PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • bm bahagian 1 ms. 4
  • Pencipta Memberi Manusia Sebuah Firdaus

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Pencipta Memberi Manusia Sebuah Firdaus
  • Bible—Apakah Mesejnya?
  • Bahan yang Berkaitan
  • Siapakah yang menciptakan anda?
    Kehidupan Abadi di Firdaus!
  • Bagaimanakah Kehidupan di Firdaus?
    Dengarlah Cakap Tuhan dan Hidup Selama-lamanya
  • Firdaus Hilang
    Bible—Apakah Mesejnya?
  • Tuhan Menciptakan Lelaki dan Perempuan yang Pertama
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
Lihat Selanjutnya
Bible—Apakah Mesejnya?
bm bahagian 1 ms. 4
Adam dan Hawa berada di Taman Eden, dikelilingi oleh banyak haiwan

BAHAGIAN 1

Pencipta Memberi Manusia Sebuah Firdaus

Tuhan menciptakan alam semesta dan semua benda hidup di bumi. Dia menciptakan seorang lelaki dan seorang perempuan yang sempurna, lalu menempatkan mereka di sebuah taman yang indah. Dia memberikan perintah-perintah-Nya kepada mereka

Singa, burung, dan rusa di Taman Eden

KATA-KATA berikut dianggap sebagai kata-kata pembukaan yang paling masyhur, ‘Pada mulanya, Tuhan menciptakan alam semesta.’ (Kejadian 1:1, nota kaki) Dengan kata-kata ini yang indah lagi mudah, Bible memperkenalkan Individu yang memegang watak utama di dalam Kitab Suci. Individu yang dimaksudkan ialah Tuhan Yang Maha Kuasa, iaitu Yehuwa. Ayat pertama di dalam Bible menunjukkan bahawa Tuhan merupakan Pencipta alam semesta yang luas termasuklah planet bumi. Ayat-ayat Bible yang seterusnya menunjukkan bahawa dalam masa beberapa “hari,” Tuhan telah menciptakan segala sesuatu di bumi dan menyediakan bumi sebagai tempat kediaman kita. Perkataan “hari” digunakan secara kiasan, dan merujuk kepada suatu jangka masa yang panjang.

Di bumi, ciptaan Tuhan yang paling agung ialah manusia. Manusia diciptakan dalam imej Tuhan. Oleh itu manusia mampu mencerminkan sifat-sifat Yehuwa seperti kasih dan kebijaksanaan. Tuhan telah menciptakan seorang lelaki daripada tanah dan menamakannya Adam. Dia menempatkan Adam di dalam firdaus yang dipanggil Taman Eden. Tuhan sendiri memenuhi taman itu dengan pokok-pokok yang cantik dan subur.

Tuhan tahu bahawa lelaki itu memerlukan seorang teman. Maka Tuhan menciptakan seorang perempuan dengan menggunakan salah satu tulang rusuk Adam. Tuhan menamakan perempuan itu Hawa, dan kemudian memberikan Hawa kepada Adam sebagai isterinya. Adam, yang sungguh gembira pada masa itu, telah menzahirkan perasaannya dengan kata-kata ini, “Inilah dia, orang yang sama dengan aku—tulang daripada tulangku, dan daging daripada dagingku.” Tuhan menjelaskan, “Itulah sebabnya seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya, lalu mereka menjadi satu.”​—Kejadian 2:22-24; 3:20.

Tuhan telah memberikan dua perintah kepada Adam dan Hawa. Dalam perintah-Nya yang pertama, Tuhan menyuruh mereka mengusahakan dan memelihara Taman Eden serta memenuhi bumi dengan anak cucu mereka. Dalam perintah-Nya yang kedua, Dia melarang mereka makan buah daripada hanya sebatang pokok di dalam taman yang luas itu. Pokok itu dipanggil “pokok yang memberi pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat.” (Kejadian 2:17) Jika mereka tidak taat kepada Tuhan, mereka akan mati. Dengan memberikan perintah-perintah tersebut, Tuhan memberi mereka peluang untuk menunjukkan bahawa mereka menerima-Nya sebagai Pemerintah mereka. Ketaatan mereka juga akan menunjukkan kasih dan rasa syukur mereka kepada Tuhan. Mereka tidak mempunyai apa-apa alasan untuk menolak pemerintahan-Nya yang baik. Mereka sempurna, iaitu mereka diciptakan tanpa sebarang cacat cela. Bible memberitahu kita, “[Tuhan] memandang semua yang sudah dijadikan-Nya dan Dia sangat berpuas hati.”​—Kejadian 1:31.

​—Berdasarkan Kejadian bab 1 dan bab 2.

  • Bagaimanakah Bible menggambarkan penciptaan manusia dan tempat kediaman mereka?

  • Pasangan lelaki dan perempuan yang pertama berpeluang untuk menikmati kehidupan yang bagaimana?

  • Apakah perintah yang diberikan oleh Tuhan kepada pasangan manusia yang pertama?

NAMA TUHAN

Di dalam Kitab Suci, Tuhan mempunyai pelbagai gelaran. Antara gelaran-gelaran Tuhan ialah Yang Maha Kuasa dan Pencipta. Sesetengah gelaran-Nya menonjolkan sifat-sifat-Nya sebagai Tuhan yang suci, berkuasa, adil, bijaksana, dan pengasih. Walau bagaimanapun, Tuhan telah memberi diri-Nya nama yang unik—Yehuwa. Apabila Bible mula-mula ditulis, nama Tuhan muncul kira-kira 7,000 kali. Nama ini pertama kali digunakan di Kejadian 2:4. Nama Yehuwa bererti “Dia Yang Menyebabkan Menjadi.” Hal ini bermaksud Tuhan dapat melaksanakan apa jua yang dikehendaki-Nya dan menepati semua janji yang dibuat-Nya. Tidakkah hakikat ini menyebabkan anda berasa senang hati?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi