PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Mazmur 75:8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  8 Ada sebuah cawan di dalam tangan Yehuwa yang penuh dengan wain;+

      Wain di dalam cawan itu sudah berbuih dan rempah-ratus dicampurkan ke dalamnya.

      Dia pasti akan menuangkan wain itu bersama endapannya,

      Dan semua orang jahat di bumi akan meminumnya sehingga habis.”+

  • Yesaya 51:22, 23
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 22 Demikianlah firman Tuanmu Yehuwa, Tuhan yang membela umat-Nya:

      “Lihatlah! Cawan yang menyebabkan orang terhuyung-hayang,+ iaitu cawan kemurkaan-Ku,

      Akan Aku ambil daripada tanganmu.

      Engkau tidak akan minum daripada bekas itu lagi.+

      23 Aku akan meletakkan cawan itu di dalam tangan orang yang menindasmu,+

      Iaitu orang yang berkata kepadamu, ‘Sujudlah supaya kami dapat berjalan di atasmu!’

      Ketika itu, belakangmu menjadi seperti tanah,

      Seperti jalan yang diinjak-injak mereka.”

  • Yeremia 25:28
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 28 Jika mereka tidak mahu mengambil cawan itu dari tanganmu dan meminumnya, katakanlah kepada mereka, ‘Inilah firman Yehuwa, ketua angkatan syurga: “Kamu mesti minum!

  • Yeremia 51:57
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 57 Aku akan membuat para pemimpin dan orang bijaksana mabuk,+

      Termasuk para gabenor, pembesar, dan pahlawannya.

      Mereka semua akan tidur buat selama-lamanya,

      Dan mereka tidak akan bangun lagi,”+ firman Raja yang bernama Yehuwa, ketua angkatan syurga.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi