PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Matius 12:24-30
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 24 Selepas mendengar hal ini, orang Farisi berkata, “Orang ini dapat mengusir roh jahat kerana mendapat kuasa daripada Beelzebub,* iaitu ketua roh-roh jahat.”+ 25 Yesus mengetahui apa yang difikirkan oleh mereka, maka dia berkata, “Setiap kerajaan yang berpecah belah dan saling bermusuhan akan musnah. Setiap kota atau keluarga yang berpecah belah dan saling bermusuhan tidak akan tahan lama. 26 Begitu juga, jika Syaitan mengusir Syaitan, dia sedang melawan dirinya sendiri. Jadi bagaimanakah kerajaannya dapat bertahan? 27 Tambahan lagi, jika aku mengusir roh jahat dengan kuasa daripada Beelzebub, murid-muridmu pula mengusir roh jahat dengan kuasa daripada siapa? Itulah sebabnya murid-muridmu akan membuktikan bahawa kamu bersalah. 28 Tetapi jika kuasa suci Tuhanlah yang membolehkan aku mengusir roh-roh jahat, hal ini bermaksud Kerajaan Tuhan sudah ada di sini namun kamu tidak menyedarinya.+ 29 Jika seseorang ingin masuk ke dalam rumah seorang lelaki yang kuat untuk merampas barang-barangnya, dia perlu mengikat orang kuat itu terlebih dahulu. Selepas itu, barulah dia dapat merampas barang-barang di dalam rumahnya. 30 Sesiapa yang tidak berpihak kepada aku melawan aku, dan sesiapa yang tidak mengumpulkan orang bersama aku, orang itu akan menyebabkan orang lain tercerai-berai ke merata tempat.+

  • Markus 3:22-27
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 22 Tambahan lagi, para jurutulis hukum yang datang dari Yerusalem berkata, “Dia dirasuk Beelzebub* dan dia mengusir roh jahat kerana mendapat kuasa daripada ketua roh-roh jahat.”+ 23 Oleh itu, Yesus memanggil mereka kepadanya dan menceritakan beberapa buah perumpamaan. Dia berkata, “Bagaimanakah Syaitan dapat mengusir Syaitan? 24 Jika sebuah kerajaan berpecah belah dan saling bermusuhan, kerajaan itu tidak akan bertahan lama,+ 25 dan jika sebuah keluarga berpecah belah dan saling bermusuhan, keluarga itu tidak akan bertahan lama. 26 Tambahan lagi, jika Syaitan bangkit dan melawan dirinya sendiri dan jika pengikut-pengikutnya berpecah belah, dia tidak akan bertahan lama dan akan lenyap. 27 Pada hakikatnya, tiada orang yang masuk ke dalam rumah seorang lelaki yang kuat dapat mencuri barang-barangnya, kecuali dia mengikat orang kuat itu terlebih dahulu. Selepas itu, barulah dia dapat merampas barang-barang di dalam rumahnya.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi