PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ulangan 30:3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Yehuwa akan berbelas kasihan terhadap kamu.+ Yehuwa, Tuhan kamu, akan membawa kamu pulang daripada pembuangan+ dan Dia akan mengumpulkan kamu semula dari negeri-negeri tempat Dia mencerai-beraikan kamu.+

  • Yeremia 30:3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 kerana “masanya akan tiba,” firman Yehuwa, “apabila Aku akan mengumpulkan umat-Ku, iaitu bangsa Israel dan Yehuda, yang telah ditawan,”+ firman Yehuwa, “dan Aku akan membawa mereka pulang ke negeri yang telah Aku berikan kepada nenek moyang mereka. Mereka akan memiliki negeri itu semula.”’”+

  • Yehezkiel 39:28
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 28 “‘Mereka pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa, Tuhan mereka, apabila Aku membiarkan mereka ditawan oleh bangsa-bangsa, dan apabila Aku membawa mereka pulang ke negeri mereka tanpa meninggalkan seorang pun di negeri pembuangan.+

  • Amos 9:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Aku akan mengumpulkan semula umat-Ku* yang ditawan,+

      Dan mereka akan membina semula kota-kota yang sudah runtuh lalu mendudukinya.+

      Mereka akan menanam pokok anggur dan meminum wainnya,+

      Dan mereka juga akan membuat kebun dan memakan hasilnya.’+

  • Zefanya 3:20
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 20 Pada masa itu, Aku akan mengumpulkan pendudukmu

      Dan membawa mereka pulang.

      Engkau akan melihat Aku membawa pulang pendudukmu yang ditawan.

      Pada masa itu, Aku akan membuat semua penduduk bumi memuji+ dan menyanjungmu.” Demikianlah firman Yehuwa.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi