HOSEA
1 Hosea* anak Beeri telah menerima perkhabaran daripada Yehuwa. Hal itu berlaku pada zaman pemerintahan raja-raja Yehuda,+ iaitu Uzia,+ Yotam,+ Ahas,+ dan Hizkia,+ dan pada zaman pemerintahan raja Israel, iaitu Yerobeam+ anak Yoas.+ 2 Semasa Yehuwa berfirman kepada umat-Nya melalui Hosea buat kali pertama, Yehuwa berfirman kepada Hosea, “Berkahwinlah dengan seorang wanita yang akan menjadi pelacur, dan yang akan melahirkan anak-anak daripada pelacurannya.* Hal ini demikian kerana umat Israel sudah menjadi seperti pelacur dan bertindak tidak setia terhadap Aku, Yehuwa.”+
3 Oleh itu Hosea mengahwini Gomer, anak perempuan Diblaim. Kemudian Gomer mengandung lalu melahirkan seorang anak lelaki.
4 Yehuwa berfirman kepada Hosea, “Namakanlah anak itu Yizreel,* kerana tidak lama lagi, Aku akan menghukum keluarga Yehu+ atas pembunuhan yang dilakukannya di Yizreel. Aku akan mengakhiri pemerintahan kerajaan Israel.+ 5 Pada masa itu, Aku akan menghancurkan busur Israel di Lembah* Yizreel.”
6 Kemudian Gomer mengandung lagi lalu melahirkan seorang anak perempuan. Tuhan berfirman kepada Hosea, “Namakanlah anak itu Lo-ruhama,* kerana Aku tidak akan lagi menunjukkan belas kasihan+ terhadap Israel. Aku pasti akan mengusir mereka.+ 7 Tetapi Aku akan menunjukkan belas kasihan terhadap Yehuda.+ Aku, Yehuwa, Tuhan mereka, akan menyelamatkan mereka,+ tetapi bukan melalui peperangan dan bukan dengan busur atau pedang atau kuda atau penunggang kuda.”+
8 Selepas Lo-ruhama cerai susu, Gomer mengandung sekali lagi lalu melahirkan seorang anak lelaki. 9 Tuhan berfirman kepada Hosea, “Namakanlah anak itu Lo-ami,* kerana orang Israel bukan umat-Ku, dan Aku bukan Tuhan mereka.
10 “Tetapi pada kemudian hari, orang Israel akan menjadi sangat banyak seperti pasir di pantai, yang tidak dapat dihitung.+ Dahulu Aku pernah berkata kepada mereka, ‘Kamu bukan umat-Ku,’+ tetapi akan tiba masanya mereka akan disebut ‘anak-anak Tuhan yang hidup.’+ 11 Orang Yehuda dan orang Israel akan dipersatukan semula,+ dan mereka akan melantik seorang ketua lalu mereka akan keluar dari negeri itu. Sesungguhnya hari itu akan menjadi suatu hari yang besar bagi Yizreel.+
2 “Katakanlah kepada saudara-saudara lelaki kamu, ‘Kamu umat-Ku!’*+
Katakanlah kepada saudara-saudara perempuan kamu, ‘Kamu wanita yang dikasihani!’*+
2 Buatlah aduan terhadap ibu kamu; dakwalah dia,
Kerana dia bukan lagi isteri-Ku+ dan Aku bukan lagi suaminya.
Dia harus berhenti melacur,
Dan dia mesti berhenti berbuat zina.
3 Jika dia tidak berhenti berbuat demikian, Aku akan menanggalkan semua pakaiannya sehingga dia telanjang seperti keadaannya semasa dilahirkan.
Aku akan menjadikannya seperti padang belantara,
Seperti tanah yang tandus dan gersang,
Dan Aku akan menyebabkannya mati kehausan.
4 Aku tidak akan berbelas kasihan terhadap anak-anaknya,
Kerana mereka ialah anak yang dilahirkan daripada pelacurannya.*
5 Tanpa malu, dia telah melacurkan diri,+
Dan dia telah mengandung daripada pelacurannya.+
Dia berkata, ‘Aku akan mengikut kekasih-kekasihku,+
Kerana merekalah yang memberi aku roti dan air,
Dan merekalah yang memberi aku kain bulu, kain linen, minyak, dan minuman.’
6 Oleh itu, Aku akan memagari jalannya dengan pagar berduri,
Dan Aku akan membina tembok batu untuk menghalangnya,
Sehingga tidak ada jalan keluar baginya.
7 Dia akan mengejar kekasih-kekasihnya, tetapi dia tidak akan berjaya mengejar mereka;+
Dia akan mencari mereka, tetapi dia tidak akan menjumpai mereka.
Kemudian dia akan berkata, ‘Aku akan kembali kepada suamiku,+
Kerana keadaanku pada masa dahulu lebih baik daripada keadaanku sekarang.’+
8 Dia tidak menyedari bahawa Akulah yang memberinya biji-bijian,+ minyak, dan wain baharu,
Dan Akulah yang memberinya banyak emas serta perak,
Yang digunakannya untuk menyembah Baal.+
9 Oleh itu, pada musim menuai, Aku akan mengambil balik biji-bijian-Ku,
Dan pada musim anggur, Aku akan mengambil kembali wain baharu-Ku.+
Aku akan mengambil semula kain bulu dan kain linen yang digunakannya untuk menutupi tubuhnya.
10 Aku akan mendedahkan bahagian sulitnya di hadapan kekasih-kekasihnya,
Dan tiada sesiapa pun yang dapat menyelamatkannya daripada tangan-Ku.+
11 Aku akan mengakhiri segala kegembiraannya.
Aku akan menghentikan perayaan-perayaannya,+ termasuk perayaan bulan baharu, hari Sabat, dan semua perayaannya yang lain.
12 Aku akan menghancurkan pokok-pokok anggur dan pokok-pokok aranya, yang tentang semua itu dia berkata,
‘Inilah upahku yang diberikan oleh kekasih-kekasihku.’
Aku akan mengubah semua itu menjadi hutan,
Dan binatang liar di padang akan memusnahkan semuanya.
13 Aku akan menghukumnya kerana dia telah memberikan persembahan kepada patung-patung Baal.+
Dia telah menghias diri dengan barang kemas dan mengejar kekasih-kekasihnya.
Dia telah melupakan Aku, Yehuwa.+
14 Namun Aku akan memujuknya,
Dan Aku akan membawanya ke padang belantara.
Aku akan bercakap kepadanya dengan lembut supaya dapat menawan hatinya.
15 Kemudian, Aku akan memulangkan ladang anggurnya,+
Dan Aku akan memberinya Lembah* Akhor+ supaya dia dapat memperoleh apa yang diharapkannya.
Dia pasti akan menyahut seruan-Ku seperti pada masa mudanya,
Iaitu ketika dia keluar dari negeri Mesir.+
16 Pada masa itu, Aku, Yehuwa, akan berkata kepadanya,
‘Kamu akan menyebut Aku sebagai suamimu, dan kamu tidak akan lagi menyebut Aku sebagai tuanmu.’*
17 Aku tidak akan lagi membenarkan dia menyebut nama patung-patung Baal,+
Dan nama patung-patung itu akan dilupakan sama sekali.+
18 Demi umat-Ku, pada masa itu, Aku akan membuat perjanjian dengan binatang liar di padang,+
Dan dengan burung-burung di langit serta dengan binatang menjalar di tanah.+
Aku akan memusnahkan busur dan pedang, dan Aku akan melenyapkan peperangan di negeri mereka.+
Aku akan membuat mereka hidup dengan aman dan tenteram.+
19 Aku akan menjadikan dia isteriku buat selama-lamanya.
Aku akan memperlakukannya dengan baik dan adil,
Dan Aku akan menunjukkan kasih, kesetiaan, dan belas kasihan kepadanya.+
20 Aku berjanji bahawa Aku akan setia kepadanya.
Akulah Yehuwa, dan dia pasti akan mengenal Aku.+
21 Pada masa itu, Aku, Yehuwa, akan berfirman,
‘Aku akan menyahut seruan langit,
Dan langit akan menyahut seruan bumi.+
22 Kemudian bumi akan menyahut seruan biji-bijian, minyak, dan wain baharu,
23 Demi diri-Ku sendiri, Aku akan menaburnya di bumi seperti menabur benih,+
Dan Aku akan menunjukkan belas kasihan kepadanya yang tidak dikasihani;*
Aku akan berkata kepada orang yang bukan umat-Ku,* “Kamu umat-Ku,”+
Dan mereka akan berkata, “Engkaulah Tuhan kami.”’”+
3 Kemudian Yehuwa berfirman kepadaku, “Pergilah dan cintailah wanita itu yang telah berzina dan dicintai oleh lelaki lain.+ Kasihilah dia sekali lagi sebagaimana Aku, Yehuwa, mengasihi orang Israel,+ meskipun mereka meninggalkan Aku dan menyembah tuhan-tuhan lain,+ serta suka mempersembahkan kuih kismis* kepada tuhan-tuhan itu.”
2 Oleh itu, aku mendapatkan dia semula dengan membayar 15 keping wang perak dan satu homer setengah* barli. 3 Kemudian aku berkata kepadanya, “Kamu akan tinggal bersamaku untuk beberapa lama. Selama itu, kamu tidak boleh melacur atau melakukan hubungan seks dengan lelaki lain. Sepanjang waktu itu, aku juga tidak akan melakukan hubungan seks denganmu.”
4 Hal ini demikian kerana untuk beberapa lama, orang Israel juga akan hidup tanpa raja,+ pemimpin, korban, tugu suci, efod,*+ dan patung-patung terafim.*+ 5 Tetapi pada penghujung masa itu, orang Israel akan kembali dan mencari Yehuwa, Tuhan mereka,+ dan mencari Daud, raja mereka.+ Dengan hormat dan gementar, mereka pasti akan kembali kepada Yehuwa untuk menikmati berkat-Nya.+
4 Hai orang Israel, dengarlah firman Yehuwa.
Yehuwa ingin mendakwa penduduk negeri ini,+
Kerana kebenaran, kesetiaan, kasih, dan pengetahuan tentang Tuhan, sudah lenyap dari negeri ini.+
2 Sumpah palsu, dusta,+ pembunuhan,+
Pencurian, dan perzinaan+ semakin berleluasa,
Dan penumpahan darah tidak pernah berhenti.+
3 Itulah sebabnya negeri ini akan berkabung,+
Dan semua penduduk di sini akan dibinasakan.
Sesungguhnya binatang liar di padang akan musnah,
Dan burung di langit serta ikan di laut pun akan lenyap.
4 “Janganlah sesiapa menegur dan menyalahkan umat ini,+
Kerana mereka sudah menjadi seperti orang yang menentang imam.+
5 Mereka akan tersandung pada siang hari seperti orang yang tersandung pada malam hari.
Sesungguhnya nabi-nabi juga akan tersandung bersama mereka,
Dan Aku akan memusnahkan ibu mereka.
6 Umat-Ku akan lenyap kerana mereka tidak mengenal Aku.
Oleh sebab mereka enggan mengenal Aku,+
Aku juga tidak akan mengakui mereka sebagai imam-Ku.
Oleh sebab mereka melupakan hukum-Ku,+
Aku juga akan melupakan keturunan mereka.
7 Semakin banyak jumlah para imam, semakin banyak dosa mereka terhadap Aku.+
Maka Aku akan mengubah kemuliaan mereka menjadi kehinaan.*
8 Mereka menggemukkan diri apabila umat-Ku berdosa;
Mereka mahu umat ini terus berdosa supaya mereka dapat makan daging yang dipersembahkan.
9 Apa yang terjadi kepada para imam juga akan terjadi kepada umat ini;
Aku akan menghukum mereka semua atas segala yang dilakukan oleh mereka,
Dan Aku akan membalas mereka setimpal dengan perbuatan mereka.+
10 Mereka akan makan tetapi tidak akan rasa puas.+
Meskipun mereka melakukan hubungan seks dengan banyak perempuan,* mereka tidak akan mendapat keturunan,+
Kerana mereka semua telah menghina Aku, Yehuwa.
11 Wain, baik yang lama mahupun yang baharu, dan perbuatan cabul,*
Melemahkan tekad seseorang untuk melakukan apa yang benar.+
12 Umat-Ku meminta petunjuk daripada berhala-berhala kayu mereka,
Dan mereka menggunakan tongkat ahli nujum untuk menentukan apa yang harus dilakukan.
Mereka telah menyimpang kerana ingin berbuat cabul,
Dan mereka enggan tunduk kepada-Ku kerana ingin melakukan pelacuran.
13 Mereka mempersembahkan korban di atas gunung-gunung,+
Dan mereka membakar kemenyan di atas bukit-bukit,
Di bawah pokok-pokok oak dan pokok-pokok storaks,
Serta di bawah pokok-pokok besar lain,+ kerana tempat-tempat itu teduh.
Itulah sebabnya anak-anak perempuan mereka melacurkan diri,
Dan menantu-menantu perempuan mereka berzina.
14 Tetapi Aku tidak akan menghukum anak-anak perempuan mereka yang melacurkan diri,
Dan Aku juga tidak akan menghukum menantu-menantu perempuan mereka yang berzina,
Kerana para lelaki dalam kalangan mereka telah mengikut pelacur-pelacur,
Dan mempersembahkan korban bersama pelacur-pelacur kuil.
Sesungguhnya, umat yang tidak berpengertian+ ini akan dihapuskan.
15 Hai Yehuda, Israel telah melakukan perbuatan cabul,+
Tetapi janganlah engkau melakukan dosa yang sama.+
Janganlah pergi ke Gilgal+ atau ke Bet-awen,+
Dan janganlah bersumpah dengan berkata, ‘Demi Yehuwa yang hidup!’+
16 Israel sudah menjadi seperti seekor lembu yang keras kepala.+
Adakah Aku, Yehuwa, akan menggembala mereka seperti menggembala bebiri muda di padang rumput?
17 Efraim sudah terpikat oleh patung berhala.+
Maka biarkanlah mereka!
Para pemimpin mereka suka akan kehinaan.+
19 Akhirnya, mereka akan dibawa pergi seolah-olah ditiup angin,
Dan mereka akan mendapat malu kerana korban-korban yang dipersembahkan oleh mereka.”
5 “Hai imam-imam, dengarlah!+
Hai Israel, perhatikanlah baik-baik!
Hai anggota kerabat diraja, dengarlah!
Kamu semua akan dihakimi,
Kerana kamu telah menjadi seperti perangkap di Mizpa,
Dan seperti jaring di Tabor.+
2 Sudah banyak kali Aku memberikan amaran kepada kamu,
Tetapi kamu semua terus memberontak, dan kamu terus menumpahkan darah.
3 Aku tahu tentang Efraim;
Mereka telah melakukan banyak perkara yang tidak bermoral.*
Israel tidak dapat bersembunyi daripada-Ku.
Mereka telah menajiskan diri mereka sendiri.+
4 Perbuatan mereka menghalang mereka untuk kembali kepada-Ku.
Mereka semua suka melacurkan diri,+
Dan mereka enggan mengakui bahawa Akulah Yehuwa, Tuhan mereka.
5 Kesombongan Israel telah menjadi bukti kesalahan mereka.+
Israel dan Efraim telah jatuh kerana dosa mereka sendiri,
Dan Yehuda turut tersandung bersama mereka.+
6 Mereka mencari Aku, Yehuwa, dengan membawa lembu dan bebiri,
Tetapi mereka tidak dapat menjumpai Aku,
Kerana Aku telah meninggalkan mereka.+
7 Mereka telah mengkhianati Aku, Yehuwa.+
Mereka telah melahirkan anak-anak yang haram.
Maka mereka dan segala milik mereka akan dimusnahkan dalam masa satu bulan.
8 Tiuplah trompet-trompet+ di Gibea dan di Rama!+
Teriakkanlah pekik peperangan di Bet-awen!+ Benyamin akan maju berperang!
9 Orang tentu akan terkejut semasa Efraim dihukum!+
Aku sudah mengisytiharkan perkara-perkara yang pasti akan berlaku kepada suku-suku Israel.
10 Para pemimpin Yehuda menjadi seperti orang yang mengalihkan penanda sempadan tanah+ orang lain.
Maka kemurkaan-Ku akan melanda mereka seperti air bah.
11 Efraim memang wajar ditindas dan dihancurkan,
Kerana mereka berusaha bersekutu dengan musuh mereka.+
12 Aku akan memusnahkan Efraim seperti anai-anai memusnahkan kayu,
Dan Aku akan membuat Yehuda menjadi seperti sebatang kayu yang reput.
13 Apabila Efraim sedar bahawa mereka sakit, dan bahawa Yehuda diserang penyakit ulser,
Mereka pergi ke Assyria+ dan menghantar utusan kepada raja yang agung.
Tetapi dia tidak dapat menyembuhkan mereka,
Dan dia tidak dapat menyingkirkan penyakit mereka.
14 Seperti seekor singa yang muda, Aku akan menyerang Efraim.
Seperti seekor singa yang perkasa, Aku akan menentang Yehuda.
Aku akan mencabik-cabik mereka lalu membawa mereka pergi;+
Tiada sesiapa pun yang dapat menyelamatkan mereka.+
15 Aku akan meninggalkan mereka lalu kembali ke tempat-Ku, dan mereka akan menderita akibat dosa mereka.
Kemudian mereka akan mencari Aku untuk mendapatkan perkenan-Ku.+
Ya, mereka akan mencari Aku semasa mereka mengalami kesengsaraan.”+
6 “Marilah kembali kepada Yehuwa,
Kerana walaupun Dia telah menyakiti kita,+ Dia akan menyembuhkan kita,
Dan walaupun Dia telah melukai kita, Dia akan membaluti luka itu.
2 Selepas dua hari, Dia akan memulihkan kita,
Dan pada hari ketiga, Dia akan membangkitkan kita,
Lalu kita akan hidup semula di hadapan-Nya.
3 Marilah kita berusaha untuk mengenali Yehuwa,
Kerana Dia pasti akan datang kepada kita sebagaimana fajar pasti menyingsing.
Ya, Dia pasti akan datang kepada kita seperti hujan yang mencurah,
Seperti hujan musim bunga yang membasahi bumi.”
4 “Hai Efraim, apakah yang harus Kulakukan terhadapmu?
Hai Yehuda, apakah yang harus Kulakukan terhadapmu?
Kasih dan kesetiaan kamu seperti kabus,
Dan seperti embun pagi yang cepat hilang.
5 Itulah sebabnya Aku akan menyampaikan berita penghakiman melalui para nabi-Ku.+
Berita penghakiman itu akan membawa kebinasaan kepada kamu,+
Dan penghakiman itu akan begitu nyata seperti kilauan cahaya.+
6 Hal ini demikian kerana Aku lebih ingin kamu menunjukkan kasih dan kesetiaan,* bukannya mempersembahkan korban,
Dan Aku lebih suka kamu mengenal Aku daripada membakar korban untuk-Ku.+
7 Tetapi kamu, manusia yang fana, telah memungkiri perjanjian yang telah Kubuat dengan kamu.+
Kamu telah mengkhianati Aku.
9 Para imam di situ seperti kumpulan perompak yang melakukan serangan hendap terhadap orang yang lalu-lalang.
Mereka membunuh orang di jalan yang menuju ke Sikhem.+
Mereka terus melakukan perbuatan yang keji dan memalukan.
10 Aku telah melihat perkara yang dahsyat di Israel.
11 Tetapi bagi Yehuda, Aku telah menetapkan musim menuai bagi mereka,
Iaitu semasa Aku mengumpulkan umat-Ku yang ditawan.”+
Mereka penuh dengan penipuan;+
Mereka memasuki rumah orang untuk mencuri, dan mereka merompak orang di jalan-jalan.+
2 Tetapi mereka langsung tidak menyedari bahawa Aku akan mengingat segala kejahatan mereka.+
Kini mereka diperangkap oleh segala kejahatan yang dilakukan oleh mereka.
Sesungguhnya Aku melihat semua perbuatan jahat mereka.
3 Mereka berusaha menyenangkan hati raja dengan melakukan kejahatan,
Dan mereka berusaha menggembirakan hati para pemimpin dengan tipu daya mereka.
4 Mereka semua ialah penzina;
Nafsu mereka berkobar-kobar seperti api ketuhar yang dinyalakan oleh pembuat roti;
Api itu tidak perlu dibesarkan sebelum adunan yang dibuat naik.
5 Raja suka bergaul dengan orang yang suka mengejek.
Pada hari pesta raja, para pemimpin jatuh sakit
Dan menjadi marah kerana minum wain.+
6 Keinginan* umat ini bagaikan nyala api dalam ketuhar;
Meskipun pembuat roti tidur sepanjang malam,
Api di dalam ketuhar masih membara pada waktu pagi.
7 Mereka semua bagaikan ketuhar yang panas;
Mereka menghapuskan para pemimpin mereka.
8 Efraim bergaul dengan bangsa-bangsa lain;+
Mereka bagaikan kuih setengah masak.
9 Orang lain menghancurkan kekuatan mereka,+ tetapi mereka tidak menyedarinya.
Rambut mereka sudah beruban, tetapi mereka tidak mengetahuinya.
10 Kesombongan Israel telah menjadi bukti kesalahan mereka,+
Tetapi mereka tidak kembali kepada Aku, Yehuwa, Tuhan mereka;+
Mereka tidak mencari Aku meskipun semua ini telah terjadi.
11 Efraim bagaikan burung merpati yang bodoh;
Mereka tidak berpengertian+ dan telah meminta bantuan orang Mesir+ dan Assyria.+
12 Tidak kira ke mana mereka pergi,
Aku akan memasang jaring untuk menangkap mereka seperti orang menangkap burung.
Aku akan menghukum mereka selaras dengan amaran yang telah Aku berikan kepada mereka.+
13 Malanglah mereka kerana mereka telah meninggalkan Aku!
Mereka akan binasa kerana telah berdosa terhadap Aku.
Aku hendak menebus mereka, tetapi mereka telah berdusta tentang Aku.+
14 Meskipun mereka meratap di tempat tidur mereka,
Mereka tidak berseru meminta tolong kepada-Ku dengan ikhlas.+
Untuk mendapatkan bijirin dan wain baharu, mereka melukai diri mereka sendiri;
Mereka telah memberontak terhadap-Ku.
15 Walaupun Aku membimbing dan menguatkan mereka,
Mereka terus melawan Aku dan merancang perkara yang jahat.
16 Mereka kembali, tetapi bukan kepada Aku, Tuhan Yang Maha Tinggi;
Seperti busur yang talinya sudah kendur, mereka tidak dapat diharap.+
Para pemimpin mereka yang biadab akan dibunuh dengan pedang,
Dan mereka akan menjadi bahan ketawa di seluruh negeri Mesir.”+
8 “Tiuplah trompet!+
Musuh sedang menyerang umat-Ku* seperti burung helang menyambar mangsa.+
Umat ini telah memungkiri perjanjian yang Aku, Yehuwa, buat dengan mereka,+ dan mereka telah melanggar hukum-Ku.+
2 Mereka berseru kepada-Ku, ‘Ya Tuhan, kami, orang Israel, mengenal Engkau!’+
3 Tetapi Israel telah menolak perkara yang baik.+
Maka biarlah musuh mengejar mereka.
4 Mereka telah memilih raja-raja tanpa persetujuan-Ku;
Mereka telah melantik para pemimpin tanpa meminta perkenan-Ku.
Mereka menggunakan perak dan emas untuk membuat berhala-berhala+
Yang akan mengakibatkan kebinasaan mereka sendiri.+
5 Aku menolak patung anak lembu yang dibuat oleh Samaria;+
Aku sangat murka terhadap mereka.+
Sampai bilakah mereka akan terus menajiskan diri?
6 Patung anak lembu itu dibuat oleh seorang tukang di Israel;
Patung anak lembu itu bukan Tuhan yang benar!
Patung lembu yang dibuat di Samaria itu akan dihancurkan.
7 Umat ini menabur angin,
Maka mereka akan menuai ribut.+
Gandum mereka tidak akan menghasilkan bulir yang masak;+
Jika ada bulir yang masak, bulir itu tidak dapat dituai untuk membuat tepung;
Meskipun mereka dapat membuat tepung, tepung itu akan dihabiskan oleh bangsa lain.+
8 Israel akan ditelan oleh musuh.+
Mereka akan tercerai-berai dalam kalangan bangsa-bangsa lain,+
Dan menjadi seperti bejana yang tidak berguna,
9 Kerana seperti keldai liar yang degil, mereka telah meminta bantuan Assyria;+
Efraim telah mengupah pelacur untuk menjadi kekasih mereka.+
10 Meskipun mereka mengupah pelacur daripada kalangan bangsa-bangsa lain,
Aku akan mengumpulkan mereka semua.
Mereka semua akan menderita+ kerana ditindas oleh para raja dan pemimpin.
11 Efraim berdosa kerana membina banyak mazbah;+
Mazbah-mazbah itu menyebabkan mereka berdosa.+
12 Aku telah menulis banyak hukum untuk mereka,
Tetapi mereka tidak mempedulikan hukum-hukum itu.+
13 Mereka mempersembahkan korban kepada Aku dan memakan daging korban itu.
Namun Aku, Yehuwa, tidak berkenan kepada persembahan mereka.+
Aku akan mengingat kesalahan mereka dan menghukum mereka atas dosa yang dilakukan oleh mereka.+
Mereka telah meminta bantuan Mesir.*+
14 Israel telah melupakan Pencipta mereka;+ mereka telah membina kuil-kuil,+
Dan Yehuda telah mendirikan banyak kota berkubu.+
Tetapi Aku akan menurunkan api ke atas kota-kota itu,
Dan api tersebut akan menghanguskan semua menara di dalam setiap kota itu.”+
9 “Hai Israel, janganlah bergembira,+
Dan janganlah bersukacita seperti bangsa-bangsa lain,
Kerana engkau telah melacurkan diri dan meninggalkan Aku, Tuhanmu;+
Engkau suka menerima upah atas pelacuran yang engkau lakukan di tempat-tempat mengirik* tuaian.+
2 Tetapi engkau tidak akan mendapat makanan di tempat mengirik tuaian;
Engkau tidak akan menjumpai apa-apa di tempat memeras anggur, dan engkau akan kehabisan wain baharu.+
3 Engkau tidak akan tinggal lagi di tanah milik Aku, Yehuwa.+
Hai Efraim, engkau akan kembali ke Mesir,
Dan engkau akan memakan benda-benda yang dianggap najis di Assyria.+
4 Engkau tidak akan lagi mempersembahkan korban wain kepada Aku, Yehuwa;+
Aku tidak akan berkenan kepada persembahan-persembahanmu.+
Persembahanmu bagaikan roti yang dimakan semasa upacara berkabung;
Semua orang yang memakannya akan menajiskan diri.
Hanya engkau yang akan memakan roti itu;
Roti itu tidak akan dibawa ke rumah milik Aku, Yehuwa.
5 Apakah yang akan engkau lakukan apabila hari untuk berkumpul tiba?
Apakah yang akan engkau lakukan apabila perayaan untuk Aku, Yehuwa, diadakan?
6 Apabila negerimu dimusnahkan, engkau terpaksa melarikan diri.+
Engkau akan dikumpulkan di Mesir,+ lalu dikuburkan di Memfis.+
Semua barangan perakmu akan diliputi belukar berduri,
Dan khemahmu akan ditumbuhi semak berduri.
7 Hai Israel, ketahuilah hal ini:
Hari untuk menerima hukuman akan tiba,+
Dan hari untuk menerima pembalasan akan sampai.
Para pelihatmu akan terbukti bodoh, para nabimu akan menjadi gila,
Dan engkau akan dibenci kerana kesalahanmu bertimbun-timbun.”
8 Pada suatu ketika, para penjaga+ di Efraim setia kepada Tuhan.+
Tetapi sekarang, para nabi+ itu seperti perangkap yang diletakkan oleh seorang pemburu burung di jalan-jalan Efraim.
Di Rumah Tuhan, hanya terdapat kebencian.
9 Seperti yang berlaku di Gibea, umat Israel telah terjebak ke dalam perkara yang membawa kebinasaan.+
Tuhan akan mengingat dosa mereka dan Dia akan menghukum mereka.+
10 “Semasa Aku menjumpai Israel, mereka bagaikan buah anggur di padang belantara.+
Semasa Aku menemui nenek moyang mereka, mereka seperti buah sulung pokok ara yang baru masak.
Tetapi mereka telah pergi kepada Baal di Peor;+
Mereka membaktikan diri kepada perkara* yang memalukan,+
Sehingga mereka juga menjijikkan seperti tuhan-tuhan yang dicintai oleh mereka itu.
11 Kemuliaan Efraim akan terbang menghilang seperti burung.
Mereka tidak akan mendapat anak; wanita dalam kalangan mereka tidak akan mengandung dan melahirkan anak.+
12 Meskipun anak mereka dilahirkan dan dibesarkan,
Aku akan mengambil anak-anak itu sehingga tiada seorang pun yang tinggal.+
Ya, malanglah mereka semasa Aku meninggalkan mereka!+
13 Bagi-Ku Efraim seperti Tirus;+ mereka bagaikan tanaman yang tumbuh di padang rumput.
Tetapi sekarang, Efraim harus membawa anak-anak mereka untuk dibunuh oleh musuh-musuh mereka.”
14 Ya Yehuwa, balaslah mereka setimpal dengan perbuatan mereka.
Biarlah wanita dalam kalangan mereka keguguran; biarlah wanita mereka tidak dapat menyusui bayi.
15 “Mereka melakukan semua kejahatan itu di Gilgal,+ dan Aku membenci mereka di sana;
Semua pemimpin mereka keras kepala.
Maka Aku tidak akan lagi mengasihi mereka;+
Aku akan mengusir mereka dari rumah-Ku kerana perbuatan jahat yang dilakukan oleh mereka.+
16 Efraim akan ditumbangkan seperti pokok.+
Ya, mereka seperti pokok yang tidak dapat berbuah lagi, dan yang akarnya sudah kering;
Walaupun mereka mendapat anak, Aku akan membunuh anak-anak kesayangan mereka itu.”
17 Tuhan akan menolak mereka,
Kerana mereka tidak mendengarkan firman-Nya.+
Mereka akan menjadi pelarian dalam kalangan bangsa-bangsa lain.+
10 “Israel seperti pokok anggur yang buruk namun masih berbuah.*+
Semakin banyak hasil tanah mereka, semakin banyak mazbah yang dibina oleh mereka.+
Semakin baik hasil tanah mereka, semakin indah tugu-tugu suci* yang didirikan oleh mereka.+
2 Mereka bermuka dua;*
Kini mereka akan disabitkan bersalah.
Sesungguhnya, Aku akan menghancurkan semua mazbah dan tugu suci mereka.
3 Mereka akan berkata, ‘Kita tidak mempunyai raja+ kerana kita tidak takut kepada Yehuwa.
Meskipun kita mempunyai raja, apakah yang dapat dilakukannya untuk kita?’
4 Mereka membuat perjanjian-perjanjian, mengucapkan kata-kata kosong, dan membuat sumpah palsu,+
Sehingga ketidakadilan berleluasa seperti tumbuhan beracun yang tumbuh di ladang yang telah dibajak.+
5 Patung lembu jantan di Bet-awen+ akan dibawa ke negeri lain.
Maka penduduk Samaria akan berasa takut;
Mereka akan meratapi kehilangannya,
Dan para imam tuhan-tuhan asing mereka, yang dahulu bangga terhadap kemuliaan patung itu, akan berkabung.
6 Patung itu akan dibawa ke Assyria untuk dipersembahkan sebagai hadiah kepada raja yang agung.+
Kerana nasihat yang telah diikuti oleh mereka,
Israel akan dimalukan dan Efraim akan dihina.+
7 Seperti puntung kayu yang dihanyutkan air,
Samaria dan raja mereka pasti akan lenyap.+
8 Tempat-tempat tinggi di Bet-awen+ yang menyebabkan Israel berdosa+ akan dimusnahkan.+
Tumbuh-tumbuhan berduri akan meliputi mazbah-mazbah mereka.+
Pada masa itu, orang akan berkata kepada gunung-gunung, ‘Sembunyikanlah kami!’
Dan kepada bukit-bukit, ‘Timpalah kami!’+
9 Hai Israel, sejak perkara yang berlaku di Gibea, engkau belum lagi berhenti berdosa.+
Engkau jahat dan tidak mahu berubah.
Peperangan yang berlaku di Gibea tidak melenyapkanmu.
10 Aku akan menghukummu pada masa yang Aku inginkan.
Engkau akan dihukum atas dua kesalahan yang engkau lakukan;*
Pada masa itu, semua orang akan bersekutu menentangmu.
11 Dahulu, Efraim bagaikan lembu betina muda* yang terlatih, dan yang suka mengirik tuaian.
Maka Aku tidak perlu mengenakan kuk* pada tengkuknya yang elok itu.
Namun sekarang Aku akan memaksa Efraim membajak;+
Yehuda akan membajak, dan Yakub akan menggemburkan tanah.
12 Taburlah benih kebaikan, maka engkau akan menuai kasih dan kesetiaan.
Ya, bajaklah tanah yang subur bagi dirimu sendiri.+
Carilah Aku, Yehuwa, selagi masih ada peluang,+
Maka Aku akan datang dan mengajarmu tentang perkara yang adil dan benar.+
13 Engkau telah menanam kejahatan,
Maka engkau telah menuai hal-hal yang jahat.+
Engkau terpaksa memakan hasil daripada penipuanmu;
Engkau percaya kepada haluanmu sendiri,
Dan bergantung pada pahlawan-pahlawanmu yang banyak.
14 Pendudukmu akan berada dalam keadaan yang kacau-bilau,
Dan semua kota berkubumu akan dihancurkan.+
Keadaannya akan menjadi seperti pada masa Bet-arbel dimusnahkan oleh Salman.
Semasa peperangan itu, para ibu bersama anak-anak mereka dibunuh dengan kejam.
15 Hai Bethel, kerana engkau telah melakukan banyak kejahatan, hal-hal tersebut akan menimpamu.+
Pada waktu subuh, raja Israel pasti akan dilenyapkan.”+
3 Padahal Akulah yang mengajar Efraim berjalan,+ dan Akulah yang mendukung mereka.+
Namun mereka tidak mahu mengakui bahawa Akulah yang telah menyembuhkan mereka.
4 Dengan penuh kasih dan kebaikan hati, Aku membimbing mereka kepada-Ku.*+
Aku telah mengangkat kuk yang berat dari tengkuk mereka,
Dan Aku telah memberikan makanan kepada mereka semua.
5 Tetapi mereka enggan kembali kepada-Ku.+
Maka, walaupun mereka tidak dibawa ke Mesir, mereka akan ditakluki oleh Assyria.+
6 Kota-kota mereka akan diserang dengan pedang,+ dan palang pintu gerbang kota mereka akan dirobohkan.
Mereka semua akan dibinasakan kerana mereka selalu merancang kejahatan.+
7 Umat-Ku cenderung untuk berlaku curang terhadap-Ku.+
Walaupun mereka dipanggil untuk kembali* kepada Aku, Tuhan Yang Maha Kuasa, tiada sesiapa pun yang berbuat demikian.
8 Hai Efraim, bagaimana mungkin Aku dapat meninggalkanmu?+
Hai Israel, bagaimana mungkin Aku dapat menyerahkanmu kepada musuhmu?
Bagaimana mungkin Aku dapat memperlakukanmu seperti Adma,
Dan menjadikanmu seperti Zeboim?+
Aku telah mengubah fikiran-Ku,
Dan hati-Ku dipenuhi rasa belas kasihan terhadapmu.+
9 Aku tidak akan melampiaskan kemurkaan-Ku,
Dan Aku tidak akan membinasakan Efraim lagi,+
Kerana Aku ini Tuhan dan bukan manusia.
Akulah Tuhan Yang Suci dan Aku berada dalam kalangan mereka.
Ya, Aku tidak akan menentang mereka dengan penuh kemurkaan.
10 Aku akan mengaum seperti singa, dan anak-anak-Ku akan datang kepada-Ku dengan gementar dari arah barat.+
Ya, semasa Aku, Yehuwa, mengaum, umat-Ku akan mengikuti Aku.+
11 Semasa mereka keluar dari Mesir, mereka seperti burung yang ketakutan,
Dan semasa mereka meninggalkan Assyria, mereka seperti burung merpati yang gementar.+
Sesungguhnya, Aku akan membawa mereka pulang ke rumah mereka sendiri,” firman Yehuwa.+
12 “Efraim selalu berdusta terhadap-Ku,
Dan Israel juga sentiasa berbohong.+
Tetapi Yehuda masih mengikuti Aku,
Dan mereka masih setia kepada Aku, Tuhan Yang Maha Suci.”+
12 “Efraim menaruh harapan kepada benda-benda yang tidak berguna;
Dia seolah-olah mengejar angin timur sepanjang hari.
Dia penuh dengan dusta dan keganasan.
Dia juga membuat perjanjian dengan Assyria+ dan membawa minyak ke Mesir sebagai hadiah.+
2 Aku, Yehuwa, akan mendakwa Yehuda.+
Aku akan menghukum Yakub menurut perbuatannya.
Ya, Aku akan membalas mereka setimpal dengan perbuatan mereka.+
3 Dalam rahim ibunya, Yakub telah mencengkam tumit abangnya,+
Dan dengan segala kekuatannya, dia telah bergelut dengan Aku.+
4 Yakub telah bergelut dengan malaikat dan akhirnya menang;
Dia menangis untuk meminta berkat.”+
Tuhan datang kepadanya di Bethel, dan di sana Dia berfirman kepadanya mengenai kita.+
5 Yehuwa ialah ketua angkatan syurga.+
Yehuwa, itulah nama-Nya, dan dengan nama itulah Dia harus diingati.+
6 “Maka kembalilah kepada Aku, Tuhanmu;+
Perlihatkanlah kasih dan kesetiaan, tunjukkanlah keadilan,+
Dan berharaplah kepada Aku, Tuhanmu, pada setiap waktu.
7 Tetapi para pedagangmu suka berdusta;
Mereka menggunakan alat penimbang yang tidak tepat untuk menipu orang.+
Dalam segala urusanku, tiada sesiapa pun yang dapat berkata bahawa aku berdosa atau bersalah.’
9 Sesungguhnya, Akulah Yehuwa, Tuhanmu sejak engkau berada di Mesir.+
Aku akan membuatmu tinggal di dalam khemah sekali lagi,
Seperti dahulu pada waktu-waktu yang ditetapkan.*
10 Aku telah berfirman kepada para nabi;+
Aku telah memberikan banyak penglihatan kepada mereka,
Dan Aku telah menyampaikan banyak perumpamaan melalui mereka.
11 Namun, di Gilead,+ orang mengamalkan ilmu sihir dan suka berdusta.
Di Gilgal, orang membina mazbah dan mempersembahkan lembu jantan sebagai korban.+
Mazbah-mazbah mereka seperti timbunan batu di padang.+
12 Yakub terpaksa melarikan diri ke kawasan Aram;*+
Israel+ terpaksa bekerja di sana untuk mendapatkan isteri.+
Ya, dia menggembala kawanan bebiri agar mendapat isteri.+
13 Aku, Yehuwa, telah mengutus seorang nabi untuk membebaskan Israel dari Mesir,+
Dan Aku telah menjaga mereka melalui nabi-Ku.+
14 Tetapi Efraim telah membuat Aku sangat murka.+
Mereka harus menanggung akibat daripada pembunuhan yang dilakukan oleh mereka;
Mereka akan menerima balasan kerana mereka telah menghina Aku, Tuan mereka.”+
13 “Efraim sangat berpengaruh di Israel;+
Apabila mereka bercakap, semua orang berasa takut.
Tetapi mereka berdosa dan dihukum mati kerana menyembah Baal.+
2 Sekarang mereka melakukan lebih banyak dosa;
Dengan mahir, mereka membuat patung berhala daripada perak.+
Patung-patung logam yang dibuat itu seperti hasil buatan tukang yang mahir.
Mereka berkata, ‘Hendaklah orang yang mempersembahkan korban mencium patung anak lembu ini.’+
3 Maka mereka akan menjadi seperti kabus,
Dan seperti embun pagi yang akan segera hilang.
Mereka akan menjadi seperti asap yang keluar dari corong asap,
Dan seperti sekam di lantai tempat mengirik tuaian, yang ditiup angin ribut.
4 Akulah Yehuwa, Tuhan mereka sejak mereka berada di Mesir;+
Mereka tahu bahawa tidak ada Tuhan lain kecuali Aku,
Dan bahawa Akulah satu-satunya penyelamat mereka.+
5 Aku telah memelihara mereka di padang belantara,+ di tempat yang gersang itu.
6 Mereka sangat puas dengan padang-padang rumput mereka.+
Oleh sebab mereka begitu puas, mereka menjadi sombong,
Dan mereka telah melupakan Aku.+
7 Maka seperti singa muda+ dan seperti harimau bintang,
Aku akan menghendap mereka di jalan.
8 Seperti beruang yang kehilangan anak, Aku akan menyerang mereka
Dan mengoyakkan dada mereka.
Seperti singa, Aku akan membaham mereka,
Dan binatang buas akan mencabik-cabik mereka.
9 Israel pasti akan dimusnahkan,
Kerana mereka telah menentang Aku, pembela mereka.
10 Mereka telah berkata, ‘Berilah kami raja dan pemimpin.’+
Tetapi sekarang di manakah raja dan pemimpin mereka itu?
Dapatkah raja dan pemimpin itu menyelamatkan mereka di kota-kota mereka?+
11 Dengan murka, Aku telah memberi mereka seorang raja,+
Dan dengan penuh kemarahan, Aku akan menggulingkannya.+
12 Kesalahan Efraim tidak akan dilupakan;
Semua dosa mereka telah dicatatkan.
13 Sakit bersalin seorang ibu akan melanda mereka.
Tetapi mereka juga seperti seorang anak yang tidak bijak;
Mereka bagaikan bayi yang tidak mahu keluar dari rahim ibu meskipun masa untuk dilahirkan sudah tiba.
14 Akulah yang menyelamatkan orang dari Kuburan.*
Ya, Akulah yang melepaskan orang daripada cengkaman maut.+
Hai Maut, di manakah sengatmu?+
Hai Kuburan, di manakah kuasa pembinasaanmu?+
Namun Aku tidak akan berbelas kasihan terhadap Efraim.
15 Walaupun keadaan mereka seperti rumput-rumput yang tinggi dan subur,
Aku, Yehuwa, akan mendatangkan angin timur dari padang gurun;
Angin itu akan datang dan mengeringkan semua mata air dan perigi mereka.
Segala harta mereka yang bernilai akan dirampas.+
16 Samaria akan disabitkan bersalah+ kerana mereka telah memberontak terhadap Aku, Tuhan mereka.+
Mereka akan mati dibunuh dengan pedang;+
Anak-anak mereka akan dibunuh dengan kejam,
Dan perut para wanita yang hamil dalam kalangan mereka akan dibelah.”
14 Hai Israel, engkau telah tersandung kerana dosamu.
Maka kembalilah kepada Yehuwa, Tuhanmu.+
2 Kembalilah kepada Yehuwa dan ucapkanlah kata-kata ini:
“Ampunkanlah dosa-dosa kami,+ dan terimalah perbuatan baik kami.
Kami akan memberikan puji-pujian kepada-Mu+ sebagaimana kami mempersembahkan lembu jantan sebagai korban kepada-Mu.
3 Assyria tidak dapat menyelamatkan kami.+
Kami tidak akan menunggang kuda-kuda perang+
Dan tidak lagi menganggap buatan tangan kami sebagai tuhan kami,
Kerana Engkaulah yang berbelas kasihan terhadap anak-anak yatim.”+
4 “Aku akan menyembuhkan umat-Ku, dan mereka tidak akan berlaku curang terhadap-Ku lagi.+
5 Aku akan menjadi seperti embun pagi bagi umat Israel.
Mereka akan berkembang seperti bunga bakung yang cantik,
Dan mereka akan menjadi seperti pokok di Lebanon yang dalam akarnya,
6 Yang ranting-rantingnya semakin banyak dan berkembang.
Mereka akan menjadi mulia seperti pokok zaitun,
Dan mereka akan menjadi harum seperti pokok-pokok di Lebanon.
7 Umat-Ku akan berlindung semula di bawah naungan-Ku.
Mereka akan bercucuk tanam, dan seperti pokok anggur, mereka akan berkembang pesat.+
Mereka akan bercerita tentang keagungan-Ku sebagaimana orang bercerita tentang wain di Lebanon.
8 Efraim akan berkata, ‘Apa gunanya berhala-berhala bagiku?’+
Aku akan mendengar kata-katanya dan memeliharanya.+
Aku akan menjadi seperti pokok juniper yang megah dan subur baginya,
Dan Aku akan memberinya pelbagai buah untuk dinikmati.”
9 Semoga orang yang bijaksana memahami semua perkara ini;
Semoga orang yang berpengertian mengetahui segala hal ini,
Kerana haluan Yehuwa ialah haluan yang adil dan benar.+
Orang yang berbuat benar akan mengikuti haluan itu,
Tetapi orang yang berdosa akan menyimpang daripada haluan itu lalu tersandung.
Singkatan bagi Hoshaiah, yang bermaksud “Diselamatkan oleh Yah; Yah Telah Menyelamatkan.”
Atau “daripada perbuatan seks tidak bermoral yang dilakukannya.”
Maksudnya “Tuhan Akan Menabur Benih.”
Atau “Dataran Rendah.”
Maksudnya “Tidak Dikasihani.”
Maksudnya “Bukan Umat-Ku.”
Lihat nota kaki bagi Ho 1:9.
Lihat nota kaki bagi Ho 1:6.
Atau “daripada perbuatan seks tidak bermoral yang dilakukannya.”
Atau “Dataran Rendah.”
Atau “Baalmu.”
Maksudnya “Tuhan Akan Menabur Benih.”
Lihat nota kaki bagi Ho 1:6.
Lihat nota kaki bagi Ho 1:9.
Iaitu, kuih yang digunakan dalam penyembahan palsu.
1 homer = 220 L.
Lihat Kamus.
Atau “patung dewa dewi keluarga; patung berhala.”
Atau mungkin, “Mereka tidak memuliakan Aku, sebaliknya mereka telah menghina Aku.”
Atau “dengan pelacur.”
Atau “dan pelacuran.”
Atau “bir.”
Atau “melakukan pelacuran.”
Atau “menunjukkan belas kasihan.”
Atau “Efraim.”
Atau “Samaria.”
Atau mungkin, “Komplot.”
Atau “rumah-Ku.”
Atau mungkin, “Mereka akan kembali ke Mesir.”
Proses memisahkan buah daripada tangkai.
Atau “tuhan.”
Atau mungkin, “pokok anggur yang berbuah lebat.”
Lihat Kamus.
Atau “Hati mereka licik.”
Iaitu, hukuman mereka akan menjadi seperti kuk yang harus dipikul.
Merujuk kepada lembu betina yang belum pernah melahirkan anak.
Lihat Kamus.
Iaitu, dipanggil oleh para nabi dan orang lain yang diutus untuk mengajar umat Israel.
Atau “kepada-Ku dengan menggunakan tali.” Nampaknya merujuk kepada tali yang digunakan oleh ibu bapa semasa mengajar anak mereka berjalan.
Iaitu, untuk menjunjung penyembahan sejati.
Atau mungkin, “waktu-waktu perayaan.”
Atau “Siria.”
Lihat Kamus.