PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Samuel 31
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka 1 Samuel

      • Kematian Saul dan tiga orang anak lelakinya (1-13)

1 Samuel 31:1

Rujukan Silang

  • +1Sa 14:52; 29:1
  • +1Sa 28:4; 2Sa 1:21; 1Ta 10:1-5

1 Samuel 31:2

Rujukan Silang

  • +1Sa 13:2; 1Ta 8:33

1 Samuel 31:3

Rujukan Silang

  • +2Sa 1:4, 6

1 Samuel 31:4

Nota kaki

  • *

    Atau “merebahkan dirinya ke atas pedang itu.”

Rujukan Silang

  • +1Sa 17:26; 2Sa 1:20
  • +1Ta 10:4

1 Samuel 31:5

Nota kaki

  • *

    Atau “merebahkan dirinya ke atas pedang itu.”

Rujukan Silang

  • +1Sa 26:10; 1Ta 10:13

1 Samuel 31:6

Rujukan Silang

  • +1Sa 28:19; 1Ta 10:6, 7

1 Samuel 31:7

Nota kaki

  • *

    Atau “kawasan dataran rendah.”

Rujukan Silang

  • +1Sa 13:6

1 Samuel 31:8

Rujukan Silang

  • +1Sa 28:4; 31:1; 2Sa 1:6; 1Ta 10:8-12

1 Samuel 31:9

Nota kaki

  • *

    Atau “mengambil senjatanya.”

Rujukan Silang

  • +2Sa 1:20
  • +Hak 16:23

1 Samuel 31:10

Rujukan Silang

  • +Yos 17:11; Hak 1:27

1 Samuel 31:11

Rujukan Silang

  • +1Sa 11:1, 9-11

1 Samuel 31:13

Nota kaki

  • *

    Harfiah, “pokok tamarisk.”

Rujukan Silang

  • +2Sa 21:12
  • +2Sa 2:4, 5

Lain

1 Sam. 31:11Sa 14:52; 29:1
1 Sam. 31:11Sa 28:4; 2Sa 1:21; 1Ta 10:1-5
1 Sam. 31:21Sa 13:2; 1Ta 8:33
1 Sam. 31:32Sa 1:4, 6
1 Sam. 31:41Sa 17:26; 2Sa 1:20
1 Sam. 31:41Ta 10:4
1 Sam. 31:51Sa 26:10; 1Ta 10:13
1 Sam. 31:61Sa 28:19; 1Ta 10:6, 7
1 Sam. 31:71Sa 13:6
1 Sam. 31:81Sa 28:4; 31:1; 2Sa 1:6; 1Ta 10:8-12
1 Sam. 31:92Sa 1:20
1 Sam. 31:9Hak 16:23
1 Sam. 31:10Yos 17:11; Hak 1:27
1 Sam. 31:111Sa 11:1, 9-11
1 Sam. 31:132Sa 21:12
1 Sam. 31:132Sa 2:4, 5
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
1 Samuel 31:1-13

Satu Samuel

31 Orang Filistin berperang dengan orang Israel,+ dan orang Israel melarikan diri daripada orang Filistin. Banyak orang yang terbunuh di Gunung Gilboa.+ 2 Saul dan anak-anak lelakinya menjadi sasaran utama orang Filistin. Orang Filistin mengejar mereka dan membunuh anak-anak Saul, iaitu Yonatan, Abinadab, dan Malki-sua.+ 3 Pertempuran di sekeliling Saul menjadi sengit. Akhirnya, para pemanah menemui Saul, dan dia cedera parah kerana terkena anak panah mereka.+ 4 Maka Saul berkata kepada askar yang membawa senjatanya, “Hunuskanlah pedangmu dan tikamlah beta. Beta tidak ingin ditikam dan diperlakukan dengan kejam oleh bangsa yang tidak bersunat ini.”+ Tetapi askar itu enggan berbuat demikian kerana dia sangat takut. Oleh itu, Saul mengambil pedang itu dan menikam dirinya.*+ 5 Apabila askar itu nampak bahawa Saul sudah meninggal,+ dia juga menikam dirinya dengan pedang* lalu mati bersama Saul. 6 Demikianlah Saul, tiga orang anak lelakinya, askar yang membawa senjatanya, dan semua askarnya meninggal pada hari itu.+ 7 Apabila orang Israel yang tinggal di kawasan lembah* dan di kawasan Sungai Yordan nampak bahawa orang Israel telah melarikan diri dan Saul serta anak-anak lelakinya telah mati, mereka pun meninggalkan kota mereka dan melarikan diri.+ Maka orang Filistin datang dan tinggal di situ.

8 Keesokan harinya, apabila orang Filistin datang untuk mengambil barang-barang yang ada pada mayat, mereka menjumpai mayat Saul dan mayat tiga orang anak lelakinya di Gunung Gilboa.+ 9 Maka mereka memenggal kepala Saul lalu menanggalkan baju zirahnya.* Kemudian mereka mengirim utusan ke seluruh negeri Filistin untuk menyampaikan berita itu+ di kuil-kuil berhala.+ Mereka juga menyampaikan berita itu kepada seluruh rakyat. 10 Kemudian mereka meletakkan baju zirah Saul di kuil Asytoret dan menggantungkan mayatnya pada tembok kota Bet-sean.+ 11 Penduduk di Yabes-gilead+ mendengar apa yang telah dilakukan oleh orang Filistin terhadap Saul. 12 Maka pahlawan-pahlawan mereka berjalan sepanjang malam ke kota Bet-sean. Mereka mengambil mayat Saul dan mayat anak-anak lelakinya dari tembok kota itu. Kemudian mereka kembali ke Yabes dan membakar mayat-mayat itu. 13 Setelah itu, mereka mengambil dan menanam tulang-tulang itu+ di bawah sebatang pokok* di Yabes,+ dan mereka berpuasa selama tujuh hari.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi