PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yehezkiel 36
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Yehezkiel

      • Nubuat tentang pergunungan Israel (1-15)

      • Pemulihan Israel (16-38)

        • “Aku pasti akan menyucikan nama-Ku yang agung” (23)

        • “Seperti Taman Eden” (35)

Yehezkiel 36:2

Rujukan Silang

  • +Yer 49:1; Yeh 35:10

Yehezkiel 36:3

Rujukan Silang

  • +Ul 28:37; 1Ra 9:7; Rat 2:15; Da 9:16

Yehezkiel 36:4

Rujukan Silang

  • +Yer 25:9
  • +Mz 79:4; Yeh 34:28

Yehezkiel 36:5

Rujukan Silang

  • +Zef 3:8
  • +Ob 12
  • +Yeh 25:12, 13; 35:10, 11; Amo 1:11

Yehezkiel 36:6

Rujukan Silang

  • +Mz 74:10; 123:4

Yehezkiel 36:7

Rujukan Silang

  • +Yer 25:9; 49:17

Yehezkiel 36:8

Rujukan Silang

  • +Yes 44:23; 51:3; Yeh 36:30

Yehezkiel 36:10

Rujukan Silang

  • +Za 8:4
  • +Yes 51:3; Yer 30:18, 19; Amo 9:14

Yehezkiel 36:11

Rujukan Silang

  • +Yer 31:27
  • +Yes 54:7; Yer 30:18
  • +Hag 2:9
  • +Ho 2:20; Yl 3:17

Yehezkiel 36:12

Rujukan Silang

  • +Yer 32:44; Ob 17
  • +Yes 65:23

Yehezkiel 36:15

Rujukan Silang

  • +Yes 54:4; 60:14; Mi 7:8; Zef 2:8; 3:19

Yehezkiel 36:17

Rujukan Silang

  • +Mz 106:38; Yes 24:5; Yer 2:7; 16:18
  • +Im 12:2; Yes 64:6

Yehezkiel 36:18

Nota kaki

  • *

    Lihat nota kaki bagi Yeh 6:4.

Rujukan Silang

  • +Yes 42:24, 25
  • +Yeh 23:37

Yehezkiel 36:19

Rujukan Silang

  • +Im 26:38; Yeh 22:15

Yehezkiel 36:20

Rujukan Silang

  • +Yes 52:5; Rm 2:24

Yehezkiel 36:21

Rujukan Silang

  • +Mz 74:18; Yes 48:9; Yeh 20:9

Yehezkiel 36:22

Rujukan Silang

  • +Mz 106:7, 8

Yehezkiel 36:23

Rujukan Silang

  • +Yes 5:16; Yeh 20:41
  • +Mz 102:13-15

Yehezkiel 36:24

Rujukan Silang

  • +Ul 30:3; Yes 43:5; Yer 23:3; Yeh 34:13; Ho 1:11

Yehezkiel 36:25

Rujukan Silang

  • +Bil 19:13; Mz 51:7
  • +Yes 4:4; Yer 33:8
  • +Yeh 6:4

Yehezkiel 36:26

Nota kaki

  • *

    Iaitu, hati yang peka terhadap bimbingan Tuhan.

Rujukan Silang

  • +Yer 32:39
  • +Mz 51:10; Yeh 11:19, 20
  • +Za 7:12

Yehezkiel 36:27

Rujukan Silang

  • +Yer 31:33

Yehezkiel 36:28

Rujukan Silang

  • +Yer 30:22; Yeh 37:25, 27

Yehezkiel 36:29

Rujukan Silang

  • +Yeh 34:29

Yehezkiel 36:30

Rujukan Silang

  • +Yeh 34:27

Yehezkiel 36:31

Rujukan Silang

  • +Ez 9:6; Ne 9:26; Yer 31:18; Yeh 6:9

Yehezkiel 36:32

Rujukan Silang

  • +Ul 9:5; Da 9:19

Yehezkiel 36:33

Rujukan Silang

  • +Za 8:8
  • +Yes 58:12; Yer 33:10, 11; Amo 9:14

Yehezkiel 36:35

Rujukan Silang

  • +Kej 2:8
  • +Yes 51:3

Yehezkiel 36:36

Rujukan Silang

  • +Yeh 28:26; 37:14

Yehezkiel 36:38

Nota kaki

  • *

    Atau mungkin, “seperti kawanan bebiri yang dibawa untuk dipersembahkan di Yerusalem.”

Rujukan Silang

  • +Yer 30:18, 19
  • +Kel 23:17

Lain

Yeh. 36:2Yer 49:1; Yeh 35:10
Yeh. 36:3Ul 28:37; 1Ra 9:7; Rat 2:15; Da 9:16
Yeh. 36:4Yer 25:9
Yeh. 36:4Mz 79:4; Yeh 34:28
Yeh. 36:5Zef 3:8
Yeh. 36:5Ob 12
Yeh. 36:5Yeh 25:12, 13; 35:10, 11; Amo 1:11
Yeh. 36:6Mz 74:10; 123:4
Yeh. 36:7Yer 25:9; 49:17
Yeh. 36:8Yes 44:23; 51:3; Yeh 36:30
Yeh. 36:10Za 8:4
Yeh. 36:10Yes 51:3; Yer 30:18, 19; Amo 9:14
Yeh. 36:11Yer 31:27
Yeh. 36:11Yes 54:7; Yer 30:18
Yeh. 36:11Hag 2:9
Yeh. 36:11Ho 2:20; Yl 3:17
Yeh. 36:12Yer 32:44; Ob 17
Yeh. 36:12Yes 65:23
Yeh. 36:15Yes 54:4; 60:14; Mi 7:8; Zef 2:8; 3:19
Yeh. 36:17Mz 106:38; Yes 24:5; Yer 2:7; 16:18
Yeh. 36:17Im 12:2; Yes 64:6
Yeh. 36:18Yes 42:24, 25
Yeh. 36:18Yeh 23:37
Yeh. 36:19Im 26:38; Yeh 22:15
Yeh. 36:20Yes 52:5; Rm 2:24
Yeh. 36:21Mz 74:18; Yes 48:9; Yeh 20:9
Yeh. 36:22Mz 106:7, 8
Yeh. 36:23Yes 5:16; Yeh 20:41
Yeh. 36:23Mz 102:13-15
Yeh. 36:24Ul 30:3; Yes 43:5; Yer 23:3; Yeh 34:13; Ho 1:11
Yeh. 36:25Bil 19:13; Mz 51:7
Yeh. 36:25Yes 4:4; Yer 33:8
Yeh. 36:25Yeh 6:4
Yeh. 36:26Yer 32:39
Yeh. 36:26Mz 51:10; Yeh 11:19, 20
Yeh. 36:26Za 7:12
Yeh. 36:27Yer 31:33
Yeh. 36:28Yer 30:22; Yeh 37:25, 27
Yeh. 36:29Yeh 34:29
Yeh. 36:30Yeh 34:27
Yeh. 36:31Ez 9:6; Ne 9:26; Yer 31:18; Yeh 6:9
Yeh. 36:32Ul 9:5; Da 9:19
Yeh. 36:33Za 8:8
Yeh. 36:33Yes 58:12; Yer 33:10, 11; Amo 9:14
Yeh. 36:35Kej 2:8
Yeh. 36:35Yes 51:3
Yeh. 36:36Yeh 28:26; 37:14
Yeh. 36:38Yer 30:18, 19
Yeh. 36:38Kel 23:17
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31
  • 32
  • 33
  • 34
  • 35
  • 36
  • 37
  • 38
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Yehezkiel 36:1-38

Yehezkiel

36 “Wahai anak manusia, bernubuatlah kepada pergunungan Israel. Katakanlah, ‘Hai pergunungan Israel, dengarlah firman Yehuwa. 2 Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Musuh kamu telah berkata, ‘Baguslah! Sekarang bukit-bukit purbakala itu menjadi milik kita!’”’+

3 “Bernubuatlah dan katakanlah, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Mereka telah menyerang kamu dari semua arah dan membuat kamu menjadi tandus, supaya kamu menjadi milik bangsa-bangsa lain. Orang memfitnah kamu dan asyik bercakap tentang kamu.+ 4 Oleh itu, hai pergunungan Israel, dengarlah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat! Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, berfirman kepada gunung, bukit, sungai, lembah, reruntuhan yang gersang,+ dan kepada kota-kota yang terbiar dan yang dijarah serta dihina oleh bangsa-bangsa lain di sekitar mereka.+ 5 Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, berfirman kepada semua tempat itu, ‘Dengan kemarahan-Ku yang berkobar-kobar,+ Aku akan mengutuk bangsa-bangsa lain dan seluruh Edom,+ kerana dengan gembira dan angkuh, mereka telah merampas dan menjarah negeri-Ku dan padang rumputnya.’”’+

6 “Bernubuatlah kepada negeri Israel, dan katakanlah kepada gunung, bukit, anak sungai, dan lembah, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, “Lihatlah! Aku akan berfirman dengan kemarahan yang berkobar-kobar kerana kamu telah dihina oleh bangsa-bangsa.”’+

7 “Maka inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Aku mengangkat tangan-Ku dan bersumpah bahawa bangsa-bangsa di sekeliling itu akan menanggung malu.+ 8 Tetapi hai pergunungan Israel, kamu akan menghasilkan dahan-dahan dan buah untuk umat-Ku Israel kerana umat-Ku+ akan pulang tidak lama lagi. 9 Aku menyertai kamu, dan Aku akan mengalihkan pandangan-Ku ke arah kamu. Kamu akan dibajak dan ditaburi benih. 10 Aku akan melipatgandakan penduduk kamu, iaitu seluruh bangsa Israel. Mereka akan mendiami kota-kota kamu+ dan membina semula reruntuhan kamu.+ 11 Ya, Aku akan melipatgandakan penduduk kamu dan ternakan kamu.+ Mereka akan beranak pinak dan bertambah banyak. Kamu akan dihuni semula seperti dahulu,+ dan Aku akan membuat kamu menjadi lebih makmur daripada dahulu.+ Barulah kamu akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.+ 12 Aku akan menyuruh umat-Ku Israel untuk berjalan-jalan di atas kamu, dan kamu akan menjadi milik mereka.+ Kamu akan menjadi warisan mereka, dan kamu tidak akan membuat mereka kehilangan anak lagi.’”+

13 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Mereka berkata kepada kamu, “Negeri ini pemakan manusia, dan kamu membuat bangsa kamu kehilangan anak.”’ 14 ‘Oleh itu, kamu tidak akan memakan manusia lagi, dan kamu tidak akan membuat bangsa kamu kehilangan anak lagi,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat. 15 ‘Aku tidak akan membiarkan kamu terus menanggung hinaan bangsa-bangsa lain dan mendengar ejekan orang.+ Kamu tidak akan menyebabkan bangsa kamu tersandung lagi,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”

16 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 17 “Anak manusia, apabila bangsa Israel tinggal di negeri mereka, mereka menajiskan negeri itu dengan cara hidup dan kelakuan mereka.+ Cara hidup mereka itu najis seperti darah haid.+ 18 Oleh itu, Aku melampiaskan kemarahan-Ku atas mereka. Ya, mereka telah menumpahkan darah di negeri itu+ dan menajiskannya dengan berhala-berhala mereka yang menjijikkan.*+ 19 Itulah sebabnya Aku akan mencerai-beraikan mereka dalam kalangan bangsa-bangsa lain di negeri asing.+ Aku menghakimi mereka berdasarkan cara hidup dan kelakuan mereka. 20 Tetapi apabila mereka berada dalam kalangan bangsa-bangsa itu, orang mencemarkan nama suci-Ku+ dengan berkata, ‘Mereka umat Yehuwa, tetapi mereka terpaksa meninggalkan negeri-Nya.’ 21 Aku prihatin terhadap nama suci-Ku, yang telah dicemarkan oleh bangsa Israel ke mana sahaja mereka pergi.”+

22 “Oleh itu, beritahulah bangsa Israel, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Hai bangsa Israel, Aku akan bertindak bukan demi kamu, tetapi demi nama suci-Ku, yang telah kamu cemarkan ke mana sahaja kamu pergi.”’+ 23 ‘Ya, kamu telah mencemarkan nama-Ku di hadapan bangsa-bangsa lain, tetapi Aku pasti akan menyucikan nama-Ku yang agung itu.+ Apabila Aku telah disucikan di hadapan mata mereka,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, ‘mereka pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.+ 24 Aku akan membawa kamu keluar daripada bangsa-bangsa dan dari negeri-negeri lain, lalu Aku akan membawa kamu ke negeri kamu.+ 25 Aku akan memercikkan air bersih pada kamu, dan kamu akan menjadi bersih.+ Aku akan membersihkan kamu daripada segala kenajisan kamu+ dan daripada segala berhala kamu yang menjijikkan.+ 26 Aku akan memberi kamu hati yang baharu+ dan membaharui cara pemikiran kamu.+ Aku akan menggantikan hati kamu yang keras seperti batu+ dengan hati yang lembut.* 27 Aku akan mencurahkan kuasa suci-Ku ke dalam diri kamu dan menggerakkan kamu untuk mematuhi peraturan-Ku.+ Kamu akan mematuhi dan menuruti ketetapan-Ku. 28 Kemudian kamu akan tinggal di negeri yang telah Aku berikan kepada nenek moyang kamu. Kamu akan menjadi umat-Ku dan Aku akan menjadi Tuhan kamu.’+

29 “‘Aku akan membebaskan kamu daripada segala kenajisan kamu. Aku akan memerintahkan bijirin untuk bertumbuh dengan subur supaya kamu tidak mengalami kebuluran lagi.+ 30 Aku akan membuat pokok-pokok berbuah dengan lebat dan ladang-ladang mengeluarkan hasil yang berlimpah-limpah supaya kamu tidak lagi dihina oleh bangsa-bangsa kerana kamu mengalami kebuluran.+ 31 Pada masa itu, kamu akan teringat tentang cara hidup dan kelakuan kamu yang jahat, dan kamu akan berasa jijik terhadap diri sendiri kerana dosa dan perbuatan jijik kamu itu.+ 32 Tetapi ketahuilah bahawa Aku berbuat demikian bukan demi kamu,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat. ‘Hai bangsa Israel, kamu patut berasa malu dan hina kerana perbuatan kamu itu.’

33 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Pada hari Aku membersihkan kamu daripada semua dosa kamu, Aku akan menyebabkan kota-kota kamu dihuni semula+ dan reruntuhan kamu dibina semula.+ 34 Setiap orang yang telah lalu di tanah kamu nampak betapa tandusnya tanah itu, tetapi tanah itu akan diusahakan semula. 35 Orang akan berkata, “Tanah tandus itu sudah menjadi seperti Taman Eden.+ Kota-kotanya yang telah dirobohkan dan dibiarkan gersang, kini dikukuhkan dan didiami orang.”+ 36 Bangsa-bangsa lain akan tahu bahawa Aku, Yehuwa, telah membina semula apa yang telah dirobohkan dan mengusahakan semula tanah yang tandus. Aku, Yehuwa, telah berfirman, dan Aku telah melaksanakannya.’+

37 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Aku akan mendengar permintaan bangsa Israel, dan Aku akan mengabulkan permintaan mereka itu dengan melipatgandakan penduduk mereka seperti kawanan ternakan. 38 Kota-kota yang dahulunya tinggal reruntuhan akan penuh dengan orang,+ seperti kumpulan-kumpulan orang suci yang ada di Yerusalem* pada hari perayaan.+ Demikianlah mereka pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.’”

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi