pada tahun yang sama, pada awal pemerintahan Raja Zedekia+ dari Yehuda, iaitu pada bulan kelima tahun keempat, Nabi Hanania anak Azur dari Gibeon+ bercakap kepada Yeremia di Rumah Yehuwa, di hadapan para imam dan semua rakyat. Hanania berkata, 2 “Inilah firman Yehuwa, ketua angkatan syurga, Tuhan orang Israel: ‘Aku akan mematahkan kuk raja Babilon.+

  • Ratapan 2:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Penglihatan yang disampaikan para nabimu itu palsu dan tidak berguna.+

      Mereka tidak mencegah engkau daripada ditawan, kerana mereka tidak menyatakan kesalahanmu.+

      Sebaliknya, mereka asyik menyampaikan penglihatan yang palsu dan menyesatkan.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi