PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yehezkiel 42
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Yehezkiel

      • Bilik-bilik makan (1-14)

      • Keempat-empat sisi Rumah Tuhan diukur (15-20)

Yehezkiel 42:1

Rujukan Silang

  • +Yeh 40:2
  • +Yeh 42:13
  • +Yeh 41:12, 15

Yehezkiel 42:2

Nota kaki

  • *

    Merujuk kepada hasta yang panjang. Lihat Lampiran B14.

Yehezkiel 42:3

Rujukan Silang

  • +Yeh 41:10

Yehezkiel 42:4

Nota kaki

  • *

    Atau “bilik-bilik.”

Rujukan Silang

  • +Yeh 42:10, 11

Yehezkiel 42:10

Rujukan Silang

  • +Yeh 41:12; 42:1

Yehezkiel 42:11

Rujukan Silang

  • +Yeh 42:4

Yehezkiel 42:12

Rujukan Silang

  • +Yeh 42:9

Yehezkiel 42:13

Rujukan Silang

  • +Yeh 42:1
  • +Im 6:14, 16; 7:1, 6; 10:12, 13; 24:8, 9; Bil 18:10; Yeh 40:46
  • +Im 2:3; Bil 18:9; Ne 13:5

Yehezkiel 42:14

Rujukan Silang

  • +Kel 28:40; 29:8, 9; Im 8:13; Yeh 44:19

Yehezkiel 42:15

Rujukan Silang

  • +Yeh 40:6

Yehezkiel 42:16

Nota kaki

  • *

    Merujuk kepada kayu pengukur panjang. Lihat Lampiran B14.

Yehezkiel 42:20

Rujukan Silang

  • +Yeh 40:5
  • +Yeh 45:1, 2
  • +Im 10:10; Yeh 44:23; 2Ko 6:17

Lain

Yeh. 42:1Yeh 40:2
Yeh. 42:1Yeh 42:13
Yeh. 42:1Yeh 41:12, 15
Yeh. 42:3Yeh 41:10
Yeh. 42:4Yeh 42:10, 11
Yeh. 42:10Yeh 41:12; 42:1
Yeh. 42:11Yeh 42:4
Yeh. 42:12Yeh 42:9
Yeh. 42:13Yeh 42:1
Yeh. 42:13Im 6:14, 16; 7:1, 6; 10:12, 13; 24:8, 9; Bil 18:10; Yeh 40:46
Yeh. 42:13Im 2:3; Bil 18:9; Ne 13:5
Yeh. 42:14Kel 28:40; 29:8, 9; Im 8:13; Yeh 44:19
Yeh. 42:15Yeh 40:6
Yeh. 42:20Yeh 40:5
Yeh. 42:20Yeh 45:1, 2
Yeh. 42:20Im 10:10; Yeh 44:23; 2Ko 6:17
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Yehezkiel 42:1-20

Yehezkiel

42 Kemudian dia membawa aku ke halaman luar, iaitu ke arah utara.+ Dia membawa aku ke sebuah blok yang mempunyai bilik-bilik makan yang terletak bersebelahan dengan kawasan lapang itu.+ Blok itu terletak di sebelah utara sebuah bangunan yang berhampiran dengannya.+ 2 Blok itu berukuran 100 hasta* panjang dan 50 hasta lebar. Pintu masuknya menghadap ke arah utara. 3 Blok itu terletak di antara lantai halaman luar dengan halaman dalam, yang berukuran 20 hasta lebar.+ Blok itu mempunyai tiga tingkat, dan beranda-berandanya menghadap satu sama lain. 4 Di depan bilik-bilik makan,* ada sebuah laluan+ yang berukuran 10 hasta lebar dan 100 hasta panjang. Pintu masuknya menghadap ke arah utara. 5 Bilik-bilik makan yang ada di tingkat atas lebih kecil daripada bilik-bilik makan di tingkat tengah dan tingkat bawah, kerana berandanya mengambil lebih banyak ruang. 6 Walaupun bilik-bilik makan itu bertingkat tiga, bilik-bilik itu tidak mempunyai tiang-tiang seperti tiang-tiang di halaman Rumah Tuhan. Itulah sebabnya bilik-bilik makan yang ada di tingkat atas lebih kecil daripada bilik-bilik makan di tingkat tengah dan tingkat bawah.

7 Di sebelah bilik-bilik makan itu, terdapat sebuah dinding batu yang berukuran 50 hasta panjang. Dinding itu terletak dekat halaman luar dan menghadap bilik-bilik makan yang lain. 8 Bilik-bilik makan yang berdekatan halaman luar berukuran 50 hasta panjang. Bilik-bilik makan yang berdekatan tempat suci pula berukuran 100 hasta panjang. 9 Di sebelah timur, terdapat jalan masuk dari halaman luar ke bilik-bilik makan itu.

10 Di sebelah selatan, ada bilik-bilik makan lain yang berhampiran dengan kawasan lapang dan bangunan itu. Bilik-bilik itu terletak di sebelah dalam dinding batu yang menghadap ke arah timur.+ 11 Di hadapan bilik-bilik itu, terdapat laluan seperti yang terdapat di bilik-bilik makan di sebelah utara.+ Panjang dan lebarnya sama, reka bentuknya sama, dan pintu-pintu keluarnya pun sama. Pintu masuknya pula 12 seperti pintu masuk di bilik-bilik makan di sebelah selatan. Terdapat sebuah pintu masuk di permulaan laluan itu, iaitu dekat dinding batu di sebelah timur, dan orang dapat masuk melalui pintu itu.+

13 Kemudian dia berkata kepadaku, “Bilik-bilik makan di sebelah utara dan selatan yang terletak bersebelahan dengan kawasan lapang+ itu ialah bilik-bilik makan yang suci. Di situlah para imam yang berkhidmat kepada Yehuwa makan persembahan yang paling suci.+ Di situ juga mereka meletakkan persembahan yang paling suci, korban bijirin, korban dosa, dan korban ganti rugi, kerana tempat itu suci.+ 14 Para imam yang memasuki tempat suci itu tidak boleh keluar dari situ lalu pergi ke halaman luar tanpa menanggalkan jubah mereka yang suci.+ Mereka harus memakai jubah lain sebelum keluar ke tempat orang ramai berkumpul, kerana jubah yang suci itu digunakan semasa berkhidmat kepada Tuhan.”

15 Setelah dia selesai mengukur kawasan di dalam Rumah Tuhan, dia membawa aku keluar melalui pintu gerbang yang menghadap ke arah timur+ dan dia mengukur seluruh kawasan itu.

16 Dia mengukur sisi sebelah timur dengan kayu pengukurnya,* dan ukurannya sama panjang dengan 500 kayu pengukur.

17 Dia mengukur sisi sebelah utara dengan kayu pengukurnya, dan ukurannya sama panjang dengan 500 kayu pengukur.

18 Dia mengukur sisi sebelah selatan dengan kayu pengukurnya, dan ukurannya sama panjang dengan 500 kayu pengukur.

19 Dia mengukur sisi sebelah barat dengan kayu pengukurnya, dan ukurannya sama panjang dengan 500 kayu pengukur.

20 Demikianlah dia mengukur keempat-empat sisi Rumah Tuhan. Di sekeliling rumah itu, terdapat sebuah tembok+ yang panjangnya sama dengan panjang 500 kayu pengukur dan lebarnya sama dengan panjang 500 kayu pengukur.+ Tembok itu memisahkan tempat suci dengan tempat umum.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi