PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Matius 21:33-41
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 33 “Dengarlah satu lagi perumpamaan: Ada seorang pemilik ladang anggur. Dia menanam anggur+ dan mendirikan pagar di sekeliling ladangnya. Dia juga menggali tempat untuk memerah buah anggur, dan membina sebuah menara tempat berkawal.+ Kemudian dia menyewakan ladang itu kepada beberapa orang peladang lalu berangkat ke luar negeri.+ 34 Apabila musim anggur tiba, dia menghantar hamba-hambanya kepada para peladang itu untuk menerima sebahagian daripada hasil ladang. 35 Namun hamba-hambanya ditangkap oleh para peladang itu; seorang dipukul, seorang dibunuh, dan seorang lagi direjam.+ 36 Lalu dia menghantar hamba-hamba yang lain, kali ini lebih ramai daripada kumpulan yang sebelumnya. Namun hamba-hamba itu juga diperlakukan dengan cara yang sama.+ 37 Akhirnya dia mengutus anak lelakinya kepada mereka kerana dia berfikir, ‘Mereka akan menghormati anakku.’ 38 Namun, apabila para peladang melihat anaknya, mereka bercakap sesama sendiri, ‘Ini dia pewaris ladang anggur.+ Mari kita bunuh dia supaya kita mendapat harta yang bakal diwarisinya!’ 39 Maka mereka menangkapnya lalu membuangnya ke luar ladang anggur itu dan membunuhnya.+ 40 Semasa pemilik ladang anggur itu datang, apakah yang akan dilakukannya terhadap para peladang itu?” 41 Ketua imam dan pemimpin orang Yahudi menjawab, “Oleh sebab mereka jahat, dia pasti akan membunuh mereka. Kemudian dia akan menyewakan ladang anggurnya kepada peladang lain yang akan memberikan bahagiannya apabila musim anggur tiba.”

  • Lukas 20:9-16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 9 Kemudian dia memberitahu orang ramai perumpamaan ini: “Seorang lelaki menanam anggur di ladangnya+ dan menyewakan ladang itu kepada beberapa orang peladang. Setelah itu, dia berangkat ke luar negeri untuk masa yang agak lama.+ 10 Apabila musim anggur tiba, dia mengutus seorang hambanya kepada peladang-peladang itu untuk menerima sebahagian daripada hasil ladang anggur. Tetapi para peladang itu memukul hamba tersebut dan menyuruhnya pulang dengan tangan kosong.+ 11 Selepas itu dia mengutus seorang lagi hamba, tetapi mereka juga memukul dan memalukannya, lalu menyuruhnya pulang dengan tangan kosong. 12 Kemudian dia mengutus hamba yang ketiga, tetapi mereka mencederakannya dan membuangnya keluar dari ladang anggur. 13 Maka pemilik ladang anggur itu berkata, ‘Apakah yang harus aku lakukan? Aku akan mengutus anak kesayanganku.+ Tentu mereka akan menghormatinya.’ 14 Apabila para peladang melihatnya, mereka berkata kepada satu sama lain, ‘Ini dia pewaris ladang anggur. Mari kita bunuh dia supaya kita mendapat harta yang bakal diwarisinya!’ 15 Maka mereka membuangnya ke luar ladang anggur dan membunuhnya.+ Memandangkan mereka berbuat demikian, apakah yang akan dilakukan oleh pemilik ladang anggur itu? 16 Dia akan datang dan membunuh para peladang itu lalu menyewakan ladang anggurnya kepada orang lain.”

      Sebaik sahaja orang ramai mendengarnya, mereka berkata, “Semoga hal itu tidak akan berlaku!”

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi