WAHYU YANG DITERIMA OLEH YOHANES
1 Penyingkapan daripada Yesus Kristus yang disampaikan oleh Tuhan kepadanya,+ agar dia dapat menunjukkan kepada hamba-hamba Tuhan+ hal-hal yang mesti segera berlaku. Yesus mengutus malaikatnya untuk menyampaikan perkhabaran itu dalam bentuk lambang kepada Yohanes, hamba Tuhan.*+ 2 Yohanes memberikan kesaksian tentang segala sesuatu yang dilihat olehnya. Dia memberikan kesaksian tentang firman Tuhan dan tentang kesaksian yang diberikan oleh Yesus Kristus. 3 Berbahagialah orang yang membaca nubuat ini dengan suara yang lantang, dan berbahagialah orang yang mendengar kata-kata dalam nubuat ini dan mematuhi apa yang tertulis dalamnya+ kerana waktu yang ditetapkan sudah dekat.
4 Daripada Yohanes kepada tujuh buah sidang+ di daerah Asia:
Semoga kamu dikurniai kebaikan hati yang unggul dan kedamaian daripada “Dia yang sekarang ada, yang dahulu ada, dan yang akan datang,”+ dan daripada tujuh daya+ yang ada di hadapan takhta-Nya, 5 serta daripada Yesus Kristus. Yesus Kristus ialah “Saksi yang Setia,”+ “yang pertama sekali dibangkitkan dalam kalangan orang mati,”+ dan “Pemerintah atas raja-raja di bumi.”+
Dia mengasihi kita+ dan membebaskan kita daripada dosa-dosa kita melalui darahnya.+ 6 Dia menjadikan kita raja+ dan imam*+ yang mengabdi kepada Tuhannya dan Bapanya. Semoga kemuliaan dan kuasanya berkekalan buat selama-lamanya. Amin.
7 Lihatlah! Dia datang dengan awan+ dan semua orang akan melihatnya, termasuk orang yang telah menusuknya. Semua suku bangsa di bumi akan memukul dada dengan sedih kerananya.+ Ya, Amin.
8 Tuhan Yehuwa* berfirman, “Aku ialah Alfa dan Omega,*+ dan Aku ialah Tuhan Yang Maha Kuasa.+ Akulah yang sekarang ada, yang dahulu ada, dan yang akan datang.”
9 Aku Yohanes, saudara kamu yang merupakan pengikut Yesus.+ Aku mengalami kesengsaraan+ dan menanggung penderitaan dengan tabah+ bersama-sama kamu, dan aku akan memerintah bersama-sama kamu dalam Kerajaan Tuhan.+ Aku berada di Pulau Patmos kerana aku bercakap tentang Tuhan dan memberikan kesaksian tentang Yesus. 10 Di bawah ilham kuasa suci Tuhan,* aku berada pada hari Tuan. Kemudian, aku mendengar suara kuat seperti bunyi trompet di belakang aku. Suara itu 11 berkata, “Tuliskanlah apa yang kamu nampak dalam sebuah gulungan lalu kirimkanlah gulungan itu kepada tujuh buah sidang, iaitu sidang di Efesus,+ Smirna,+ Pergamus,+ Tiatira,+ Sardis,+ Filadelfia,+ dan Laodikia.”+
12 Aku menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang sedang bercakap kepadaku. Apabila aku berbuat demikian, aku nampak tujuh buah kaki pelita emas,+ 13 dan di tengah-tengah tujuh kaki pelita itu ada seseorang yang kelihatan seperti anak manusia.+ Dia memakai sehelai jubah yang panjangnya sampai ke kaki, dan dadanya dililiti sehelai kain pengikat yang diperbuat daripada emas. 14 Selain itu, kepala dan rambutnya sangat putih, seputih salji, dan matanya seperti api yang bernyala-nyala.+ 15 Kakinya seperti tembaga tulen+ yang bernyala dalam relau api, dan suaranya seperti deruman air terjun yang besar. 16 Di dalam tangan kanannya ada tujuh buah bintang,+ dan daripada mulutnya keluar sebilah pedang bermata dua yang tajam dan panjang.+ Mukanya terang seperti matahari yang memancar dengan terik.+ 17 Selepas aku melihatnya, aku rebah di depan kakinya seperti orang mati.
Dia meletakkan tangan kanannya padaku lalu berkata, “Janganlah takut. Akulah yang Pertama+ dan yang Terakhir.+ 18 Akulah dia yang hidup.+ Aku pernah mati+ tetapi lihatlah, kini aku hidup buat selama-lamanya.+ Aku mempunyai kunci maut dan kunci Kuburan.*+ 19 Oleh itu, tuliskanlah perkara-perkara yang telah kamu lihat, dan perkara-perkara yang sedang berlaku, serta perkara-perkara yang akan berlaku kelak. 20 Apa yang kamu nampak tadi, iaitu tujuh buah bintang di dalam tangan kananku dan tujuh buah kaki pelita emas itu, merupakan suatu rahsia suci: Tujuh buah bintang itu melambangkan malaikat-malaikat* dalam tujuh buah sidang, dan tujuh buah kaki pelita itu melambangkan tujuh buah sidang tersebut.+
2 “Tulislah kepada malaikat*+ sidang Efesus:+ Inilah hal-hal yang dikatakan oleh dia yang memegang tujuh buah bintang di dalam tangan kanannya, dan yang berjalan di tengah-tengah tujuh buah kaki pelita emas itu:+ 2 ‘Aku mengetahui perbuatan kamu, kerja keras kamu, dan ketabahan kamu. Aku tahu bahawa kamu tidak mengizinkan orang jahat untuk tinggal dalam kalangan kamu. Aku juga tahu bahawa kamu telah menguji orang yang mengaku diri mereka rasul+ padahal mereka bukan, dan mendapati bahawa mereka ialah pendusta. 3 Kamu juga tabah, tidak berputus asa demi namaku,+ dan tidak patah semangat.+ 4 Namun demikian, aku ingin menegur kamu kerana kasih yang kamu miliki pada mulanya sudah hilang.
5 “‘Oleh itu, ingatlah sejauh mana kamu sudah jatuh, kemudian bertaubatlah+ dan lakukanlah perbuatan yang kamu lakukan pada mulanya. Jika kamu tidak bertaubat,+ aku akan datang kepada kamu dan menyingkirkan kaki pelita+ kamu dari tempatnya. 6 Walaupun begitu, ada satu perkara baik yang sedang kamu lakukan: Kamu membenci perbuatan pengikut kumpulan agama Nikolaus+ yang juga aku benci. 7 Hendaklah orang yang bertelinga mendengar apa yang dikatakan oleh kuasa suci Tuhan kepada sidang-sidang:+ Aku akan mengizinkan orang yang menang dalam pertempuran+ untuk makan buah daripada pokok kehidupan+ yang ada di firdaus Tuhan.’
8 “Tulislah kepada malaikat* sidang Smirna: Inilah hal-hal yang dikatakan oleh dia yang merupakan ‘yang Pertama dan yang Terakhir,’+ iaitu dia yang telah mati tetapi sekarang hidup semula:+ 9 ‘Aku mengetahui kesengsaraan kamu. Aku juga tahu bahawa kamu miskin tetapi sebenarnya kamu kaya.+ Aku mengetahui kata-kata hinaan yang dilemparkan oleh mereka yang mengakui diri mereka orang Yahudi, padahal mereka bukan. Sebenarnya mereka ialah kumpulan orang* milik Syaitan.+ 10 Janganlah takut akan penderitaan yang bakal kamu alami.+ Lihatlah! Iblis akan terus membuang sebilangan orang daripada kalangan kamu ke dalam penjara agar kamu diuji sepenuhnya, dan kamu akan mengalami kesengsaraan selama 10 hari. Buktikanlah kesetiaan kamu sampai mati dan aku akan memberi kamu mahkota kehidupan.+ 11 Hendaklah orang yang bertelinga mendengar+ apa yang dikatakan oleh kuasa suci Tuhan kepada sidang-sidang: Dia yang menang dalam pertempuran+ pasti tidak akan mengalami kematian yang kedua.’+
12 “Tulislah kepada malaikat* sidang Pergamus: Inilah hal-hal yang dikatakan oleh dia yang memiliki pedang bermata dua yang tajam dan panjang itu:+ 13 ‘Aku tahu bahawa tempat tinggal kamu ialah tempat letaknya takhta Syaitan. Namun demikian, kamu tetap berpegang teguh pada namaku.+ Kamu juga tidak menyangkal iman kamu kepadaku,+ bahkan pada zaman Antipas, iaitu saksiku yang setia,+ yang dibunuh+ di sisi kamu di tempat tinggal Syaitan.
14 “‘Walaupun begitu, aku ingin menegur kamu atas beberapa hal yang berikut: Ada orang dalam kalangan kamu yang berpaut pada ajaran Bileam.+ Bileamlah yang mengajar Balak+ untuk meletakkan batu sandungan di depan orang Israel dengan menyuruh mereka memakan makanan yang dipersembahkan kepada berhala dan melakukan perbuatan seks yang tidak bermoral.*+ 15 Demikian juga, ada orang dalam kalangan kamu yang berpaut pada ajaran kumpulan agama Nikolaus.+ 16 Oleh itu, bertaubatlah. Jika tidak, aku akan segera datang kepada kamu, dan aku akan berperang melawan mereka dengan pedang panjang yang keluar daripada mulutku.+
17 “‘Hendaklah orang yang bertelinga mendengar apa yang dikatakan oleh kuasa suci Tuhan kepada sidang-sidang:+ Aku akan memberikan manna yang tersembunyi+ kepada orang yang menang dalam pertempuran.+ Aku juga akan memberikan seketul batu putih kepadanya. Di atas batu itu ada tertulis nama baharu yang tidak diketahui oleh sesiapa pun kecuali dia yang menerimanya.’
18 “Tulislah kepada malaikat* sidang Tiatira:+ Inilah hal-hal yang dikatakan oleh Anak Tuhan, yang mempunyai mata seperti api yang bernyala-nyala,+ dan yang mempunyai kaki seperti tembaga tulen:+ 19 ‘Aku mengetahui perbuatan kamu, kasih kamu, iman kamu, khidmat kamu, dan ketabahan kamu. Selain itu, aku tahu bahawa perbuatan kamu belakangan ini lebih banyak daripada perbuatan kamu pada mulanya.
20 “‘Namun demikian, aku ingin menegur kamu kerana kamu mengizinkan Izebel,+ wanita yang menggelar dirinya seorang nabi, untuk mengajar lalu menyesatkan hamba-hambaku sehingga mereka melakukan perbuatan seks yang tidak bermoral*+ dan memakan makanan yang dipersembahkan kepada berhala. 21 Aku memberi dia masa untuk bertaubat, tetapi dia enggan bertaubat daripada perbuatan seks yang tidak bermoral.* 22 Lihatlah! Tidak lama lagi, aku akan melemparkan wanita itu ke atas tempat tidur orang sakit. Jika orang yang berzina dengannya terus meniru perbuatannya dan enggan bertaubat, mereka pasti mengalami kesengsaraan yang besar. 23 Aku akan membunuh anak-anaknya dengan penyakit yang membawa maut agar semua sidang mengetahui bahawa akulah dia yang menyelidiki hati dan fikiran manusia yang tersembunyi.* Aku akan membalas kamu menurut perbuatan kamu masing-masing.+
24 “‘Tetapi inilah kata-kataku kepada orang lain dalam kalangan kamu di Tiatira, iaitu semua orang yang tidak mengikut ajaran Izebel, dan yang tidak tahu akan “perkara-perkara dalam daripada Syaitan”:+ Aku tidak mahu membebani kamu dengan hal-hal yang lain. 25 Walau bagaimanapun, berpautlah pada apa yang kamu ada sehingga aku datang.+ 26 Kepada orang yang menang dalam pertempuran dan meniru perbuatanku sehingga akhir, aku akan memberinya kuasa atas bangsa-bangsa lain,+ 27 iaitu kuasa yang sudah aku terima daripada Bapaku. Dia akan memerintah* orang dengan tongkat besi+ dan menghancurkan mereka seperti bekas tanah liat. 28 Aku akan memberikan bintang pagi kepadanya.+ 29 Hendaklah orang yang bertelinga mendengar apa yang dikatakan oleh kuasa suci Tuhan kepada sidang-sidang.’
3 “Tulislah kepada malaikat* sidang Sardis: Inilah hal-hal yang dikatakan oleh dia yang mempunyai tujuh daya Tuhan+ dan tujuh bintang itu:+ ‘Aku mengetahui perbuatan kamu. Kamu nampaknya hidup, tetapi sebenarnya kamu mati.+ 2 Berhati-hatilah!+ Kuatkanlah hal-hal yang hampir mati yang ada pada kamu, kerana aku mendapati bahawa kamu tidak melaksanakan kerja kamu dengan sempurna di mata Tuhanku. 3 Oleh itu, teruslah ingat apa yang telah kamu terima dan apa yang telah kamu dengar. Teruslah berpegang padanya dan bertaubatlah.+ Jika kamu tidak bangun, aku akan datang seperti pencuri+ dan kamu langsung tidak akan mengetahui saatnya aku datang.+
4 “‘Namun demikian, masih ada beberapa orang dalam kalangan kamu di Sardis yang tidak mengotorkan jubah mereka.+ Merekalah yang akan berjalan denganku sambil memakai jubah putih,+ kerana mereka layak berbuat demikian. 5 Orang yang menang dalam pertempuran+ akan memakai jubah putih,+ dan aku tidak akan memadamkan namanya daripada kitab kehidupan.+ Sebaliknya, aku akan mengakui namanya di hadapan Bapaku dan di hadapan malaikat-malaikat-Nya.+ 6 Hendaklah orang yang bertelinga mendengar apa yang dikatakan oleh kuasa suci Tuhan kepada sidang-sidang.’
7 “Tulislah kepada malaikat* sidang Filadelfia: Inilah hal-hal yang dikatakan oleh dia yang suci,+ yang benar,+ dan yang mempunyai kunci Daud.+ Apabila dia membuka pintu, tiada sesiapa pun yang dapat menutupnya, dan apabila dia menutup pintu, tiada sesiapa pun yang dapat membukanya: 8 ‘Aku mengetahui perbuatan kamu, dan aku tahu bahawa kekuatan kamu tidak seberapa, tetapi kamu menurut kata-kataku dan setia kepada namaku. Lihatlah! Aku telah membuka sebuah pintu bagi kamu,+ dan tiada sesiapa pun yang dapat menutupnya. 9 Kumpulan orang* milik Syaitan berdusta apabila mereka mengatakan bahawa mereka orang Yahudi. Sebenarnya, mereka bukan orang Yahudi.+ Maka aku akan membuat mereka datang dan bersujud di depan kaki kamu, dan mereka akan tahu bahawa aku mengasihi kamu. 10 Oleh sebab kamu telah meniru ketabahanku,+ aku juga akan menjaga kamu semasa kamu diuji. Masa ujian+ itu bakal menimpa seluruh bumi, dan semua orang yang tinggal di bumi akan diuji. 11 Aku akan segera datang.+ Teruslah berpegang teguh pada apa yang kamu miliki agar tiada orang dapat mengambil mahkota kamu.+
12 “‘Orang yang menang dalam pertempuran akan aku jadikan sebagai tiang di dalam Rumah Tuhanku, dan dia tidak akan meninggalkan tempat itu lagi. Pada dirinya, aku akan menulis nama Tuhanku+ dan nama kota Tuhanku, iaitu Yerusalem Baharu,+ yang turun dari syurga daripada Tuhanku. Aku juga akan menulis namaku yang baharu padanya.+ 13 Hendaklah orang yang bertelinga mendengar apa yang dikatakan oleh kuasa suci Tuhan kepada sidang-sidang.’
14 “Tulislah kepada malaikat* sidang Laodikia:+ Inilah hal-hal yang dikatakan oleh dia yang dipanggil Amin,+ saksi+ yang setia dan benar,+ ciptaan Tuhan yang pertama:+ 15 ‘Aku mengetahui perbuatan kamu, bahawa kamu tidak sejuk ataupun panas. Aku berharap kamu menjadi salah satu daripadanya, iaitu sama ada sejuk atau panas. 16 Oleh sebab kamu seperti air suam yang tidak sejuk+ ataupun panas,+ aku akan memuntahkan kamu daripada mulutku. 17 Kamu berkata, “Aku kaya,+ aku telah memperoleh banyak kekayaan, dan aku tidak memerlukan apa-apa.” Tetapi kamu tidak sedar bahawa kamu miskin, buta, telanjang, dan keadaan kamu menyedihkan. 18 Maka aku menasihati kamu untuk membeli benda-benda berikut daripada aku: Emas yang dimurnikan dengan api supaya kamu menjadi kaya; jubah putih supaya kamu berpakaian dan orang lain tidak melihat keadaan kamu yang telanjang dan memalukan;+ ubat mata untuk disapukan pada mata kamu+ supaya kamu dapat melihat.+
19 “‘Aku menegur dan mendisiplinkan semua orang yang aku kasihi.+ Oleh itu, tunjukkanlah semangat yang berkobar-kobar dan bertaubatlah.+ 20 Lihatlah! Aku sedang berdiri di depan pintu dan mengetuk pintu. Jika ada orang yang mendengar suaraku lalu membuka pintu, aku akan masuk ke dalam rumahnya lalu makan malam bersama dia, dan dia akan makan malam bersama aku. 21 Sepertimana aku duduk+ bersama Bapaku di atas takhta-Nya setelah menang dalam pertempuran,+ aku juga akan mengizinkan orang yang menang dalam pertempuran untuk duduk bersama aku di atas takhtaku.+ 22 Hendaklah orang yang bertelinga mendengar apa yang dikatakan oleh kuasa suci Tuhan kepada sidang-sidang.’”
4 Selepas itu, aku nampak sebuah pintu terbuka di syurga. Suara pertama yang aku dengar, yang kedengaran seperti trompet, berkata kepadaku, “Naiklah ke sini. Aku akan menunjukkan kepadamu hal-hal yang pasti berlaku.” 2 Kemudian, aku segera dipenuhi kuasa suci Tuhan lalu aku nampak sebuah takhta di syurga dan ada seseorang yang sedang duduk di atas takhta itu.+ 3 Takhta itu dikelilingi sebuah pelangi yang kelihatan seperti zamrud, dan Dia yang duduk di atas takhta itu kelihatan seperti batu jasper+ dan batu sardius.*+
4 Di sekeliling takhta itu terdapat 24 buah takhta, dan aku melihat 24 orang penatua+ yang sedang duduk di atas takhta-takhta itu. Mereka memakai jubah putih dan terdapat mahkota emas di atas kepala mereka. 5 Kilat,+ suara, dan guruh,+ keluar dari takhta itu, dan di depan takhta itu ada tujuh buah lampu yang bernyala, yang melambangkan tujuh daya Tuhan.+ 6 Di depan takhta itu juga ada sesuatu yang kelihatan seperti lautan kaca yang jernih+ dan yang bersinar seperti kristal.
Takhta itu terletak di tengah-tengah, dan di sekeliling takhta itu ada empat makhluk hidup+ yang penuh dengan mata pada bahagian depan dan pada bahagian belakang. 7 Makhluk hidup yang pertama kelihatan seperti singa,+ makhluk hidup yang kedua kelihatan seperti lembu jantan muda,+ makhluk hidup yang ketiga+ mempunyai muka seperti manusia, dan makhluk hidup yang keempat+ kelihatan seperti burung helang yang terbang.+ 8 Setiap makhluk hidup itu mempunyai enam sayap yang penuh dengan mata, bahkan pada bahagian bawah sayap.+ Siang dan malam, keempat-empat makhluk hidup itu terus berkata, “Suci, suci, sucilah Tuhan Yehuwa*+ Yang Maha Kuasa, yang dahulu ada, yang sekarang ada, dan yang akan datang.”+
9 Makhluk-makhluk hidup itu memberikan kemuliaan, kehormatan, dan kesyukuran, kepada Tuhan yang duduk di atas takhta, iaitu Dia yang hidup selama-lamanya.+ Setiap kali mereka berbuat demikian, 10 semua 24 orang penatua+ itu akan bersujud di hadapan Dia yang duduk di atas takhta lalu menyembah Dia yang hidup selama-lamanya. Mereka melemparkan mahkota mereka di depan takhta itu dan berkata, 11 “Ya Yehuwa,* Tuhan kami, Engkau layak menerima kemuliaan,+ kehormatan,+ dan kuasa,+ kerana Engkau menciptakan segala sesuatu,+ dan kerana kehendak-Mu segala sesuatu wujud dan diciptakan.”
5 Aku nampak sebuah gulungan di dalam tangan kanan Dia yang duduk di atas takhta itu.+ Ada tulisan pada muka depan dan muka belakang gulungan itu, dan gulungan itu ditutup rapat dengan tujuh buah meterai. 2 Selepas itu, aku nampak satu malaikat yang perkasa berseru dengan suara lantang, “Siapakah yang layak untuk memecahkan meterai-meterai tersebut dan membuka gulungan itu?” 3 Namun demikian, tiada sesiapa pun di syurga atau di atas bumi atau di bawah bumi yang dapat membuka gulungan itu atau membacanya. 4 Aku menangis teresak-esak kerana tidak ada seorang pun yang layak membuka gulungan itu atau membacanya. 5 Tetapi salah seorang penatua berkata kepadaku, “Jangan menangis lagi. Lihatlah! Singa daripada suku Yehuda,+ akar+ Daud,+ sudah menang dalam pertempuran,+ dan dia dapat memecahkan tujuh buah meterai itu dan membuka gulungan tersebut.”
6 Kemudian, aku melihat seekor anak bebiri+ yang nampaknya pernah disembelih.+ Empat makhluk itu berdiri berhampiran dengan takhta, dan anak bebiri itu berdiri di hadapan mereka dan mereka dikelilingi semua penatua itu.+ Anak bebiri itu mempunyai tujuh tanduk dan tujuh mata. Matanya melambangkan tujuh daya Tuhan+ yang telah diutus ke seluruh bumi. 7 Dengan serta-merta, anak bebiri itu tampil ke hadapan dan mengambil gulungan tersebut dari tangan kanan Dia yang duduk di atas takhta.+ 8 Semasa Anak Bebiri itu mengambil gulungan tersebut, empat makhluk hidup dan 24 orang penatua itu+ bersujud di hadapannya. Mereka masing-masing mempunyai sebuah kecapi dan mangkuk emas yang penuh dengan kemenyan. (Kemenyan itu melambangkan doa umat suci Tuhan.)+ 9 Mereka menyanyikan sebuah lagu baharu+ dengan kata-kata berikut: “Kamu layak mengambil gulungan itu dan membuka meterai-meterainya kerana kamu telah disembelih, dan dengan darah kamu,+ orang daripada setiap suku, bahasa, kaum, dan bangsa, telah kamu beli untuk Tuhan.+ 10 Kamu juga menjadikan mereka raja+ dan imam+ yang mengabdi kepada Tuhan kita, dan mereka akan memerintah sebagai raja+ atas bumi.”
11 Lalu aku melihat dan aku mendengar suara malaikat yang berpuluh-puluh ribu dan beribu-ribu* bilangannya.+ Mereka berada di sekeliling takhta, makhluk hidup, dan penatua-penatua itu. 12 Mereka semua berkata dengan suara yang lantang, “Anak Bebiri yang disembelih+ itu layak menerima kuasa, kekayaan, kebijaksanaan, kekuatan, kehormatan, kemuliaan, dan berkat.”+
13 Aku mendengar setiap makhluk yang ada di syurga, di atas bumi, di bawah bumi,+ di laut—pendek kata, semua makhluk hidup—berkata, “Semoga berkat, kehormatan,+ kemuliaan, dan kuasa, diberikan buat selama-lamanya+ kepada Dia yang duduk di atas takhta+ dan kepada Anak Bebiri.”+ 14 Lalu keempat-empat makhluk hidup itu berkata, “Amin!” dan para penatua itu pun bersujud dan menyembah Tuhan.
6 Aku nampak Anak Bebiri+ itu membuka salah satu daripada tujuh meterai itu,+ lalu aku mendengar salah satu daripada empat makhluk hidup itu+ berkata dengan suara seperti guruh, “Marilah!” 2 Kemudian, aku nampak seekor kuda putih.+ Penunggangnya memegang sebuah busur, dan sebuah mahkota diberikan kepadanya.+ Dia pergi untuk menakluki musuhnya dan mengalahkan mereka.+
3 Semasa dia membuka meterai yang kedua, aku mendengar makhluk hidup yang kedua+ berkata, “Marilah!” 4 Kemudian aku nampak seekor kuda yang lain datang. Kuda itu berwarna merah menyala, dan penunggang kuda itu diizinkan untuk mengambil kedamaian dari bumi sehingga manusia saling membunuh dengan kejam. Dia diberi sebilah pedang yang besar.+
5 Semasa dia membuka meterai yang ketiga,+ aku mendengar makhluk hidup yang ketiga+ berkata, “Marilah!” Kemudian, aku nampak seekor kuda hitam, dan penunggang kuda itu memegang sebuah dacing di tangannya. 6 Selepas itu, aku mendengar sesuatu yang kedengaran seperti suara dari tengah-tengah empat makhluk hidup itu, yang berkata, “Kira-kira satu kilogram* gandum harganya satu denari,*+ dan kira-kira tiga kilogram* barli harganya satu denari. Gunakanlah minyak zaitun dan wain dengan cermat.”+
7 Semasa dia membuka meterai yang keempat, aku mendengar suara makhluk hidup yang keempat+ berkata, “Marilah!” 8 Kemudian aku nampak seekor kuda yang pucat. Penunggang kuda itu bernama Maut, dan Kuburan* mengikutinya dari belakang. Mereka diberi kuasa atas satu perempat daripada bumi, untuk membunuh orang dengan menggunakan pedang yang panjang, kebuluran,+ penyakit yang membawa maut, dan binatang buas.+
9 Semasa dia membuka meterai yang kelima, aku nampak di bawah mazbah+ ada darah* orang+ yang dibunuh demi firman Tuhan dan demi kesaksian yang diberikan oleh mereka.+ 10 Dengan suara yang lantang, mereka berseru, “Ya Tuhan Yang Berdaulat, Tuan yang suci dan benar,+ sampai bilakah Engkau akan menahan diri daripada menghakimi dan melaksanakan pembalasan terhadap penduduk bumi yang telah membunuh kami?”+ 11 Kemudian mereka masing-masing diberi sehelai jubah putih+ dan disuruh untuk berehat sebentar lagi, sehingga jumlah saudara seiman yang juga merupakan hamba seperti mereka genap bilangannya. Saudara-saudara itu juga akan dibunuh tidak lama lagi seperti mereka.+
12 Semasa dia membuka meterai yang keenam, gempa bumi yang dahsyat berlaku. Matahari menjadi gelap seperti kain guni hitam,* dan seluruh bulan menjadi seperti darah.+ 13 Bintang-bintang di langit jatuh ke bumi, seperti buah ara yang belum masak gugur dari pokok ara yang digoncang oleh angin kencang. 14 Langit menghilang seperti sebuah gulungan yang digulung,+ dan setiap gunung dan setiap pulau dipindahkan dari tempatnya.+ 15 Lalu raja-raja di bumi, pegawai tinggi, ketua pasukan tentera, orang yang kaya, orang yang kuat, setiap orang yang bebas, dan setiap hamba, menyembunyikan diri di dalam gua-gua dan di celah-celah batu di kawasan pergunungan.+ 16 Mereka asyik berkata kepada gunung-gunung dan batu-batu itu, “Timpalah kami+ dan sembunyikanlah kami daripada muka Dia yang duduk di atas takhta+ dan daripada kemurkaan Anak Bebiri,+ 17 kerana hari besar kemurkaan mereka sudah tiba,+ dan siapakah yang akan terselamat?”+
7 Selepas itu, aku nampak empat malaikat berdiri di empat penjuru bumi. Mereka memegang erat keempat-empat angin bumi supaya tidak ada angin yang dapat bertiup di bumi, di laut, atau pada pokok-pokok. 2 Lalu aku nampak satu lagi malaikat naik dari arah matahari terbit* sambil membawa meterai yang diterima daripada Tuhan yang hidup. Dia berseru dengan suara lantang kepada keempat-empat malaikat yang diizinkan untuk merosakkan bumi dan laut, 3 “Jangan rosakkan bumi atau laut atau pokok-pokok sehingga kami meletakkan meterai+ pada dahi hamba-hamba Tuhan kita.”+
4 Aku mendengar bahawa mereka yang dimeterai itu berjumlah 144,000 orang.+ Mereka yang dimeterai berasal daripada setiap suku Israel:+
5 12,000 dimeterai daripada suku Yehuda;
12,000 daripada suku Ruben;
12,000 daripada suku Gad;
6 12,000 daripada suku Asyer;
12,000 daripada suku Naftali;
12,000 daripada suku Manasye;+
7 12,000 daripada suku Simeon;
12,000 daripada suku Lewi;
12,000 daripada suku Isakhar;
8 12,000 daripada suku Zebulon;
12,000 daripada suku Yusuf;
12,000 dimeterai daripada suku Benyamin.
9 Selepas itu, aku nampak kumpulan besar manusia yang jumlahnya tidak dapat dihitung oleh sesiapa pun. Mereka datang daripada semua bangsa, suku, kaum, dan bahasa.+ Mereka berdiri di hadapan takhta dan di hadapan Anak Bebiri dengan memakai jubah putih+ sambil memegang pelepah palma di dalam tangan mereka.+ 10 Mereka terus berseru dengan suara yang lantang, “Penyelamatan datang daripada Tuhan kita yang duduk di atas takhta+ dan daripada Anak Bebiri.”+
11 Semua malaikat berdiri di sekeliling takhta, para penatua,+ dan empat makhluk hidup itu. Mereka bersujud di hadapan takhta dan menyembah Tuhan 12 dengan berkata, “Amin! Semoga pujian, kemuliaan, kehormatan, dan kesyukuran, diberikan kepada Tuhan kita untuk selama-lamanya. Dialah yang mempunyai segala kebijaksanaan, kuasa, dan kekuatan.+ Amin.”
13 Kemudian salah seorang penatua bertanya kepadaku, “Siapakah mereka yang memakai jubah putih itu?+ Dari manakah mereka datang?” 14 Dengan segera aku menjawab, “Tuanlah yang tahu jawapannya.” Lalu dia berkata kepadaku, “Merekalah yang selamat mengharungi kesengsaraan besar.+ Mereka telah mencuci dan menjadikan jubah mereka putih dengan darah Anak Bebiri.+ 15 Itulah sebabnya mereka berada di hadapan takhta Tuhan dan menjalankan khidmat suci kepada Tuhan di Rumah-Nya siang dan malam. Dia yang duduk di atas takhta+ akan membentangkan khemah-Nya untuk melindungi mereka.+ 16 Mereka tidak akan lapar atau dahaga lagi. Matahari atau panas terik juga tidak akan mencederakan mereka,+ 17 kerana Anak Bebiri+ yang berdiri berhampiran dengan takhta akan menggembala mereka+ dan memimpin mereka ke mata air kehidupan.+ Tuhan juga akan menyapu segala air mata mereka.”+
8 Semasa Anak Bebiri+ membuka meterai yang ketujuh,+ syurga menjadi senyap selama kira-kira setengah jam. 2 Kemudian aku melihat tujuh malaikat+ berdiri di hadapan Tuhan, dan mereka diberi tujuh buah trompet.
3 Kemudian, satu lagi malaikat datang lalu berdiri di hadapan mazbah+ dengan memegang bekas kemenyan*+ yang diperbuat daripada emas. Dia diberi banyak kemenyan agar dia dapat mempersembahkan kemenyan itu di atas mazbah emas+ yang terletak di hadapan takhta Tuhan semasa umat suci berdoa kepada Tuhan. 4 Doa+ umat suci Tuhan dan asap kemenyan dari tangan malaikat itu sama-sama naik ke hadirat Tuhan. 5 Tetapi malaikat itu segera mengambil bekas kemenyan tersebut dan mengisinya dengan sedikit api dari mazbah lalu mencampakkan api tersebut ke bumi. Kemudian, bunyi guruh dan suara-suara kedengaran, kilat sabung-menyabung,+ dan gempa bumi berlaku. 6 Tujuh malaikat yang memegang tujuh trompet+ itu bersedia untuk meniup trompet mereka.
7 Malaikat pertama meniup trompetnya, lalu hujan batu dan api bercampur darah turun ke bumi.+ Api membakar satu pertiga daripada bumi, satu pertiga daripada pokok-pokok, dan semua tumbuhan hijau yang lain.+
8 Selepas itu, malaikat kedua meniup trompetnya, lalu sesuatu yang kelihatan seperti sebuah gunung besar yang bernyala-nyala dicampakkan ke dalam laut.+ Satu pertiga daripada laut menjadi darah,+ 9 satu pertiga daripada makhluk hidup di laut mati,+ dan satu pertiga daripada kapal-kapal musnah.
10 Selepas itu, malaikat ketiga meniup trompetnya, lalu sebuah bintang besar yang bernyala-nyala seperti pelita jatuh dari langit dan menimpa mata air dan satu pertiga daripada sungai-sungai.+ 11 Nama bintang itu ialah Tanaman Pahit. Satu pertiga daripada air menjadi pahit, dan banyak orang mati kerana minum air yang pahit itu.+
12 Selepas itu, malaikat keempat meniup trompetnya, lalu satu pertiga daripada matahari,+ satu pertiga daripada bulan, dan satu pertiga daripada bintang-bintang terpukul sehingga satu pertiga daripada semua itu tidak dapat bersinar.+ Maka satu pertiga daripada waktu siang dan satu pertiga daripada waktu malam tidak mempunyai cahaya.
13 Kemudian aku melihat seekor burung helang yang terbang tinggi di tengah langit, dan aku mendengar burung helang itu berkata dengan suara yang lantang, “Malang, malang, malanglah+ mereka yang tinggal di bumi apabila mereka mendengar bunyi tiupan trompet daripada tiga malaikat lain yang akan segera meniup trompet!”+
9 Selepas itu, malaikat kelima meniup trompetnya,+ lalu aku nampak sebuah bintang yang sudah jatuh dari langit ke bumi. Bintang itu diberi kunci lubang yang menghala ke jurang yang dalam.*+ 2 Bintang tersebut membuka lubang yang menghala ke jurang yang dalam itu lalu asap mula keluar daripadanya. Asap yang keluar daripada lubang itu bagaikan asap yang keluar daripada relau yang besar. Matahari dan udara pun menjadi gelap+ kerana asap itu. 3 Belalang-belalang juta kemudiannya keluar dari dalam asap itu lalu turun ke bumi.+ Kuasa yang diberikan kepada belalang-belalang itu sama seperti kuasa yang dimiliki oleh kala jengking di bumi. 4 Kawanan belalang itu diberitahu supaya tidak merosakkan rumput, pokok-pokok, ataupun tanaman hijau lain di bumi. Kawanan belalang itu hanya dibenarkan untuk mencederakan orang yang tidak mempunyai meterai Tuhan pada dahi mereka.+
5 Belalang-belalang itu tidak dibenarkan untuk membunuh mereka, tetapi dibenarkan untuk menyeksa mereka selama lima bulan. Seksaan yang disebabkan oleh belalang-belalang itu seperti seksaan yang dialami oleh seseorang yang disengat kala jengking.+ 6 Pada masa itu, orang akan mencari maut, tetapi mereka langsung tidak dapat menemuinya. Mereka ingin sekali mati, tetapi maut akan melarikan diri daripada mereka.
7 Belalang-belalang itu kelihatan seperti kuda yang bersedia untuk berperang.+ Di atas kepala belalang-belalang itu ada sesuatu yang kelihatan seperti mahkota emas, dan muka belalang-belalang itu kelihatan seperti muka manusia. 8 Rambut belalang-belalang itu seperti rambut wanita, dan gigi belalang-belalang itu seperti gigi singa.+ 9 Perisai dada belalang-belalang itu seperti perisai dada besi, dan bunyi sayap belalang-belalang itu bagaikan bunyi kereta-kereta kuda yang ditarik oleh banyak kuda yang sedang mara untuk berperang.+ 10 Belalang-belalang itu juga mempunyai ekor dan sengat seperti kala jengking. Dengan ekor itu, belalang berkuasa untuk menyakiti orang selama lima bulan.+ 11 Belalang-belalang itu diperintah oleh seorang raja, iaitu malaikat yang berkuasa atas jurang yang dalam.+ Dalam bahasa Ibrani, namanya Abadon,* dan dalam bahasa Yunani, namanya Apolion.*
12 Bencana yang pertama sudah berlalu. Tetapi lihatlah! Dua lagi bencana+ akan datang selepas hal-hal itu.
13 Selepas itu, malaikat yang keenam+ meniup trompetnya,+ lalu aku mendengar suara dari tanduk-tanduk mazbah emas+ yang ada di hadapan Tuhan. 14 Suara itu berkata kepada malaikat keenam yang memegang trompet, “Lepaskanlah keempat-empat malaikat yang terikat di Sungai Efrat, sungai besar itu.”+ 15 Keempat-empat malaikat itu pun dibebaskan. Mereka sudah dipersiapkan untuk membunuh satu pertiga daripada umat manusia pada jam, hari, bulan, dan tahun, yang sudah ditentukan.
16 Aku mendengar bahawa pasukan askar berkuda itu berjumlah 200 juta askar. 17 Dalam penglihatan, beginilah rupa para penunggang kuda dan kuda mereka: Perisai dada mereka berwarna merah api, biru tua, dan kuning seperti belerang. Kepala kuda-kuda itu seperti kepala singa,+ dan api, asap, dan belerang, keluar daripada mulut kuda-kuda itu. 18 Satu pertiga daripada manusia dibunuh oleh tiga tulah, iaitu api, asap, dan belerang, yang keluar daripada mulut kuda-kuda itu. 19 Kuasa kuda-kuda itu terdapat di dalam mulut dan pada ekor. Ekor kuda-kuda itu seperti ular dan mempunyai kepala yang dapat mencederakan orang.
20 Tetapi manusia lain yang tidak dibunuh oleh tulah-tulah itu tidak bertaubat daripada perbuatan mereka.* Mereka tidak berhenti menyembah roh-roh jahat dan berhala yang diperbuat daripada emas, perak, tembaga, batu, dan kayu, yang tidak dapat melihat, mendengar, atau berjalan.+ 21 Mereka tidak bertaubat daripada dosa mereka, malah mereka terus membunuh, mengamalkan ilmu sihir, melakukan perbuatan seks yang tidak bermoral,* dan mencuri.
10 Aku melihat satu lagi malaikat perkasa turun dari syurga. Dia diselubungi awan, dan ada sebuah pelangi di atas kepalanya. Wajahnya bagaikan matahari,+ dan kakinya bagaikan tiang api. 2 Di dalam tangannya ada sebuah gulungan kecil yang terbuka. Dia meletakkan kaki kanannya di laut, dan kaki kirinya di bumi. 3 Lalu dia berseru dengan suara yang kuat, seperti seekor singa yang mengaum.+ Semasa dia berseru, tujuh guruh+ itu bercakap.
4 Pada masa tujuh guruh itu bercakap, aku hendak menulis apa yang telah dikatakan, tetapi aku mendengar suara dari syurga+ berkata, “Rahsiakanlah* hal-hal yang dikatakan oleh tujuh guruh itu, dan jangan tulis hal-hal itu.” 5 Kemudian, malaikat yang aku nampak berdiri di laut dan di bumi, mengangkat tangan kanannya ke langit. 6 Malaikat itu bersumpah demi Dia yang hidup selama-lamanya,+ yang menciptakan langit serta segala sesuatu di langit, bumi serta segala sesuatu di bumi, dan laut serta segala sesuatu di laut.+ Dia berkata, “Masanya tidak akan ditunda lagi. 7 Semasa malaikat ketujuh+ hampir meniup trompetnya,+ terlaksanalah rahsia suci+ yang telah diisytiharkan oleh Tuhan sebagai berita baik kepada hamba-hamba-Nya, iaitu para nabi.”+
8 Setelah itu, aku mendengar suara dari syurga+ berkata lagi kepadaku, “Pergilah ambil gulungan terbuka itu yang terdapat di dalam tangan malaikat yang sedang berdiri di laut dan di bumi.”+ 9 Maka aku pergi kepada malaikat itu dan meminta dia untuk memberikan gulungan kecil itu kepadaku. Dia berkata kepadaku, “Ambillah dan makanlah gulungan ini.+ Gulungan ini akan menjadi pahit di dalam perutmu, tetapi manis seperti madu di dalam mulutmu.” 10 Aku pun mengambil gulungan kecil itu dari tangan malaikat itu lalu memakannya.+ Di dalam mulutku, rasanya manis seperti madu,+ tetapi selepas aku habis memakannya, perutku menjadi pahit. 11 Kemudian aku mendengar perintah berikut: “Kamu mesti bernubuat lagi tentang pelbagai kaum, bangsa, bahasa, dan banyak raja.”
11 Kemudian aku diberi sebatang kayu yang kelihatan seperti tongkat.*+ Aku diberitahu, “Bangunlah dan ukurlah Rumah Tuhan,* mazbah, dan semua orang yang sedang beribadat di situ. 2 Tetapi janganlah ukur halaman luar Rumah Tuhan. Janganlah ukur bahagian tersebut kerana bahagian itu telah diserahkan kepada bangsa-bangsa lain, dan mereka akan menginjak-injak kota suci itu+ selama 42 bulan.+ 3 Aku akan mengutus dua orang saksi-Ku untuk bernubuat selama 1,260 hari sambil memakai kain guni.” 4 Dua saksi itu dilambangkan oleh dua batang pokok zaitun+ dan dua buah kaki pelita.+ Mereka berdiri di hadapan Tuan yang berkuasa atas seluruh bumi.+
5 Jika sesiapa ingin mencederakan mereka, api akan keluar daripada mulut mereka lalu menelan musuh-musuh mereka. Sesiapa sahaja yang hendak mencederakan mereka mesti dibunuh dengan cara itu. 6 Kedua-dua saksi itu diberi kuasa untuk menutup langit+ agar hujan tidak turun+ selama mereka bernubuat. Mereka juga diberi kuasa atas air untuk mengubah air menjadi darah+ dan membawa segala macam tulah ke bumi, pada bila-bila masa yang diingini mereka.
7 Apabila mereka selesai memberikan kesaksian, binatang buas yang keluar dari jurang yang dalam akan berperang dengan mereka, menewaskan mereka, lalu membunuh mereka.+ 8 Mayat-mayat mereka akan terlantar di jalan utama kota agung yang secara kiasan dipanggil Sodom dan Mesir, iaitu tempat Tuan mereka dihukum bunuh pada tiang. 9 Orang daripada setiap kaum, suku, bahasa, dan bangsa, akan melihat mayat mereka selama tiga hari setengah,+ dan mereka tidak mengizinkan mayat-mayat itu dikuburkan. 10 Oleh sebab dua orang nabi yang menyeksa penduduk bumi telah mati, penduduk bumi bersukacita, berpesta, dan menghantar hadiah kepada satu sama lain.
11 Selepas tiga hari setengah, nafas kehidupan daripada Tuhan memasuki mereka,+ lalu mereka pun berdiri. Semua orang yang melihat mereka berasa sangat takut. 12 Dua orang nabi itu mendengar suara yang lantang dari syurga berkata kepada mereka, “Naiklah ke sini.” Kemudian mereka naik ke langit di dalam awan, dan musuh-musuh mereka nampak mereka. 13 Pada masa itu, suatu gempa bumi yang dahsyat berlaku. Satu persepuluh daripada kota itu runtuh, dan 7,000 orang terbunuh kerana gempa bumi itu. Orang yang selebihnya menjadi takut lalu memuliakan Tuhan di syurga.
14 Bencana yang kedua+ sudah berlalu. Tetapi lihatlah! Bencana yang ketiga akan segera datang.
15 Selepas itu, malaikat ketujuh meniup trompetnya,+ lalu kedengaran suara-suara lantang di syurga yang berseru, “Kerajaan Tuhan kita+ dan Kristus-Nya+ sedang memerintah dunia, dan Dia akan memerintah sebagai raja buat selama-lamanya.”+
16 Kemudian 24 orang penatua,+ yang sedang duduk di atas takhta mereka di hadapan Tuhan, sujud menyembah Tuhan. 17 Mereka berkata, “Ya Tuhan Yehuwa* Yang Maha Kuasa, yang sekarang ada,+ dan yang dahulu ada, kami bersyukur kepada-Mu kerana Engkau telah menggunakan kuasa-Mu yang besar dan mula memerintah sebagai raja.+ 18 Namun, bangsa-bangsa menjadi marah, dan Engkau menjadi murka. Masa yang ditetapkan untuk menghakimi orang mati sudah tiba. Inilah masanya Engkau memberikan ganjaran+ kepada hamba-hamba-Mu, iaitu para nabi,+ umat-Mu yang suci, dan orang yang takut akan nama-Mu, baik orang biasa mahupun orang yang berpangkat tinggi. Inilah masanya Engkau membinasakan orang yang merosakkan* bumi.”+
19 Kemudian Rumah Tuhan* di syurga terbuka, dan tabut perjanjian Tuhan kelihatan di situ.+ Kemudian kilat sabung-menyabung, suara-suara kedengaran, guruh berdentum, gempa bumi berlaku, dan hujan batu yang dahsyat turun.
12 Kemudian satu tanda yang luar biasa kelihatan di syurga: Ada seorang wanita+ yang berpakaian matahari, dan bulan ada di bawah kakinya. Di atas kepalanya ada sebuah mahkota yang terdiri daripada 12 buah bintang. 2 Wanita itu mengandung, dan dia menjerit kesakitan kerana masanya untuk bersalin sudah tiba.
3 Satu lagi tanda kelihatan di syurga: Ada seekor naga+ besar yang berwarna merah api. Naga itu mempunyai tujuh kepala dan 10 tanduk. Di atas setiap kepalanya ada sebuah mahkota. 4 Naga itu mengheret satu pertiga daripada bintang+ di langit dengan ekornya lalu melemparkan bintang-bintang itu ke bumi.+ Naga itu terus berdiri di hadapan wanita+ yang hampir bersalin itu supaya dapat melahap anak wanita tersebut sebaik sahaja anak itu dilahirkan.
5 Wanita itu melahirkan seorang anak lelaki+ yang akan memerintah* semua bangsa dengan sebatang tongkat besi.+ Anak wanita itu segera dibawa kepada Tuhan dan ke takhta-Nya. 6 Kemudian wanita itu melarikan diri ke tempat yang disediakan oleh Tuhan untuknya di padang belantara. Di situ, dia akan diberi makanan selama 1,260 hari.+
7 Perang tercetus di syurga: Mikhael*+ dengan malaikat-malaikatnya berperang melawan naga itu. Naga dan malaikat-malaikatnya juga berperang melawan mereka. 8 Tetapi naga dan malaikat-malaikatnya kalah* dan tidak lagi mempunyai tempat di syurga. 9 Jadi, naga besar+ itu dibuang ke bawah. Naga itu ialah ular tua+ yang dipanggil Iblis+ dan Syaitan,+ yang sedang menyesatkan seluruh dunia.+ Naga itu dibuang ke bumi,+ dan malaikat-malaikatnya juga dibuang ke bumi bersamanya. 10 Kemudian aku mendengar suara lantang di syurga berkata,
“Lihatlah! Tuhan kita telah menyelamatkan umat-Nya.+ Kuasa-Nya sudah dinyatakan, Kerajaan-Nya+ sudah didirikan, dan Kristus-Nya kini berkuasa, kerana dia yang menuduh saudara-saudara kita di hadapan Tuhan siang dan malam, sudah dibuang ke bawah!+ 11 Saudara-saudara kita sudah mengalahkan dia+ dengan darah Anak Bebiri+ dan dengan perkhabaran yang disampaikan melalui kesaksian mereka.+ Mereka bahkan rela mengorbankan nyawa+ semasa diancam maut. 12 Oleh itu, bersukacitalah hai syurga dan kamu yang tinggal di syurga! Tetapi malanglah bumi dan laut+ kerana Iblis sudah turun kepada kamu dengan kemarahan yang besar, kerana dia tahu bahawa masanya tinggal sedikit.”+
13 Apabila naga itu sedar bahawa dirinya telah dibuang ke bumi,+ naga itu menganiaya wanita+ yang telah melahirkan anak lelaki itu. 14 Tetapi wanita itu diberi sepasang sayap burung helang yang besar,+ supaya dia dapat terbang ke tempatnya di padang belantara. Di situ dia diberi makanan selama satu waktu, dua waktu, dan setengah waktu,*+ jauh daripada ular itu.+
15 Kemudian dari belakang wanita itu, ular itu membuka mulutnya dan memuntahkan air yang seperti aliran sungai untuk melemaskan wanita itu. 16 Tetapi bumi menolong wanita itu. Bumi membuka mulutnya lalu menelan air sungai yang dimuntahkan daripada mulut naga. 17 Naga itu menjadi sangat marah terhadap wanita tersebut, lalu pergi berperang melawan saki-baki keturunan wanita itu,+ yang mematuhi perintah Tuhan dan yang diamanahkan tugas untuk memberikan kesaksian tentang Yesus.+
13 Naga itu berdiri di pantai.
Kemudian aku nampak seekor binatang buas+ keluar dari laut.+ Binatang buas itu mempunyai 10 tanduk dan tujuh kepala. Pada setiap tanduk ada sebuah mahkota dan pada setiap kepalanya ada tertulis nama-nama yang menghina Tuhan. 2 Binatang buas yang aku nampak kelihatan seperti seekor harimau bintang, tetapi kakinya seperti kaki seekor beruang, dan mulutnya seperti mulut seekor singa. Naga+ itu memberi binatang tersebut kekuatannya, takhtanya, dan kuasa yang besar.+
3 Aku nampak salah satu kepalanya dicederakan dengan parah. Namun, luka yang membawa maut itu sudah sembuh,+ dan seluruh penduduk bumi berasa kagum terhadap binatang buas itu lalu mengikutnya. 4 Mereka menyembah naga itu kerana naga itulah yang memberikan kuasa kepada binatang buas itu. Mereka menyembah binatang buas itu dengan berkata, “Siapakah yang bagaikan binatang buas itu, dan siapakah yang dapat berperang melawannya?” 5 Binatang buas itu diberi sebuah mulut yang membolehkannya bercakap besar dan mengatakan hal-hal yang menghina Tuhan. Binatang itu juga diberi kuasa untuk bertindak selama 42 bulan.+ 6 Binatang itu membuka mulutnya untuk menghina+ Tuhan. Binatang itu menghina nama Tuhan, tempat kediaman Tuhan, dan bahkan mereka yang tinggal di syurga.+ 7 Binatang itu dibenarkan untuk berperang melawan umat suci Tuhan dan mengalahkan mereka.+ Binatang itu diberi kuasa atas setiap suku, kaum, bahasa, dan bangsa. 8 Semua orang yang tinggal di bumi akan menyembahnya. Sejak dunia diasaskan,* tiada satu pun daripada nama mereka ditulis dalam kitab kehidupan+ yang dimiliki oleh Anak Bebiri yang sudah disembelih itu.+
9 Hendaklah orang yang bertelinga mendengar.+ 10 Jika seseorang harus ditawan, dia akan ditawan. Jika seseorang membunuh dengan pedang,* dia mesti dibunuh dengan pedang.+ Itulah sebabnya umat suci Tuhan+ perlu bertabah+ dan beriman.+
11 Kemudian aku nampak seekor lagi binatang buas yang keluar dari dalam bumi. Binatang ini mempunyai dua tanduk seperti tanduk seekor anak biri-biri, tetapi binatang ini bercakap seperti seekor naga.+ 12 Di hadapan binatang buas yang pertama, binatang ini menggunakan semua kuasa binatang buas yang pertama+ untuk membuat bumi dan semua penduduk bumi menyembah binatang buas yang pertama, iaitu binatang yang sudah sembuh daripada lukanya yang membawa maut.+ 13 Binatang ini juga melakukan tanda-tanda yang luar biasa dan bahkan menurunkan api dari langit ke bumi di hadapan semua orang.
14 Binatang ini diizinkan untuk melakukan tanda-tanda di hadapan binatang buas yang pertama. Dengan tanda-tanda itu, binatang ini menyesatkan semua orang di bumi dan menyuruh mereka membuat sebuah patung+ menurut gambaran binatang buas yang sudah sembuh setelah dilukai oleh pedang.+ 15 Binatang ini diizinkan untuk memberikan nafas hidup kepada patung binatang buas. Maka patung binatang buas itu dapat bercakap dan mengeluarkan perintah supaya semua orang yang enggan menyembah patung binatang buas itu dibunuh.
16 Binatang ini mewajibkan semua orang, tidak kira orang biasa atau orang yang berpangkat tinggi, orang kaya atau miskin, orang bebas atau hamba, untuk menerima tanda pada tangan kanan atau dahi mereka.+ 17 Tidak ada sesiapa pun yang dapat membeli ataupun menjual, kecuali orang yang mempunyai tanda itu,+ iaitu nama binatang buas itu atau nombor yang melambangkan nama itu.+ 18 Seseorang memerlukan kebijaksanaan untuk memahami hal ini: Hendaklah sesiapa yang berpengertian mengira nombor binatang buas itu, kerana nombor itu ialah nombor manusia. Nombor itu ialah 666.+
14 Kemudian aku nampak Anak Bebiri+ berdiri di atas Gunung Sion.+ Bersama-samanya ada 144,000 orang+ yang pada dahi mereka tertulis namanya dan nama Bapanya.+ 2 Aku mendengar bunyi yang keluar dari syurga. Bunyinya seperti deruman air terjun yang besar dan seperti bunyi guruh yang kuat. Bunyi yang aku dengar adalah seperti suara penyanyi-penyanyi yang bernyanyi sambil memainkan kecapi. 3 Mereka bernyanyi di hadapan takhta, empat makhluk hidup,+ dan penatua-penatua.+ Lagu mereka seolah-olah sebuah lagu baharu+ yang tidak dapat dipelajari oleh sesiapa pun kecuali 144,000 orang+ itu yang telah dibeli dari bumi. 4 Merekalah orang yang tidak menajiskan diri dengan wanita. Sebenarnya, mereka seperti anak dara.+ Merekalah orang yang terus mengikuti Anak Bebiri tidak kira ke mana sahaja dia pergi.+ Merekalah yang dibeli+ daripada kalangan umat manusia sebagai hasil pertama+ untuk dipersembahkan kepada Tuhan dan kepada Anak Bebiri. 5 Mulut mereka tidak mengucapkan dusta, dan mereka tidak bercela.+
6 Selepas itu, aku melihat satu lagi malaikat yang terbang di tengah langit. Dia mempunyai berita baik yang kekal untuk diisytiharkan kepada orang yang tinggal di bumi, iaitu kepada setiap bangsa, suku, bahasa, dan kaum.+ 7 Malaikat itu berkata dengan suara yang lantang, “Takutlah kepada Tuhan dan muliakanlah Dia kerana masa penghakiman-Nya sudah tiba.+ Sembahlah Dia yang menjadikan langit, bumi, laut,+ dan mata air.”
8 Kemudian, malaikat yang kedua menyusul sambil berkata, “Dia sudah jatuh! Babilon Besar+ sudah jatuh!+ Dialah yang membuat semua bangsa minum wain yang menimbulkan nafsu* untuk melakukan perbuatan seks yang tidak bermoral* dengannya!”+
9 Selepas itu, malaikat yang ketiga menyusul sambil berseru dengan suara yang lantang, “Sesiapa yang menyembah binatang buas+ dan patungnya, dan menerima tanda pada dahi atau tangannya,+ 10 juga akan minum wain kemurkaan Tuhan. Wain itu tidak dicampurkan dengan air dan akan dituangkan ke dalam cawan kemurkaan-Nya.+ Orang itu akan diseksa dengan api dan belerang+ di hadapan para malaikat suci dan Anak Bebiri. 11 Asap daripada api yang menyeksa mereka akan naik selama-lamanya.+ Siang dan malam, orang yang menyembah binatang buas dan patungnya, dan sesiapa yang menerima tanda nama binatang buas itu tidak dapat berehat.+ 12 Dalam hal ini, umat suci Tuhan, iaitu mereka yang mematuhi perintah Tuhan dan yang tetap beriman+ kepada Yesus, perlu bertabah.”+
13 Kemudian aku mendengar suara dari syurga yang berkata, “Tuliskanlah hal ini: Mulai sekarang, berbahagialah pengikut-pengikut Tuan*+ kita yang sudah mati. Kuasa suci Tuhan berkata, ‘Ya, biarlah mereka berehat daripada kerja keras mereka, kerana Tuhan mengenang perbuatan baik mereka.’”*
14 Selepas itu aku nampak segumpal awan putih dan seseorang yang kelihatan seperti anak manusia+ sedang duduk di atas awan itu. Di atas kepalanya ada sebuah mahkota emas dan tangannya memegang sebilah sabit yang tajam.
15 Kemudian, satu lagi malaikat keluar dari Rumah Tuhan* sambil berseru dengan suara yang lantang kepada dia yang duduk di atas awan itu, “Gunakanlah sabitmu dan mulakanlah kerja menuai, kerana tuaian di bumi sudah masak dan masa menuai sudah tiba.”+ 16 Maka dia yang duduk di atas awan itu mengayunkan sabitnya ke bumi, lalu tuaian di bumi dikumpulkan.
17 Satu lagi malaikat keluar dari Rumah Tuhan yang ada di syurga. Dia juga mempunyai sebilah sabit yang tajam.
18 Kemudian, satu lagi malaikat keluar dari mazbah dan dia berkuasa atas api. Dia berseru dengan suara yang lantang kepada malaikat yang mempunyai sabit yang tajam itu, “Ayunkanlah sabitmu yang tajam dan kumpulkanlah gugusan-gugusan anggur dari pokok-pokok anggur di bumi, kerana buah anggurnya sudah masak.”+ 19 Maka malaikat itu mengayunkan sabitnya ke bumi dan mengumpulkan pokok-pokok anggur di bumi, lalu dia melemparkan pokok-pokok anggur itu ke dalam pemeras anggur besar yang melambangkan kemurkaan Tuhan.+ 20 Buah-buah anggur itu diinjak-injak di luar kota, dan darah yang keluar dari tempat pemeras anggur itu mengalir sejauh kira-kira 300 kilometer* dan setinggi kekang kuda.
15 Aku nampak satu lagi tanda di syurga yang luar biasa dan menakjubkan. Aku nampak tujuh malaikat+ dengan tujuh tulah dan inilah tulah-tulah yang terakhir, kerana melalui tulah-tulah ini, kemurkaan Tuhan akan berakhir.+
2 Aku nampak sesuatu yang kelihatan seperti lautan kaca+ yang bercampur api. Aku juga nampak orang yang berdiri di tepi lautan kaca itu sambil memegang kecapi Tuhan. Merekalah yang telah mengalahkan+ binatang buas, patung binatang buas,+ dan nombor yang melambangkan nama binatang buas itu.+ 3 Mereka menyanyikan lagu Musa,+ hamba Tuhan itu, dan lagu Anak Bebiri,+ yang berbunyi seperti berikut:
“Tuhan Yehuwa* Yang Maha Kuasa,+ perbuatan-Mu agung dan menakjubkan.+ Ya Raja yang kekal,+ haluan-Mu benar dan adil.+ 4 Ya Yehuwa,* Engkau sahajalah yang setia. Siapakah yang tidak akan takut kepada-Mu, dan siapakah yang tidak akan memuliakan nama-Mu?+ Semua bangsa akan menghadap-Mu untuk menyembah-Mu,+ kerana perintah-Mu yang adil sudah disingkapkan.”
5 Selepas itu, aku nampak tempat suci* di dalam khemah suci*+ di syurga terbuka,+ 6 lalu tujuh malaikat dengan tujuh tulah+ itu keluar dari tempat suci. Mereka memakai kain linen yang bersih dan terang, dan dada mereka dililiti kain pengikat yang diperbuat daripada emas. 7 Salah satu daripada empat makhluk hidup tersebut memberi tujuh malaikat itu tujuh mangkuk emas yang penuh dengan kemurkaan Tuhan,+ iaitu Tuhan yang hidup selama-lamanya. 8 Tempat suci itu dipenuhi asap kerana kemuliaan+ dan kuasa-Nya, dan tiada seorang pun yang dapat masuk ke dalam tempat itu sehingga tujuh tulah+ daripada tujuh malaikat itu berakhir.
16 Aku mendengar suara lantang dari Rumah Tuhan*+ berkata kepada tujuh malaikat itu, “Pergilah dan tuangkanlah tujuh mangkuk kemurkaan Tuhan ke atas bumi.”+
2 Malaikat pertama pergi lalu menuangkan isi mangkuknya ke atas bumi.+ Maka bisul yang teruk dan menyakitkan+ timbul pada orang yang mempunyai tanda binatang buas+ dan yang menyembah patungnya.+
3 Malaikat kedua menuangkan isi mangkuknya ke dalam laut.+ Maka laut menjadi seperti darah+ orang mati, dan semua makhluk hidup di dalam laut mati.+
4 Malaikat ketiga menuangkan isi mangkuknya ke dalam sungai dan mata air.+ Maka air berubah menjadi darah.+ 5 Aku mendengar malaikat yang berkuasa atas air berkata, “Ya Tuhan yang setia,+ yang sekarang ada, dan yang dahulu ada,+ Engkau adil kerana menjatuhkan hukuman ini.+ 6 Oleh sebab mereka menumpahkan darah umat-Mu yang suci dan darah para nabi,+ Engkau telah memberi mereka darah untuk diminum.+ Hukuman itu memang setimpal dengan perbuatan mereka.”+ 7 Kemudian aku mendengar mazbah berkata, “Ya Tuhan Yehuwa,* Tuhan Yang Maha Kuasa,+ hukuman-Mu* itu benar dan adil.”+
8 Malaikat keempat menuangkan isi mangkuknya ke atas matahari.+ Maka matahari dibenarkan untuk membakar manusia dengan panas yang terik. 9 Manusia dibakar oleh panas yang terik itu dan mereka menghina nama Tuhan, iaitu Dia yang berkuasa atas tulah-tulah ini. Namun, mereka tidak bertaubat atau memberikan kemuliaan kepada-Nya.
10 Malaikat kelima menuangkan isi mangkuknya ke atas takhta binatang buas itu. Maka kerajaan binatang buas itu menjadi gelap,+ dan manusia mula menggigit lidah kerana kesakitan. 11 Mereka menghina Tuhan yang ada di syurga kerana kesakitan dan bisul mereka, tetapi mereka tidak bertaubat daripada perbuatan mereka.
12 Malaikat keenam menuangkan isi mangkuknya ke dalam Sungai Efrat, sungai besar itu.+ Maka sungai itu menjadi kering+ sehingga jalan tersedia bagi raja-raja+ yang datang dari arah matahari terbit.*
13 Kemudian aku nampak tiga pernyataan najis yang diilhami,* yang kelihatan seperti katak, keluar daripada mulut naga+ dan mulut binatang buas serta mulut nabi palsu. 14 Pernyataan yang diilhami roh-roh jahat itu melakukan tanda-tanda+ dan pergi kepada raja-raja di seluruh bumi lalu mengumpulkan mereka untuk perang+ yang akan tercetus pada hari besar Tuhan Yang Maha Kuasa.+
15 “Lihatlah! Aku akan datang seperti pencuri.+ Berbahagialah orang yang tetap berjaga-jaga+ supaya jubah luarnya tidak diambil. Dengan ini, dia tidak akan berjalan dalam keadaan telanjang, dan orang lain tidak akan melihat keadaannya yang memalukan itu.”+
16 Kemudian raja-raja itu dikumpulkan ke tempat yang disebut Armagedon*+ dalam bahasa Ibrani.
17 Malaikat ketujuh menuangkan isi mangkuknya ke udara, lalu kedengaran suara lantang dari takhta di Rumah Tuhan*+ yang berkata, “Sudah selesai!” 18 Kemudian, kilat sabung-menyabung, bunyi guruh dan suara-suara kedengaran, dan gempa bumi yang dahsyat berlaku. Gempa bumi yang begitu hebat dan dahsyat belum pernah berlaku semenjak manusia ada di bumi.+ 19 Kota besar itu+ terbelah menjadi tiga bahagian, dan kota-kota bangsa lain dibinasakan. Tuhan ingat akan Babilon Besar,+ lalu Dia memberinya cawan yang berisi wain kemurkaan-Nya yang besar.+ 20 Setiap pulau melarikan diri, dan gunung-gunung tidak dapat dicari.+ 21 Kemudian, hujan batu yang dahsyat turun dari langit dan menimpa manusia.+ Berat setiap batu kira-kira 20 kilogram.* Tulah hujan batu+ itu menyebabkan manusia mengutuk Tuhan, kerana tulah itu sangat dahsyat.
17 Salah satu daripada tujuh malaikat yang mempunyai tujuh mangkuk itu+ datang kepadaku dan berkata, “Marilah, aku akan menunjukkan hukuman yang dijatuhkan kepada pelacur besar yang duduk di atas air yang banyak.+ 2 Raja-raja di bumi melakukan perbuatan seks yang tidak bermoral*+ dengannya, dan penduduk bumi menjadi mabuk kerana wain perbuatannya itu.”*+
3 Malaikat itu menggunakan kuasa suci Tuhan untuk membawa aku ke sebuah padang belantara. Di situ aku nampak seorang wanita yang sedang duduk di atas seekor binatang buas yang berwarna merah marak. Binatang buas itu mempunyai tujuh kepala dan 10 tanduk, dan badannya penuh dengan nama-nama yang menghina Tuhan. 4 Wanita itu berpakaian ungu+ dan merah marak, dan memakai perhiasan emas, batu permata, dan mutiara.+ Di dalam tangannya ada sebuah cawan emas yang penuh dengan hal-hal yang menjijikkan dan hal-hal najis daripada perbuatan seks yang tidak bermoral.* 5 Pada dahinya tertulis suatu nama, dan nama itu suatu misteri. Nama itu ialah “Babilon Besar, ibu kepada pelacur-pelacur+ dan hal-hal yang menjijikkan di bumi.”+ 6 Aku nampak wanita itu mabuk kerana dia telah minum darah umat suci Tuhan dan darah saksi-saksi Yesus.+
Aku sangat hairan ketika melihat wanita itu. 7 Maka malaikat itu berkata kepadaku, “Mengapakah kamu hairan? Aku akan memberitahu kamu tentang misteri wanita itu+ dan tentang misteri binatang buas yang ditungganginya, iaitu binatang buas yang mempunyai tujuh kepala dan 10 tanduk.+ 8 Binatang buas yang kamu nampak itu dahulu ada, sekarang tiada, tetapi akan naik dari jurang yang dalam+ tidak lama lagi, dan kemudiannya dibinasakan. Penduduk bumi, yang nama mereka tidak tertulis dalam kitab kehidupan+ semenjak dunia diasaskan,* akan hairan semasa melihat bagaimana binatang buas itu dahulu ada, sekarang tiada, dan akan muncul semula.
9 “Hal ini memerlukan kecerdikan dan kebijaksanaan: Tujuh kepala binatang itu+ melambangkan tujuh buah gunung, dan wanita itu duduk di atas tujuh buah gunung tersebut. 10 Terdapat tujuh orang raja: Lima orang sudah jatuh, seorang masih ada, dan seorang lagi belum tiba. Apabila dia tiba, dia akan tinggal buat suatu jangka waktu yang singkat. 11 Binatang buas yang dahulu ada tetapi sekarang tiada+ merupakan raja kelapan yang datang daripada tujuh orang raja itu. Akhirnya, binatang buas itu akan dibinasakan.
12 “Sepuluh tanduk yang kamu nampak itu melambangkan 10 orang raja yang belum menerima kuasa untuk memerintah. Tetapi mereka akan menerima kuasa sebagai raja bersama-sama binatang buas itu selama satu jam. 13 Sepuluh orang raja itu mempunyai satu fikiran, maka mereka menyerahkan kekuatan dan kuasa mereka kepada binatang buas itu. 14 Mereka akan berperang melawan Anak Bebiri,+ tetapi mereka akan dikalahkan kerana Anak Bebiri ialah Tuan atas segala tuan dan Raja atas segala raja.+ Mereka juga akan dikalahkan oleh orang yang ada bersama Anak Bebiri,+ iaitu orang yang dipanggil dan dipilih oleh Tuhan dan yang setia kepada-Nya.”+
15 Malaikat itu berkata kepadaku, “Air yang kamu nampak itu, iaitu tempat pelacur itu duduk, melambangkan kaum, orang ramai, bangsa, dan bahasa.+ 16 Sepuluh tanduk+ yang kamu nampak dan binatang buas+ itu akan membenci pelacur itu.+ Mereka akan membinasakannya dan membuatnya telanjang. Mereka akan memakan habis dagingnya dan memusnahkannya dengan api.+ 17 Hal ini demikian kerana Tuhan sendiri menanam rancangan untuk melaksanakan tujuan-Nya dalam hati mereka,+ supaya mereka bersepakat untuk memberikan kuasa pemerintahan mereka kepada binatang buas itu,+ sehingga firman Tuhan terlaksana. 18 Wanita+ yang kamu nampak itu melambangkan kota besar yang berkuasa atas raja-raja di bumi.”
18 Selepas itu, aku nampak satu lagi malaikat turun dari syurga. Malaikat itu mempunyai kekuasaan yang besar, dan bumi diterangi kemuliaannya. 2 Dia berseru dengan suara yang lantang, “Dia sudah jatuh! Babilon Besar sudah jatuh!+ Dia sudah menjadi tempat tinggal roh-roh jahat dan tempat naungan bagi setiap burung yang najis dan yang dibenci. Dia juga menjadi tempat yang dipenuhi udara* yang beracun!+ 3 Semua bangsa telah menjadi mangsa kepada wainnya+ yang menimbulkan nafsu* untuk melakukan perbuatan seks yang tidak bermoral,* dan raja-raja di bumi telah melakukan perbuatan seks yang tidak bermoral+ dengannya. Para saudagar di bumi menjadi kaya kerana wanita ini mengumpulkan barangan mewah tanpa rasa malu.”
4 Aku mendengar satu lagi suara dari syurga berkata, “Keluarlah daripadanya, hai umat-Ku,+ jika kamu tidak mahu turut menanggung dosa-dosanya, dan jika kamu tidak mahu menerima sebahagian daripada tulah-tulahnya.+ 5 Hal ini demikian kerana dosanya sudah bertimbun-timbun sampai ke syurga,+ dan Tuhan akan menghakiminya atas semua perbuatannya yang jahat.*+ 6 Perlakukanlah dia sebagaimana dia telah memperlakukan orang lain.+ Balaslah dia dua kali ganda bagi hal-hal yang telah dilakukannya.+ Isikanlah cawannya+ dengan minuman yang dua kali lebih banyak daripada minuman yang disediakannya.+ 7 Sejauh mana dia memuliakan diri sendiri dan hidup mewah tanpa rasa malu, sejauh itulah dia harus diseksa dan meratap, kerana dia asyik berkata dalam hatinya, ‘Aku duduk sebagai ratu, dan aku bukan seorang balu. Tidak mungkin aku akan meratap.’+ 8 Itulah sebabnya dalam masa satu hari, tulah-tulahnya akan datang: Kematian, ratapan, dan kebuluran. Dia akan dimusnahkan dengan api+ kerana Tuhan Yehuwa* yang menghakiminya itu perkasa.+
9 “Apabila raja-raja di bumi melihat asap daripada api yang membakarnya, mereka akan menangis dan memukul dada dengan sedih kerana apa yang berlaku kepadanya. Merekalah yang telah melakukan perbuatan seks yang tidak bermoral* dengannya dan hidup mewah tanpa rasa malu bersamanya. 10 Mereka akan berdiri dari jauh kerana mereka takut akan penderitaannya dan berkata, ‘Alangkah malangnya, alangkah malangnya, hai Babilon, kota yang besar+ dan kuat, kerana dalam masa satu jam, hukumanmu sudah tiba!’
11 “Para saudagar di bumi juga menangis dan meratap kerananya. Hal itu demikian kerana tiada lagi orang yang akan membeli semua barang dagangan mereka. 12 Barang dagangan ini termasuk emas, perak, batu permata, mutiara, kain linen bermutu tinggi, kain ungu, kain sutera, kain merah marak, segala sesuatu yang diperbuat daripada kayu wangi, segala sesuatu yang diperbuat daripada gading, kayu yang berharga, tembaga, besi, dan marmar. 13 Terdapat juga kayu manis, rempah-ratus India, kemenyan, minyak wangi, kemenyan putih, wain, minyak zaitun, tepung bermutu tinggi, gandum, lembu, biri-biri, kuda, kereta kuda, hamba, dan manusia. 14 Ya, hal-hal baik yang didambakannya sudah meninggalkannya. Semua makanan yang sedap dan barangan yang cantik telah lenyap daripadanya dan tidak akan dijumpai lagi.
15 “Para saudagar yang menjual barang-barang itu dan yang menjadi kaya kerananya, akan berdiri dari jauh kerana mereka takut akan penderitaannya. Mereka akan menangis dan meratap 16 sambil berkata, ‘Alangkah malangnya, alangkah malangnya, hai kota besar yang berpakaian kain linen bermutu tinggi, kain ungu, dan kain merah marak yang dihiasi dengan banyak perhiasan emas, batu permata, dan mutiara,+ 17 kerana dalam satu jam, kekayaan yang begitu banyak sudah dibinasakan!’
“Setiap kapten kapal, setiap orang yang belayar, dan anak-anak kapal, serta semua orang yang mempunyai mata pencarian di laut, berdiri dari jauh 18 dan berseru semasa melihat asap daripada api yang membakarnya. Mereka berkata, ‘Kota manakah yang seperti kota besar itu?’ 19 Mereka menghamburkan debu ke atas kepala mereka sambil berseru, menangis, dan meratap. Mereka berkata, ‘Alangkah malangnya, alangkah malangnya, hai kota besar itu! Di situlah orang yang memiliki kapal-kapal di laut menjadi kaya disebabkan kekayaan kota itu. Tetapi dalam satu jam, dia telah dibinasakan!’+
20 “Bergembiralah, hai syurga,+ umat suci Tuhan,+ para rasul, dan para nabi, kerana Tuhan telah menjatuhkan hukuman kepadanya bagi pihak kamu!”+
21 Kemudian satu malaikat yang perkasa mengangkat sebuah batu yang kelihatan seperti batu kisaran besar, lalu mencampakkannya ke dalam laut. Dia berkata, “Demikianlah kota Babilon yang besar akan dicampakkan dengan begitu cepat dan tidak akan dijumpai lagi.+ 22 Suara penyanyi yang memainkan kecapi, pemain seruling, pemain trompet, dan para pemuzik yang lain, tidak akan kedengaran di dalammu lagi. Para pekerja yang mahir dalam apa jua bidang tidak akan dijumpai di dalammu lagi, dan bunyi batu kisaran pun tidak akan kedengaran di dalammu lagi. 23 Tiada cahaya pelita yang akan bersinar di dalammu lagi, dan tiada suara pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang akan kedengaran di dalammu lagi. Hal ini demikian kerana saudagar-saudagarmu ialah orang yang berpangkat tinggi di bumi, dan semua bangsa disesatkan kerana amalan-amalan sihirmu.+ 24 Ya, darah nabi-nabi, darah umat suci Tuhan,+ dan darah semua orang yang telah dibunuh di bumi, dijumpai di dalam kota itu.”+
19 Selepas itu, aku mendengar sesuatu seperti suara lantang sekumpulan besar makhluk di syurga yang berseru, “Pujilah Yah!*+ Penyelamatan, kemuliaan, dan kuasa, merupakan milik Tuhan kita 2 kerana penghakiman-Nya benar dan adil.+ Dia telah menghukum pelacur besar yang merosakkan bumi dengan perbuatan seks yang tidak bermoral,* dan Dia telah melaksanakan pembalasan bagi hamba-hamba-Nya yang telah dibunuh oleh pelacur itu.”+ 3 Dengan segera, mereka berkata untuk kali kedua, “Pujilah Yah!*+ Asap daripada api yang membakar pelacur itu terus naik buat selama-lamanya.”+
4 Lalu 24 orang penatua+ dan empat makhluk hidup+ itu sujud menyembah Tuhan yang duduk di atas takhta. Mereka berkata, “Amin! Pujilah Yah!”*+
5 Selepas itu, kedengaran suara dari takhta yang berkata, “Pujilah Tuhan kita, hai semua hamba-Nya+ yang takut kepada-Nya, baik orang biasa mahupun orang yang berpangkat tinggi.”+
6 Kemudian, aku mendengar sesuatu yang kedengaran seperti suara sekumpulan besar makhluk, seperti deruman air terjun yang besar, dan seperti bunyi guruh yang kuat. Mereka berkata, “Pujilah Yah,*+ kerana Yehuwa,* Tuhan kita, Tuhan Yang Maha Kuasa,+ sudah mula memerintah sebagai raja!+ 7 Marilah kita bersukacita dan bergembira! Marilah kita memuliakan-Nya, kerana masa untuk perkahwinan Anak Bebiri sudah tiba, dan pengantin perempuannya sudah bersiap sedia. 8 Pengantin perempuannya dibenarkan untuk memakai kain linen yang bermutu tinggi, yang terang, dan yang bersih. Kain linen yang bermutu tinggi itu melambangkan perbuatan benar umat suci Tuhan.”+
9 Malaikat itu berkata kepadaku, “Tuliskanlah hal ini: Berbahagialah orang yang dijemput ke majlis perkahwinan Anak Bebiri.”+ Dia juga berkata kepadaku, “Inilah firman yang benar daripada Tuhan.” 10 Ketika itu, aku bersujud di depan kakinya untuk menyembahnya. Tetapi dia memberitahu aku, “Berhati-hatilah! Jangan buat begitu!+ Sembahlah Tuhan.+ Aku hanyalah seorang hamba seperti kamu dan seperti saudara-saudara kamu yang memberikan kesaksian tentang Yesus.+ Hal ini demikian kerana tujuan nubuat-nubuat disampaikan adalah untuk memberikan kesaksian tentang Yesus.”+
11 Aku nampak langit terbuka dan lihatlah! Ada seekor kuda putih.+ Penunggang kuda itu dipanggil Yang Setia+ dan Yang Benar.+ Dia menghakimi dan berperang dengan adil.+ 12 Matanya seperti api yang bernyala-nyala+ dan di atas kepalanya terdapat banyak mahkota. Padanya tertulis satu nama yang tidak diketahui oleh sesiapa pun kecuali dia sendiri. 13 Dia memakai sehelai jubah luar yang mempunyai kesan* darah, dan namanya ialah Firman+ Tuhan. 14 Angkatan tentera di syurga juga mengikutnya dengan menunggang kuda putih. Mereka memakai kain linen bermutu tinggi yang bersih dan berwarna putih. 15 Daripada mulutnya keluar sebilah pedang yang tajam dan panjang+ supaya dia dapat membunuh bangsa-bangsa dengan pedang itu, dan dia akan memerintah* mereka dengan tongkat besi.+ Selain itu, dia akan menginjak-injak pemeras anggur, yang melambangkan kemurkaan besar Tuhan Yang Maha Kuasa.+ 16 Pada jubah luarnya, iaitu pada bahagian pahanya, tertulis nama ini: Raja atas segala raja dan Tuan atas segala tuan.+
17 Aku juga nampak satu malaikat berdiri di depan matahari. Malaikat itu berseru dengan suara yang lantang kepada semua burung yang terbang di langit,* “Marilah ke sini. Berkumpullah untuk perjamuan malam besar Tuhan,+ 18 supaya kamu boleh makan daging raja-raja, daging ketua pasukan tentera, daging lelaki yang perkasa,+ daging kuda, dan daging penunggang kuda.+ Kamu juga boleh makan daging semua orang, baik orang bebas mahupun hamba, baik orang biasa mahupun orang yang berpangkat tinggi.”
19 Kemudian aku nampak binatang buas dan raja-raja di bumi serta angkatan tentera mereka berkumpul untuk berperang melawan dia yang duduk di atas kuda itu dan angkatan tenteranya.+ 20 Binatang buas itu ditangkap bersama-sama nabi palsu+ yang melakukan tanda-tanda di hadapannya. Nabi palsu itu telah menyesatkan orang yang menerima tanda binatang buas+ tersebut dan orang yang menyembah patungnya.+ Binatang buas dan nabi palsu itu dicampakkan hidup-hidup ke dalam tasik yang bernyala-nyala dengan api dan belerang.+ 21 Tetapi yang lain dibunuh dengan pedang panjang yang keluar daripada mulut penunggang kuda itu.+ Kemudian semua burung memakan daging mereka sehingga kenyang.+
20 Setelah itu, aku nampak satu malaikat turun dari syurga. Di dalam tangannya terdapat kunci jurang yang dalam+ dan seutas rantai yang besar. 2 Malaikat itu menangkap naga itu,+ iaitu ular tua+ yang merupakan Iblis+ dan Syaitan,+ lalu mengikatnya selama 1,000 tahun. 3 Kemudian, malaikat itu membuangnya ke dalam jurang yang dalam+ itu lalu menutupi dan memeterai jurang itu supaya dia tidak akan menyesatkan bangsa-bangsa lagi, sehingga 1,000 tahun itu berakhir. Selepas itu, dia mesti dibebaskan buat suatu jangka waktu yang singkat.+
4 Aku nampak takhta-takhta, dan orang yang duduk di atasnya diberi kuasa untuk menghakimi. Ya, aku nampak orang* yang dibunuh* kerana memberikan kesaksian tentang Yesus dan kerana menyampaikan perkhabaran tentang Tuhan. Aku juga nampak orang yang tidak menyembah binatang buas atau patungnya, yang tidak menerima tanda pada dahi atau tangan mereka.+ Mereka hidup semula dan memerintah sebagai raja bersama Kristus+ selama 1,000 tahun. 5 Itulah pembangkitan yang pertama.+ (Orang mati yang lain+ tidak hidup semula sehingga 1,000 tahun itu berakhir.) 6 Berbahagialah dan sucilah semua orang yang mempunyai bahagian dalam pembangkitan yang pertama.+ Kematian yang kedua+ tidak berkuasa atas mereka.+ Mereka akan menjadi imam-imam+ Tuhan dan Kristus, dan mereka akan memerintah sebagai raja bersama Kristus selama 1,000 tahun itu.+
7 Sebaik sahaja 1,000 tahun itu berakhir, Syaitan akan dibebaskan dari penjaranya, 8 lalu dia akan pergi menyesatkan Gog dan Magog, iaitu bangsa-bangsa di empat penjuru bumi, dan mengumpulkan mereka untuk berperang. Bilangan mereka sebanyak pasir di pantai. 9 Mereka pergi ke seluruh bumi dan mengelilingi perkhemahan umat suci Tuhan dan kota yang dikasihi Tuhan. Tetapi api turun dari langit dan menelan mereka.+ 10 Iblis, yang menyesatkan mereka, dilemparkan ke dalam tasik api dan belerang. Binatang buas+ dan nabi palsu sudah berada di situ.+ Mereka semua akan diseksa* siang dan malam buat selama-lamanya.
11 Kemudian, aku nampak sebuah takhta besar yang berwarna putih. Aku juga nampak Dia yang duduk di atas takhta itu.+ Bumi dan langit melarikan diri+ dari hadirat-Nya dan tidak dijumpai lagi. 12 Selain itu, aku nampak orang yang mati, baik orang yang berpangkat tinggi mahupun orang biasa, berdiri di hadapan takhta, dan kitab-kitab pun dibuka. Selepas itu, sebuah kitab yang lain dibuka, iaitu kitab kehidupan.+ Orang mati dihakimi menurut perbuatan mereka seperti yang tertulis dalam kitab-kitab itu.+ 13 Laut menyerahkan orang mati yang ada di dalamnya. Maut menyerahkan orang mati yang ada dalamnya, begitu juga dengan Kuburan.* Setiap orang dihakimi menurut perbuatan masing-masing.+ 14 Selepas itu, maut dan Kuburan* dicampakkan ke dalam tasik api.+ Tasik api+ ini melambangkan kematian yang kedua.+ 15 Sesiapa yang namanya tidak tertulis dalam kitab kehidupan+ juga dicampakkan ke dalam tasik api itu.+
21 Kemudian aku melihat langit baharu dan bumi baharu.+ Langit lama dan bumi lama telah lenyap,+ dan laut+ pun tidak ada lagi. 2 Aku juga melihat kota suci itu, iaitu Yerusalem Baharu, turun dari syurga daripada Tuhan.+ Kota itu sudah disiapkan seperti pengantin perempuan yang telah berhias untuk menyambut bakal suaminya.+ 3 Ketika itu, aku mendengar suara lantang yang berseru dari takhta itu, “Lihatlah! Khemah Tuhan ada bersama manusia, dan Dia akan tinggal bersama mereka dan mereka akan menjadi umat-Nya. Tuhan sendiri akan menyertai mereka.+ 4 Dia akan menyapu semua air mata mereka,+ dan kematian tidak akan ada lagi.+ Ratapan, tangisan, dan kesakitan pun tidak akan ada lagi.+ Perkara-perkara yang lama sudah lenyap.”
5 Dia yang duduk di atas takhta+ berfirman, “Lihatlah! Aku sedang menjadikan semuanya baharu.”+ Dia berfirman lagi, “Tuliskanlah hal ini, kerana kata-kata ini benar dan dapat dipercayai.” 6 Kemudian Dia berfirman kepadaku, “Hal-hal itu sudah terlaksana! Aku ialah Alfa dan Omega,* yang mula dan yang akhir.+ Aku akan memberikan air daripada mata air kehidupan kepada orang yang dahaga secara percuma.*+ 7 Sesiapa yang menang dalam pertempuran akan mewarisi semua ini. Aku akan menjadi Tuhannya dan dia akan menjadi anak-Ku. 8 Tetapi pengecut, orang yang tidak beriman,+ orang yang najis dan menjijikkan, pembunuh,+ orang yang melakukan perbuatan seks yang tidak bermoral,*+ orang yang mengamalkan ilmu sihir, penyembah berhala, dan semua pendusta,+ akan dibuang ke dalam tasik yang bernyala-nyala dengan api dan belerang.+ Tasik ini melambangkan kematian yang kedua.”+
9 Salah satu daripada tujuh malaikat yang mempunyai tujuh buah mangkuk yang penuh dengan tujuh tulah terakhir itu+ datang dan berkata kepadaku, “Marilah, aku akan menunjukkan kepadamu pengantin perempuan, iaitu bakal isteri Anak Bebiri.”+ 10 Maka dia menggunakan kuasa suci Tuhan untuk membawa aku ke sebuah gunung yang besar dan tinggi. Dia menunjukkan kepadaku Yerusalem, kota suci itu, yang turun dari syurga daripada Tuhan+ 11 dan yang mempunyai kemuliaan Tuhan.+ Kegemilangan kota itu seperti batu permata yang amat bernilai, bagaikan batu jasper yang bersinar seperti kristal yang jernih.+ 12 Kota itu mempunyai tembok yang besar dan tinggi dan mempunyai 12 pintu gerbang yang padanya tertulis nama 12 suku Israel, dan terdapat 12 malaikat di pintu-pintu gerbang itu. 13 Di sebelah timur ada tiga pintu gerbang, di sebelah utara ada tiga pintu gerbang, di sebelah selatan ada tiga pintu gerbang, dan di sebelah barat ada tiga pintu gerbang.+ 14 Tembok kota itu juga mempunyai 12 batu asas, dan pada batu-batu itu tertulis 12 nama, iaitu nama 12 orang rasul+ Anak Bebiri.
15 Malaikat yang sedang bercakap kepadaku memegang sebatang galah emas untuk mengukur kota itu, pintu-pintu gerbangnya, dan temboknya.+ 16 Kota itu berbentuk segi empat, dan panjangnya sama dengan lebarnya. Dia mengukur kota itu dengan galahnya dan mendapati bahawa ukurannya kira-kira 2,220 kilometer.* Panjang, lebar, dan tingginya, semua sama. 17 Dia juga mengukur tembok kota itu dan mendapati bahawa ukurannya kira-kira 64 meter* menurut ukuran manusia, yang juga merupakan ukuran malaikat. 18 Tembok kota itu diperbuat daripada batu jasper,+ manakala kota itu diperbuat daripada emas tulen yang bagaikan kaca yang jernih. 19 Asas tembok kota itu dihiasi dengan pelbagai jenis batu permata:* Batu asas yang pertama ialah batu jasper, yang kedua batu nilam, yang ketiga batu kalsedoni, yang keempat batu zamrud, 20 yang kelima batu oniks, yang keenam batu sardius, yang ketujuh batu krisolit, yang kelapan batu beril, yang kesembilan batu topaz, yang kesepuluh batu krisopras, yang kesebelas batu hiasint, dan yang kedua belas batu kecubung. 21 Selain itu, 12 buah pintu gerbang itu berupa 12 mutiara; setiap pintu gerbang diperbuat daripada satu mutiara. Jalan utama di kota itu diperbuat daripada emas tulen, seperti kaca yang lut sinar.
22 Aku tidak nampak Rumah Tuhan di dalam kota itu kerana Yehuwa* Yang Maha Kuasa+ dan Anak Bebiri itu ialah Rumah Tuhan bagi kota itu. 23 Kota itu tidak memerlukan matahari ataupun bulan untuk menyinarinya, kerana kemuliaan Tuhan meneranginya,+ dan pelitanya ialah Anak Bebiri itu.+ 24 Cahaya daripada kota itu akan menerangi jalan yang ditempuh oleh bangsa-bangsa,+ dan raja-raja di bumi akan membawa kemuliaan mereka ke dalamnya. 25 Pintu gerbang kota itu tidak akan ditutup pada waktu siang, dan tidak ada waktu malam di situ.+ 26 Kemuliaan dan kehormatan bangsa-bangsa akan dibawa ke dalam kota itu.+ 27 Namun, apa jua yang najis dan sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan yang menjijikkan dan yang tidak jujur, sama sekali tidak boleh masuk ke dalam kota itu.+ Hanya orang yang nama mereka tertulis dalam kitab kehidupan Anak Bebiri akan masuk ke dalam kota itu.+
22 Malaikat itu menunjukkan sungai air kehidupan kepadaku.+ Airnya jernih seperti kristal dan mengalir dari takhta Tuhan dan takhta Anak Bebiri+ 2 ke tengah-tengah jalan utama kota itu. Di kedua-dua belah sungai itu terdapat pokok-pokok kehidupan yang berbuah 12 kali setahun, iaitu sekali sebulan. Daun-daun pokok itu dapat menyembuhkan bangsa-bangsa.+
3 Segala kutukan tidak akan wujud lagi. Takhta Tuhan dan takhta Anak Bebiri+ akan ada di dalam kota itu, dan hamba-hamba Tuhan akan menjalankan khidmat suci kepada-Nya. 4 Mereka akan melihat wajah-Nya,+ dan nama-Nya akan tertulis pada dahi mereka.+ 5 Waktu malam tidak akan wujud lagi,+ dan mereka tidak memerlukan cahaya pelita ataupun cahaya matahari, kerana Tuhan Yehuwa* akan menerangi mereka,+ dan mereka akan memerintah sebagai raja buat selama-lamanya.+
6 Malaikat itu berkata kepadaku, “Kata-kata ini benar dan dapat dipercayai.+ Yehuwa,* Tuhan yang mengilhami para nabi,+ telah mengutus malaikat-Nya kepada hamba-hamba-Nya untuk menunjukkan hal-hal yang mesti segera berlaku. 7 ‘Lihatlah! Aku akan segera datang.+ Berbahagialah orang yang mematuhi kata-kata nubuat dalam gulungan ini.’”+
8 Aku, Yohanes, telah mendengar dan melihat hal-hal ini. Setelah aku mendengar dan melihatnya, aku bersujud untuk menyembah malaikat yang menunjukkan hal-hal ini kepadaku. 9 Namun malaikat itu berkata kepadaku, “Berhati-hatilah! Jangan buat begitu! Aku hanyalah seorang hamba seperti kamu dan saudara-saudara kamu yang merupakan nabi, dan seperti orang yang mematuhi kata-kata dalam gulungan ini. Sembahlah Tuhan.”+
10 Malaikat itu juga memberitahu aku, “Jangan rahsiakan* kata-kata nubuat dalam gulungan ini, kerana masa yang ditetapkan sudah dekat. 11 Biarlah orang yang berbuat salah terus berbuat salah, dan biarlah orang yang najis terus melakukan perbuatan yang najis. Namun, biarlah orang yang berbuat benar terus berbuat benar, dan biarlah orang yang suci tetap suci.”
12 “Lihatlah! Aku akan segera datang. Aku akan membawa ganjaran untuk diberikan kepada setiap orang sebagai balasan bagi perbuatannya.+ 13 Aku ialah Alfa dan Omega,*+ yang pertama dan yang terakhir, yang mula dan yang akhir. 14 Berbahagialah orang yang mencuci jubah mereka+ supaya mereka berhak untuk makan buah daripada pokok-pokok kehidupan,+ dan supaya mereka dapat masuk ke dalam kota itu melalui pintu gerbangnya.+ 15 Di luar ada anjing-anjing,* orang yang mengamalkan ilmu sihir, orang yang melakukan perbuatan seks yang tidak bermoral,* pembunuh, penyembah berhala, dan semua orang yang suka berdusta, baik dengan kata-kata mahupun dengan perbuatan.”+
16 “Aku, Yesus, telah mengutus malaikatku untuk memberikan kesaksian kepada kamu tentang hal-hal ini demi manfaat sidang-sidang. Akulah akar Daud+ dan aku juga keturunannya. Akulah bintang pagi yang terang.”+
17 Kuasa suci Tuhan dan pengantin perempuan itu+ terus berkata, “Marilah!” Hendaklah sesiapa yang mendengar berkata, “Marilah!” Hendaklah sesiapa yang dahaga datang.+ Hendaklah sesiapa yang menginginkan air kehidupan mendapatkannya dengan percuma.+
18 “Aku memberikan kesaksian kepada semua orang yang mendengar kata-kata nubuat dalam gulungan ini: Jika sesiapa menambahkan sesuatu pada kata-kata ini,+ Tuhan akan menambahkan tulah-tulah yang tertulis dalam gulungan ini kepadanya,+ 19 dan jika sesiapa mengambil keluar sesuatu daripada kata-kata nubuat dalam gulungan ini, Tuhan tidak akan membenarkannya menerima hal-hal baik yang tertulis dalam gulungan ini. Maksudnya, orang itu tidak dibenarkan makan buah daripada pokok-pokok kehidupan+ dan tidak dibenarkan masuk ke dalam kota suci itu.+
20 “Dia yang memberikan kesaksian tentang hal-hal ini berkata, ‘Ya, aku akan segera datang.’”+
“Amin! Datanglah, Tuan Yesus.”
21 Semoga kebaikan hati Tuan Yesus yang unggul menyertai umat suci Tuhan.
Atau “hamba Yesus.”
Harfiah, “kerajaan, imam.”
Lihat Lampiran A5.
Atau “A dan Z.” Alfa dan Omega ialah abjad pertama dan terakhir dalam bahasa Yunani.
Biasanya dipanggil roh kudus. Lihat Kamus.
Lihat Kamus.
Atau “utusan-utusan.”
Atau “utusan.”
Atau “utusan.”
Harfiah, “rumah ibadat.”
Atau “utusan.”
Lihat Kamus.
Atau “utusan.”
Lihat Kamus.
Yunani, por·neiʹa. Lihat Kamus.
Atau “perasaan manusia yang terdalam.” Harfiah, “ginjal.”
Harfiah, “menggembala.”
Atau “utusan.”
Atau “utusan.”
Harfiah, “Rumah ibadat.”
Atau “utusan.”
Atau “batu permata yang berwarna merah.”
Lihat Lampiran A5.
Lihat Lampiran A5.
Atau “sepuluh ribu darab sepuluh ribu dan seribu darab seribu.”
Harfiah, “1 kuart.” Lihat Lampiran B14.
Duit perak Roma yang nilainya sama dengan gaji sehari. Lihat Lampiran B14.
Harfiah, “3 kuart.”
Lihat Kamus.
Harfiah, “jiwa.” Lihat Kamus.
Mungkin diperbuat daripada bulu kambing.
Atau “arah timur.”
Atau “bekas perbaraan.”
Lihat Kamus.
Maksudnya “Kemusnahan.”
Maksudnya “Pemusnah.”
Harfiah, “perbuatan tangan mereka.”
Yunani, por·neiʹa. Lihat Kamus.
Harfiah, “Meterailah.”
Atau “kayu pengukur.”
Iaitu, bahagian utama Rumah Tuhan yang mengandungi Bilik Suci dan Bilik Maha Suci.
Lihat Lampiran A5.
Atau “membinasakan.”
Iaitu, Bilik Maha Suci di dalam Rumah Tuhan.
Harfiah, “menggembala.”
Maksudnya “Siapakah seperti Tuhan?”
Atau mungkin, “Tetapi naga itu kalah.”
Iaitu, tiga waktu setengah.
Iaitu, sejak anak-anak Adam dan Hawa dilahirkan.
Atau mungkin, “Jika seseorang harus dibunuh dengan pedang.”
Harfiah, “kemarahan.”
Yunani, por·neiʹa. Lihat Kamus.
Atau “mereka yang bersatu dengan Tuan.”
Atau “kerana perbuatan mereka menyertai mereka.”
Iaitu, Bilik Maha Suci di dalam Rumah Tuhan.
Harfiah, “1,600 stadium.” Lihat Lampiran B14.
Lihat Lampiran A5.
Lihat Lampiran A5.
Iaitu, Bilik Maha Suci di dalam Rumah Tuhan.
Harfiah, “khemah kesaksian.”
Iaitu, Bilik Maha Suci di dalam Rumah Tuhan.
Lihat Lampiran A5.
Atau “ketetapan-Mu.”
Atau “arah timur.”
Harfiah, “tiga roh yang najis.”
Yunani, Har Ma·ge·donʹ, daripada istilah Ibrani yang bermaksud “Gunung Megido.”
Iaitu, Bilik Maha Suci di dalam Rumah Tuhan.
Harfiah, “1 talenta.” Lihat Lampiran B14.
Lihat Kamus.
Atau “wain yang melambangkan perbuatan seks tidak bermoral yang dilakukannya.” Yunani, por·neiʹa. Lihat Kamus.
Yunani, por·neiʹa. Lihat Kamus.
Iaitu, sejak anak-anak Adam dan Hawa dilahirkan.
Atau mungkin, “nafas; pernyataan yang diilhami.”
Harfiah, “kemarahan.”
Yunani, por·neiʹa. Lihat Kamus.
Atau “yang tidak adil.”
Lihat Lampiran A5.
Lihat Kamus.
Atau “Halleluyah!” “Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.
Yunani, por·neiʹa. Lihat Kamus.
Atau “Halleluyah!” “Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.
Atau “Halleluyah!” “Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.
Atau “Halleluyah!” “Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.
Lihat Lampiran A5.
Atau mungkin, “percikan.”
Harfiah, “menggembala.”
Atau “tengah langit.”
Lihat nota kaki bagi Why 6:9.
Harfiah, “dibunuh dengan kapak.”
Atau “disekat; dipenjarakan.”
Lihat Kamus.
Lihat Kamus.
Atau “A dan Z.” Alfa dan Omega ialah abjad pertama dan terakhir dalam bahasa Yunani.
Atau “tanpa mengenakan bayaran.”
Lihat Kamus.
Harfiah, “12,000 stadium.” Lihat Lampiran B14.
Harfiah, “144 hasta.” Lihat Lampiran B14.
Semua batu permata berikut mempunyai warna yang berbeza-beza. Kadangkala, terdapat pelbagai warna pada satu batu permata.
Lihat Lampiran A5.
Lihat Lampiran A5.
Lihat Lampiran A5.
Harfiah, “memeterai.”
Atau “A dan Z.” Alfa dan Omega ialah abjad pertama dan terakhir dalam bahasa Yunani.
Iaitu, mereka yang mengamalkan perbuatan yang menjijikkan di mata Tuhan.
Lihat Kamus.