PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Mazmur 80:14-16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Ya Tuhan, ketua angkatan syurga, tolonglah kembali.

      Pandanglah dari syurga dan lihatlah ke bawah!

      Jagalah pokok anggur itu,+

      15 Tunas pokok* yang telah Engkau tanam dengan tangan kanan-Mu,+

      Dan lihatlah anak lelaki* yang telah Engkau jadikan kuat untuk diri-Mu.+

      16 Pokok anggur itu dibakar dengan api+ dan ditebang.

      Umat itu binasa kerana teguran-Mu.

  • Yesaya 5:24
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 24 Oleh itu, sebagaimana jerami dijilat api

      Dan rumput kering lenyap dalam nyala api,

      Demikian juga, akar mereka akan reput,

      Dan bunga mereka akan layu lalu berterbangan seperti debu,

      Kerana mereka telah menolak hukum* Yehuwa, ketua angkatan syurga,

      Dan menghina firman Tuhan Israel Yang Suci.+

  • Yeremia 7:20
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 20 Maka inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Lihatlah! Aku akan melampiaskan kemarahan-Ku dan kemurkaan-Ku terhadap tempat ini,+ terhadap manusia dan binatang, dan juga terhadap pokok di padang dan hasil tanah. Kemarahan-Ku membara seperti api yang tidak dapat dipadamkan.’+

  • Yehezkiel 20:47
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 47 Katakanlah kepada hutan itu, ‘Dengarlah firman Yehuwa. Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Aku akan menyalakan api yang akan membakar setiap pokok di dalammu,+ baik pokok yang hijau mahupun pokok yang kering. Api yang membara ini tidak akan dipadamkan,+ dan semua orang dari selatan sampai ke utara akan merasai bahang api itu.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi