PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yeremia 47:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 47 Yehuwa telah berfirman kepada Nabi Yeremia berkenaan orang Filistin,+ sebelum Firaun memusnahkan Gaza.

  • Yehezkiel 25:16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 16 Oleh itu, Aku Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, berfirman, “Aku akan menghulurkan tangan-Ku dan menyerang orang Filistin.+ Aku akan memusnahkan orang Kreti+ dan membinasakan setiap orang yang masih hidup di persisiran pantai.+

  • Yoel 3:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  4 Hai Tirus, Sidon, dan seluruh wilayah Filistia,

      Alangkah beraninya kamu melawan Aku!

      Adakah kamu mencuba membalas dendam terhadap-Ku?

      Jika kamu berbuat demikian,

      Aku akan segera membalas kamu setimpal dengan perbuatan kamu.+

  • Amos 1:6-8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  6 Yehuwa berfirman,

      ‘“Gaza+ sudah berkali-kali memberontak dan telah menawan sekumpulan orang+ lalu menyerahkan mereka kepada Edom.

      Oleh itu, Aku tidak akan mengubah keputusan-Ku.

       7 Aku akan mengirim api ke tembok kota Gaza,+

      Dan api itu akan membakar kubu-kubunya.

       8 Aku akan memusnahkan penduduk Asdod,+

      Dan Aku juga akan menghapuskan pemerintah Askelon.+

      Aku akan menentang Ekron,+

      Dan semua orang Filistin yang masih hidup akan dibinasakan,”+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.’

  • Zefanya 2:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  4 Gaza akan menjadi kota yang terbiar,

      Dan kota Askelon akan menjadi tempat yang tandus.+

      Penduduk Asdod akan diusir pada tengah hari,

      Dan penduduk Ekron akan dibuang dari tempat tinggal mereka.+

  • Zakharia 9:5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  5 Kota Askelon akan melihatnya lalu menjadi takut;

      Kota Gaza akan berasa amat terseksa setelah menyaksikannya,

      Begitu juga dengan Ekron, kerana harapannya telah hancur.

      Raja di Gaza akan lenyap,

      Dan Askelon tidak akan didiami lagi.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi