PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Samuel 14
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka 1 Samuel

      • Serangan Yonatan di Mikhmas (1-14)

      • Tuhan mengalahkan musuh Israel (15-23)

      • Saul bersumpah tanpa berfikir panjang (24-46)

        • Para askar makan daging dan darahnya (32-34)

      • Perang yang dilancarkan Saul; ahli-ahli keluarganya (47-52)

1 Samuel 14:1

Rujukan Silang

  • +1Sa 14:49; 18:1; 2Sa 1:4

1 Samuel 14:2

Rujukan Silang

  • +1Sa 10:26
  • +1Sa 13:15

1 Samuel 14:3

Rujukan Silang

  • +Kel 29:5; Bil 27:21
  • +1Sa 22:9
  • +1Sa 4:21
  • +1Sa 2:12; 4:17
  • +1Sa 1:9
  • +Yos 18:1; 1Sa 1:3

1 Samuel 14:5

Rujukan Silang

  • +1Sa 13:2, 3

1 Samuel 14:6

Rujukan Silang

  • +Kej 17:9, 10; Hak 14:3; 15:18; 1Sa 17:36; 1Ta 10:4
  • +Hak 7:2; 2Ra 6:15, 16; 2Ta 14:11

1 Samuel 14:10

Rujukan Silang

  • +Kej 24:14; Hak 7:11; 1Sa 10:7

1 Samuel 14:11

Rujukan Silang

  • +1Sa 13:6; 14:22

1 Samuel 14:12

Rujukan Silang

  • +1Sa 14:10
  • +1Sa 14:6; 2Sa 5:23, 24; 2Ra 6:15, 16

1 Samuel 14:14

Nota kaki

  • *

    Iaitu, luas kawasan yang dapat dibajak oleh sepasang lembu jantan dalam 1 hari.

1 Samuel 14:15

Rujukan Silang

  • +1Sa 13:17

1 Samuel 14:16

Rujukan Silang

  • +1Sa 10:26; 14:2
  • +1Sa 14:20

1 Samuel 14:18

Nota kaki

  • *

    Harfiah, “Pada hari itu.”

Rujukan Silang

  • +1Sa 14:3

1 Samuel 14:22

Rujukan Silang

  • +1Sa 13:6

1 Samuel 14:23

Rujukan Silang

  • +1Sa 13:5
  • +Ul 33:29; Hak 2:18

1 Samuel 14:24

Rujukan Silang

  • +Im 5:4; Bil 30:2; Ul 23:21

1 Samuel 14:25

Nota kaki

  • *

    Harfiah, “seluruh tanah.”

1 Samuel 14:27

Nota kaki

  • *

    Harfiah, “matanya menjadi terang.”

Rujukan Silang

  • +1Sa 14:17

1 Samuel 14:28

Rujukan Silang

  • +1Sa 14:24

1 Samuel 14:29

Nota kaki

  • *

    Harfiah, “mataku menjadi terang.”

1 Samuel 14:30

Rujukan Silang

  • +1Sa 14:26

1 Samuel 14:31

Rujukan Silang

  • +Yos 10:12

1 Samuel 14:32

Rujukan Silang

  • +Kej 9:4; Im 3:17; 17:10; Ul 12:16; Kis 15:29

1 Samuel 14:33

Rujukan Silang

  • +Ul 12:23

1 Samuel 14:34

Rujukan Silang

  • +1Sa 14:32

1 Samuel 14:35

Rujukan Silang

  • +1Sa 7:15, 17

1 Samuel 14:36

Rujukan Silang

  • +Bil 27:21; 1Sa 30:7, 8

1 Samuel 14:37

Rujukan Silang

  • +Hak 1:1; 1Sa 30:8; 2Sa 5:19

1 Samuel 14:41

Nota kaki

  • *

    Lihat Kamus, “Urim dan Tumim.”

Rujukan Silang

  • +Kel 28:30; Ul 33:8; Ez 2:62, 63

1 Samuel 14:42

Rujukan Silang

  • +Ams 16:33

1 Samuel 14:43

Rujukan Silang

  • +1Sa 14:27

1 Samuel 14:44

Rujukan Silang

  • +1Sa 14:24

1 Samuel 14:45

Nota kaki

  • *

    Atau “penyelamatan.”

Rujukan Silang

  • +1Sa 14:14
  • +1Sa 14:6

1 Samuel 14:47

Rujukan Silang

  • +1Sa 12:9
  • +1Sa 11:11
  • +Kej 36:8
  • +2Sa 10:6
  • +1Sa 9:16, 17

1 Samuel 14:48

Rujukan Silang

  • +Kel 17:14; Ul 25:19; 1Sa 15:3

1 Samuel 14:49

Rujukan Silang

  • +1Sa 31:2; 1Ta 8:33; 9:39
  • +1Sa 18:17
  • +1Sa 18:27; 25:44; 2Sa 3:13; 6:20

1 Samuel 14:50

Rujukan Silang

  • +1Sa 17:55; 2Sa 2:8; 3:27

1 Samuel 14:51

Rujukan Silang

  • +1Sa 9:1
  • +1Ra 2:5

1 Samuel 14:52

Rujukan Silang

  • +Kej 49:27; 1Sa 9:16, 17
  • +1Sa 8:11; 10:26

Lain

1 Sam. 14:11Sa 14:49; 18:1; 2Sa 1:4
1 Sam. 14:21Sa 10:26
1 Sam. 14:21Sa 13:15
1 Sam. 14:3Kel 29:5; Bil 27:21
1 Sam. 14:31Sa 22:9
1 Sam. 14:31Sa 4:21
1 Sam. 14:31Sa 2:12; 4:17
1 Sam. 14:31Sa 1:9
1 Sam. 14:3Yos 18:1; 1Sa 1:3
1 Sam. 14:51Sa 13:2, 3
1 Sam. 14:6Kej 17:9, 10; Hak 14:3; 15:18; 1Sa 17:36; 1Ta 10:4
1 Sam. 14:6Hak 7:2; 2Ra 6:15, 16; 2Ta 14:11
1 Sam. 14:10Kej 24:14; Hak 7:11; 1Sa 10:7
1 Sam. 14:111Sa 13:6; 14:22
1 Sam. 14:121Sa 14:10
1 Sam. 14:121Sa 14:6; 2Sa 5:23, 24; 2Ra 6:15, 16
1 Sam. 14:151Sa 13:17
1 Sam. 14:161Sa 10:26; 14:2
1 Sam. 14:161Sa 14:20
1 Sam. 14:181Sa 14:3
1 Sam. 14:221Sa 13:6
1 Sam. 14:231Sa 13:5
1 Sam. 14:23Ul 33:29; Hak 2:18
1 Sam. 14:24Im 5:4; Bil 30:2; Ul 23:21
1 Sam. 14:271Sa 14:17
1 Sam. 14:281Sa 14:24
1 Sam. 14:301Sa 14:26
1 Sam. 14:31Yos 10:12
1 Sam. 14:32Kej 9:4; Im 3:17; 17:10; Ul 12:16; Kis 15:29
1 Sam. 14:33Ul 12:23
1 Sam. 14:341Sa 14:32
1 Sam. 14:351Sa 7:15, 17
1 Sam. 14:36Bil 27:21; 1Sa 30:7, 8
1 Sam. 14:37Hak 1:1; 1Sa 30:8; 2Sa 5:19
1 Sam. 14:41Kel 28:30; Ul 33:8; Ez 2:62, 63
1 Sam. 14:42Ams 16:33
1 Sam. 14:431Sa 14:27
1 Sam. 14:441Sa 14:24
1 Sam. 14:451Sa 14:14
1 Sam. 14:451Sa 14:6
1 Sam. 14:471Sa 12:9
1 Sam. 14:471Sa 11:11
1 Sam. 14:47Kej 36:8
1 Sam. 14:472Sa 10:6
1 Sam. 14:471Sa 9:16, 17
1 Sam. 14:48Kel 17:14; Ul 25:19; 1Sa 15:3
1 Sam. 14:491Sa 31:2; 1Ta 8:33; 9:39
1 Sam. 14:491Sa 18:17
1 Sam. 14:491Sa 18:27; 25:44; 2Sa 3:13; 6:20
1 Sam. 14:501Sa 17:55; 2Sa 2:8; 3:27
1 Sam. 14:511Sa 9:1
1 Sam. 14:511Ra 2:5
1 Sam. 14:52Kej 49:27; 1Sa 9:16, 17
1 Sam. 14:521Sa 8:11; 10:26
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31
  • 32
  • 33
  • 34
  • 35
  • 36
  • 37
  • 38
  • 39
  • 40
  • 41
  • 42
  • 43
  • 44
  • 45
  • 46
  • 47
  • 48
  • 49
  • 50
  • 51
  • 52
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
1 Samuel 14:1-52

Satu Samuel

14 Pada suatu hari, Yonatan+ anak Saul berkata kepada hamba yang membawa senjatanya, “Marilah kita menyeberang ke tempat berkawal orang Filistin.” Tetapi Yonatan tidak memberitahu bapanya. 2 Pada masa itu, Saul tinggal di pinggiran Gibea,+ di bawah pokok delima di Migron. Ada kira-kira 600 orang bersamanya.+ 3 (Imam yang membawa efod+ pada masa itu ialah Ahia anak Ahitub.+ Ahitub ialah saudara Ikabod,+ Ikabod ialah anak Pinehas,+ dan Pinehas ialah anak Eli.+ Dahulu Eli ialah imam Yehuwa di Silo.)+ Tidak ada orang yang tahu bahawa Yonatan sudah pergi dari situ. 4 Laluan-laluan yang ingin diambil oleh Yonatan untuk menyeberang ke tempat berkawal orang Filistin terletak di antara dua buah bukit batu yang bentuknya seperti gigi. Salah satu bukit batu itu bernama Bozez dan satu lagi bernama Seneh. 5 Bukit batu di sebelah utara yang menghadap Mikhmas kelihatan seperti tiang batu. Bukit batu di sebelah selatan menghadap Geba.+

6 Maka Yonatan berkata kepada hamba yang membawa senjatanya, “Marilah kita pergi ke tempat berkawal semua orang yang tidak bersunat itu.+ Mana tahu Yehuwa akan membantu kita kerana tidak kira sama ada bilangan kita sedikit ataupun banyak, Yehuwa dapat memberikan kemenangan kepada kita.”+ 7 Hamba Yonatan pun berkata, “Lakukanlah apa saja yang tuan mahu. Pergilah ke mana saja tuan ingin dan aku akan mengikuti tuan ke mana saja tuan hendak pergi.” 8 Lalu Yonatan berkata, “Kita akan pergi ke seberang dan menampakkan diri kepada mereka. 9 Jika mereka berkata, ‘Berdirilah di situ sehingga kami datang kepadamu!’ maka kita akan tetap berdiri di situ dan tidak naik ke tempat mereka. 10 Tetapi jika mereka berkata, ‘Naiklah ke sini!’ maka kita akan pergi kepada mereka kerana Yehuwa akan menyerahkan mereka ke dalam tangan kita. Itulah tandanya bagi kita.”+

11 Oleh itu, mereka berdua menampakkan diri di tempat berkawal orang Filistin. Lalu orang Filistin berkata, “Lihatlah! Orang Ibrani sedang keluar dari lubang-lubang persembunyian mereka.”+ 12 Maka askar di tempat berkawal berkata kepada Yonatan dan hamba yang membawa senjatanya, “Naiklah ke sini kalau kamu berani! Kami akan ajar kamu!”+ Dengan segera, Yonatan berkata kepada hambanya, “Ikutlah aku, kerana Yehuwa akan menyerahkan mereka ke dalam tangan orang Israel.”+ 13 Yonatan mendaki dengan tangan dan kakinya. Hambanya pula mengikutinya dari belakang. Kemudian Yonatan mula menyerang orang Filistin, dan hambanya membunuh sesiapa yang belum dibunuh oleh Yonatan. 14 Dalam serangan yang pertama, Yonatan dan hambanya membunuh kira-kira 20 orang di kawasan yang luasnya setengah ekar.*

15 Kejadian itu menggemparkan perkhemahan orang Filistin dan semua askar di tempat berkawal. Bahkan pasukan tentera yang menjarah barang+ pun berasa takut. Bumi bergoncang, dan Tuhan menyebabkan mereka berasa cemas. 16 Sementara itu, tentera Saul yang berkawal di Gibea,+ yang terletak di Benyamin, nampak keadaan huru-hara berlaku di seluruh perkhemahan musuh.+

17 Saul berkata kepada tenteranya, “Hitunglah bilangan orang dan lihatlah siapa yang telah meninggalkan kita.” Apabila mereka berbuat demikian, mereka mendapati bahawa Yonatan dan hamba yang membawa senjatanya tidak ada di situ. 18 Kemudian Saul berkata kepada Ahia,+ “Bawalah tabut Tuhan yang benar ke sini!” (Pada masa itu,* tabut itu berada bersama orang Israel.) 19 Semasa Saul masih bercakap dengan imam itu, keadaan di perkhemahan orang Filistin semakin huru-hara. Lalu Saul berkata kepada Imam Ahia, “Hentikan apa yang sedang kamu buat.” 20 Maka Saul dan semua tenteranya berkumpul lalu mara ke medan pertempuran. Di situ mereka nampak orang Filistin menyerang satu sama lain dengan pedang dan keadaannya sangat kacau-bilau. 21 Selain itu, orang Ibrani yang dahulunya memihak dengan orang Filistin dan yang pergi ke perkhemahan mereka, kini berbalik kepada orang Israel di bawah pimpinan Saul dan Yonatan. 22 Semua orang Israel yang bersembunyi+ di kawasan pergunungan Efraim mendengar bahawa orang Filistin sudah melarikan diri. Maka mereka turut menyertai pertempuran itu dengan mengejar orang Filistin. 23 Mereka terus bertempur sampai ke Bet-awen.+ Demikianlah Yehuwa menyelamatkan orang Israel pada hari itu.+

24 Namun, pada hari itu orang Israel letih lesu kerana Saul telah bersumpah di hadapan rakyatnya, “Terkutuklah orang yang makan apa-apa pun sebelum waktu petang dan sebelum beta membalas dendam terhadap musuh-musuh beta!” Maka tiada sesiapa pun yang makan apa-apa.+

25 Kemudian semua tentera* sampai di sebuah hutan dan terdapat madu di tanah. 26 Setibanya mereka di situ, mereka nampak madu menitis tetapi tiada sesiapa pun yang memakannya kerana mereka takut akan sumpah itu. 27 Namun Yonatan tidak tahu bahawa bapanya telah menyuruh para askar untuk bersumpah sedemikian.+ Maka dia menghulurkan tongkat yang dipegangnya dan mencelup hujung tongkat itu ke dalam sarang madu. Apabila dia makan madu itu, dia berasa segar semula.* 28 Seorang askar berkata, “Ayahanda tuan menyuruh para askar bersumpah, ‘Terkutuklah orang yang makan apa-apa pun pada hari ini!’+ Itulah sebabnya semua orang begitu letih.” 29 Tetapi Yonatan berkata, “Ayahandaku telah membawa kesusahan yang besar kepada semua orang. Lihatlah bagaimana aku disegarkan semula* setelah aku makan sedikit madu. 30 Bukankah lebih baik jika para askar memakan apa saja+ yang dijarah daripada musuh pada hari ini? Tentu lebih banyak orang Filistin yang dapat dibunuh oleh mereka.”

31 Pada hari itu, mereka terus membunuh orang Filistin dari Mikhmas sampai ke Ayalon,+ lalu para askar berasa letih sekali. 32 Oleh itu, mereka berebut-rebut mengambil barang jarahan; mereka mengambil biri-biri dan lembu lalu menyembelih semuanya di tempat itu juga. Mereka memakan daging binatang dengan darahnya sekali.+ 33 Maka Saul diberitahu, “Lihatlah! Para askar berdosa terhadap Yehuwa kerana mereka memakan daging dengan darahnya.”+ Lalu Saul berkata, “Kamu bertindak dengan tidak setia. Gulingkanlah sebuah batu besar ke sini sekarang juga.” 34 Kemudian Saul berkata, “Pergilah kepada semua orang dan beritahu mereka, ‘Kamu masing-masing mesti membawa lembu jantan dan biri-biri kamu lalu menyembelihnya di atas batu ini. Selepas itu, kamu boleh memakannya. Janganlah berdosa terhadap Yehuwa dengan memakan daging berserta darahnya.’”+ Maka pada malam itu, setiap orang membawa seekor lembu jantan dan menyembelihnya di situ. 35 Saul membina sebuah mazbah untuk Yehuwa.+ Itulah mazbah pertama yang dibina olehnya untuk Yehuwa.

36 Kemudian Saul berkata, “Marilah kita menyerang orang Filistin pada waktu malam dan menjarah harta mereka sehingga waktu pagi. Kita tidak akan membiarkan seorang pun terselamat.” Lalu para askar berkata, “Lakukanlah apa yang baik di mata tuanku.” Kemudian imam berkata, “Biarlah kita meminta petunjuk daripada Tuhan yang benar di sini.”+ 37 Oleh itu, Saul bertanya kepada Tuhan, “Patutkah aku menyerang orang Filistin?+ Adakah Engkau akan menyerahkan mereka ke dalam tangan orang Israel?” Tetapi Tuhan tidak menjawabnya pada hari itu. 38 Maka Saul berkata, “Hai ketua tentera sekalian, marilah ke sini dan siasatlah dosa apa yang telah dilakukan hari ini. 39 Demi Yehuwa yang hidup, yang menyelamatkan orang Israel, beta bersumpah bahawa biarpun Yonatan putera beta sendiri didapati bersalah, dia mesti dihukum mati.” Tetapi tiada seorang pun yang menjawabnya. 40 Kemudian dia berkata kepada semua tentera Israel, “Kamu semua berdiri di sebelah sana, dan beta serta Yonatan, putera beta, akan berdiri di sebelah sini.” Lalu mereka berkata kepada Saul, “Lakukanlah apa yang baik di mata tuanku.”

41 Saul berkata kepada Yehuwa, “Ya Tuhan orang Israel, jawablah dengan Tumim!”*+ Lalu Yonatan dan Saul dipilih. Dengan demikian para askar didapati tidak bersalah. 42 Kemudian Saul berkata, “Buanglah undi+ untuk menentukan sama ada beta atau Yonatan yang bersalah.” Lalu Yonatan dipilih. 43 Saul bertanya kepada Yonatan, “Beritahulah ayahanda apa yang telah kamu lakukan?” Maka Yonatan pun menjawab, “Saya cuma makan sedikit madu daripada hujung tongkat saya.+ Saya bersedia untuk mati!”

44 Saul pun berkata, “Biarlah Tuhan menghukum beta dengan berat jika kamu tidak dihukum mati, Yonatan!”+ 45 Tetapi para askar berkata kepada Saul, “Patutkah Yonatan mati sedangkan dialah yang membawa kemenangan* besar+ kepada umat Israel? Hal itu mustahil. Kami bersumpah demi Yehuwa yang hidup bahawa tidak seutas rambut pun di kepalanya akan gugur ke tanah, kerana Tuhanlah yang telah membantunya untuk bertindak hari ini.”+ Demikianlah mereka menyelamatkan Yonatan daripada hukuman mati.

46 Selepas itu, Saul berhenti mengejar orang Filistin. Orang Filistin pun pulang ke wilayah mereka sendiri.

47 Saul mengukuhkan kerajaannya di negeri Israel dan melawan semua musuh di sekelilingnya. Dia melawan orang Moab,+ orang Ammon,+ orang Edom,+ raja-raja Zoba,+ dan orang Filistin.+ Dia mengalahkan mereka ke mana sahaja dia pergi. 48 Saul berperang dengan gagah berani dan mengalahkan orang Amalek+ lalu menyelamatkan orang Israel daripada tangan musuh mereka.

49 Anak-anak lelaki Saul bernama Yonatan, Yiswi, dan Malki-sua.+ Saul mempunyai dua orang anak perempuan; yang sulung bernama Merab+ dan yang bongsu bernama Mikhal.+ 50 Isteri Saul bernama Ahinoam, anak perempuan Ahimaas. Ketua tenteranya bernama Abner+ anak Ner, iaitu bapa saudara Saul. 51 Kish+ ialah bapa Saul, dan Ner,+ bapa Abner, ialah anak Abiel.

52 Sepanjang hayat Saul, dia berperang dengan sengit melawan orang Filistin.+ Apabila Saul nampak orang yang kuat atau berani, dia akan menjadikan orang itu anggota tenteranya.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi