PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yehezkiel 11
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Yehezkiel

      • Pemimpin yang jahat dikutuk (1-13)

        • Kota digambarkan sebagai periuk (3-12)

      • Janji tentang pemulihan (14-21)

        • “Membaharui cara pemikiran” (19)

      • Cahaya kemuliaan Tuhan meninggalkan Yerusalem (22, 23)

      • Yehezkiel pulang ke Kasdim dalam sebuah penglihatan (24, 25)

Yehezkiel 11:1

Nota kaki

  • *

    Dalam bahasa asal, yang mengangkat Yehezkiel boleh merujuk kepada kuasa suci Tuhan atau makhluk roh.

Rujukan Silang

  • +Yeh 10:19
  • +Yes 1:23; Yeh 22:27

Yehezkiel 11:3

Nota kaki

  • *

    Iaitu, kota Yerusalem. Orang Yahudi menyangka bahawa mereka akan mendapat perlindungan di dalam kota ini.

  • *

    Atau “periuk bermulut lebar.”

Rujukan Silang

  • +Yeh 24:3
  • +Yeh 12:27

Yehezkiel 11:4

Rujukan Silang

  • +Yeh 3:17; 20:46; 21:2

Yehezkiel 11:5

Rujukan Silang

  • +2Pt 1:21

Yehezkiel 11:6

Rujukan Silang

  • +Yeh 7:23; 22:3, 4

Yehezkiel 11:7

Rujukan Silang

  • +Yeh 24:6

Yehezkiel 11:8

Rujukan Silang

  • +Yer 38:19

Yehezkiel 11:9

Rujukan Silang

  • +Yer 39:6, 7; 52:24-27

Yehezkiel 11:10

Rujukan Silang

  • +2Ra 25:18-21; 2Ta 36:17
  • +2Ra 14:25; Yer 52:27
  • +Yeh 6:13

Yehezkiel 11:12

Rujukan Silang

  • +Ez 9:7; Ne 9:34
  • +Ul 12:29-31; 2Ta 28:1, 3; Mz 106:34-36

Yehezkiel 11:13

Rujukan Silang

  • +Yeh 9:8

Yehezkiel 11:16

Rujukan Silang

  • +2Ra 24:14, 15; Yer 24:5
  • +Im 26:44

Yehezkiel 11:17

Rujukan Silang

  • +Yes 11:11, 12; Yer 30:10, 11; Yeh 34:13, 14; Amo 9:14, 15

Yehezkiel 11:18

Rujukan Silang

  • +Yeh 37:23

Yehezkiel 11:19

Nota kaki

  • *

    Iaitu, hati yang peka terhadap bimbingan Tuhan.

Rujukan Silang

  • +Yer 24:7; 31:33; 32:39
  • +Mz 51:10; Yeh 36:31
  • +Za 7:12
  • +Yeh 36:26

Yehezkiel 11:22

Rujukan Silang

  • +Yeh 1:19
  • +Yeh 10:18, 19

Yehezkiel 11:23

Rujukan Silang

  • +Yeh 9:3; 10:4
  • +Za 14:4

Yehezkiel 11:24

Nota kaki

  • *

    Dalam bahasa asal, yang mengangkat Yehezkiel boleh merujuk kepada kuasa suci Tuhan atau makhluk roh.

Lain

Yeh. 11:1Yeh 10:19
Yeh. 11:1Yes 1:23; Yeh 22:27
Yeh. 11:3Yeh 24:3
Yeh. 11:3Yeh 12:27
Yeh. 11:4Yeh 3:17; 20:46; 21:2
Yeh. 11:52Pt 1:21
Yeh. 11:6Yeh 7:23; 22:3, 4
Yeh. 11:7Yeh 24:6
Yeh. 11:8Yer 38:19
Yeh. 11:9Yer 39:6, 7; 52:24-27
Yeh. 11:102Ra 25:18-21; 2Ta 36:17
Yeh. 11:102Ra 14:25; Yer 52:27
Yeh. 11:10Yeh 6:13
Yeh. 11:12Ez 9:7; Ne 9:34
Yeh. 11:12Ul 12:29-31; 2Ta 28:1, 3; Mz 106:34-36
Yeh. 11:13Yeh 9:8
Yeh. 11:162Ra 24:14, 15; Yer 24:5
Yeh. 11:16Im 26:44
Yeh. 11:17Yes 11:11, 12; Yer 30:10, 11; Yeh 34:13, 14; Amo 9:14, 15
Yeh. 11:18Yeh 37:23
Yeh. 11:19Yer 24:7; 31:33; 32:39
Yeh. 11:19Mz 51:10; Yeh 36:31
Yeh. 11:19Za 7:12
Yeh. 11:19Yeh 36:26
Yeh. 11:22Yeh 1:19
Yeh. 11:22Yeh 10:18, 19
Yeh. 11:23Yeh 9:3; 10:4
Yeh. 11:23Za 14:4
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Yehezkiel 11:1-25

Yehezkiel

11 Aku diangkat dan dibawa* ke pintu gerbang timur di Rumah Yehuwa. Pintu gerbang itu menghadap ke arah timur.+ Di pintu masuk itu, aku nampak 25 orang pemimpin rakyat, termasuk Yazania anak Azur dan Pelatia anak Benaya.+ 2 Kemudian Tuhan berfirman kepadaku, “Anak manusia, merekalah yang merancang kejahatan dan memberikan nasihat yang buruk di dalam kota ini. 3 Mereka berkata, ‘Kota ini* seperti periuk,* dan kita seperti daging di dalamnya.+ Sekaranglah masanya untuk membina rumah-rumah!’+

4 “Oleh itu, hai anak manusia, bernubuatlah tentang mereka. Ya, bernubuatlah!”+

5 Kemudian kuasa suci Yehuwa menguasaiku,+ dan Dia berfirman kepadaku, “Katakanlah, ‘Inilah firman Yehuwa: “Hai bangsa Israel, apa yang kamu katakan itu benar. Aku tahu apa yang kamu fikirkan. 6 Kamu telah menyebabkan banyak orang mati di kota ini, dan kamu memenuhi jalan-jalan kota dengan mayat mereka.”’”+ 7 “Maka inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Memang kota ini seperti periuk. Tetapi kamu akan dikeluarkan daripada periuk ini, dan mayat-mayat yang telah kamu tinggalkan di serata kota ini akan menjadi seperti daging di dalamnya.’”+

8 “‘Kamu takut akan pedang,+ tetapi Aku akan menyerang kamu dengan pedang,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat. 9 ‘Aku akan mengeluarkan kamu dari kota ini dan menyerahkan kamu ke dalam tangan orang asing yang akan menjatuhkan hukuman atasmu.+ 10 Kamu akan mati dibunuh pedang.+ Aku akan menghakimi kamu di sempadan negeri Israel,+ dan kamu pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.+ 11 Kota ini tidak akan menjadi seperti periuk bagimu, dan kamu tidak akan menjadi seperti daging di dalamnya. Aku akan menghakimi kamu di sempadan negeri Israel, 12 dan kamu pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa. Hal ini demikian kerana kamu tidak hidup selaras dengan peraturan-Ku dan tidak mengikut hukum-hukum-Ku,+ sebaliknya kamu telah mengikut hukum bangsa-bangsa di sekelilingmu.’”+

13 Sebaik sahaja aku bernubuat, Pelatia anak Benaya mati. Aku pun bersujud dan berseru dengan suara yang kuat, “Ya Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat! Adakah Engkau akan melenyapkan semua orang Israel yang masih hidup?”+

14 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 15 “Anak manusia, penduduk Yerusalem telah bercakap dengan seluruh bangsa Israel dan saudara-saudaramu yang berhak untuk membeli semula tanah yang telah dijual. Penduduk Yerusalem berkata, ‘Jauhilah Yehuwa. Tanah ini telah diberikan kepada kami sebagai warisan. Tanah ini milik kami.’ 16 Maka katakanlah kepada mereka, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Aku telah menghantar mereka jauh ke negeri-negeri lain dan mencerai-beraikan mereka dalam kalangan bangsa-bangsa.+ Tetapi untuk sementara waktu, Aku akan menjadi seperti tempat suci kepada mereka di negeri-negeri itu.”’+

17 “Oleh itu, katakanlah, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Aku akan mengumpulkan kamu daripada bangsa-bangsa itu dan dari negeri-negeri kamu dicerai-beraikan, lalu Aku akan memberikan negeri Israel kepada kamu.+ 18 Apabila mereka pulang ke negeri itu, mereka akan menyingkirkan segala benda yang jijik dan amalan yang jijik dari negeri itu.+ 19 Aku akan membuat mereka bersatu hati,+ dan membaharui cara pemikiran mereka.+ Aku akan menggantikan hati mereka yang keras seperti batu+ dengan hati yang lembut,*+ 20 supaya mereka hidup selaras dengan perintah-Ku dan mengikuti hukum-Ku serta mematuhinya. Maka mereka akan menjadi umat-Ku, dan Aku akan menjadi Tuhan mereka.”’

21 “‘“Tetapi Aku akan mendatangkan malapetaka atas orang yang hatinya bertekad untuk berpaut pada benda yang menjijikkan dan enggan meninggalkan perbuatan yang jahat. Malapetaka yang Aku timpakan atas mereka akan setimpal dengan perbuatan mereka,” firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.’”

22 Kerub-kerub itu membentangkan sayap mereka, dan roda-roda itu berada di sisi mereka.+ Cahaya kemuliaan Tuhan orang Israel berada di atas mereka.+ 23 Kemudian cahaya kemuliaan Yehuwa+ naik ke atas lalu meninggalkan kota itu, dan berhenti di atas gunung di sebelah timur kota itu.+ 24 Dalam penglihatan yang disampaikan kepadaku menerusi kuasa suci Tuhan, aku diangkat dan dibawa* kepada tawanan di negeri Kasdim. Kemudian penglihatan itu lenyap dari pandanganku. 25 Lalu aku mula memberitahu tawanan di situ tentang segala perkara yang telah ditunjukkan oleh Yehuwa kepadaku.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi