-
Yeremia 48:29, 30Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
29 “Kami telah mendengar tentang kesombongan Moab; dia angkuh sekali.
Kami mendengar bahawa dia bongkak, sombong, angkuh, dan tinggi hati.”+
30 “‘Aku tahu bahawa dia cepat marah,’ firman Yehuwa,
‘Namun cakap besarnya kosong belaka.
Mereka tidak akan bertindak.
-
-
Yehezkiel 25:8, 9Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
8 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Kerana orang Moab+ dan Seir+ telah berkata, “Lihatlah! Bangsa Yehuda sama seperti bangsa-bangsa yang lain,” 9 Aku akan membiarkan musuh menyerang kota-kota di sempadan* Moab, termasuk kota-kota yang terbaik, iaitu Bet-yesimot, Baal-meon, dan bahkan Kiryataim.+
-