PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Samuel 3
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka 2 Samuel

      • Keluarga Daud semakin kuat (1)

      • Anak-anak lelaki Daud (2-5)

      • Abner membelot dan berpihak kepada Daud (6-21)

      • Yoab membunuh Abner (22-30)

      • Daud meratapi kematian Abner (31-39)

2 Samuel 3:1

Rujukan Silang

  • +1Sa 15:27, 28; 24:17, 20; 26:25
  • +2Sa 2:17

2 Samuel 3:2

Rujukan Silang

  • +1Ta 3:1-4
  • +2Sa 13:1
  • +1Sa 25:43

2 Samuel 3:3

Rujukan Silang

  • +1Sa 25:42
  • +2Sa 15:12
  • +2Sa 13:37

2 Samuel 3:4

Rujukan Silang

  • +1Ra 1:5

2 Samuel 3:6

Rujukan Silang

  • +2Sa 2:8

2 Samuel 3:7

Rujukan Silang

  • +2Sa 21:8-11
  • +2Sa 2:10
  • +2Sa 16:21; 1Ra 2:22

2 Samuel 3:9

Rujukan Silang

  • +1Sa 15:27, 28; Mz 78:70; 89:20

2 Samuel 3:10

Rujukan Silang

  • +Hak 20:1; 2Sa 24:2

2 Samuel 3:11

Rujukan Silang

  • +2Sa 3:39

2 Samuel 3:12

Rujukan Silang

  • +2Sa 5:3

2 Samuel 3:13

Rujukan Silang

  • +1Sa 18:20; 19:11; 1Ta 15:29

2 Samuel 3:14

Rujukan Silang

  • +2Sa 2:10
  • +1Sa 18:25, 27

2 Samuel 3:15

Rujukan Silang

  • +1Sa 25:44

2 Samuel 3:16

Rujukan Silang

  • +2Sa 16:5; 1Ra 2:8

2 Samuel 3:18

Rujukan Silang

  • +1Sa 13:14; 15:27, 28; 16:1, 13; Mz 89:3, 20; 132:17; Kis 13:22

2 Samuel 3:19

Rujukan Silang

  • +1Sa 10:20, 21; 1Ta 12:29

2 Samuel 3:21

Nota kaki

  • *

    Atau “memerintah segala yang tuanku inginkan.”

2 Samuel 3:23

Rujukan Silang

  • +2Sa 8:16
  • +1Sa 14:50; 2Sa 2:8, 22
  • +1Sa 14:51

2 Samuel 3:27

Rujukan Silang

  • +2Sa 3:20
  • +1Ra 2:5
  • +2Sa 2:22, 23

2 Samuel 3:28

Rujukan Silang

  • +Kej 9:6; Kel 21:12; Bil 35:33; Ul 21:9

2 Samuel 3:29

Nota kaki

  • *

    Atau “membuat kerja memintal.” Mungkin merujuk kepada lelaki lumpuh yang terpaksa membuat kerja wanita.

Rujukan Silang

  • +Mz 7:16; 55:23; Ams 5:22
  • +Im 15:2
  • +Im 13:44; Bil 5:2
  • +Ul 27:24; Mz 109:2, 10

2 Samuel 3:30

Rujukan Silang

  • +2Sa 2:24
  • +2Sa 2:8
  • +2Sa 2:23

2 Samuel 3:34

Nota kaki

  • *

    Atau “dirantai dengan tembaga.”

Rujukan Silang

  • +1Ra 2:31, 32

2 Samuel 3:35

Nota kaki

  • *

    Atau “roti perkabungan.”

Rujukan Silang

  • +Hak 20:26

2 Samuel 3:37

Rujukan Silang

  • +2Sa 3:28; 1Ra 2:5

2 Samuel 3:38

Rujukan Silang

  • +1Sa 14:50; 2Sa 2:8; 3:12

2 Samuel 3:39

Rujukan Silang

  • +2Sa 2:4
  • +1Ta 2:15, 16
  • +2Sa 19:13; 20:10
  • +2Sa 3:29; 1Ra 2:5, 34

Lain

2 Sam. 3:11Sa 15:27, 28; 24:17, 20; 26:25
2 Sam. 3:12Sa 2:17
2 Sam. 3:21Ta 3:1-4
2 Sam. 3:22Sa 13:1
2 Sam. 3:21Sa 25:43
2 Sam. 3:31Sa 25:42
2 Sam. 3:32Sa 15:12
2 Sam. 3:32Sa 13:37
2 Sam. 3:41Ra 1:5
2 Sam. 3:62Sa 2:8
2 Sam. 3:72Sa 21:8-11
2 Sam. 3:72Sa 2:10
2 Sam. 3:72Sa 16:21; 1Ra 2:22
2 Sam. 3:91Sa 15:27, 28; Mz 78:70; 89:20
2 Sam. 3:10Hak 20:1; 2Sa 24:2
2 Sam. 3:112Sa 3:39
2 Sam. 3:122Sa 5:3
2 Sam. 3:131Sa 18:20; 19:11; 1Ta 15:29
2 Sam. 3:142Sa 2:10
2 Sam. 3:141Sa 18:25, 27
2 Sam. 3:151Sa 25:44
2 Sam. 3:162Sa 16:5; 1Ra 2:8
2 Sam. 3:181Sa 13:14; 15:27, 28; 16:1, 13; Mz 89:3, 20; 132:17; Kis 13:22
2 Sam. 3:191Sa 10:20, 21; 1Ta 12:29
2 Sam. 3:232Sa 8:16
2 Sam. 3:231Sa 14:50; 2Sa 2:8, 22
2 Sam. 3:231Sa 14:51
2 Sam. 3:272Sa 3:20
2 Sam. 3:271Ra 2:5
2 Sam. 3:272Sa 2:22, 23
2 Sam. 3:28Kej 9:6; Kel 21:12; Bil 35:33; Ul 21:9
2 Sam. 3:29Mz 7:16; 55:23; Ams 5:22
2 Sam. 3:29Im 15:2
2 Sam. 3:29Im 13:44; Bil 5:2
2 Sam. 3:29Ul 27:24; Mz 109:2, 10
2 Sam. 3:302Sa 2:24
2 Sam. 3:302Sa 2:8
2 Sam. 3:302Sa 2:23
2 Sam. 3:341Ra 2:31, 32
2 Sam. 3:35Hak 20:26
2 Sam. 3:372Sa 3:28; 1Ra 2:5
2 Sam. 3:381Sa 14:50; 2Sa 2:8; 3:12
2 Sam. 3:392Sa 19:13; 20:10
2 Sam. 3:392Sa 3:29; 1Ra 2:5, 34
2 Sam. 3:392Sa 2:4
2 Sam. 3:391Ta 2:15, 16
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31
  • 32
  • 33
  • 34
  • 35
  • 36
  • 37
  • 38
  • 39
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
2 Samuel 3:1-39

Dua Samuel

3 Pertempuran antara keluarga Saul dengan keluarga Daud terus berlarutan. Keluarga Daud semakin kuat,+ manakala keluarga Saul semakin lemah.+

2 Sepanjang masa itu, Daud mendapat beberapa orang anak lelaki di Hebron.+ Anak sulungnya ialah Amnon,+ yang dilahirkan oleh Ahinoam+ dari Yizreel. 3 Anak keduanya ialah Kileab, yang dilahirkan oleh Abigail,+ balu Nabal dari Karmel. Anak ketiganya ialah Absalom,+ yang dilahirkan oleh Maakha, iaitu anak Raja Talmai+ dari Gesur. 4 Anak keempatnya ialah Adonia,+ yang dilahirkan oleh Hagit. Anak kelimanya ialah Shefatiya, yang dilahirkan oleh Abital. 5 Anak keenamnya ialah Itream, yang dilahirkan oleh Egla. Mereka semua ialah anak-anak lelaki Daud yang telah dilahirkan di Hebron.

6 Pertempuran antara keluarga Saul dengan keluarga Daud terus berlangsung. Pada masa yang sama, Abner+ terus berusaha supaya pengaruhnya dalam keluarga Saul menjadi semakin kuat. 7 Saul mempunyai seorang gundik yang bernama Rizpa,+ iaitu anak perempuan Aya. Pada suatu hari, Ish-boset+ berkata kepada Abner, “Mengapakah kamu meniduri gundik ayahanda beta?”+ 8 Abner menjadi sangat marah dengan pertanyaan Ish-boset. Abner berkata, “Adakah hamba ini anjing orang Yehuda? Selama ini, hamba menunjukkan kasih setia kepada keluarga Saul, saudara-saudaranya, dan sahabat-sahabatnya. Hamba tidak mengkhianati tuanku dan menyerahkan tuanku ke dalam tangan Daud. Jadi sekarang, mengapakah tuanku mempersoalkan tindakan hamba sehubungan dengan seorang wanita? 9 Biarlah Tuhan menghukum hamba dengan seberat-beratnya jika hamba tidak bertindak selaras dengan apa yang telah dijanjikan oleh Yehuwa kepada Daud.+ 10 Tuhan telah berjanji bahawa Dia akan mengambil kuasa pemerintahan Saul dan keturunannya lalu memberikannya kepada Daud. Daud akan memerintah Israel dan Yehuda, dari Dan ke Beer-syeba.”+ 11 Ish-boset begitu takut terhadap Abner sehingga dia tidak berani berkata apa-apa.+

12 Abner segera menghantar utusan kepada Daud dengan pesanan berikut: “Siapakah pemilik tanah ini?” Dia menyambung, “Jika tuanku membuat perjanjian dengan hamba, hamba akan menyertai tuanku. Hamba juga akan berusaha dengan sedaya upaya agar semua orang Israel berpihak kepada tuanku.”+ 13 Daud menjawab, “Baiklah! Beta akan membuat perjanjian dengan kamu. Tetapi beta ada satu syarat: Jika kamu ingin menghadap beta, kamu mesti membawa Mikhal,+ anak perempuan Saul, kepada beta terlebih dahulu.” 14 Kemudian Daud menghantar utusan kepada Ish-boset+ anak Saul dengan pesanan berikut: “Pulangkanlah Mikhal, isteri beta. Beta telah membayar 100 kulit khatan orang Filistin untuk mengahwininya.”+ 15 Maka Ish-boset menyuruh orang untuk mengambil Mikhal daripada suaminya, iaitu Paltiel+ anak Lais. 16 Paltiel terus mengikut isterinya sambil menangis sehingga mereka sampai di Bahurim.+ Kemudian Abner berkata kepadanya, “Sudahlah, pulang saja!” Dia pun pulang.

17 Abner menghantar pesanan berikut kepada para pemimpin orang Israel: “Sudah lama sekali kamu ingin Daud menjadi raja kamu. 18 Sekaranglah masanya untuk bertindak, kerana Yehuwa telah berfirman kepada Daud, ‘Melalui hamba-Ku Daud,+ Aku akan menyelamatkan umat-Ku Israel daripada tangan orang Filistin dan tangan semua musuh mereka.’” 19 Selepas itu, Abner bercakap dengan orang Benyamin.+ Dia juga pergi ke Hebron untuk bercakap dengan Daud dan memberitahunya apa yang telah dipersetujui oleh orang Israel dan semua orang Benyamin.

20 Sewaktu Abner dan 20 orang anak buahnya pergi ke Hebron untuk berjumpa dengan Daud, Daud menyediakan jamuan untuk mereka. 21 Abner berkata kepada Daud, “Benarkanlah hamba mengumpulkan semua orang Israel agar mereka dapat membuat perjanjian dengan tuanku, dan tuanku akan memerintah seluruh bangsa Israel.”* Maka Daud membiarkan Abner pergi dengan damai, dan Abner pun bertolak dari situ.

22 Anak buah Daud dan Yoab baru pulang setelah menyerang musuh, dan mereka membawa banyak barang jarahan. Ketika itu, Abner tidak lagi bersama dengan Daud di Hebron kerana Daud telah membiarkan dia pergi dengan damai. 23 Apabila Yoab+ dan semua askar yang bersamanya tiba, Yoab diberitahu bahawa Abner+ anak Ner+ telah menghadap raja, dan raja membiarkannya pergi dengan damai. 24 Oleh itu, Yoab pergi menghadap raja dan berkata, “Apakah yang telah tuanku lakukan? Abner datang menghadap tuanku. Mengapa pula tuanku membiarkan dia pergi begitu saja? 25 Tuanku bukannya tidak kenal dia! Dia datang ke sini untuk menipu tuanku, dan untuk mengetahui setiap gerak-geri serta segala perbuatan tuanku.”

26 Yoab meninggalkan Daud lalu menghantar utusan kepada Abner. Mereka membawanya kembali dari perigi Sira tanpa diketahui oleh Daud. 27 Apabila Abner sampai di Hebron,+ Yoab membawanya ke pintu gerbang, seolah-olah dia hendak bercakap dengan Abner secara peribadi. Tiba-tiba dia menikam perut Abner sehingga Abner mati.+ Dia berbuat demikian kerana Abner telah membunuh adiknya Asael.+ 28 Apabila Daud mendengar tentang hal itu, dia berkata, “Yehuwa tahu bahawa beta dan rakyat beta memang tidak bersalah+ atas kematian Abner anak Ner. 29 Biarlah Yoab dan seisi rumahnya dihukum.+ Biarlah keluarga Yoab sentiasa ada lelaki yang mengeluarkan lelehan daripada kemaluannya,+ atau menghidap penyakit kusta,+ atau lumpuh,* atau dibunuh dengan pedang, atau kekurangan makanan!”+ 30 Demikianlah Yoab dan Abisai+ membunuh Abner+ kerana Abner telah membunuh adik mereka Asael dalam pertempuran+ di Gibeon.

31 Daud berkata kepada Yoab dan semua orang yang ada bersamanya, “Koyakkanlah pakaian kamu dan kenakanlah kain guni lalu ratapilah kematian Abner.” Raja Daud berjalan di belakang usungan yang membawa mayat Abner. 32 Abner dikebumikan di Hebron, dan raja menangis dengan kuat sekali di depan kubur Abner. Semua orang turut menangis. 33 Raja meratapi kematian Abner dengan lagu berikut:

“Wahai Abner, mengapakah kamu harus mati seperti orang bodoh?

34 Tanganmu tidak diikat,

Dan kakimu tidak dirantai.*

Kamu mati seperti orang yang dibunuh oleh penjenayah.”+

Kemudian semua orang meratapi kematian Abner sekali lagi.

35 Sementara hari masih siang, semua orang datang dan memberi Daud roti untuk menghiburkan hatinya.* Tetapi dia bersumpah, “Biarlah Tuhan menghukum beta dengan seberat-beratnya jika beta makan roti atau apa-apa pun sebelum matahari terbenam!”+ 36 Semua orang memperhatikan tindakan raja, dan mereka senang hati. Ya, apa sahaja yang dilakukan oleh raja menyenangkan hati mereka. 37 Pada hari itu, semua pengikut Daud dan seluruh bangsa Israel tahu bahawa raja tidak bersalah atas kematian Abner anak Ner.+ 38 Kemudian raja berkata kepada para pegawainya, “Ketahuilah bahawa pada hari ini, seorang pemimpin yang gagah telah mati di Israel.+ 39 Meskipun beta diurapi dan dijadikan raja,+ beta masih lemah. Anak-anak lelaki Zeruya+ terlalu kejam bagi beta.+ Semoga Yehuwa menjatuhkan hukuman yang setimpal atas orang yang melakukan perbuatan jahat itu.”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi