PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ulangan 30:1-3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 30 “Apabila Yehuwa, Tuhan kamu, mencerai-beraikan kamu dalam kalangan bangsa-bangsa lain,+ dan semua berkat dan kutukan yang aku sebutkan+ menjadi kenyataan terhadap kamu, lalu kamu teringat akan semua itu,+ 2 dan kamu serta keturunan kamu kembali kepada Yehuwa+ dengan sepenuh hati dan sepenuh jiwa, dan mematuhi semua perintah-Nya yang aku sampaikan kepada kamu pada hari ini,+ 3 Yehuwa akan berbelas kasihan terhadap kamu.+ Yehuwa, Tuhan kamu, akan membawa kamu pulang daripada pembuangan+ dan Dia akan mengumpulkan kamu semula dari negeri-negeri tempat Dia mencerai-beraikan kamu.+

  • Yeremia 3:18
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 18 “Pada waktu itu, bangsa Yehuda dan bangsa Israel akan bersatu padu.+ Mereka akan datang bersama-sama dari tanah di utara dan kembali ke tanah yang telah Aku berikan kepada nenek moyang mereka sebagai warisan.+

  • Yeremia 24:6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 Aku akan memerhatikan mereka, menjaga mereka, dan membawa mereka kembali ke negeri ini.+ Aku akan membangun dan bukannya meruntuhkan mereka. Aku akan menanam dan bukannya mencabut mereka.+

  • Yeremia 30:3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 kerana “masanya akan tiba,” firman Yehuwa, “apabila Aku akan mengumpulkan umat-Ku, iaitu bangsa Israel dan Yehuda, yang telah ditawan,”+ firman Yehuwa, “dan Aku akan membawa mereka pulang ke negeri yang telah Aku berikan kepada nenek moyang mereka. Mereka akan memiliki negeri itu semula.”’”+

  • Yeremia 32:37
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 37 ‘Aku akan mengumpulkan mereka dari negeri-negeri tempat Aku mencerai-beraikan mereka. Biarpun Aku marah, berang, dan sangat murka terhadap mereka,+ Aku masih akan membawa mereka pulang ke tempat ini dan membiarkan mereka hidup dengan aman.+

  • Amos 9:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Aku akan mengumpulkan semula umat-Ku* yang ditawan,+

      Dan mereka akan membina semula kota-kota yang sudah runtuh lalu mendudukinya.+

      Mereka akan menanam pokok anggur dan meminum wainnya,+

      Dan mereka juga akan membuat kebun dan memakan hasilnya.’+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi