PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • hf bahagian 9 1-2
  • Sembah Yehuwa Bersama Keluarga Anda

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Sembah Yehuwa Bersama Keluarga Anda
  • Keluarga Anda Boleh Bahagia
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • 1 ERATKAN HUBUNGAN ANDA DENGAN YEHUWA
  • 2 NIKMATI PENYEMBAHAN KELUARGA ANDA
  • Apakah Itu Penyembahan Keluarga?
    Siapakah yang Sedang Melakukan Kehendak Yehuwa?
  • Tetap Menghampiri Yehuwa
    Apakah yang Diajarkan Bible?
Keluarga Anda Boleh Bahagia
hf bahagian 9 1-2
Satu pasangan sedang mempelajari Bible bersama-sama

BAHAGIAN 9

Sembah Yehuwa Bersama Keluarga Anda

“Sembahlah Dia yang menjadikan langit.”​—Wahyu 14:7

Seperti yang anda pelajari dalam brosur ini, Bible mengandungi banyak prinsip yang akan membantu anda sekeluarga. Yehuwa ingin anda bahagia. Dia berjanji bahawa ‘semua perkara akan diberikan kepada kamu’ jika anda utamakan penyembahan kepada-Nya. (Matius 6:33) Dia ingin anda menjadi sahabat-Nya. Gunakan setiap peluang untuk memupuk persahabatan dengan Tuhan kerana ini adalah penghormatan terbesar bagi kita.​—Matius 22:37, 38.

1 ERATKAN HUBUNGAN ANDA DENGAN YEHUWA

Seorang suami dan isteri bekerja bersama-sama dalam aktiviti penyebaran

NASIHAT BIBLE: Yehuwa berfirman, “Aku akan menjadi Bapa kamu, dan kamu akan menjadi anak-anak-Ku lelaki dan perempuan.” (2 Korintus 6:18) Tuhan ingin anda menjadi sahabat-Nya yang akrab. Satu cara untuk berbuat demikian adalah dengan berdoa. Yehuwa menjemput anda untuk ‘berdoa sentiasa.’ (1 Tesalonika 5:17) Dia sangat ingin mendengar isi hati dan kerisauan anda. (Filipi 4:6) Apabila anda berdoa bersama keluarga, mereka dapat merasakan bahawa Yehuwa sangat nyata bagi diri anda.

Selain daripada berdoa, anda juga perlu mendengar cakap Tuhan. Anda boleh berbuat demikian dengan mempelajari Firman-Nya dan bahan bacaan berdasarkan Bible. (Mazmur 1:1, 2) Renungkan apa yang telah anda pelajari. (Mazmur 77:12, 13) Mendengar cakap Tuhan juga bererti bahawa anda perlu menghadiri perjumpaan Kristian secara tetap.​—Mazmur 122:1-4.

Memberitahu orang lain tentang Yehuwa juga penting untuk mengeratkan hubungan anda dengan-Nya. Jika anda bergiat melakukannya, anda akan semakin rapat dengan Yehuwa.​—Matius 28:19, 20.

ANDA BOLEH:

  • Luangkan masa setiap hari untuk membaca Bible dan berdoa

  • Sebagai sebuah keluarga, utamakan aktiviti rohani, bukannya hiburan dan rekreasi

2 NIKMATI PENYEMBAHAN KELUARGA ANDA

Seorang ayah membuat persediaan untuk belajar bersama keluarganya dan mereka menikmati penyembahan keluarga

NASIHAT BIBLE: ‘Hampirilah Tuhan, dan Tuhan pun akan menghampiri kamu.’ (Yakobus 4:8) Anda perlu mengikut jadual program penyembahan keluargaa yang telah anda tetapkan. (Kejadian 18:19) Selain itu, Tuhan mesti menjadi sebahagian daripada hidup anda. Eratkan hubungan keluarga anda dengan Tuhan. Caranya adalah bercakap tentang Tuhan “semasa kamu di rumah ataupun berpergian, semasa kamu berehat ataupun bekerja.” (Ulangan 6:6, 7) Bertekadlah untuk meniru Yosua yang berkata, ‘Bagi aku dan keluargaku, kami hendak mengabdi kepada Yehuwa.’​—Yosua 24:15.

ANDA BOLEH:

  • Adakan program latihan secara tetap yang mengambil kira keperluan setiap ahli keluarga anda

Seorang ibu membacakan untuk anaknya yang masih kecil; sebuah keluarga melakonkan kisah Bible; seorang ayah belajar bersama anak perempuannya

a Untuk maklumat lanjut, sila lihat pelajaran 10 yang bertajuk “Apakah Itu Penyembahan Keluarga?” dalam brosur Siapakah yang Sedang Melakukan Kehendak Yehuwa?

UMAT YEHUWA YANG BAHAGIA

Tiada apa pun yang lebih bermakna selain daripada menyembah Tuhan Yehuwa. Dia sangat gembira untuk melihat anda sekeluarga berkhidmat kepada-Nya dengan ikhlas. Dengan terus melakukannya, anda akan semakin mengasihi dan meniru teladan Yehuwa. (Markus 12:30; Efesus 5:1) Menjadikan Tuhan sebahagian daripada perkahwinan anda dapat mengeratkan hubungan anda berdua. (Pengkhutbah 4:12; Yesaya 48:17) Anda sekeluarga boleh bahagia selama-lamanya kerana ‘Yehuwa, Tuhan kamu, sudah memberkati kamu.’—Ulangan 12:7.

TANYALAH DIRI . . .

  • Bilakah kali terakhir saya dan pasangan saya berdoa bersama-sama?

  • Apakah bahan yang boleh saya gunakan bersama keluarga untuk menguatkan iman kami kepada Yehuwa?

BAGI KETUA KELUARGA

  • Jangan biarkan apa pun mengganggu masa penyembahan keluarga anda

  • Beritahu keluarga anda terlebih dahulu tentang apa yang akan dibincangkan agar mereka dapat membuat persiapan

  • Pastikan setiap ahli keluarga hadir

  • Wujudkan suasana yang menyenangkan

    Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Bahasa Isyarat Malaysia
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi