PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Matius 9:34
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 34 Tetapi orang Farisi berkata, “Dia mengusir roh jahat kerana mendapat kuasa daripada ketua roh-roh jahat.”+

  • Matius 10:25
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 25 Cukuplah jika seorang murid menjadi seperti gurunya, dan seorang hamba menjadi seperti tuannya.+ Jika tuan rumah diberi nama Beelzebub,*+ sudah tentu anggota rumah tangganya akan diberi nama yang sama.

  • Matius 12:24-29
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 24 Selepas mendengar hal ini, orang Farisi berkata, “Orang ini dapat mengusir roh jahat kerana mendapat kuasa daripada Beelzebub,* iaitu ketua roh-roh jahat.”+ 25 Yesus mengetahui apa yang difikirkan oleh mereka, maka dia berkata, “Setiap kerajaan yang berpecah belah dan saling bermusuhan akan musnah. Setiap kota atau keluarga yang berpecah belah dan saling bermusuhan tidak akan tahan lama. 26 Begitu juga, jika Syaitan mengusir Syaitan, dia sedang melawan dirinya sendiri. Jadi bagaimanakah kerajaannya dapat bertahan? 27 Tambahan lagi, jika aku mengusir roh jahat dengan kuasa daripada Beelzebub, murid-muridmu pula mengusir roh jahat dengan kuasa daripada siapa? Itulah sebabnya murid-muridmu akan membuktikan bahawa kamu bersalah. 28 Tetapi jika kuasa suci Tuhanlah yang membolehkan aku mengusir roh-roh jahat, hal ini bermaksud Kerajaan Tuhan sudah ada di sini namun kamu tidak menyedarinya.+ 29 Jika seseorang ingin masuk ke dalam rumah seorang lelaki yang kuat untuk merampas barang-barangnya, dia perlu mengikat orang kuat itu terlebih dahulu. Selepas itu, barulah dia dapat merampas barang-barang di dalam rumahnya.

  • Lukas 11:15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 tetapi ada dalam kalangan mereka yang berkata, “Dia mengusir roh jahat kerana mendapat kuasa daripada Beelzebub,* iaitu ketua roh-roh jahat.”+

  • Yohanes 8:48
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 48 Maka orang Yahudi berkata kepadanya, “Memang betul apa yang kami katakan: Kamu ini orang Samaria+ dan dirasuk roh jahat.”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi