PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Kejadian 25:30
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 30 maka dia berkata kepada Yakub, “Cepat! Berilah aku sedikit bubur kacang merah itu. Aku penat dan sangat lapar!” Itulah sebabnya namanya disebut Edom.*+

  • Yesaya 34:5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  5 “Pedang-Ku akan dibasahi darah di langit;+

      Aku akan melaksanakan penghakiman-Ku terhadap Edom.+

      Pedang-Ku akan menimpa bangsa itu, kerana Aku telah memutuskan untuk membinasakan mereka.

  • Yehezkiel 25:12, 13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Edom telah membalas dendam terhadap bangsa Yehuda, dan perbuatan mereka itu ialah dosa yang besar.+ 13 Oleh itu, Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, berfirman, “Aku juga akan menghulurkan tangan-Ku untuk memusnahkan Edom. Aku akan membunuh orang Edom dan ternakan mereka, supaya negeri mereka menjadi gersang.+ Penduduk mereka dari Teman sampai ke Dedan akan dibunuh dengan pedang.+

  • Amos 1:11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Yehuwa berfirman,

      ‘Edom+ sudah berkali-kali memberontak.

      Mereka mengambil pedang lalu memburu saudara mereka sendiri,+

      Dan dengan penuh kemarahan mereka mencabik-cabik saudara mereka.

      Mereka enggan berbelas kasihan dan terus-menerus berdendam terhadap saudara mereka.+

      Oleh itu, Aku tidak akan mengubah keputusan-Ku.

  • Obaja 1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 1 Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, telah memberikan suatu penglihatan tentang Edom+ kepada Obaja.*

      Obaja berkata,

      “Kita telah mendengar berita daripada Yehuwa;

      Seorang utusan telah dihantar kepada bangsa-bangsa. Utusan itu berkata,

      ‘Bangkitlah! Marilah kita bersiap untuk berperang melawan Edom.’”+

  • Maleakhi 1:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 “Orang Edom* berkata, ‘Kota kami telah dihancurkan, tetapi kami akan kembali dan membinanya semula.’ Namun, Yehuwa, ketua angkatan syurga, berfirman, ‘Mereka akan membinanya semula, tetapi Aku akan merobohkannya lagi. Mereka akan dipanggil “negeri kejahatan” dan “orang yang dikutuk oleh Yehuwa selama-lamanya.”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi