AMOS
1 Inilah kata-kata Amos,* salah seorang gembala bebiri dari kota Tekoa.+ Dua tahun sebelum gempa bumi berlaku,+ ketika Yehuda diperintah oleh Raja Uzia+ dan Israel diperintah oleh Raja Yerobeam,+ iaitu putera Raja Yehoas,+ Amos mendapat penglihatan tentang Israel. 2 Dia berkata,
“Yehuwa akan mengaum seperti singa dari Gunung Sion,
Dan Dia akan berseru dari Yerusalem.
Padang rumput akan menjadi gersang,
Dan rumput di puncak Gunung Karmel akan menjadi kering.”+
3 “Yehuwa berfirman,
‘“Damsyik sudah berkali-kali memberontak, dan mereka telah memperlakukan Gilead dengan kejam.*
Oleh itu, Aku tidak akan mengubah keputusan-Ku.+
5 Aku akan mematahkan palang pintu gerbang Damsyik,+
Dan Aku akan memusnahkan penduduk Bikat-awen.
Aku juga akan menghapuskan pemerintah Bet-eden,
Dan semua penduduk Siria akan ditawan lalu dibawa ke Kir,”+ firman Yehuwa.’
6 Yehuwa berfirman,
‘“Gaza+ sudah berkali-kali memberontak dan telah menawan sekumpulan orang+ lalu menyerahkan mereka kepada Edom.
Oleh itu, Aku tidak akan mengubah keputusan-Ku.
7 Aku akan mengirim api ke tembok kota Gaza,+
Dan api itu akan membakar kubu-kubunya.
8 Aku akan memusnahkan penduduk Asdod,+
Dan Aku juga akan menghapuskan pemerintah Askelon.+
Aku akan menentang Ekron,+
Dan semua orang Filistin yang masih hidup akan dibinasakan,”+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.’
9 Yehuwa berfirman,
‘Tirus+ sudah berkali-kali memberontak dan telah menawan sekumpulan orang lalu menyerahkan mereka kepada Edom.
Mereka tidak ingat akan perjanjian persaudaraan yang dibuat oleh mereka.
Oleh itu, Aku tidak akan mengubah keputusan-Ku.+
10 Aku akan mengirim api ke tembok kota Tirus,
Dan api itu akan membakar kubu-kubunya.’+
11 Yehuwa berfirman,
‘Edom+ sudah berkali-kali memberontak.
Mereka mengambil pedang lalu memburu saudara mereka sendiri,+
Dan dengan penuh kemarahan mereka mencabik-cabik saudara mereka.
Mereka enggan berbelas kasihan dan terus-menerus berdendam terhadap saudara mereka.+
Oleh itu, Aku tidak akan mengubah keputusan-Ku.
13 Yehuwa berfirman,
‘“Ammon+ sudah berkali-kali memberontak, dan semasa berperang untuk meluaskan wilayah, mereka telah membelah perut wanita-wanita hamil di Gilead.+
Oleh itu, Aku tidak akan mengubah keputusan-Ku.
14 Aku akan mengirim api ke tembok kota Raba,+
Dan api itu akan membakar kubu-kubunya.
Pada masa itu, laungan perang akan kedengaran,
Dan angin ribut yang kuat akan melanda.
15 Raja mereka dan para pegawainya* akan ditawan lalu dibuang negeri,”+ firman Yehuwa.’
2 “Yehuwa berfirman,
‘“Moab+ sudah berkali-kali memberontak, dan mereka telah membakar tulang-tulang raja Edom untuk dijadikan kapur.
Oleh itu, Aku tidak akan mengubah keputusan-Ku.
2 Aku akan mengirim api ke Moab,
Dan api itu akan membakar kubu-kubu Keriot.+
Moab akan binasa di tengah-tengah keriuhan.
Pada masa itu, laungan perang akan kedengaran, dan trompet akan dibunyikan.+
3 Aku akan menggulingkan raja* mereka,
Dan Aku akan membunuhnya bersama para pegawainya,”*+ firman Yehuwa.’
4 Yehuwa berfirman,
‘Yehuda+ sudah berkali-kali memberontak;
Mereka menolak hukum-Ku* dan tidak mematuhi perintah-Ku.
Mereka disesatkan oleh kepalsuan yang telah diikuti oleh nenek moyang mereka.+
Oleh itu, Aku, Yehuwa, tidak akan mengubah keputusan-Ku.+
5 Aku akan mengirim api ke kota Yehuda,
Dan api itu akan membakar kubu-kubu Yerusalem.’+
6 Yehuwa berfirman,
‘Israel sudah berkali-kali memberontak;+ mereka menjual orang yang jujur untuk mendapatkan perak,
Dan mereka menjual orang yang miskin hanya untuk mendapatkan sepasang kasut.
Oleh itu, Aku tidak akan mengubah keputusan-Ku.+
Bapa dan anak lelakinya meniduri perempuan yang sama,
Sehingga mencemarkan nama-Ku yang suci.
8 Di setiap tempat ibadat, mereka tidur+ dengan pakaian yang diambil daripada orang lain sebagai jaminan hutang,+
Dan di rumah tuhan mereka, mereka minum wain yang dibeli dengan duit yang dikutip sebagai denda daripada orang miskin.’
9 ‘Akulah yang menghapuskan orang Amori,+
Yang setinggi pokok sedar dan sekuat pokok oak.
Demi kamu, Aku sudah memusnahkan mereka sehingga tiada seorang pun yang tertinggal.*+
10 Aku telah membawa kamu keluar dari Mesir,+
Dan Aku memimpin kamu semasa kamu mengembara di padang belantara selama 40 tahun,+
Agar kamu dapat menduduki tanah orang Amori.
11 Aku telah memilih beberapa orang daripada anak lelaki kamu untuk menjadi nabi,+
Bukankah demikian, hai umat Israel?’ firman Yehuwa.
12 ‘Tetapi kamu terus memberi orang Nazir wain untuk diminum,+
Dan kamu melarang para nabi daripada menyampaikan perkhabaran-Ku.+
13 Oleh itu, Aku akan menghancurkan kamu di tempat kamu berada,
Sama seperti kereta lembu yang sarat dengan bijirin meremukkan apa sahaja yang dilaluinya.
14 Pelari yang pantas tiada tempat untuk melarikan diri,+
Orang yang perkasa akan hilang kekuatannya,
Dan bahkan pahlawan tidak dapat menyelamatkan diri.
15 Pemanah tidak akan dapat bertahan,
Orang yang pantas berlari tidak akan dapat melarikan diri,
Dan penunggang kuda tidak akan dapat menyelamatkan diri.
16 Pada hari itu, pahlawan yang paling berani pun
Akan berlari tanpa pakaian,’+ firman Yehuwa.”
3 “Hai umat Israel, dengarlah! Inilah perkhabaran Yehuwa mengenai segenap bangsa kamu, yang sudah dibawa-Nya keluar dari Mesir,
2 ‘Daripada semua bangsa di dunia, kamulah satu-satunya bangsa yang Aku kenal.+
Itulah sebabnya Aku akan menghukum kamu atas segala dosa kamu.+
3 Bolehkah dua orang berangkat bersama-sama tanpa berjanji untuk bertemu terlebih dahulu?
4 Adakah singa akan mengaum di hutan jika belum mendapat mangsa?
Adakah anak singa menggeram di dalam sarangnya jika belum menangkap apa-apa?
5 Bolehkah burung terperangkap jika tiada orang memasang perangkap di tanah?*
Bolehkah perangkap membingkas jika tiada yang tertangkap?
6 Jika trompet dibunyikan di sebuah kota, tidakkah penduduknya akan ketakutan?
Jika bencana menimpa sesebuah kota, bukankah Aku, Yehuwa, yang telah membenarkan bencana itu berlaku?
7 Akulah Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.
Aku tidak akan melakukan sesuatu pun tanpa menyatakan apa-apa* kepada para nabi, hamba-hamba-Ku.+
8 Apabila singa mengaum,+ siapakah yang tidak akan takut?
Apabila Aku, Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, berfirman, siapakah yang tidak akan mengisytiharkan perkhabaran-Ku?’+
9 ‘Umumkanlah perkhabaran ini di atas menara berkubu Asdod,
Dan di atas menara berkubu di negeri Mesir:
10 Orang di sana tidak tahu bagaimana melakukan apa yang benar.
Mereka memenuhi tempat kediaman mereka dengan barang jarahan yang diperoleh dengan kekerasan.” Aku, Yehuwa, telah berfirman.’
11 Maka, inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat,
‘Musuh akan mengepung negeri ini,+
Lalu kamu akan hilang kekuatan.
Mereka akan menjarah menara-menara berkubu kamu.’+
12 Yehuwa berfirman,
‘Seperti seorang gembala yang hanya dapat menyambar sepasang kaki atau sepotong telinga bebirinya daripada mulut singa,
Demikian juga yang akan berlaku; hanya sedikit orang yang akan terselamat antara orang Israel
Yang sekarang berbaring di atas tempat tidur dan tempat duduk yang serba mewah di Samaria.’+
13 ‘Dengarlah dan berikanlah amaran kepada keturunan Yakub,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, ketua angkatan syurga.
14 ‘Pada hari Aku menghukum Israel kerana semua dosa mereka,+
Aku juga akan memusnahkan semua mazbah di Bethel;+
Aku akan mematahkan tanduk-tanduk semua mazbah sehingga jatuh ke tanah.+
15 Aku akan menghancurkan rumah musim sejuk dan rumah musim panas.’
‘Semua rumah yang dihiasi gading akan roboh,+
4 “Dengarlah hai kaum wanita yang tinggal di pergunungan Samaria.+
Kamu menggemukkan diri sehingga menjadi seperti lembu-lembu di Basan.
Kamu menipu orang yang lemah+ dan menindas orang yang miskin.
Kamu berkata kepada suami kamu, ‘Bawalah minuman keras untuk kami minum!’
2 Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat dan Tuhan yang suci, telah bersumpah,
‘Akan tiba masanya kamu diheret dengan cangkuk daging,
Dan yang lain akan ditarik dengan mata kail.
3 Kamu akan dibawa melalui celah-celah tembok yang ada di hadapan kamu masing-masing,
Lalu kamu akan dilempar keluar ke Harmon. Aku, Yehuwa, telah berfirman.’
4 ‘Pergilah ke Bethel dan buatlah dosa* di sana,+
Pergilah ke Gilgal dan buatlah lebih banyak dosa di sana!+
5 Persembahkanlah roti beragi sebagai korban kesyukuran,+
Dan umumkanlah sumbangan sukarela yang kamu berikan,
Kerana bukankah hal itu yang kamu suka lakukan, hai umat Israel?’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.
6 ‘Aku telah menyebabkan setiap rumah kekurangan makanan;
Ya, Aku telah mendatangkan kebuluran di setiap kota kamu.+
Namun, kamu tidak kembali kepada-Ku,’+ firman Yehuwa.
7 ‘Aku telah mencegah hujan turun biarpun musim menuai akan tiba dalam masa tiga bulan lagi;+
Aku menurunkan hujan di sebuah kota tetapi tidak menurunkannya di kota yang lain.
Sebuah ladang mendapat curahan hujan,
Tetapi ladang yang lain menjadi gersang kerana tiada hujan.
8 Di beberapa buah kota, penduduknya kehausan sehingga pergi mencari air di kota lain,+
Tetapi air di sana tidak cukup.
Meskipun begitu, kamu tidak kembali kepada-Ku,’+ firman Yehuwa.
9 ‘Kamu memperbanyak kebun dan ladang anggur kamu,+
Tetapi Aku telah mendatangkan angin panas dan kulapuk kepada tanaman kamu.
Belalang juta telah memakan habis pokok ara dan pokok zaitun kamu.+
Namun demikian, kamu masih tidak kembali kepada-Ku,’+ firman Yehuwa.
10 ‘Aku mengirim wabak penyakit kepada kamu seperti yang telah Aku kirim ke Mesir.+
Aku membunuh orang muda kamu+ dengan pedang dan menangkap semua kuda kamu.+
Aku menyebabkan perkhemahan kamu diselubungi bau busuk yang menusuk hidung.+
Walaupun begitu, kamu tidak juga kembali kepada-Ku,’ firman Yehuwa.
11 ‘Aku menghancurkan negeri kamu,
Seperti yang telah Aku lakukan terhadap Sodom dan Gomora.+
Orang dalam kalangan kamu yang terselamat bagaikan sebatang kayu yang disambar keluar daripada api.
Namun begitu, kamu tetap tidak mahu kembali kepada-Ku,’+ firman Yehuwa.
12 ‘Oleh itu, hai umat Israel, Aku akan menghukum kamu sekali lagi.
Hai umat Israel, bersedialah untuk menghadap Aku, Tuhan kamu,
Kerana Aku akan menjatuhkan hukuman kepada kamu.’
13 Sesungguhnya, Tuhanlah yang menciptakan gunung+ dan angin.+
Dia memberitahu manusia apa yang difikirkan-Nya.
Dia mengubah fajar menjadi kegelapan,+
Dan Dia berjalan di puncak-puncak gunung.+
Dialah ketua angkatan syurga. Yehuwa, itulah nama-Nya.”
5 “Hai umat Israel, dengarlah kata-kata ini yang aku sampaikan sebagai lagu ratapan kepada kamu:
2 ‘Israel, anak dara itu, sudah jatuh!
Dia tidak akan bangkit lagi.
Dia telah dibiarkan terlantar di tanahnya sendiri,
Dan tiada sesiapa pun yang akan membantunya bangun semula.’
3 “Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, telah berfirman,
‘Sebuah kota mengerahkan 1,000 orang askar untuk pergi berperang, tetapi hanya 100 orang yang kembali.
Sebuah kota yang lain mengerahkan 100 orang askar untuk pergi berperang, tetapi hanya 10 orang yang kembali. Demikianlah yang akan berlaku kepada Israel.’+
4 “Hai umat Israel, inilah firman Yehuwa kepada kamu:
‘Carilah Aku, maka kamu akan hidup.+
5 Janganlah pergi ke Bethel,+
Kerana Bethel akan dilenyapkan.*
Janganlah pergi ke Gilgal+ atau ke Beer-syeba,+
Kerana penduduk kota Gilgal akan dibuang negeri.+
6 Hai keturunan Yusuf, carilah Aku, Yehuwa, maka kamu akan hidup.+
Jika tidak, Aku akan datang seperti api yang menyala-nyala kepada kamu,
Lalu menghanguskan Bethel, dan tiada sesiapa pun yang dapat memadamkan api itu.
7 Kamu memutarbalikkan keadilan sehingga orang hidup dalam keperitan,
Dan kamu menolak hal-hal yang benar.+
8 Akulah yang menciptakan bintang Kimah* dan bintang Kesil,*+
Akulah yang mengubah kegelapan yang pekat menjadi cahaya pada waktu pagi,
Akulah yang mengubah siang menjadi gelap seperti pada waktu malam,+
Dan Akulah yang menyebabkan air laut naik
Lalu mencurahkan air itu ke atas bumi.+
Aku Yehuwa, dan itulah nama-Ku.
9 Aku akan memusnahkan kubu-kubu pertahanan,
Dan Aku akan membinasakan orang perkasa dengan segera.
10 Kamu membenci para hakim yang memberikan teguran di pintu gerbang kota,
Dan kamu sangat membenci orang yang bercakap benar.+
11 Kamu meminta cukai tanah daripada orang miskin,
Dan kamu terus merampas hasil tanaman mereka.+
Oleh itu, kamu tidak akan terus tinggal di dalam rumah mewah yang kamu bina daripada batu,+
Dan meskipun kamu menanam anggur yang terbaik, kamu tidak akan meminum wain daripadanya.+
12 Aku tahu bahawa kamu selalu memberontak,
Dan Aku tahu betapa banyaknya dosa kamu.
Kamu menganiaya orang yang baik,
Kamu tidak menegakkan keadilan bagi orang miskin di pintu gerbang kota,
Dan kamu juga menerima rasuah.+
13 Pada masa itu, orang yang bijaksana akan berdiam diri,
Kerana masa itu ialah masa kesengsaraan.+
14 Berusahalah untuk melakukan hal yang baik, dan bukannya hal yang jahat.+
Dengan demikian, kamu akan terus hidup,+
Dan seperti yang kamu katakan, Aku akan menyertai kamu.
Akulah Yehuwa, ketua angkatan syurga.+
15 Bencilah apa yang jahat, dan cintailah apa yang baik.+
Biarlah keadilan ditegakkan di pintu gerbang kota.+
Mungkin Aku, Yehuwa, ketua angkatan syurga,
Akan mengasihani keturunan Yusuf yang masih hidup.’+
16 “Oleh itu, Yehuwa, ketua angkatan syurga, telah berfirman. Inilah firman Yehuwa:
‘Ratapan akan kedengaran di semua tempat awam,
Dan di semua jalan, orang akan berseru, “Aduhai, aduhai!”
Mereka akan memanggil para petani untuk berkabung,
Dan mereka akan mengupah orang untuk meratap.’
17 Yehuwa berfirman, ‘Raungan akan kedengaran di semua ladang anggur,+
Kerana Aku akan datang dalam kalangan kamu untuk menjatuhkan hukuman.’
18 ‘Malanglah orang yang menanti-nantikan hari Yehuwa!+
Apakah ertinya hari Yehuwa bagi kamu?+
Sesungguhnya hari itu hari yang gelap, dan bukan hari yang terang.+
19 Keadaannya seperti orang yang melarikan diri daripada singa, lalu bertemu dengan beruang;
Dia pulang ke rumah dan meletakkan tangannya pada dinding, lalu dipatuk ular.
20 Hari Yehuwa hari yang gelap, dan bukan hari yang terang;
Hari itu hari yang suram, dan bukan hari yang cerah.
21 Aku sangat benci terhadap perayaan-perayaan kamu,+
Dan Aku muak terhadap bau korban yang dipersembahkan semasa kamu berkumpul untuk beribadat kepada-Ku.
22 Meskipun kamu mempersembahkan korban bakar dan korban-korban yang lain,
Semua korban itu tidak akan menyenangkan hati-Ku.+
Meskipun kamu mempersembahkan binatang yang gemuk sebagai korban pendamaian, Aku tidak akan menerima korban itu.+
23 Hentikanlah nyanyian kamu yang membisingkan itu.
Aku tidak mahu mendengar bunyi daripada alat muzik bertali kamu.+
24 Biarlah keadilan mengalir seperti air sungai,+
Dan biarlah kejujuran mengalir seperti air yang tidak pernah kering.
25 Hai umat Israel, selama 40 tahun kamu mengembara di padang belantara,
Pernahkah kamu mempersembahkan korban kepada-Ku?+
26 Sekarang kamu harus membawa Sakut dan Kaiwan,* dewa-dewa bintang kamu itu.
Ya, kamu harus membawa berhala-berhala itu bersama kamu,
27 Dan Aku akan membuang kamu ke suatu tempat yang lebih jauh daripada Damsyik.’+ Demikianlah firman Tuhan yang bernama Yehuwa. Dialah ketua angkatan syurga.”+
6 “Malanglah kamu yang hidup bersenang-lenang di Sion,*
Dan kamu yang berasa aman di pergunungan Samaria.+
Umat Israel datang menghadap kamu,
Kerana kamu orang kenamaan dalam kalangan mereka.
2 Pergilah melihat kota Kalneh,
Kemudian dari sana, pergilah ke kota Hamat yang besar itu.+
Selepas itu, turunlah ke kota Gat di Filistia.
Adakah kota-kota itu lebih baik daripada kedua-dua kerajaan* kamu?
Adakah wilayah mereka lebih besar daripada wilayah kamu?
3 Kamu sengaja melupakan hari malapetaka yang sudah dekat,+
Dan kamu terus melakukan penindasan dan kekejaman.+
4 Kamu berbaring di katil yang dihiasi gading+ dan duduk terlentang di atas sofa,+
Kamu makan daging bebiri yang terbaik dan anak lembu yang gemuk.+
5 Kamu menggubah lagu mengikut irama kecapi,+
Dan seperti Daud, kamu mencipta alat-alat muzik.+
6 Kamu minum wain dari mangkuk yang diisi penuh,+
Dan kamu menyapu minyak yang bermutu tinggi pada tubuh kamu.
Tetapi kamu tidak peduli terhadap bencana yang akan menimpa keturunan Yusuf.+
7 Oleh itu, kamulah yang pertama-tama akan dibuang negeri,+
Dan semua pesta dan jamuan kamu akan berakhir.
8 ‘Aku, Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, telah bersumpah demi diri-Ku sendiri,’+ firman Yehuwa, ketua angkatan syurga.
‘“Aku sangat benci akan keangkuhan keturunan Yakub,+
Dan Aku benci akan kubu-kubu pertahanan mereka.+
Aku akan menyerahkan kota mereka dan segala yang ada di dalamnya kepada musuh.+
9 ‘“Jika masih ada 10 orang yang tinggal di dalam sebuah rumah, mereka juga akan mati. 10 Seorang saudara akan datang untuk membawa mayat mereka keluar lalu membakar mayat itu satu per satu. Semasa orang itu membawa mayat-mayat itu keluar, dia akan berseru kepada orang yang berada di bahagian rumah yang paling dalam, ‘Adakah sesiapa yang masih hidup selain kamu?’ Lalu terdengar jawapan, ‘Tiada!’ Kemudian orang itu akan berkata, ‘Jangan bercakap lagi! Sekarang sudah terlambat untuk menyeru nama Yehuwa.’”
11 Apabila Aku, Yehuwa, memberikan perintah,+
Rumah yang besar akan dihancurkan sehingga menjadi reruntuhan,
Dan rumah yang kecil akan dirobohkan sehingga menjadi serpihan.+
12 Adakah kuda akan berlari di tebing batu,
Atau adakah orang akan membawa lembu untuk membajak di situ?
Kamu memutarbalikkan keadilan dan menyalahgunakan kuasa,*
Kamu terus menindas orang sehingga mereka hidup dalam keperitan.+
13 Kamu bersukacita atas perkara yang tidak berguna,
Dan kamu berkata, “Kami telah menjadi berkuasa kerana kekuatan kami sendiri.”+
14 Oleh itu, hai umat Israel, Aku akan mengirim bangsa asing untuk menentang kamu.+
Mereka akan menindas kamu, dari Lebo-hamat*+ sampai ke wadi* di Araba,’ firman Yehuwa, ketua angkatan syurga.”
7 Aku mendapat suatu penglihatan daripada Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat. Dalam penglihatan itu, aku nampak Dia mendatangkan kawanan belalang juta semasa tanaman musim sejuk* mula bercambah. Tumbuhan itu ditanam selepas orang memotong rumput di padang raja. 2 Selepas semua tumbuhan di negeri itu habis dimakan oleh kawanan belalang juta, aku berseru, “Ya Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, ampunkanlah kesalahan umat-Mu!+ Bagaimana mungkin keturunan Yakub dapat bertahan? Mereka sangat lemah!”+
3 Maka Yehuwa mempertimbangkan semula keputusan-Nya.+ Kemudian Yehuwa berfirman, “Hal itu tidak akan berlaku.”
4 Aku mendapat suatu penglihatan lagi daripada Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat. Dalam penglihatan itu, aku nampak Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, mengarahkan agar api diturunkan sebagai hukuman. Api itu mengeringkan lautan besar dan menghanguskan sebahagian negeri itu. 5 Selepas itu, aku berseru, “Ya Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, hentikanlah hukuman itu!+ Bagaimana mungkin keturunan Yakub dapat bertahan? Mereka sangat lemah!”+
6 Maka Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, mempertimbangkan semula keputusan-Nya.+ Kemudian Yehuwa berfirman, “Hal itu juga tidak akan berlaku.”
7 Selepas itu, aku mendapat suatu penglihatan lagi. Dalam penglihatan itu, aku nampak Yehuwa berdiri di sisi sebuah tembok yang dibina dengan menggunakan tali unting.* Dia memegang seutas tali unting. 8 Kemudian Yehuwa berfirman kepadaku, “Amos, apakah yang engkau nampak?” Lalu aku menjawab, “Seutas tali unting.” Yehuwa berfirman lagi, “Aku akan meletakkan tali unting ini dalam kalangan umat-Ku Israel. Aku tidak akan mengampunkan dosa mereka lagi.+ 9 Tempat-tempat pemujaan* Ishak+ akan dimusnahkan, dan semua tempat suci Israel akan dihancurkan.+ Aku akan membinasakan keluarga Yerobeam dengan pedang.”+
10 Amazia, imam di Bethel,+ menghantar pesanan ini kepada Raja Yerobeam,+ iaitu raja Israel, “Amos sedang merancang untuk memberontak terhadap tuanku di negeri tuanku sendiri.+ Rakyat tidak tahan lagi mendengar kata-kata Amos,+ 11 kerana dia berkata, ‘Yerobeam akan mati dibunuh dengan pedang, dan Israel pasti akan ditawan lalu dibuang negeri.’”+
12 Kemudian Amazia berkata kepada Amos, “Hai orang yang menyampaikan penglihatan Tuhan, pergilah ke Yehuda dan bernubuatlah di sana. Carilah makananmu di sana.+ 13 Tetapi jangan lagi bernubuat di Bethel,+ kerana tempat ini ialah tempat suci bagi raja+ dan tempat ibadat kerajaan.”
14 Maka Amos menjawab, “Aku bukan nabi dan bukan seorang anak nabi. Aku hanyalah seorang gembala+ dan pemelihara pokok ara. 15 Tetapi Yehuwa telah memanggil aku daripada pekerjaan menggembala ternak. Yehuwa berfirman kepadaku, ‘Pergilah dan sampaikanlah perkhabaran-Ku kepada umat Israel.’+ 16 Oleh itu, sekarang inilah firman Yehuwa kepadamu: ‘Kamu berkata, “Jangan menyampaikan perkhabaran buruk tentang umat Israel+ dan tentang keturunan Ishak.” 17 Maka Aku, Yehuwa, berfirman kepadamu, “Isterimu akan menjadi pelacur di kota, dan semua anak lelaki serta anak perempuanmu akan dibunuh dengan pedang. Tanahmu akan dibahagi-bahagikan dengan alat pengukur, dan kamu sendiri akan mati di negeri asing. Orang Israel pasti akan ditawan lalu dibuang negeri.”’”+
8 Aku mendapat suatu penglihatan lagi daripada Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat. Dalam penglihatan itu, aku nampak sebuah bakul berisi buah-buahan musim panas. 2 Kemudian Tuhan berfirman kepadaku, “Amos, apakah yang engkau nampak?” Maka aku menjawab, “Sebuah bakul berisi buah-buahan musim panas.” Yehuwa berfirman lagi, “Akhir* sudah tiba bagi umat-Ku Israel. Aku tidak akan mengampunkan dosa mereka lagi.+ 3 ‘Pada hari itu, nyanyian di rumah ibadat akan berubah menjadi lagu ratapan,’+ dan ‘mayat akan bergelimpangan di merata-rata tempat sehingga keadaan menjadi sunyi sepi.’ Aku, Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, telah berfirman.+
4 Dengarlah, hai kamu yang menindas orang miskin,
Dan kamu yang membinasakan orang yang rendah hati di negeri ini.+
5 Kamu berkata, ‘Bilakah perayaan bulan baharu akan berakhir,+ supaya kita dapat menjual hasil tanaman kita?
Bilakah hari Sabat+ akan berlalu, supaya kita dapat menjual hasil tuaian kita?
Kita akan mengurangkan timbangan jualan kita,
Tetapi kita akan menaikkan harganya.
Kita akan menggunakan alat penimbang yang tidak tepat untuk menipu orang.+
6 Kita akan menjual hasil tanaman yang tidak bermutu.
Kita akan membeli orang yang papa dengan perak,+
Dan kita akan membeli orang yang miskin dengan harga sepasang kasut.’
7 Aku, Yehuwa, kebanggaan Yakub, bersumpah demi diri-Ku sendiri,+
‘Aku tidak akan melupakan semua perbuatan jahat mereka.+
8 Seperti Sungai Nil di Mesir yang bergelora semasa banjir,
Mereka akan dilanda rasa cemas dan gelisah.+
Sesungguhnya bumi akan bergegar,
Dan semua penduduk bumi akan berkabung.’+
9 ‘Pada hari itu, Aku akan membuat matahari terbenam pada tengah hari,
Dan Aku akan menyebabkan bumi menjadi gelap pada siang hari.
Aku, Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, telah berfirman.+
10 Aku akan mengubah perayaan kamu menjadi perkabungan,+
Dan semua nyanyian kamu akan bertukar menjadi lagu ratapan.
Aku akan membuat kamu semua memakai kain guni dan mencukur rambut.
Aku akan menyebabkan hari itu menjadi seperti hari perkabungan atas kematian anak tunggal.
Betapa peritnya penderitaan kamu pada penghujung hari itu!’
11 ‘Masanya akan tiba apabila Aku mendatangkan kebuluran di negeri ini.
Orang akan lapar, tetapi tidak lapar akan makanan; orang akan dahaga, tetapi tidak dahaga akan air.
Mereka lapar dan dahaga akan perkhabaran daripada Aku, Yehuwa.
Aku, Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, telah berfirman.+
12 Dari satu laut ke laut yang lain, dan dari utara ke timur,
Mereka akan mengembara ke merata tempat untuk mencari perkhabaran daripada Aku, Yehuwa,
Tetapi mereka tidak akan menemuinya.
13 Pada hari itu, para gadis* akan pengsan,
Bahkan para pemuda akan rebah kerana kehausan.
14 Mereka semua telah bersumpah demi tuhan palsu di Samaria.+
Mereka berkata, “Kami telah bersumpah demi tuhanmu yang hidup, hai suku Dan!”+
Mereka juga berkata, “Kami telah bersumpah demi jalan di Beer-syeba!”+
Sesungguhnya, mereka semua akan jatuh dan tidak akan bangkit lagi.’”+
9 Aku melihat Yehuwa+ berdiri dekat mazbah, dan Dia berfirman, “Pukullah kepala tiang dengan kuat sehingga seluruh bangunan itu bergegar lalu runtuh. Potonglah kepala-kepala tiang itu. Aku akan membunuh semua orang yang tertinggal sehingga tiada seorang pun yang akan dapat melarikan diri atau menyelamatkan diri.+
2 Walaupun mereka menggali lubang jauh ke dalam bumi untuk bersembunyi,
Aku akan menarik mereka keluar dari sana.
Walaupun mereka naik sampai ke langit,
Aku akan membawa mereka turun dari sana.
3 Meskipun mereka bersembunyi di puncak Gunung Karmel,
Aku akan mencari dan menangkap mereka.+
Meskipun mereka pergi ke dasar laut untuk menyembunyikan diri daripada-Ku,
Aku akan menyuruh ular untuk mematuk mereka.
4 Biarpun mereka ditawan oleh musuh,
Aku akan memerintahkan pedang untuk membunuh mereka;+
Aku akan memerhatikan mereka untuk mendatangkan bencana, dan bukannya untuk membawa berkat.+
5 Seperti Sungai Nil di Mesir+ yang bergelora semasa banjir,
Mereka akan dilanda rasa cemas dan gelisah.
Apabila Aku menyentuh bumi,+ bumi akan bergegar, dan semua+ penduduk bumi akan berkabung.
Akulah Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat dan ketua angkatan syurga.
6 ‘Akulah yang membina tangga ke langit,
Dan Akulah yang membina kubah di atas bumi.
Akulah yang menyebabkan air laut naik,
Lalu membuat air itu menjadi hujan yang turun ke atas bumi.+
Aku Yehuwa, dan itulah nama-Ku!’+
7 Aku, Yehuwa, telah berfirman, ‘Hai umat Israel, kamu seperti keturunan Kus bagi-Ku.’
‘Aku telah membawa kamu keluar dari Mesir.+
Aku juga telah membawa orang Filistin keluar dari Kreta,+ dan orang Siria keluar dari Kir.’+
8 ‘Aku, Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, memerhatikan kerajaan yang berdosa ini,
Dan Aku akan memusnahkan mereka dari muka bumi.+
Tetapi Aku tidak akan melenyapkan semua keturunan Yakub.’+ Aku, Yehuwa, telah berfirman.
9 ‘Aku akan memberikan perintah,
Dan seperti orang yang menampi dengan nyiru,*
Aku akan menampi keturunan Israel daripada kalangan bangsa-bangsa,+
Sehingga sebiji batu kecil pun tidak akan jatuh ke tanah.
10 Semua umat-Ku yang berdosa itu akan mati dibunuh dengan pedang,
Iaitu mereka yang berkata, “Bencana tidak akan menimpa kita.”’
11 ‘Masanya akan tiba apabila Aku akan mendirikan semula rumah* Daud+ yang telah roboh.
Aku akan membaiki rekahan-rekahan pada temboknya,
Dan Aku akan memulihkan keadaan rumahnya yang sudah rosak.
Ya, Aku akan membinanya semula sehingga menjadi seperti dahulukala.+
12 Dengan demikian, bahagian negeri Edom+ yang tertinggal
Dan semua bangsa yang menyandang nama-Ku, akan menjadi milik umat-Ku.’ Aku, Yehuwa, yang melakukan semua ini, telah berfirman.
13 ‘Masanya akan tiba apabila orang yang membajak akan mendahului orang yang menuai,
Dan orang yang memeras anggur akan mendahului orang yang menabur benih.+
Wain manis akan melimpah dari gunung-gunung,+
Dan wain itu akan mengalir dari bukit-bukit.+
Aku, Yehuwa, telah berfirman.
14 Aku akan mengumpulkan semula umat-Ku* yang ditawan,+
Dan mereka akan membina semula kota-kota yang sudah runtuh lalu mendudukinya.+
Mereka akan menanam pokok anggur dan meminum wainnya,+
Dan mereka juga akan membuat kebun dan memakan hasilnya.’+
15 ‘Aku akan menempatkan mereka di tanah mereka,
Iaitu tanah yang telah Kuberikan kepada mereka,
Dan mereka tidak akan dibuang dari sana lagi.’+ Aku, Yehuwa, Tuhan kamu, telah berfirman.”
Maksudnya “Menjadi Beban” atau “Memikul Beban.”
Harfiah, “mereka menghancurkan Gilead dengan alat pengirik besi.”
Atau mungkin, “putera-puteranya.”
Harfiah, “hakim.”
Atau mungkin, “putera-puteranya.”
Atau “ajaran-Ku.”
Atau “Mereka seperti pokok yang buah dan akarnya telah Aku musnahkan.”
Lihat Kamus, “Orang Nazir.”
Atau mungkin, “jika tiada umpan di dalam perangkap?”
Atau “maklumat sulit-Ku; rahsia-Ku.”
Atau mungkin, “Dan banyak rumah.”
Atau “dan memberontaklah.”
Atau mungkin, “akan menjadi suatu tempat yang menyeramkan.”
Mungkin merujuk kepada bintang-bintang Pleiades dalam buruj Taurus.
Mungkin merujuk kepada buruj Orion.
Dewa-dewa ini mungkin merujuk kepada planet Zuhal yang disembah orang.
Atau “kamu yang berada di Sion, yang bersikap acuh tak acuh.”
Merujuk kepada kerajaan Yehuda dan Israel.
Atau “dan menjadikannya seperti racun yang berbahaya.”
Atau “dari pintu masuk kota Hamat.”
Lihat Kamus.
Iaitu, semasa bulan Januari dan Februari.
Alat yang digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu benda tegak atau tidak.
Harfiah, “tempat-tempat tinggi.” Lihat Kamus.
Perkataan Ibrani bagi “akhir” dan “buah-buahan musim panas” mempunyai bunyi yang sama.
Atau “para gadis yang cantik.”
Menampi ialah proses mengasingkan biji-bijian daripada sekam, dan nyiru ialah alat yang digunakan untuk menampi.
Atau “pondok; khemah.”
Atau “umat Israel.”