PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • hf bahagian 8 1-3
  • Apabila Tragedi Menimpa

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apabila Tragedi Menimpa
  • Keluarga Anda Boleh Bahagia
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • 1 BERGANTUNG KEPADA YEHUWA
  • 2 JAGA DIRI DAN KELUARGA
  • 3 DAPATKAN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
  • Tetap Menghampiri Yehuwa
    Apakah yang Diajarkan Bible?
Keluarga Anda Boleh Bahagia
hf bahagian 8 1-3
Seorang suami dan isteri sedang bersedih atas kematian anak mereka

BAHAGIAN 8

Apabila Tragedi Menimpa

“Kamu sangat gembira meskipun kamu perlu menanggung berbagai-bagai cubaan untuk masa yang singkat.”​—1 Petrus 1:6

Walaupun anda berusaha agar perkahwinan dan keluarga anda bahagia, perkara yang tidak diduga boleh menyebabkan anda susah mengekalkan sukacita. (Pengkhutbah 9:11) Tuhan dengan pengasih menyediakan bantuan semasa kita menghadapi kesusahan. Jika anda menerapkan prinsip Bible yang berikut, anda sekeluarga dapat bertahan biarpun menghadapi situasi yang paling mencabar.

1 BERGANTUNG KEPADA YEHUWA

NASIHAT BIBLE: ‘Serahkanlah segala kekhuatiran kamu kepada Tuhan, kerana Dia mengambil berat tentang kamu.’ (1 Petrus 5:7) Ingatlah bahawa sewaktu mengalami cubaan, kita tidak patut menyalahkan Tuhan. (Yakobus 1:13) Seraya anda mendekati Tuhan, Dia akan membantu anda dalam cara yang terbaik. (Yesaya 41:10) “Beritahukanlah segala kesusahan kamu kepada-Nya.”​—Mazmur 62:9.

Anda juga akan mendapat kelegaan semasa membaca dan mempelajari Bible setiap hari. Hasilnya, anda akan merasakan bagaimana Yehuwa ‘menolong kita semasa kita mengalami kesusahan.’ (2 Korintus 1:3, 4; Roma 15:4) Dia berjanji untuk memberi anda ‘kesejahteraan yang tidak mungkin difahami oleh manusia.’​—Filipi 4:6, 7, 13.

Seorang lelaki yang berada di hospital sedang berdoa bersama keluarganya

ANDA BOLEH:

  • Berdoa untuk meminta bantuan Yehuwa agar dapat bertenang dan berfikiran wajar

  • Kaji semua pilihan yang ada dan buat keputusan yang terbaik

2 JAGA DIRI DAN KELUARGA

NASIHAT BIBLE: “Orang bijak sentiasa sedia dan suka belajar.” (Amsal 18:15) Dapatkan semua fakta. Ketahuilah keperluan setiap anggota keluarga anda. Bincanglah dengan mereka dan dengar apa yang mereka katakan.​—Amsal 20:5.

Bagaimana pula jika orang yang dikasihi meninggal? Jangan pendam perasaan anda. Ingatlah bahawa ‘Yesus juga menangis.’ (Yohanes 11:35; Pengkhutbah 3:4) Tidur dan rehat yang mencukupi juga penting. (Pengkhutbah 4:6) Dengan itu, anda dapat menghadapi keadaan tersebut dengan lebih baik.

ANDA BOLEH:

  • Pupuk kebiasaan untuk berkomunikasi dengan keluarga anda agar mereka berasa lebih senang untuk bercakap dengan anda apabila ditimpa tragedi

  • Bercakap dengan orang yang mungkin pernah mengalami situasi yang serupa dengan anda

3 DAPATKAN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

NASIHAT BIBLE: “Sahabat sentiasa saling mengasihi, dan . . . saling menanggung kesusahan.” (Amsal 17:17) Sahabat anda ingin memberikan bantuan, tetapi mungkin tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Janganlah teragak-agak untuk memberitahu mereka apa yang anda benar-benar perlukan. (Amsal 12:25) Dapatkan juga bantuan rohani daripada mereka yang memahami Bible. Bimbingan yang mereka beri berdasarkan Bible dapat membantu anda.​—Yakobus 5:14.

Anda akan mendapat sokongan yang diperlukan semasa bergaul secara tetap dengan orang yang benar-benar percaya kepada Tuhan dan janji-Nya. Anda juga akan mendapat kelegaan yang besar semasa anda membantu mereka yang memerlukan galakan. Kongsi dengan mereka tentang kepercayaan anda kepada Yehuwa serta janji-Nya. Tetaplah sibuk untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan dan janganlah asingkan diri daripada orang yang benar-benar menyayangi dan mengambil berat tentang anda.​—Amsal 18:1; 1 Korintus 15:58.

ANDA BOLEH:

  • Bercakap dengan sahabat akrab dan biarlah dia membantu anda

  • Beritahu dengan jelas dan jujur tentang keperluan anda

PANDANGAN YANG MENYELURUH

Tetaplah bertumpu kepada Tuhan walaupun dibebani masalah. Sewaktu mengalami cubaan, Ayub berkata, ‘Terpujilah nama Yehuwa!’ (Ayub 1:21, 22) Seperti Ayub, utamakan nama dan kehendak Yehuwa, bukannya kerisauan anda. Janganlah putus harapan apabila perkara yang kita jangkakan tidak berlaku. Percaya sepenuhnya kepada Tuhan. “Aku sendiri tahu akan rancangan-Ku untuk kamu. Rancangan itu bukan untuk mencelakakan kamu, tetapi untuk kemakmuran kamu dan untuk memberikan masa depan yang kamu harap-harapkan.”​—Yeremia 29:11.

TANYALAH DIRI . . .

  • Adakah saya percaya sepenuhnya kepada Yehuwa bahkan dalam perkara yang kecil?

  • Mengapakah saya perlu bersyukur kepada Yehuwa atas kebaikan-Nya setiap hari?

    Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Bahasa Isyarat Malaysia
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi