PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Markus 12:1-9
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Kemudian dia mula menceritakan satu perumpamaan kepada mereka. Dia berkata, “Seorang lelaki menanam anggur+ dan mendirikan pagar di sekeliling ladangnya. Dia juga menggali tempat untuk memerah buah anggur, dan membina sebuah menara tempat berkawal.+ Kemudian dia menyewakan ladang itu kepada beberapa orang peladang lalu berangkat ke luar negeri.+ 2 Apabila musim anggur tiba, dia mengutus seorang hamba kepada para peladang itu untuk menerima sebahagian daripada hasil ladang anggur. 3 Tetapi mereka menangkap hamba itu, memukulnya, dan menyuruhnya pulang dengan tangan kosong. 4 Maka dia mengutus seorang hamba yang lain kepada mereka. Tetapi mereka memukul kepala hamba itu dan menghinanya.+ 5 Lalu dia mengutus seorang lagi hamba, tetapi mereka membunuhnya. Dia mengutus banyak lagi hamba, tetapi ada yang dipukul dan ada yang dibunuh oleh mereka. 6 Hanya seorang lagi yang boleh diutusnya, iaitu anak kesayangannya.+ Akhirnya, dia mengutus anak lelakinya kepada mereka kerana dia berfikir, ‘Mereka akan menghormati anakku.’ 7 Tetapi para peladang itu bercakap sesama sendiri, ‘Ini dia pewaris ladang anggur.+ Mari kita bunuh dia supaya kita mendapat harta yang bakal diwarisinya!’ 8 Maka mereka menangkapnya, membunuhnya, dan membuangnya ke luar ladang anggur itu.+ 9 Apakah yang akan dilakukan oleh pemilik ladang anggur itu? Dia akan datang dan membunuh para peladang itu lalu menyewakan ladang anggurnya kepada orang lain.+

  • Lukas 20:9-16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 9 Kemudian dia memberitahu orang ramai perumpamaan ini: “Seorang lelaki menanam anggur di ladangnya+ dan menyewakan ladang itu kepada beberapa orang peladang. Setelah itu, dia berangkat ke luar negeri untuk masa yang agak lama.+ 10 Apabila musim anggur tiba, dia mengutus seorang hambanya kepada peladang-peladang itu untuk menerima sebahagian daripada hasil ladang anggur. Tetapi para peladang itu memukul hamba tersebut dan menyuruhnya pulang dengan tangan kosong.+ 11 Selepas itu dia mengutus seorang lagi hamba, tetapi mereka juga memukul dan memalukannya, lalu menyuruhnya pulang dengan tangan kosong. 12 Kemudian dia mengutus hamba yang ketiga, tetapi mereka mencederakannya dan membuangnya keluar dari ladang anggur. 13 Maka pemilik ladang anggur itu berkata, ‘Apakah yang harus aku lakukan? Aku akan mengutus anak kesayanganku.+ Tentu mereka akan menghormatinya.’ 14 Apabila para peladang melihatnya, mereka berkata kepada satu sama lain, ‘Ini dia pewaris ladang anggur. Mari kita bunuh dia supaya kita mendapat harta yang bakal diwarisinya!’ 15 Maka mereka membuangnya ke luar ladang anggur dan membunuhnya.+ Memandangkan mereka berbuat demikian, apakah yang akan dilakukan oleh pemilik ladang anggur itu? 16 Dia akan datang dan membunuh para peladang itu lalu menyewakan ladang anggurnya kepada orang lain.”

      Sebaik sahaja orang ramai mendengarnya, mereka berkata, “Semoga hal itu tidak akan berlaku!”

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi