PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • hf bahagian 7 1-4
  • Cara Mendidik Anak Anda

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Cara Mendidik Anak Anda
  • Keluarga Anda Boleh Bahagia
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • 1 MUDAH DIDEKATI OLEH ANAK ANDA
  • 2 CUBA FAHAMI KATA-KATA MEREKA
  • 3 BERSEPAKAT DI HADAPAN ANAK
  • 4 BUATLAH RANCANGAN
  • Rahsia Kebahagiaan Keluarga—Bahagian 2
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
Keluarga Anda Boleh Bahagia
hf bahagian 7 1-4
Seorang ayah dan anak membaiki sebuah basikal bersama-sama

BAHAGIAN 7

Cara Mendidik Anak Anda

“Jangan sekali-kali lupa akan hukum yang aku berikan kepada kamu hari ini. Ajarkanlah hukum itu kepada anak-anak kamu.”​—Ulangan 6:6, 7

Semasa memulakan aturan keluarga, Yehuwa memberikan tanggungjawab kepada ibu bapa untuk menjaga anak-anak. (Kolose 3:20) Ibu bapa harus mengajar anak untuk mengasihi Yehuwa dan menjadi orang yang bertanggungjawab apabila dewasa. (2 Timotius 1:5; 3:15) Anda juga perlu belajar untuk memahami isi hati anak anda. Teladan anda sangat penting. Anda perlu menerapkan Firman Yehuwa terlebih dahulu agar dapat mengajarkannya kepada anak anda dengan berkesan.​—Mazmur 40:9.

1 MUDAH DIDEKATI OLEH ANAK ANDA

NASIHAT BIBLE: “Cepat mendengar, tetapi lambat berkata-kata.” (Yakobus 1:19) Anda mahu anak anda berasa selesa untuk bercakap dengan anda. Mereka perlu tahu bahawa anda selalu bersedia untuk mendengar apabila mereka ingin bercakap dengan anda. Wujudkan suasana yang damai agar anak mudah meluahkan perasaan mereka. (Yakobus 3:18) Jika mereka berasa bahawa anda akan mengkritik atau bersikap kasar, mereka mungkin tidak akan berterus terang dengan anda. Bersabarlah dan selalu yakinkan anak anda bahawa anda mengasihi mereka.​—Matius 3:17; 1 Korintus 8:1.

ANDA BOLEH:

  • Luangkan masa apabila anak anda ingin bercakap dengan anda

  • Selalu bercakap dengan anak anda bukan hanya sewaktu masalah timbul

2 CUBA FAHAMI KATA-KATA MEREKA

NASIHAT BIBLE: “Orang bijak sentiasa berfikir dahulu sebelum bertindak.” (Amsal 13:16) Ada kalanya, anda perlu mengetahui maksud di sebalik kata-kata anak anda agar dapat memahami perasaan sebenar mereka. Biasanya, orang muda cenderung bercakap besar atau mengatakan sesuatu yang tidak mencerminkan isi hati mereka. “Orang yang menjawab sebelum mendengar . . . bodoh.” (Amsal 18:13) Janganlah cepat marah.​—Amsal 19:11.

Seorang ibu tidak mengawal diri selepas mendengar kata-kata anak perempuannya

ANDA BOLEH:

  • Bertekad agar tidak mencelah dan mengawal diri anda tidak kira apa yang anak anda katakan

  • Cuba kenang semula perasaan dan keutamaan anda semasa berumur seperti mereka

3 BERSEPAKAT DI HADAPAN ANAK

NASIHAT BIBLE: “Hai anakku, perhatikanlah kata-kata bapa dan ibumu.” (Amsal 1:8) Yehuwa telah memberi ibu bapa hak terhadap anak-anak. Anda harus mengajar mereka untuk menghormati dan mentaati anda. (Efesus 6:1-3) Anak dapat merasakan jika ibu bapa mereka tidak “bersatu.” (1 Korintus 1:10) Jika anda berdua tidak setuju tentang sesuatu, cuba jangan tunjukkan di hadapan anak kerana ini dapat menjejaskan rasa hormat mereka terhadap anda.

Seorang ayah mendisiplinkan anaknya semasa ibu dan anak sulungnya berada di bilik sebelah

ANDA BOLEH:

  • Bincang dan bersetuju tentang cara mendisiplinkan anak anda

  • Jika pendapat anda tentang cara melatih anak berbeza, cuba fahami pandangan pasangan anda

4 BUATLAH RANCANGAN

NASIHAT BIBLE: “Ajarilah anak cara hidup yang betul.” (Amsal 22:6) Mengajar anak dengan berkesan tidak berlaku secara kebetulan. Anda perlu merancang tentang cara melatih anak anda, termasuklah cara memberikan disiplin. (Mazmur 127:4; Amsal 29:17) Disiplin bukan sekadar memberikan hukuman, tetapi membantu anak memahami sebab di sebalik peraturan yang ditetapkan. (Amsal 28:7) Ajarlah mereka juga untuk mengasihi Firman Yehuwa dan memahami prinsip-prinsipnya. (Mazmur 1:2) Hal ini akan membantu mereka untuk memupuk hati nurani yang terlatih.​—Ibrani 5:14.

ANDA BOLEH:

  • Pastikan anak anda mengenali Tuhan sebagai Individu yang nyata dan yang boleh dipercayai

  • Bantu anak untuk kenal pasti dan elakkan bahaya moral, seperti yang terdapat di Internet dan rangkaian sosial. Ajar mereka cara mengelakkan pemangsa seksual

Seorang budak lelaki diajar oleh ibu bapanya untuk menyembah Yehuwa sejak kecil hinggalah dibaptis

“Ajarilah anak cara hidup yang betul”

YEHUWA AKAN MEMBERKATI USAHA ANDA

Sebagai ibu bapa, tugas istimewa anda ialah mengajar anak tentang cara pemikiran Yehuwa. (Efesus 6:4) Yehuwa tahu hal ini memerlukan banyak usaha, tetapi anda dapat yakin bahawa hasilnya akan membawa pujian kepada Tuhan dan memberi anda sukacita yang besar.​—Amsal 23:24.

TANYALAH DIRI . . .

  • Bagaimanakah saya dapat pastikan bahawa anak saya selesa bercakap tentang apa sahaja dengan saya?

  • Apakah yang saya dapat belajar daripada cara ibu bapa lain membesarkan anak mereka?

    Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Bahasa Isyarat Malaysia
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi