PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Markus 14:43-47
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 43 Sementara dia masih bercakap, salah seorang daripada 12 orang rasul yang bernama Yudas tiba. Bersamanya terdapat ramai orang yang membawa pedang dan belantan. Mereka diutus oleh para ketua imam, jurutulis hukum, dan pemimpin orang Yahudi.+ 44 Pengkhianatnya telah memberi mereka satu tanda dengan berkata, “Sesiapa yang aku cium, dialah orang yang kamu cari. Tangkaplah dia dan bawalah dia dengan kawalan yang ketat.” 45 Apabila Yudas tiba, dia terus menghampiri Yesus dan berkata, “Rabbi!” lalu menciumnya. 46 Selepas itu, mereka menangkap Yesus. 47 Tetapi, salah seorang yang berdiri di situ menghunus pedangnya dan menyerang hamba imam agung lalu mengerat telinganya.+

  • Lukas 22:47-51
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 47 Sementara dia masih bercakap, datanglah sekumpulan orang yang diketuai Yudas, iaitu salah seorang daripada 12 orang rasulnya. Dia menghampiri Yesus untuk menciumnya.+ 48 Kemudian Yesus berkata kepadanya, “Yudas, adakah kamu mengkhianati Anak Manusia dengan ciuman?” 49 Apabila orang yang bersama Yesus nampak apa yang akan berlaku, mereka berkata, “Tuan, haruskah kami menyerang mereka dengan pedang?” 50 Ada seorang antara mereka yang bahkan menyerang hamba imam agung dan mengerat telinga kanannya.+ 51 Tetapi Yesus berkata, “Cukuplah,” lalu dia menyentuh telinga hamba itu dan menyembuhkannya.

  • Yohanes 18:3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Maka Yudas datang ke sana bersama sepasukan askar dan para pengawal yang diutus oleh ketua-ketua imam dan orang Farisi. Mereka membawa obor, pelita, dan senjata.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi