-
Matius 12:1-8Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
12 Pada masa itu, Yesus lalu di ladang gandum pada hari Sabat. Murid-muridnya berasa lapar, maka mereka mula memetik bulir gandum lalu memakannya.+ 2 Orang Farisi yang nampak hal itu berkata kepadanya, “Lihatlah! Murid-muridmu sudah melakukan apa yang dilarang pada hari Sabat.”+ 3 Dia berkata kepada mereka, “Belum pernahkah kamu membaca tentang apa yang dilakukan oleh Daud semasa dia dan anak-anak buahnya lapar?+ 4 Tidakkah dia memasuki rumah Tuhan?* Dan tidakkah mereka memakan roti yang sudah dipersembahkan+ kepada Tuhan? Mereka sebenarnya tidak berhak memakannya. Hanya para imam yang berhak memakannya.+ 5 Atau belum pernahkah kamu membaca dalam Hukum bahawa imam yang bekerja di Rumah Tuhan pada hari Sabat tidak dianggap bersalah?+ 6 Aku memberitahu kamu bahawa orang yang lebih penting daripada Rumah Tuhan ada di sini.+ 7 Namun, jika kamu memahami maksud ayat ini, ‘Aku mahukan belas kasihan,+ bukannya korban,’+ kamu tidak akan menyalahkan orang yang tidak bersalah, 8 kerana Anak Manusia ialah Tuan yang berkuasa atas hari Sabat.”+
-
-
Lukas 6:1-5Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
6 Pada suatu hari Sabat, Yesus lalu di ladang gandum. Sambil berjalan, murid-muridnya memetik bulir gandum.+ Mereka menggosoknya dengan tangan, lalu memakannya.+ 2 Jadi beberapa orang Farisi berkata, “Mengapakah kamu semua melakukan apa yang dilarang pada hari Sabat?”+ 3 Tetapi Yesus berkata kepada mereka, “Belum pernahkah kamu membaca tentang apa yang dilakukan oleh Daud semasa dia dan anak-anak buahnya lapar?+ 4 Tidakkah dia memasuki rumah Tuhan,* menerima dan memakan roti yang sudah dipersembahkan kepada Tuhan, lalu memberikan roti itu kepada anak-anak buahnya? Sebenarnya, tiada sesiapa pun yang berhak memakan roti itu kecuali para imam.”+ 5 Kemudian dia berkata kepada mereka, “Anak Manusia ialah Tuan yang berkuasa atas hari Sabat.”+
-