PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Matius 26:69, 70
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 69 Semasa Petrus duduk di halaman dalam, seorang hamba perempuan datang kepadanya dan berkata, “Kamu juga bersama dengan Yesus, orang Galilea itu!”+ 70 Tetapi dia menafikan hal itu di hadapan mereka semua dan berkata, “Aku tidak faham apa maksud kamu.”

  • Markus 14:66-68
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 66 Semasa Petrus berada di halaman dalam, seorang hamba perempuan imam agung datang kepadanya.+ 67 Apabila dia nampak Petrus berdiri dekat unggun api, dia memandang Petrus lalu berkata, “Kamu juga bersama dengan Yesus, orang Nasaret itu!” 68 Tetapi Petrus menafikan hal itu dan berkata, “Aku tidak kenal dia dan tidak faham apa maksud kamu.” Selepas itu, dia keluar lalu pergi ke kawasan berhampiran pagar.

  • Lukas 22:55-57
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 55 Apabila mereka menyalakan api di tengah-tengah halaman dalam rumah itu, Petrus juga duduk bersama-sama mereka.+ 56 Tetapi ada seorang hamba perempuan yang melihatnya duduk dekat unggun api. Setelah memerhatikannya, hamba perempuan itu berkata, “Dia juga bersama dengan lelaki itu.” 57 Namun Petrus menafikannya. Dia berkata, “Hai wanita, aku tidak mengenalnya.”

  • Yohanes 18:25
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 25 Semasa Simon Petrus masih berdiri dekat api untuk memanaskan badan, orang lain berkata kepadanya, “Bukankah kamu juga salah seorang daripada muridnya?” Dia menafikan hal itu dan berkata, “Bukan.”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi