PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Matius 26:47-50
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 47 Sementara dia masih bercakap, salah seorang daripada 12 orang rasul yang bernama Yudas tiba. Bersamanya terdapat ramai orang yang membawa pedang dan belantan. Mereka diutus oleh ketua-ketua imam dan para pemimpin orang Yahudi.+

      48 Pengkhianatnya telah memberi mereka satu tanda dengan berkata, “Sesiapa yang aku cium, dialah orang yang kamu cari. Tangkaplah dia.” 49 Apabila Yudas tiba, dia terus menghampiri Yesus dan berkata, “Salam sejahtera, Rabbi!” lalu menciumnya. 50 Tetapi Yesus berkata kepadanya, “Mengapakah kamu datang?”+ Kemudian mereka melangkah ke depan dan menangkap Yesus.

  • Markus 14:43-46
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 43 Sementara dia masih bercakap, salah seorang daripada 12 orang rasul yang bernama Yudas tiba. Bersamanya terdapat ramai orang yang membawa pedang dan belantan. Mereka diutus oleh para ketua imam, jurutulis hukum, dan pemimpin orang Yahudi.+ 44 Pengkhianatnya telah memberi mereka satu tanda dengan berkata, “Sesiapa yang aku cium, dialah orang yang kamu cari. Tangkaplah dia dan bawalah dia dengan kawalan yang ketat.” 45 Apabila Yudas tiba, dia terus menghampiri Yesus dan berkata, “Rabbi!” lalu menciumnya. 46 Selepas itu, mereka menangkap Yesus.

  • Yohanes 18:2, 3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 2 Pengkhianatnya yang bernama Yudas juga tahu tempat itu kerana Yesus sering kali berkumpul bersama murid-muridnya di sana. 3 Maka Yudas datang ke sana bersama sepasukan askar dan para pengawal yang diutus oleh ketua-ketua imam dan orang Farisi. Mereka membawa obor, pelita, dan senjata.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi