PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Markus 6:45-52
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 45 Kemudian tanpa berlengah-lengah, dia menyuruh murid-muridnya menaiki perahu terlebih dahulu dan bertolak ke seberang tasik, iaitu ke arah Betsaida. Sementara itu dia menyuruh orang ramai bersurai.+ 46 Selepas orang ramai pergi, dia pergi ke gunung untuk berdoa.+ 47 Perahu murid-muridnya sudah berada di tengah-tengah tasik apabila matahari terbenam, tetapi Yesus masih berada di darat seorang diri.+ 48 Sebelum fajar menyingsing,* dia nampak mereka bersusah payah mendayung perahu kerana angin bertiup dari arah yang bertentangan. Maka dia berjalan di atas air ke arah mereka, seolah-olah dia mahu lalu di hadapan mereka sahaja. 49 Apabila mereka nampak bayang-bayang seorang lelaki berjalan di atas air, mereka menjerit. 50 Mereka semua berasa takut setelah melihatnya. Tetapi Yesus segera berkata, “Ini aku. Janganlah takut!”+ 51 Apabila dia masuk ke dalam perahu bersama mereka, angin pun reda. Mereka sangat hairan, 52 kerana mereka masih belum memahami pengajaran daripada peristiwa Yesus membahagi-bahagikan roti itu. Ya, hati mereka masih tidak mengerti.

  • Yohanes 6:16-21
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 16 Pada waktu senja, murid-muridnya turun ke tasik.+ 17 Mereka menaiki perahu dan menyeberangi tasik untuk pergi ke Kapernaum. Hari sudah gelap, tetapi Yesus masih belum datang kepada mereka.+ 18 Tambahan lagi, angin kencang bertiup dan air tasik mula bergelora.+ 19 Setelah mereka mendayung perahu kira-kira lima atau enam kilometer,* mereka nampak Yesus berjalan di atas air. Mereka menjadi takut apabila dia semakin menghampiri perahu mereka. 20 Tetapi dia berkata, “Ini aku. Janganlah takut!”+ 21 Barulah mereka sudi menyambutnya naik ke perahu. Seketika kemudian, perahu mereka tiba di tempat yang ditujui.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi