PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Matius 12:9-14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 9 Selepas bertolak dari sana, dia memasuki sebuah rumah ibadat. 10 Di situ ada seorang lelaki yang sebelah tangannya lumpuh.+ Jadi beberapa orang bertanya kepada Yesus, “Salahkah untuk menyembuhkan orang pada hari Sabat?” Sebenarnya, mereka sedang mencari alasan untuk menuduh Yesus.+ 11 Yesus menjawab, “Andai kata kamu mempunyai seekor biri-biri, tetapi biri-biri itu jatuh ke dalam sebuah lubang pada hari Sabat, tidakkah kamu akan menarik biri-biri tersebut keluar daripada lubang itu?+ 12 Sudah tentu manusia jauh lebih berharga daripada biri-biri! Jadi berbuat baik pada hari Sabat tidak melanggar hukum.” 13 Kemudian Yesus berkata kepada lelaki yang sebelah tangannya lumpuh itu, “Hulurkanlah tanganmu.” Dia menghulurkan tangannya dan tangannya pun sembuh. 14 Tetapi orang Farisi keluar dari situ dan mula berpakat untuk membunuh Yesus.

  • Markus 3:1-6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Sekali lagi dia masuk ke dalam rumah ibadat. Di sana terdapat seorang lelaki yang sebelah tangannya lumpuh.+ 2 Orang Farisi memperhatikan Yesus dengan teliti untuk melihat sama ada dia akan menyembuhkan lelaki itu pada hari Sabat atau tidak. Mereka berbuat demikian kerana ingin mencari alasan untuk menuduhnya. 3 Yesus berkata kepada lelaki yang sebelah tangannya lumpuh itu, “Bangunlah dan berdirilah di tengah.” 4 Kemudian dia bertanya kepada mereka, “Apakah yang wajar kita lakukan pada hari Sabat? Hal yang baik atau jahat, membunuh atau menyelamatkan nyawa?”+ Tetapi mereka membisu sahaja. 5 Yesus marah semasa memandang mereka. Dia berasa sangat sedih kerana hati mereka tidak peka.+ Kemudian dia berkata kepada lelaki itu, “Hulurkanlah tanganmu.” Lelaki itu menghulurkan tangannya lalu tangannya pun sembuh. 6 Maka orang Farisi keluar dan segera berkomplot dengan pengikut-pengikut Herodes+ untuk membunuh Yesus.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi