-
Matius 26:69-75Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
69 Semasa Petrus duduk di halaman dalam, seorang hamba perempuan datang kepadanya dan berkata, “Kamu juga bersama dengan Yesus, orang Galilea itu!”+ 70 Tetapi dia menafikan hal itu di hadapan mereka semua dan berkata, “Aku tidak faham apa maksud kamu.” 71 Selepas dia pergi ke kawasan berhampiran pagar, seorang lagi hamba perempuan melihatnya dan berkata kepada orang di situ, “Lelaki ini bersama dengan Yesus, orang Nasaret itu.”+ 72 Sekali lagi dia menafikan hal itu dan bersumpah, “Aku tidak kenal lelaki itu!” 73 Tidak lama kemudian, mereka yang berdiri di situ datang kepada Petrus dan berkata, “Tentu kamu juga salah seorang daripada mereka kerana loghat kamu membuktikannya.” 74 Lalu Petrus bersumpah, “Terkutuklah aku jika aku berdusta! Aku tidak kenal lelaki itu!” Pada saat itu juga, seekor ayam jantan berkokok. 75 Lalu Petrus teringat kata-kata Yesus, “Sebelum ayam jantan berkokok, kamu akan berkata sebanyak tiga kali bahawa kamu tidak mengenal aku.”+ Dia pun keluar dan menangis tersedu-sedu.
-
-
Lukas 22:55-62Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
55 Apabila mereka menyalakan api di tengah-tengah halaman dalam rumah itu, Petrus juga duduk bersama-sama mereka.+ 56 Tetapi ada seorang hamba perempuan yang melihatnya duduk dekat unggun api. Setelah memerhatikannya, hamba perempuan itu berkata, “Dia juga bersama dengan lelaki itu.” 57 Namun Petrus menafikannya. Dia berkata, “Hai wanita, aku tidak mengenalnya.” 58 Tidak lama selepas itu, ada seorang lagi yang melihatnya dan berkata, “Kamu juga salah seorang daripada mereka.” Tetapi Petrus berkata, “Bukan!”+ 59 Kira-kira sejam kemudian, ada seorang lagi yang berkata dengan tegas, “Sudah pasti lelaki ini bersama dengannya, kerana dia orang Galilea!” 60 Tetapi Petrus berkata, “Aku tidak tahu apa yang sedang kamu katakan.” Pada saat itu juga, ketika dia sedang bercakap, seekor ayam jantan berkokok. 61 Tatkala itu, Tuan Yesus berpaling dan memandang Petrus, lalu Petrus teringat kata-katanya, “Sebelum ayam jantan berkokok hari ini, kamu akan berkata sebanyak tiga kali bahawa kamu tidak mengenal aku.”+ 62 Petrus pun keluar dan menangis tersedu-sedu.
-
-
Yohanes 18:25, 26Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
25 Semasa Simon Petrus masih berdiri dekat api untuk memanaskan badan, orang lain berkata kepadanya, “Bukankah kamu juga salah seorang daripada muridnya?” Dia menafikan hal itu dan berkata, “Bukan.”+ 26 Salah seorang hamba imam agung, yang merupakan sanak saudara lelaki yang telinganya dikerat oleh Petrus,+ berkata, “Bukankah kamu yang aku nampak di taman itu bersamanya?”
-