PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Markus 14:66-72
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 66 Semasa Petrus berada di halaman dalam, seorang hamba perempuan imam agung datang kepadanya.+ 67 Apabila dia nampak Petrus berdiri dekat unggun api, dia memandang Petrus lalu berkata, “Kamu juga bersama dengan Yesus, orang Nasaret itu!” 68 Tetapi Petrus menafikan hal itu dan berkata, “Aku tidak kenal dia dan tidak faham apa maksud kamu.” Selepas itu, dia keluar lalu pergi ke kawasan berhampiran pagar. 69 Di sana, hamba perempuan itu melihat dia lagi dan mula berkata kepada orang yang berdiri di sana, “Dia salah seorang murid Yesus.” 70 Sekali lagi, Petrus menafikannya. Tidak lama kemudian, orang yang berdiri di situ berkata sekali lagi kepada Petrus, “Tentu kamu salah seorang daripada mereka kerana kamu pun orang Galilea.” 71 Lalu Petrus bersumpah, “Terkutuklah aku jika aku berdusta! Aku tidak kenal lelaki yang kamu semua sebutkan itu!” 72 Pada saat itu juga seekor ayam jantan berkokok untuk kali kedua.+ Petrus teringat bahawa Yesus sudah berkata kepadanya, “Sebelum ayam jantan berkokok dua kali, kamu akan berkata sebanyak tiga kali bahawa kamu tidak mengenal aku.”+ Petrus tidak dapat menahan rasa sedih lalu dia mula menangis.

  • Lukas 22:54-62
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 54 Setelah menangkap Yesus,+ mereka membawanya ke dalam rumah imam agung. Petrus mengikutnya dari jauh.+ 55 Apabila mereka menyalakan api di tengah-tengah halaman dalam rumah itu, Petrus juga duduk bersama-sama mereka.+ 56 Tetapi ada seorang hamba perempuan yang melihatnya duduk dekat unggun api. Setelah memerhatikannya, hamba perempuan itu berkata, “Dia juga bersama dengan lelaki itu.” 57 Namun Petrus menafikannya. Dia berkata, “Hai wanita, aku tidak mengenalnya.” 58 Tidak lama selepas itu, ada seorang lagi yang melihatnya dan berkata, “Kamu juga salah seorang daripada mereka.” Tetapi Petrus berkata, “Bukan!”+ 59 Kira-kira sejam kemudian, ada seorang lagi yang berkata dengan tegas, “Sudah pasti lelaki ini bersama dengannya, kerana dia orang Galilea!” 60 Tetapi Petrus berkata, “Aku tidak tahu apa yang sedang kamu katakan.” Pada saat itu juga, ketika dia sedang bercakap, seekor ayam jantan berkokok. 61 Tatkala itu, Tuan Yesus berpaling dan memandang Petrus, lalu Petrus teringat kata-katanya, “Sebelum ayam jantan berkokok hari ini, kamu akan berkata sebanyak tiga kali bahawa kamu tidak mengenal aku.”+ 62 Petrus pun keluar dan menangis tersedu-sedu.

  • Yohanes 18:15-17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Simon Petrus dan seorang murid yang lain mengikut Yesus.+ Murid itu dikenali oleh imam agung, jadi dia pergi bersama Yesus ke halaman dalam rumah imam agung, 16 tetapi Petrus berdiri di luar pintu. Maka, murid yang dikenali oleh imam agung itu keluar untuk bercakap dengan hamba perempuan yang menjaga pintu, lalu Petrus dibawa masuk. 17 Hamba perempuan itu bertanya kepada Petrus, “Bukankah kamu juga salah seorang murid lelaki itu?” Petrus menjawab, “Bukan.”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi