-
Markus 3:1-6Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 Sekali lagi dia masuk ke dalam rumah ibadat. Di sana terdapat seorang lelaki yang sebelah tangannya lumpuh.+ 2 Orang Farisi memperhatikan Yesus dengan teliti untuk melihat sama ada dia akan menyembuhkan lelaki itu pada hari Sabat atau tidak. Mereka berbuat demikian kerana ingin mencari alasan untuk menuduhnya. 3 Yesus berkata kepada lelaki yang sebelah tangannya lumpuh itu, “Bangunlah dan berdirilah di tengah.” 4 Kemudian dia bertanya kepada mereka, “Apakah yang wajar kita lakukan pada hari Sabat? Hal yang baik atau jahat, membunuh atau menyelamatkan nyawa?”+ Tetapi mereka membisu sahaja. 5 Yesus marah semasa memandang mereka. Dia berasa sangat sedih kerana hati mereka tidak peka.+ Kemudian dia berkata kepada lelaki itu, “Hulurkanlah tanganmu.” Lelaki itu menghulurkan tangannya lalu tangannya pun sembuh. 6 Maka orang Farisi keluar dan segera berkomplot dengan pengikut-pengikut Herodes+ untuk membunuh Yesus.
-
-
Lukas 6:6-11Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
6 Pada hari Sabat yang lain,+ dia pergi mengajar di rumah ibadat. Di sana terdapat seorang lelaki yang tangan kanannya lumpuh.+ 7 Para jurutulis hukum dan orang Farisi memperhatikan Yesus dengan teliti untuk melihat sama ada dia akan menyembuhkan orang pada hari Sabat atau tidak. Mereka berbuat demikian kerana ingin mencari alasan untuk menuduhnya. 8 Yesus mengetahui apa yang difikirkan mereka.+ Jadi dia berkata kepada lelaki yang sebelah tangannya lumpuh itu, “Bangunlah dan berdirilah di tengah.” Maka lelaki itu bangun lalu berdiri di situ. 9 Kemudian Yesus berkata kepada mereka, “Aku hendak tanya kamu semua: Apakah yang wajar kita lakukan pada hari Sabat? Hal yang baik atau jahat, membunuh atau menyelamatkan nyawa?”+ 10 Dia memandang mereka semua lalu berkata kepada lelaki itu, “Hulurkanlah tanganmu.” Lelaki itu menghulurkan tangannya dan tangannya pun sembuh. 11 Tetapi mereka naik berang dan mula berbincang sesama sendiri tentang apa yang hendak dilakukan terhadap Yesus.
-