Yesaya
24 Lihatlah! Yehuwa akan menyebabkan negeri ini* menjadi tandus dan sepi.+
Dia akan menterbalikkan negeri ini+ dan mencerai-beraikan penduduknya.+
2 Semua orang akan menemui kesudahan yang sama:
Rakyat dan imam,
Hamba lelaki dan tuannya,
Hamba perempuan dan puannya,
Penjual dan pembeli,
Penghutang dan pemberi hutang,
Orang yang meminjam dan orang yang memberikan pinjaman.+
3 Seluruh negeri ini akan menjadi sunyi sepi;
Segala sesuatu di negeri ini akan dijarah.+
Yehuwa telah berfirman, dan hal itu pasti berlaku.
4 Negeri ini akan meratap*+ dan menjadi tandus,
Tanah yang subur akan menjadi gersang,
Dan para pembesar di negeri ini akan menjadi lemah.
5 Negeri ini telah dicemarkan oleh penduduknya;+
Mereka melanggar hukum Tuhan,+
Mengubah peraturan-Nya,+
6 Itulah sebabnya negeri ini dikutuk lalu binasa,+
Dan penduduknya dianggap bersalah.
Akibatnya, bilangan mereka semakin berkurangan,
Sehingga beberapa orang sahaja yang tinggal.+
7 Wain baharu akan meratap,* dan pokok anggur akan layu.+
Semua orang yang dahulunya ceria akan mengeluh.+
8 Muzik gembira daripada tamborin sudah tiada;
Keriuhan daripada orang yang berpesta sudah berhenti;
Lagu riang daripada kecapi sudah lenyap.+
9 Tiada lagi orang yang minum wain sambil bernyanyi;
Minuman keras terasa pahit bagi orang yang meminumnya.
10 Kota yang ditinggalkan telah roboh;+
Semua rumah ditutup dengan rapat supaya tiada sesiapa pun yang dapat masuk.
11 Orang berteriak-teriak di jalan kerana kehabisan wain.
Sukacita di negeri ini sudah lenyap;
Kegembiraan di negeri ini sudah tiada.+
12 Kota dan pintu gerbang kota telah dibinasakan;
Semuanya hancur dan tinggal reruntuhan sahaja.+
13 Namun, masih ada penduduk negeri ini dalam kalangan bangsa-bangsa lain.
Mereka akan menjadi seperti buah zaitun yang tertinggal selepas dahan pokok zaitun dipukul,+
Dan seperti buah anggur yang tertinggal selepas musim menuai anggur.+
14 Mereka akan melantangkan suara
Dan berseru dengan gembira.
Dari sebelah barat,* mereka akan mengisytiharkan keagungan Yehuwa.+
15 Dari sebelah timur,*+ mereka akan memuliakan Yehuwa;
Mereka yang tinggal di pulau-pulau akan memuliakan nama Yehuwa, Tuhan orang Israel.+
16 Dari hujung-hujung bumi, akan kedengaran orang yang bernyanyi,
“Semoga Tuhan Yang Adil dimuliakan!”+
Tetapi aku berkata, “Aku berasa lemah dan tidak berdaya!
Malanglah aku! Orang yang licik telah berbuat khianat;
Mereka penuh dengan tipu daya dan muslihat yang licik.”+
17 Hai penduduk negeri ini, ketakutan, lubang, dan perangkap, sedang menantikan kamu.+
18 Sesiapa yang melarikan diri ketika mendengar bunyi yang menakutkan akan jatuh ke dalam lubang,
Dan sesiapa yang keluar dari lubang itu akan masuk ke dalam perangkap.+
Pintu-pintu langit akan terbuka,
Dan asas negeri ini akan bergoncang.
20 Negeri ini akan terhuyung-hayang seperti orang mabuk
Dan bergoyang seperti pondok yang ditiup angin.
Negeri ini akan roboh kerana berat dosanya+
Dan tidak akan bangkit lagi.
21 Pada masa itu, Yehuwa akan memperhatikan angkatan tentera syurga,
Dan Dia akan memperhatikan raja-raja di bumi.
22 Mereka akan dikumpulkan,
Seperti orang tawanan yang dikumpulkan di dalam sebuah lubang.
Setelah dipenjarakan untuk masa yang panjang,
Mereka akan dihakimi.