PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Keluaran 12:16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 16 Pada hari pertama dan hari ketujuh, kamu harus berkumpul untuk beribadat kepada-Ku. Pada kedua-dua hari itu, kamu tidak boleh melakukan sebarang pekerjaan,+ kecuali menyediakan makanan yang diperlukan.

  • Ulangan 23:25
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 25 “Jika kamu pergi ke ladang biji-bijian orang lain, kamu boleh memetik dan makan hasil tanaman yang masak, tetapi kamu tidak boleh memotongnya dengan sabit.+

  • Markus 2:23-28
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 23 Pada suatu hari Sabat, Yesus lalu di ladang gandum. Sambil berjalan, murid-muridnya mula memetik bulir gandum.+ 24 Jadi orang Farisi berkata kepadanya, “Lihatlah! Mengapakah mereka melakukan apa yang dilarang pada hari Sabat?” 25 Dia berkata kepada mereka, “Belum pernahkah kamu membaca tentang apa yang dilakukan oleh Daud semasa dia dan anak-anak buahnya lapar dan kehabisan makanan?+ 26 Tidakkah kamu membaca kisah Ketua Imam Abiatar+ tentang bagaimana Daud memasuki rumah Tuhan,* memakan roti yang sudah dipersembahkan kepada Tuhan, lalu memberikan roti itu kepada anak-anak buahnya? Sebenarnya, tiada sesiapa pun yang berhak memakan roti itu kecuali para imam.”+ 27 Maka dia berkata kepada mereka, “Tuhan menetapkan hari Sabat untuk manusia,+ dan bukannya menjadikan manusia untuk mematuhi hari Sabat. 28 Lagipun Anak Manusia ialah Tuan yang berkuasa atas hari Sabat.”+

  • Lukas 6:1-5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 Pada suatu hari Sabat, Yesus lalu di ladang gandum. Sambil berjalan, murid-muridnya memetik bulir gandum.+ Mereka menggosoknya dengan tangan, lalu memakannya.+ 2 Jadi beberapa orang Farisi berkata, “Mengapakah kamu semua melakukan apa yang dilarang pada hari Sabat?”+ 3 Tetapi Yesus berkata kepada mereka, “Belum pernahkah kamu membaca tentang apa yang dilakukan oleh Daud semasa dia dan anak-anak buahnya lapar?+ 4 Tidakkah dia memasuki rumah Tuhan,* menerima dan memakan roti yang sudah dipersembahkan kepada Tuhan, lalu memberikan roti itu kepada anak-anak buahnya? Sebenarnya, tiada sesiapa pun yang berhak memakan roti itu kecuali para imam.”+ 5 Kemudian dia berkata kepada mereka, “Anak Manusia ialah Tuan yang berkuasa atas hari Sabat.”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi