Amsal
31 Inilah kata-kata Raja Lemuel (ibunya telah memberikan pesanan penting ini untuk mengajarnya):+
2 Hai anakku, apakah yang harus aku beritahumu?
Hai anak yang kulahirkan, apakah yang harus aku ucapkan?
Hai anak yang aku peroleh kerana ikrarku, apakah yang harus aku katakan?+
3 Janganlah membazirkan kekuatanmu demi perempuan,+
Dan janganlah mengikut haluan yang membinasakan raja.+
4 Hai Lemuel,
Para pemerintah tidak harus berkata, “Di mana minuman kerasku?”
Dan raja-raja tidak patut minum wain,+
5 Supaya mereka tidak minum sehingga melupakan hukum
Dan mengabaikan hak orang yang menderita.
6 Berilah minuman keras kepada orang yang hampir mati,+
Dan berilah wain kepada orang yang sedang merana.+
7 Biarlah mereka minum dan melupakan kemiskinan mereka;
Semoga mereka tidak lagi mengingati masalah mereka.
8 Belalah orang yang tidak dapat membela diri.
Lindungilah hak orang yang hampir mati.+
9 Belalah dan hakimilah orang dengan adil;
Pertahankanlah hak orang yang lemah dan miskin.+
א [Alef]*
10 Siapakah yang dapat menemui isteri yang cekap?*+
Isteri yang cekap jauh lebih berharga daripada batu permata.
ב [Bet]
11 Suaminya mempercayainya dengan sepenuh hati,
Dan suaminya tidak kekurangan apa-apa pun.
ג [Gimel]
12 Sepanjang hayatnya, dia sentiasa berbuat baik terhadap suaminya.
Dia tidak berbuat jahat terhadap suaminya.
ד [Dalet]
13 Dia berusaha mendapatkan kain bulu dan kain linen;
Dia gemar bekerja dengan tangannya.+
ה [He]
14 Dia umpama kapal-kapal saudagar+
Yang membawa makanan dari jauh.
ו [Waw]
15 Dia juga bangun ketika hari masih gelap
Untuk menyediakan makanan bagi keluarganya,
Dan untuk mengagihkan makanan* kepada hamba-hamba perempuannya.+
ז [Zayin]
16 Setelah berfikir masak-masak, dia membeli sebuah ladang;
Dia menanam anggur di ladang dengan pendapatannya sendiri.*
ח [Het]
17 Dia menguatkan tangannya
Dan bersedia untuk bekerja keras.+
ט [Tet]
18 Dia tahu bahawa urus niaganya menguntungkan;
Pelitanya tidak padam pada waktu malam.
י [Yod]
כ [Kap]
20 Dia menghulurkan tangannya kepada orang yang berkekurangan,
Dan memberi dengan murah hati kepada orang yang miskin.+
ל [Lamed]
21 Dia tidak risau tentang rumah tangganya semasa musim sejuk,
Kerana seisi rumah tangganya mempunyai baju panas.
מ [Mem]
22 Dia membuat cadar untuk katilnya.
Pakaiannya dibuat daripada linen dan kain bulu ungu.
נ [Nun]
23 Suaminya terkenal di gerbang kota;+
Di situ, suaminya duduk bersama para pemimpin negeri.
ס [Samek]
24 Dia menjahit dan menjual pakaian linen*
Serta menghasilkan ikat pinggang untuk para pedagang.
ע [Ayin]
25 Dia memiliki kekuatan dan kemuliaan,
Dan dia mengharungi masa depan dengan penuh keyakinan.
פ [Pe]
צ [Tsade]
27 Dia mengawasi kegiatan rumah tangganya,
Dan dia tidak malas untuk melakukan kerjanya.+
ק [Qof]
28 Anak-anaknya bangun dan memuliakannya;
Suaminya bangkit dan memujinya,
ר [Res]
29 “Ada banyak wanita yang cekap,*
Tetapi tiada seorang pun yang dapat menandingimu.”
ש [Syin]
30 Kejelitaan menipu mata dan kecantikan tidak berkekalan,+
Tetapi wanita yang takut akan Yehuwa pasti dipuji.+
ת [Taw]