PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Markus 3:22-27
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 22 Tambahan lagi, para jurutulis hukum yang datang dari Yerusalem berkata, “Dia dirasuk Beelzebub* dan dia mengusir roh jahat kerana mendapat kuasa daripada ketua roh-roh jahat.”+ 23 Oleh itu, Yesus memanggil mereka kepadanya dan menceritakan beberapa buah perumpamaan. Dia berkata, “Bagaimanakah Syaitan dapat mengusir Syaitan? 24 Jika sebuah kerajaan berpecah belah dan saling bermusuhan, kerajaan itu tidak akan bertahan lama,+ 25 dan jika sebuah keluarga berpecah belah dan saling bermusuhan, keluarga itu tidak akan bertahan lama. 26 Tambahan lagi, jika Syaitan bangkit dan melawan dirinya sendiri dan jika pengikut-pengikutnya berpecah belah, dia tidak akan bertahan lama dan akan lenyap. 27 Pada hakikatnya, tiada orang yang masuk ke dalam rumah seorang lelaki yang kuat dapat mencuri barang-barangnya, kecuali dia mengikat orang kuat itu terlebih dahulu. Selepas itu, barulah dia dapat merampas barang-barang di dalam rumahnya.

  • Lukas 11:15-23
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 tetapi ada dalam kalangan mereka yang berkata, “Dia mengusir roh jahat kerana mendapat kuasa daripada Beelzebub,* iaitu ketua roh-roh jahat.”+ 16 Yang lain pula ingin mengujinya dengan memintanya agar menunjukkan tanda+ dari syurga. 17 Yesus mengetahui apa yang difikirkan oleh mereka,+ maka dia berkata, “Setiap kerajaan yang berpecah belah dan saling bermusuhan akan musnah. Setiap keluarga yang berpecah belah dan saling bermusuhan akan roboh. 18 Dengan cara yang sama, jika Syaitan melawan dirinya sendiri, bagaimanakah kerajaannya dapat bertahan? Kamu berkata bahawa aku mengusir roh jahat kerana mendapat kuasa daripada Beelzebub. 19 Jika aku mengusir roh jahat dengan kuasa daripada Beelzebub, murid-muridmu pula mengusir roh jahat dengan kuasa daripada siapa? Itulah sebabnya murid-muridmu akan membuktikan bahawa kamu bersalah. 20 Tetapi jika kuasa suci Tuhanlah*+ yang membolehkan aku mengusir roh-roh jahat, hal ini bermaksud Kerajaan Tuhan sudah ada di sini namun kamu tidak menyedarinya.+ 21 Apabila seorang lelaki yang kuat dan bersenjata lengkap menjaga rumahnya, harta miliknya selamat. 22 Tetapi apabila seseorang yang lebih kuat daripadanya menyerang dan mengalahkannya, senjata-senjata yang dianggapnya sebagai perlindungan akan diambil oleh orang itu. Harta milik yang dirampas daripadanya juga akan dibahagi-bahagikan oleh orang itu. 23 Sesiapa yang tidak berpihak kepada aku melawan aku, dan sesiapa yang tidak mengumpulkan orang bersama aku, orang itu akan menyebabkan orang lain tercerai-berai ke merata tempat.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi