-
Matius 12:1-8Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
12 Pada masa itu, Yesus lalu di ladang gandum pada hari Sabat. Murid-muridnya berasa lapar, maka mereka mula memetik bulir gandum lalu memakannya.+ 2 Orang Farisi yang nampak hal itu berkata kepadanya, “Lihatlah! Murid-muridmu sudah melakukan apa yang dilarang pada hari Sabat.”+ 3 Dia berkata kepada mereka, “Belum pernahkah kamu membaca tentang apa yang dilakukan oleh Daud semasa dia dan anak-anak buahnya lapar?+ 4 Tidakkah dia memasuki rumah Tuhan?* Dan tidakkah mereka memakan roti yang sudah dipersembahkan+ kepada Tuhan? Mereka sebenarnya tidak berhak memakannya. Hanya para imam yang berhak memakannya.+ 5 Atau belum pernahkah kamu membaca dalam Hukum bahawa imam yang bekerja di Rumah Tuhan pada hari Sabat tidak dianggap bersalah?+ 6 Aku memberitahu kamu bahawa orang yang lebih penting daripada Rumah Tuhan ada di sini.+ 7 Namun, jika kamu memahami maksud ayat ini, ‘Aku mahukan belas kasihan,+ bukannya korban,’+ kamu tidak akan menyalahkan orang yang tidak bersalah, 8 kerana Anak Manusia ialah Tuan yang berkuasa atas hari Sabat.”+
-
-
Markus 2:23-28Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
23 Pada suatu hari Sabat, Yesus lalu di ladang gandum. Sambil berjalan, murid-muridnya mula memetik bulir gandum.+ 24 Jadi orang Farisi berkata kepadanya, “Lihatlah! Mengapakah mereka melakukan apa yang dilarang pada hari Sabat?” 25 Dia berkata kepada mereka, “Belum pernahkah kamu membaca tentang apa yang dilakukan oleh Daud semasa dia dan anak-anak buahnya lapar dan kehabisan makanan?+ 26 Tidakkah kamu membaca kisah Ketua Imam Abiatar+ tentang bagaimana Daud memasuki rumah Tuhan,* memakan roti yang sudah dipersembahkan kepada Tuhan, lalu memberikan roti itu kepada anak-anak buahnya? Sebenarnya, tiada sesiapa pun yang berhak memakan roti itu kecuali para imam.”+ 27 Maka dia berkata kepada mereka, “Tuhan menetapkan hari Sabat untuk manusia,+ dan bukannya menjadikan manusia untuk mematuhi hari Sabat. 28 Lagipun Anak Manusia ialah Tuan yang berkuasa atas hari Sabat.”+
-