PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Raja-Raja 25:8-10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 8 Pada hari ketujuh, bulan kelima, tahun ke-19 pemerintahan Raja Nebukadnezar dari Babilon, seorang pegawainya yang bernama Nebuzaradan,+ iaitu ketua pengawal istana, datang ke Yerusalem.+ 9 Nebuzaradan membakar Rumah Yehuwa,+ istana,+ dan semua rumah di Yerusalem.+ Dia juga membakar rumah setiap orang yang terkemuka di kota itu.+ 10 Tembok yang mengelilingi Yerusalem dirobohkan oleh seluruh angkatan tentera Kasdim yang ada bersama ketua pengawal istana itu.+

  • 2 Tawarikh 34:24, 25
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 24 “Inilah firman Yehuwa, ‘Aku akan mendatangkan malapetaka atas tempat ini dan penduduknya+ sesuai dengan semua kutukan yang tertulis dalam kitab+ yang telah dibaca di hadapan raja Yehuda. 25 Mereka telah meninggalkan Aku+ dan mempersembahkan korban* kepada tuhan-tuhan lain. Segala perbuatan mereka telah membangkitkan kemurkaan-Ku.+ Maka Aku murka terhadap tempat ini, dan api kemurkaan-Ku tidak akan reda.’”+

  • 2 Tawarikh 36:16, 17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 16 Tetapi mereka tidak henti-henti mentertawakan utusan Tuhan yang benar.+ Mereka memandang remeh firman-Nya+ dan menghina nabi-nabi-Nya.+ Oleh itu, Yehuwa murka terhadap mereka+ sehingga mereka tidak dapat diselamatkan* lagi.

      17 Jadi Tuhan menghantar raja orang Kasdim+ untuk menyerang mereka dan membunuh pemuda mereka dengan pedang+ di tempat suci.+ Raja itu tidak mengasihani orang yang tua dan yang uzur serta pemuda atau gadis.+ Tuhan menyerahkan semuanya ke dalam tangan raja itu.+

  • Ratapan 2:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  4 Dia seperti musuh yang melengkungkan busur; seperti lawan, Dia mempersiapkan tangan kanan-Nya untuk menyerang.+

      Sesiapa sahaja yang dianggap penting dibunuh oleh-Nya,+

      Dan kemurkaan-Nya yang bernyala-nyala+ dicurahkan ke atas khemah Sion.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi