PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yesaya 54:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  4 Janganlah takut,+ kerana engkau tidak akan dimalukan;+

      Janganlah berasa hina, kerana engkau tidak akan dikecewakan.

      Engkau akan melupakan rasa malu yang engkau alami pada waktu muda,

      Dan engkau tidak akan mengingati rasa aib yang engkau tanggung semasa engkau menjadi balu.”

  • Yesaya 60:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Anak-anak penindasmu akan datang untuk bersujud di hadapanmu;

      Semua orang yang menghinamu akan bersujud di kakimu.

      Mereka akan memanggil engkau kota Yehuwa,

      Sion milik Tuhan Israel Yang Suci.+

  • Mikha 7:8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  8 Hai musuhku, janganlah bersukacita kerana aku ditimpa musibah.

      Meskipun aku telah jatuh, aku akan bangkit semula.

      Meskipun aku diselubungi kegelapan, Yehuwa akan menjadi cahayaku.

  • Zefanya 2:8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  8 “Aku sudah mendengar cemuhan orang Moab+ dan celaan orang Ammon.+

      Mereka telah mengejek umat-Ku dan bercakap besar bahawa mereka akan merampas tanah umat-Ku.+

  • Zefanya 3:19
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 19 Pada masa itu, Aku akan menghukum semua orang yang menindasmu.+

      Aku akan menyelamatkan orang yang tempang,+

      Dan mengumpulkan mereka yang tercerai-berai.+

      Aku akan menyebabkan mereka dipuji dan disanjung

      Di tempat-tempat mereka pernah dimalukan dahulu.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi