PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • hf bahagian 2 1-2
  • Setia kepada Pasangan Anda

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Setia kepada Pasangan Anda
  • Keluarga Anda Boleh Bahagia
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • 1 UTAMAKAN PERKAHWINAN ANDA
  • 2 JAGALAH HATI ANDA
  • Perkahwinan Bahagia dengan Bantuan Tuhan
    Keluarga Anda Boleh Bahagia
  • Cara Mengekalkan Kedamaian dengan Saudara-mara
    Keluarga Anda Boleh Bahagia
  • Cara Selesaikan Masalah
    Keluarga Anda Boleh Bahagia
Keluarga Anda Boleh Bahagia
hf bahagian 2 1-2
Seorang suami memegang payung untuk isterinya dan membuka pintu kereta untuknya

BAHAGIAN 2

Setia kepada Pasangan Anda

‘Mereka yang telah disatukan oleh Tuhan, tidak boleh dipisahkan oleh manusia!’​—Markus 10:9

Yehuwa ingin kita tunjukkan kesetiaan. (Amsal 5:15) Hal ini amat penting dalam perkahwinan anda kerana kepercayaan tidak wujud tanpa kesetiaan. Kepercayaan juga penting agar kasih dapat bertumbuh.

Hari ini, mengekalkan kesetiaan dalam perkahwinan amat mencabar. Jadi, bagi melindungi perkahwinan anda, bertekadlah untuk melakukan dua perkara.

1 UTAMAKAN PERKAHWINAN ANDA

NASIHAT BIBLE: “Janganlah hidup seperti orang bodoh, tetapi hiduplah seperti orang bijak.” (Efesus 5:15, 16) Adalah bijak untuk memandang perkahwinan anda sebagai salah satu perkara terpenting dalam hidup. Perkahwinan anda harus diutamakan.

Yehuwa ingin anda memberikan perhatian kepada pasangan anda dan ‘menikmati hidup’ bersama-sama. (Pengkhutbah 9:9) Tuhan menyatakan dengan jelas bahawa anda tidak patut mengabaikan pasangan anda. Sebaliknya, anda berdua harus berusaha untuk menyenangkan hati satu sama lain. (1 Korintus 10:24) Tunjukkan bahawa anda sangat menghargai dan memerlukan pasangan anda.

Seorang suami membawa minuman panas untuk isterinya; seorang suami pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak

ANDA BOLEH:

  • Pastikan anda meluangkan masa bersama-sama dan beri perhatian sepenuhnya kepada pasangan anda

  • Utamakan pasangan anda dan bukannya diri sendiri

Seorang suami dan isteri meluangkan masa bersama-sama untuk berkelah

2 JAGALAH HATI ANDA

NASIHAT BIBLE: “Sesiapa memandang seorang wanita dengan perasaan berahi, orang itu sudah berzina dengan dia di dalam hati.” (Matius 5:28) Jika seseorang asyik berfikir tentang perkara yang tidak bermoral, dia sebenarnya sedang berlaku curang terhadap pasangannya.

Yehuwa mengatakan bahawa anda perlu menjaga hati anda. (Amsal 4:23; Yeremia 17:9) Jadi, anda harus menjaga mata anda. (Matius 5:29, 30) Tirulah teladan Ayub. Dia membuat perjanjian dengan matanya untuk tidak memandang wanita lain dengan perasaan berahi. (Ayub 31:1) Bertekadlah untuk tidak melihat pornografi, dan tidak menjalinkan hubungan romantik dengan orang lain kecuali pasangan anda.

Seorang suami meletakkan gambar isterinya di meja tempat kerjanya

ANDA BOLEH:

  • Tunjukkan bahawa anda benar-benar setia kepada pasangan anda

  • Fikir tentang perasaan pasangan anda dan hentikan dengan segera apa sahaja hubungan yang boleh melukai perasaannya

ANDA HARUS

Jujur dengan diri sendiri, dan kenal pasti kelemahan anda. (Mazmur 15:2) Janganlah malu untuk mendapatkan bantuan. (Amsal 1:5) Jika anda mempunyai pemikiran yang tidak bermoral, teruslah lawan dan jangan berputus asa. (Amsal 24:16) Yehuwa akan memberkati usaha anda untuk tetap setia kepada pasangan anda.

TANYALAH DIRI . . .

  • Bagaimanakah saya dapat meluangkan lebih banyak masa untuk pasangan saya?

  • Adakah pasangan saya merupakan sahabat terbaik saya?

    Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Bahasa Isyarat Malaysia
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi