PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • nwt 9 1A-31M
  • 1 Samuel

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • 1 Samuel
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
1 Samuel

BUKU SAMUEL YANG PERTAMA

1 Elkana+ ialah seorang lelaki dari Ramataim-zofim*+ di kawasan pergunungan Efraim.+ Dia seorang penduduk Efraim dan merupakan anak Yeroham, Yeroham ialah anak Elihu, Elihu ialah anak Tohu, dan Tohu ialah anak Zuf. 2 Elkana mempunyai dua orang isteri yang bernama Hana dan Penina. Penina mempunyai anak tetapi Hana tidak mempunyai anak. 3 Setiap tahun Elkana akan berangkat dari kotanya dan pergi ke Silo+ untuk beribadat* dan mempersembahkan korban kepada Yehuwa, ketua angkatan syurga. Di situlah dua orang anak lelaki Eli, iaitu Hofni dan Pinehas,+ berkhidmat kepada Yehuwa sebagai imam.+

4 Pada suatu hari, semasa Elkana mempersembahkan korban, dia memberikan beberapa bahagian daripada korban itu kepada isterinya Penina dan semua anak lelaki dan anak perempuannya.+ 5 Walaupun Yehuwa tidak memberikan anak kepada Hana,* Elkana memberikan satu bahagian yang istimewa kepada Hana kerana dia sangat mencintainya. 6 Oleh sebab Yehuwa tidak memberikan anak kepada Hana, madunya Penina terus-menerus mencemuh Hana untuk menyakiti hatinya. 7 Itulah yang dilakukan olehnya setiap tahun; setiap kali Hana pergi ke khemah suci* Yehuwa,+ madunya akan mencemuhnya sehingga dia menangis dan tidak mahu makan. 8 Namun suaminya Elkana berkata kepadanya, “Hana, kenapa kamu menangis? Kenapa tidak mahu makan? Kenapa begitu sedih? Bukankah aku lebih berharga bagimu daripada 10 orang anak lelaki?”

9 Selepas mereka selesai makan dan minum di Silo, Hana bangun dari situ. Pada masa itu, Imam Eli sedang duduk di kerusi yang berdekatan tiang pintu di khemah suci+ Yehuwa. 10 Hana berasa pedih hati dan mula berdoa kepada Yehuwa+ sambil menangis teresak-esak. 11 Kemudian dia berikrar, “Ya Yehuwa, ketua angkatan syurga, jika Engkau memperhatikan penderitaan hamba-Mu ini, dan jika Engkau ingat akan aku dan tidak melupakan aku, serta memberi aku seorang anak lelaki,+ aku akan menyerahkannya kepada-Mu, ya Yehuwa. Dia akan berkhidmat kepada-Mu seumur hidupnya, dan rambutnya tidak akan dipotong.”+

12 Lama sekali Hana berdoa kepada Yehuwa, dan selama itu Eli memperhatikan mulutnya. 13 Hana berdoa dalam hatinya dan hanya bibirnya yang bergerak, tetapi suaranya tidak kedengaran. Maka Eli menyangka dia mabuk. 14 Eli berkata kepadanya, “Sampai bila kamu akan terus mabuk? Jangan minum wain lagi.” 15 Hana menjawab, “Tidak tuan! Aku tidak minum wain atau minuman keras. Aku mencurahkan isi hatiku kepada Yehuwa kerana aku sangat tertekan.+ 16 Janganlah menganggap hambamu ini sebagai perempuan yang tidak berguna. Aku berdoa sehingga sekarang kerana aku sangat menderita dan sakit hati.” 17 Kemudian Eli berkata, “Pergilah dengan sejahtera dan semoga Tuhan orang Israel mengabulkan permohonanmu.”+ 18 Lalu Hana berkata, “Semoga hamba mendapat perkenan di matamu.” Selepas itu, Hana beredar dari situ, lalu dia makan dan mukanya tidak sedih lagi.

19 Pada awal pagi, Elkana dan keluarganya bangun lalu bersujud di hadapan Yehuwa. Selepas itu, mereka kembali ke rumah mereka di Rama.+ Elkana bersetubuh dengan isterinya Hana, dan Yehuwa ingat pada Hana.+ 20 Maka dalam masa setahun,* Hana hamil dan melahirkan seorang anak lelaki lalu menamakannya+ Samuel.* Dia berkata, “Aku telah memintanya daripada Yehuwa.”

21 Tibalah masanya bagi Elkana dan seisi rumah tangganya berangkat untuk mempersembahkan korban tahunan kepada Yehuwa+ dan korban untuk menunaikan ikrarnya. 22 Tetapi Hana tidak ikut.+ Dia berkata kepada suaminya, “Sebaik sahaja anak ini bercerai susu, aku akan membawanya ke khemah suci Yehuwa* dan dia akan tinggal di situ seumur hidupnya.”+ 23 Lalu suaminya Elkana berkata, “Buatlah apa yang kamu rasa baik. Tinggallah di rumah sehingga anak kita bercerai susu. Semoga Yehuwa membuat kata-katamu menjadi kenyataan.” Maka dia tinggal di rumah dan menyusui anaknya sehingga anaknya bercerai susu.

24 Sebaik sahaja anak itu bercerai susu, Hana membawanya ke Silo. Dia juga membawa seekor lembu jantan berusia tiga tahun, satu bekas* tepung, dan sebuah bekas besar yang berisi wain.+ Dia datang ke rumah Yehuwa di Silo+ dan membawa anak kecil itu bersama-samanya. 25 Mereka menyembelih lembu itu dan membawa budak itu kepada Eli. 26 Hana berkata, “Tuan, aku bersumpah demi tuan bahawa akulah wanita yang pernah berdiri di sini bersama tuan untuk berdoa kepada Yehuwa.+ 27 Aku berdoa untuk meminta anak ini dan Yehuwa telah mengabulkan permohonanku.+ 28 Oleh itu, aku menyerahkannya* kepada Yehuwa sekarang. Dia akan menjadi milik Yehuwa seumur hidupnya.”

Lalu dia* bersujud kepada Yehuwa di situ.

2 Kemudian Hana berdoa,

“Hatiku bersukacita kerana Yehuwa;+

Yehuwa memberiku kekuatan.*

Aku membuka mulutku untuk menjawab musuhku,

Kerana aku bersukacita dengan penyelamatan daripada-Mu.

 2 Tiada sesiapa yang suci seperti Yehuwa,

Tiada sesiapa pun yang sama seperti Engkau,+

Ya Tuhan, tiada batu yang kukuh seperti Engkau.+

 3 Janganlah terus bercakap dengan angkuh;

Janganlah keluarkan kata-kata yang sombong dari mulutmu,

Kerana Yehuwa ialah Tuhan Yang Maha Mengetahui,+

Dan Dia menilai perbuatan manusia dengan adil.

 4 Busur pahlawan yang gagah akan dipatahkan,

Sedangkan orang yang tersandung akan dikuatkan.+

 5 Orang yang kenyang mesti bekerja untuk mendapatkan roti,

Tetapi orang yang lapar tidak akan kelaparan lagi.+

Wanita yang mandul sudah melahirkan tujuh orang anak lelaki,+

Tetapi wanita yang mempunyai banyak anak lelaki sudah mandul.

 6 Yehuwa dapat mengambil nyawa dan memelihara nyawa;

Dia dapat membawa orang ke Kuburan* dan membangkitkan mereka.+

 7 Yehuwa dapat menjadikan seseorang miskin atau kaya;+

Dia dapat merendahkan atau meninggikan seseorang.+

 8 Dia mengangkat orang lemah dari debu;

Dia meninggikan orang miskin dari longgokan abu,*+

Supaya mereka duduk bersama para bangsawan,

Dan mendapat tempat yang terhormat.

Asas bumi ialah milik Yehuwa,+

Dan Dia membentangkan tanah yang subur di atasnya.

 9 Dia melindungi haluan umat-Nya yang setia,+

Dan membuat orang jahat terbungkam dalam kegelapan.+

Manusia tidak akan berjaya dengan kekuatan sendiri.+

10 Yehuwa akan menghancurkan orang yang menentang-Nya;*+

Dia akan mengguntur dari langit untuk menentang mereka.+

Yehuwa akan menghakimi sampai ke hujung bumi,+

Dia akan memberikan kuasa kepada raja-Nya+

Dan menguatkan* dia yang dilantik-Nya.”*+

11 Selepas itu Elkana pulang ke rumahnya di Rama, tetapi Samuel yang masih kecil berkhidmat kepada Yehuwa+ di bawah pengawasan Imam Eli.

12 Anak-anak lelaki Eli sangat jahat;+ mereka tidak menghormati Yehuwa. 13 Berikut merupakan apa yang dilakukan mereka berkenaan bahagian korban yang ditetapkan untuk para imam:+ Sewaktu seseorang mempersembahkan korban, pembantu imam akan datang sambil membawa garpu besar. Sementara daging itu direbus, 14 pembantu itu akan memasukkan garpu ke dalam mana-mana periuk. Apa sahaja yang ditarik keluar dengan garpu akan diambil oleh imam. Semua orang Israel yang datang ke Silo akan diperlakukan seperti itu. 15 Selain itu, sebelum lemak binatang dibakar,+ pembantu imam akan datang dan berkata kepada orang yang mempersembahkan korban itu, “Berikan daging mentah kepada imam untuk dipanggang. Dia tidak mahu menerima daging yang sudah direbus.” 16 Jika orang itu berkata, “Pastikan lemak binatang dibakar terlebih dahulu.+ Kemudian barulah kamu boleh mengambil apa pun yang kamu ingini,” pembantu imam itu akan berkata, “Tidak! Berikannya kepadaku sekarang juga. Jika tidak, aku akan mengambilnya dengan paksa!” 17 Demikianlah para pembantu itu melakukan dosa yang sangat besar di hadapan Yehuwa+ kerana mereka meremehkan korban yang dipersembahkan kepada Yehuwa.

18 Sementara itu, Samuel yang masih seorang budak kecil berkhidmat+ kepada Yehuwa. Dia memakai efod*+ yang diperbuat daripada kain linen. 19 Ibunya juga akan membuat jubah kecil yang tidak berlengan untuknya. Tiap-tiap tahun ibunya akan memberikan jubah itu kepadanya apabila dia datang bersama suaminya untuk mempersembahkan korban tahunan.+ 20 Eli memberkati Elkana dan isterinya lalu berkata, “Semoga Yehuwa mengurniai kamu seorang anak daripada isterimu ini, untuk menggantikan anak yang telah kamu serahkan kepada Yehuwa.”+ Selepas itu mereka pulang ke rumah. 21 Yehuwa memberikan perhatian kepada Hana lalu dia hamil.+ Dia melahirkan tiga orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Samuel pula terus membesar dan mendapat perkenan Yehuwa.*+

22 Eli sudah sangat tua dan dia mendengar tentang segala yang dilakukan oleh anak-anaknya+ terhadap umat Israel. Dia juga tahu bahawa anak-anaknya telah meniduri para wanita yang bertugas di pintu masuk khemah pertemuan.+ 23 Dia selalu berkata kepada mereka, “Aku sudah mendengar daripada semua orang tentang kejahatan yang kamu lakukan. Mengapa kamu asyik melakukan hal sebegitu? 24 Hai anak-anakku, janganlah begitu. Apa yang aku dengar tentang kamu dalam kalangan umat Yehuwa tidak baik. 25 Jika seseorang berdosa terhadap manusia, orang lain dapat merayu kepada Yehuwa bagi pihaknya.* Tetapi jika seseorang berdosa terhadap Yehuwa,+ siapakah yang dapat berdoa untuknya?” Namun mereka tidak mahu mendengarkan bapa mereka, dan Yehuwa sudah membuat keputusan untuk membinasakan mereka.+ 26 Sementara itu, Samuel terus membesar dan semakin disenangi oleh Yehuwa dan manusia.+

27 Seorang utusan daripada Tuhan datang kepada Eli dan berkata, “Inilah firman Yehuwa: ‘Aku menampakkan diri kepada keluarga nenek moyangmu semasa mereka menjadi hamba kepada Firaun* di Mesir.+ 28 Daripada semua suku Israel,+ nenek moyangmu telah dipilih sebagai imam-Ku untuk mempersembahkan korban di atas mazbah,+ membakar kemenyan,* dan memakai efod semasa berkhidmat kepada-Ku. Aku telah memberi keluarga nenek moyangmu semua korban yang dibakar oleh orang Israel.+ 29 Mengapakah engkau menghina korban dan pemberian yang Aku perintahkan untuk dipersembahkan di tempat kediaman-Ku?+ Mengapakah engkau lebih menghormati anak-anakmu daripada-Ku dengan menggemukkan dirimu dengan bahagian terbaik daripada setiap korban yang dipersembahkan oleh umat Israel?+

30 “‘Itulah sebabnya Yehuwa, Tuhan orang Israel, berfirman, “Sememangnya Aku telah menyatakan bahawa keluargamu dan keluarga nenek moyangmu akan sentiasa berkhidmat kepada-Ku.”+ Tetapi sekarang Yehuwa berfirman, “Aku sama sekali tidak akan membiarkan perkara itu berlaku lagi kerana mereka yang menghormati-Ku akan Aku hormati,+ tetapi mereka yang menghina-Ku akan dihina.” 31 Lihatlah! Masanya akan tiba apabila Aku menyingkirkan kekuatanmu dan kekuatan keluarga nenek moyangmu, sehingga tiada seorang lelaki pun dalam keluargamu yang akan hidup sampai usia tua.+ 32 Sementara orang Israel hidup makmur, engkau akan melihat musuhmu berada di tempat kediaman-Ku,+ dan tidak akan ada lagi orang yang lanjut usia dalam keluargamu. 33 Seorang daripada keturunanmu akan tetap berkhidmat di mazbah-Ku, tetapi dia akan menyebabkan matamu tidak dapat melihat lagi dan dia akan membawa dukacita kepadamu. Selain itu, sebahagian besar daripada keluargamu akan dibunuh dengan pedang.+ 34 Untuk menunjukkan bahawa apa yang Aku katakan ini benar, Aku akan memberikan satu tanda kepadamu: Kedua-dua orang anak lelakimu, Hofni dan Pinehas, akan mati pada hari yang sama.+ 35 Aku akan melantik seorang imam yang setia bagi-Ku,+ dan dia akan bertindak selaras dengan keinginan hati-Ku. Aku akan membina sebuah rumah* yang berkekalan untuknya, dan dia akan sentiasa berkhidmat kepada orang yang Aku urapi. 36 Orang yang masih hidup dalam keturunanmu akan pergi kepadanya dan bersujud untuk meminta upah dan seketul roti. Orang itu akan berkata, “Tolonglah, beri aku tugas sebagai imam supaya aku diberi sekeping roti untuk dimakan.”’”+

3 Sementara itu, Samuel yang masih kecil berkhidmat+ kepada Yehuwa di bawah pengawasan Eli. Pada masa itu, jarang sekali ada firman dan penglihatan daripada Yehuwa.+

2 Pada suatu hari, Eli berbaring di bilik tidurnya. Matanya sudah kabur dan dia tidak dapat melihat lagi.+ 3 Pelita Tuhan+ masih bernyala dan Samuel sedang berbaring di rumah*+ Yehuwa, tempat letaknya tabut perjanjian Tuhan. 4 Kemudian Yehuwa memanggil Samuel dan dia menjawab, “Ya tuan!” 5 Dia berlari kepada Eli dan berkata, “Tuan panggil aku?” Tetapi Eli menjawab, “Aku tidak memanggilmu. Pergilah tidur.” Jadi Samuel pergi tidur semula. 6 Sekali lagi Yehuwa memanggil, “Samuel!” Lalu Samuel bangun dan pergi kepada Eli. Dia berkata, “Ya tuan, tuan panggil aku?” Tetapi Eli menjawab, “Aku tidak memanggilmu, anakku. Pergilah tidur.” 7 (Samuel belum lagi mengenali Yehuwa dan firman Yehuwa belum disingkapkan kepadanya.)+ 8 Buat kali ketiga, Yehuwa memanggil lagi, “Samuel!” Dia pun bangun dan pergi kepada Eli lalu berkata, “Ya tuan, tuan panggil aku?”

Kemudian Eli sedar bahawa Yehuwalah yang memanggil budak itu. 9 Maka Eli berkata kepada Samuel, “Pergilah tidur dan jika Dia memanggil kamu lagi, kamu harus berkata, ‘Ya Yehuwa, berfirmanlah kerana hamba-Mu sedang mendengar.’” Samuel pun pergi dan tidur semula di biliknya.

10 Yehuwa memanggil sekali lagi, “Samuel, Samuel!” Jadi Samuel berkata, “Berfirmanlah, kerana hamba-Mu sedang mendengar.” 11 Yehuwa berfirman kepada Samuel, “Lihatlah! Aku akan melakukan sesuatu di Israel sehingga setiap orang yang mendengar tentangnya akan terkejut.+ 12 Pada hari itu, Aku akan melaksanakan segala firman-Ku mengenai Eli dan keluarganya, dari mula sampai akhir.+ 13 Engkau harus memberitahu dia bahawa Aku akan menghukum keluarganya untuk selama-lamanya, kerana dia tahu+ bahawa anak-anaknya sudah berdosa dengan mengutuk Tuhan+ tetapi dia tidak menegur mereka dengan tegas.+ 14 Itulah sebabnya Aku bersumpah kepada keluarga Eli bahawa dosa keluarganya tidak dapat ditebus, baik dengan korban mahupun dengan persembahan.”+

15 Samuel tidur sehingga pagi. Kemudian dia membuka pintu-pintu rumah Yehuwa. Samuel takut untuk memberitahu Eli tentang penglihatan itu. 16 Tetapi Eli memanggil Samuel dan berkata, “Samuel, anakku!” “Ya tuan,” sahut Samuel. 17 Eli bertanya, “Apakah pesanan Tuhan kepadamu? Tolong jangan merahsiakannya daripadaku. Biarlah Tuhan menghukummu dengan berat jika kamu merahsiakan sepatah kata pun daripada firman-Nya.” 18 Maka Samuel memberitahu Eli segala-galanya dan tidak menyembunyikan apa-apa pun daripadanya. Eli berkata, “Inilah kehendak Yehuwa. Biarlah Dia melakukan apa yang baik di mata-Nya.”

19 Samuel terus membesar, dan Yehuwa menyertainya+ serta memastikan segala yang dikatakan oleh Samuel benar-benar berlaku. 20 Seluruh umat Israel dari Dan hingga Beer-syeba sedar bahawa Samuel ialah nabi yang dilantik oleh Yehuwa. 21 Yehuwa terus menampakkan diri di Silo, kerana di situlah Yehuwa membantu Samuel untuk semakin mengenali-Nya melalui firman Yehuwa.+

4 Oleh itu, Samuel terus menyampaikan firman Tuhan kepada semua orang Israel.

Kemudian orang Israel pergi berperang dengan orang Filistin. Mereka berkhemah berdekatan Ebenezer, manakala orang Filistin berkhemah di Afek. 2 Orang Filistin mengatur barisan tentera untuk menyerang orang Israel. Pertempuran itu sangat sengit sehingga orang Israel dikalahkan oleh orang Filistin. Kira-kira 4,000 orang Israel dibunuh di medan pertempuran. 3 Apabila mereka kembali ke perkhemahan, para pemimpin Israel berkata, “Mengapakah Yehuwa membiarkan kita dikalahkan oleh orang Filistin hari ini?+ Marilah kita membawa tabut perjanjian Yehuwa dari Silo,+ supaya tabut itu ada bersama kita dan menyelamatkan kita daripada tangan musuh.” 4 Maka mereka mengutus orang ke Silo untuk membawa tabut perjanjian Yehuwa, ketua angkatan syurga, yang bertakhta di atas* kerub.*+ Kedua-dua orang anak lelaki Eli, iaitu Hofni dan Pinehas,+ juga ada bersama tabut perjanjian Tuhan.

5 Sebaik sahaja tabut perjanjian Yehuwa tiba di perkhemahan, semua orang Israel bersorak dengan kuat sehingga bumi bergoncang. 6 Apabila orang Filistin mendengar bunyi sorakan itu, mereka bertanya, “Mengapakah orang Ibrani bersorak-sorai di perkhemahan mereka?” Akhirnya mereka mendapat tahu bahawa tabut Yehuwa sudah berada di perkhemahan itu. 7 Orang Filistin pun menjadi takut. Mereka berkata, “Tuhan sudah datang ke perkhemahan itu!”+ Mereka juga berkata, “Malanglah kita! Perkara sebegini tidak pernah terjadi! 8 Malanglah kita! Siapakah yang dapat menyelamatkan kita daripada Tuhan yang hebat ini? Semasa di padang belantara, inilah Tuhan yang telah membunuh orang Mesir dengan pelbagai tulah.+ 9 Hai orang Filistin, hendaklah kamu berani! Jika tidak, kamu akan menjadi hamba kepada orang Ibrani sebagaimana mereka pernah menjadi hamba kamu.+ Berperanglah dengan berani!” 10 Maka orang Filistin menyerang dan mengalahkan orang Israel.+ Semua orang Israel berlari ke khemah masing-masing. Pertempuran itu sangat teruk sehingga 30,000 orang askar yang berjalan kaki terbunuh. 11 Tambahan lagi, tabut perjanjian Tuhan telah dirampas dan dua orang anak lelaki Eli, iaitu Hofni dan Pinehas, telah mati.+

12 Pada hari itu, seorang lelaki daripada suku Benyamin berlari dari medan pertempuran dan tiba di Silo. Pakaiannya sudah koyak rabak dan kepalanya ditaburi dengan tanah.+ 13 Apabila dia tiba, Eli sedang duduk di kerusi di tepi jalan sambil menunggu, kerana dia sangat risau mengenai tabut Tuhan yang benar.+ Lelaki itu masuk ke dalam kota untuk menyampaikan berita itu dan semua orang di dalam kota mula meraung. 14 Apabila Eli mendengar keriuhan itu, dia bertanya, “Mengapakah ada bunyi keriuhan?” Lelaki tadi pun segera pergi kepada Eli dan menyampaikan berita itu. 15 (Pada masa itu, Eli berumur 98 tahun dan dia tidak dapat melihat lagi.)+ 16 Lelaki itu berkata kepada Eli, “Aku datang dari medan pertempuran! Baru hari ini aku melarikan diri dari situ.” Kemudian Eli bertanya, “Apa yang berlaku anakku?” 17 Maka pembawa berita itu menjawab, “Orang Israel telah melarikan diri daripada orang Filistin dan mereka mengalami kekalahan yang teruk sekali.+ Anak-anak tuan, Hofni dan Pinehas, telah mati.+ Tabut Tuhan yang benar juga telah dirampas.”+

18 Sebaik sahaja lelaki itu menyebut tentang tabut Tuhan yang benar, Eli jatuh terlentang ke belakang dari kerusinya di tepi pintu gerbang. Oleh sebab dia sangat tua dan gemuk, lehernya patah lalu dia mati. Dia telah menjadi hakim orang Israel selama 40 tahun. 19 Menantu perempuannya, iaitu isteri Pinehas, sedang hamil dan hampir bersalin. Apabila dia mendengar berita bahawa tabut Tuhan yang benar telah dirampas dan bapa mentuanya serta suaminya telah mati, tiba-tiba dia berasa sakit beranak lalu dia bersalin. 20 Ketika dia hampir meninggal, wanita-wanita yang berdiri di sampingnya berkata, “Janganlah takut kerana kamu telah melahirkan seorang anak lelaki.” Namun dia tidak menjawab atau memperhatikannya. 21 Walau bagaimanapun dia menamakan anak itu Ikabod*+ dan berkata, “Kemuliaan orang Israel telah pun ditawan.”+ Dia berkata demikian kerana tabut Tuhan yang benar telah dirampas dan bapa mentuanya serta suaminya sudah meninggal.+ 22 Dia berkata, “Kemuliaan orang Israel telah pun ditawan kerana tabut Tuhan yang benar telah dirampas.”+

5 Semasa orang Filistin merampas tabut+ Tuhan yang benar, mereka membawanya dari Ebenezer ke Asdod. 2 Orang Filistin mengambil tabut itu dan membawanya ke dalam kuil* Dagon. Mereka meletakkannya di sisi patung Dagon.+ 3 Pada keesokan hari, orang Asdod bangun awal dan nampak patung Dagon jatuh tertiarap di tanah, di hadapan tabut Yehuwa.+ Maka mereka mengambil patung Dagon dan mengembalikannya ke tempat asalnya.+ 4 Pada hari yang berikutnya, mereka bangun awal dan sekali lagi mereka nampak patung Dagon jatuh tertiarap di tanah, di hadapan tabut Yehuwa. Kali ini kepala patung Dagon dan kedua-dua tapak tangannya terpenggal dan berada di ambang pintu. Hanya bahagian badan patung itu* yang masih utuh. 5 Itulah sebabnya sehingga hari ini, imam-imam Dagon dan semua orang yang masuk ke dalam kuil Dagon tidak akan menginjak ambang pintu kuil Dagon di Asdod.

6 Yehuwa menghukum orang Asdod dengan berat sekali, dan Dia mencelakakan mereka dengan menimpakan penyakit buasir atas penduduk Asdod dan kawasan sekitarnya.+ 7 Apabila orang Asdod nampak apa yang berlaku, mereka berkata, “Tuhan orang Israel telah menghukum kita dan Dagon, tuhan kita, dengan teruk sekali. Jangan biarkan tabut itu berada di sini lagi.” 8 Maka mereka memanggil dan mengumpulkan semua penguasa orang Filistin, lalu bertanya, “Apakah yang harus kita lakukan dengan tabut Tuhan orang Israel?” Mereka menjawab, “Pindahkanlah tabut itu ke Gat.”+ Jadi mereka memindahkan tabut itu ke sana.

9 Setelah mereka memindahkan tabut itu ke Gat, Yehuwa menghukum kota itu dan menimbulkan kekecohan yang besar di situ. Dia menimpakan penyakit buasir atas penduduk kota itu, baik yang tua mahupun yang muda.+ 10 Jadi mereka menghantar tabut Tuhan yang benar ke Ekron.+ Tetapi sebaik sahaja tabut itu tiba di Ekron, penduduk kota itu berseru, “Mereka membawa tabut Tuhan orang Israel ke sini untuk membunuh kita semua!”+ 11 Oleh itu mereka memanggil dan mengumpulkan semua penguasa orang Filistin, lalu berkata, “Bawalah tabut Tuhan orang Israel dari sini dan kembalikannya ke tempat asalnya supaya kami semua tidak dibunuh.” Semua penduduk kota itu takut sekiranya mereka dibunuh kerana Tuhan yang benar telah menghukum mereka dengan teruk sekali.+ 12 Orang yang tidak dibunuh pula telah diserang penyakit buasir, dan semua penduduk kota itu berseru dengan begitu kuat sehingga suara mereka kedengaran di langit.

6 Selama tujuh bulan, tabut+ Yehuwa berada di kawasan orang Filistin. 2 Orang Filistin memanggil para imam dan tukang tilik+ lalu bertanya, “Apakah yang harus kami lakukan dengan tabut Yehuwa? Beritahulah kami bagaimana kami dapat menghantar tabut ini ke tempat asalnya.” 3 Mereka menjawab, “Jangan kembalikan tabut perjanjian Yehuwa, Tuhan orang Israel, dengan tangan kosong. Kamu harus menyertakan korban untuk menebus dosa.+ Barulah kamu akan sembuh dan mengetahui sebabnya Dia masih menghukum kamu.” 4 Maka orang Filistin bertanya, “Apakah korban yang harus kami hantar kepada-Nya untuk menebus dosa?” Mereka menjawab, “Menurut jumlah para penguasa Filistin,+ hantarkan lima ketul emas yang bentuknya seperti bengkak buasir dan lima tikus emas kerana bencana yang sama telah menimpa setiap seorang daripada kamu dan penguasa kamu. 5 Kamu harus membuat patung berupa bengkak buasir dan patung berupa tikus+ yang membinasakan negeri kamu. Kamu juga harus memberikan penghormatan kepada Tuhan orang Israel. Mungkin Dia akan berhenti menghukum kamu, tuhan kamu, dan negeri kamu.+ 6 Janganlah kamu berkeras hati seperti Firaun dan orang Mesir.+ Bukankah Tuhan telah menghukum mereka,+ dan mereka terpaksa membiarkan umat Israel pergi?+ 7 Maka sekarang, sediakanlah sebuah kereta lembu yang baharu dan dua ekor lembu yang mempunyai anak dan yang tidak pernah memikul kuk.* Ikatkan lembu-lembu itu pada kereta lembu, tetapi biarlah anak-anak lembu kembali ke kandang. 8 Ambillah tabut Yehuwa dan letakkannya di atas kereta lembu itu. Di sebelahnya, letakkanlah kotak yang berisi patung-patung emas yang ingin kamu berikan kepada-Nya sebagai korban untuk menebus dosa.+ Biarlah lembu-lembu itu pergi 9 dan lihatlah apa yang akan berlaku. Jika tabut itu dibawa naik ke jalan yang menuju Bet-semes,+ iaitu tempat asalnya, maka kita akan tahu bahawa Tuhan orang Israel telah melakukan kejahatan yang dahsyat ini terhadap kita. Jika tidak, kita akan tahu bahawa bukan Dia yang menghukum kita tetapi kita ditimpa bencana secara kebetulan.”

10 Maka, orang Filistin pun berbuat demikian. Mereka mengambil dua ekor lembu yang mempunyai anak dan mengikatkannya pada kereta lembu, tetapi mereka mengurung anak-anak lembu itu di dalam kandang. 11 Kemudian mereka meletakkan tabut Yehuwa di atas kereta lembu bersama dengan kotak yang mengandungi tikus emas dan patung berupa bengkak buasir. 12 Lembu-lembu itu berjalan terus di jalan yang menuju Bet-semes.+ Lembu-lembu itu melenguh sambil berjalan terus tanpa menyimpang ke kiri atau ke kanan. Sepanjang masa itu, para penguasa Filistin berjalan mengikuti lembu-lembu itu sampai ke sempadan Bet-semes. 13 Pada masa itu, penduduk Bet-semes sedang menuai gandum di dataran rendah. Apabila mereka nampak tabut itu, mereka sangat bersukacita. 14 Kereta lembu itu sampai di tanah Yosua, seorang penduduk Bet-semes, dan berhenti berdekatan sebuah batu besar. Lalu mereka membelah-belah kayu kereta lembu dan mempersembahkan lembu-lembu itu+ sebagai korban bakar untuk Yehuwa.

15 Orang Lewi+ menurunkan tabut Yehuwa dan kotak yang berisi patung-patung emas, lalu meletakkannya di atas batu besar itu. Pada hari itu, penduduk Bet-semes+ mempersembahkan korban bakar dan korban-korban lain kepada Yehuwa.

16 Apabila lima orang penguasa Filistin nampak apa yang berlaku, mereka pulang ke Ekron pada hari itu. 17 Inilah patung bengkak buasir emas yang dihantar oleh orang Filistin sebagai korban kepada Yehuwa untuk menebus dosa kota-kota berikut:+ Satu untuk Asdod,+ satu untuk Gaza, satu untuk Askelon, satu untuk Gat,+ dan satu untuk Ekron.+ 18 Selain itu, jumlah tikus emas yang dihantar bersamaan dengan jumlah semua kota Filistin yang dimiliki oleh lima orang penguasa, baik kota yang bertembok mahupun perkampungan yang tidak bertembok.

Sehingga hari ini, batu besar tempat mereka meletakkan tabut Yehuwa ada di tanah Yosua, orang Bet-semes itu. Batu besar itu menjadi seperti seorang saksi antara mereka. 19 Namun begitu, Tuhan membunuh penduduk Bet-semes kerana mereka memandang tabut Yehuwa. Dia telah membunuh 50,070 orang* dalam kalangan mereka, lalu mereka mula berkabung kerana Yehuwa telah membunuh begitu ramai orang.+ 20 Penduduk Bet-semes bertanya, “Siapakah yang dapat menghadap Yehuwa, Tuhan yang suci ini?+ Alangkah baiknya jika Dia meninggalkan kita dan pergi kepada orang lain!”+ 21 Maka mereka mengutus orang kepada penduduk Kiryat-yearim+ dan berkata, “Orang Filistin sudah mengembalikan tabut Yehuwa. Datanglah dan ambillah tabut itu.”+

7 Maka penduduk Kiryat-yearim datang dan mengambil tabut Yehuwa, lalu membawanya ke dalam rumah Abinadab+ yang terletak di atas bukit. Mereka melantik* anak lelakinya Eleazar untuk menjaga tabut Yehuwa.

2 Tabut perjanjian berada di Kiryat-yearim untuk waktu yang lama, iaitu 20 tahun. Kemudian seluruh umat Israel mula meminta bantuan Yehuwa.+ 3 Samuel berkata kepada seluruh umat itu, “Jika kamu ingin kembali kepada Yehuwa dengan sepenuh hatimu,+ singkirkanlah tuhan-tuhan bangsa asing+ dan patung-patung Asytoret+ dalam kalangan kamu. Berpalinglah kepada Yehuwa dengan hati yang tidak berbelah bahagi dan sembahlah Dia sahaja,+ lalu Dia akan menyelamatkan kamu daripada tangan orang Filistin.”+ 4 Oleh itu orang Israel menyingkirkan patung-patung Baal dan Asytoret, lalu menyembah Yehuwa sahaja.+

5 Kemudian Samuel berkata, “Kumpulkanlah seluruh umat Israel di Mizpa+ dan aku akan berdoa kepada Yehuwa bagi pihak kamu.”+ 6 Maka mereka berkumpul di Mizpa. Pada hari itu, mereka menimba air dan menuangkannya di hadapan Yehuwa* serta berpuasa.+ Di sana mereka berkata, “Kita sudah berdosa terhadap Yehuwa.”+ (Samuel mula menjadi hakim+ orang Israel di Mizpa.)

7 Apabila orang Filistin mendengar bahawa orang Israel telah berkumpul di Mizpa, para penguasa Filistin+ berangkat untuk menyerang mereka. Umat Israel menjadi takut setelah mendengar hal itu. 8 Mereka berkata kepada Samuel, “Janganlah berhenti berseru kepada Yehuwa, Tuhan kita, untuk meminta pertolongan+ supaya kita diselamatkan daripada tangan orang Filistin.” 9 Jadi Samuel mengambil seekor anak bebiri dan mempersembahkan seluruh binatang itu sebagai korban bakar+ untuk Yehuwa. Kemudian Samuel berseru kepada Yehuwa untuk meminta pertolongan demi umat Israel, lalu Yehuwa mengabulkan doanya.+ 10 Semasa Samuel mempersembahkan korban bakar itu, orang Filistin maju untuk menyerang orang Israel. Tetapi pada hari itu juga, Yehuwa mendatangkan guntur dari langit+ dan menyebabkan orang Filistin kacau-bilau+ sehingga orang Israel mengalahkan mereka.+ 11 Orang Israel keluar dari Mizpa lalu mengejar dan membunuh orang Filistin sampai ke selatan Bet-kar. 12 Selepas itu, Samuel mengambil sebuah batu+ dan meletakkannya di antara Mizpa dan Yesyana, lalu menamakannya Ebenezer.* Dia berkata, “Yehuwa telah membantu kita sampai sekarang.”+ 13 Demikianlah orang Filistin dikalahkan dan mereka tidak lagi masuk ke kawasan orang Israel.+ Sepanjang hidup Samuel, Yehuwa terus menentang orang Filistin.+ 14 Selain itu, kota-kota yang dirampas oleh orang Filistin telah dikembalikan kepada orang Israel, iaitu dari Ekron sampai ke Gat. Orang Israel mendapat kembali kawasan mereka daripada tangan orang Filistin.

Tambahan lagi, keamanan wujud antara orang Israel dengan orang Amori.+

15 Sepanjang hayat Samuel, dia terus menjadi hakim bagi umat Israel.+ 16 Setiap tahun dia mengunjungi Bethel,+ Gilgal,+ dan Mizpa+ untuk menghakimi orang Israel di situ. 17 Tetapi dia akan kembali ke rumahnya yang terletak di Rama.+ Di situ dia menghakimi orang Israel dan dia juga membina sebuah mazbah untuk Yehuwa.+

8 Apabila Samuel sudah tua, dia melantik anak-anak lelakinya sebagai hakim orang Israel. 2 Anak sulungnya bernama Yoel dan anak yang kedua bernama Abia.+ Mereka menjadi hakim di Beer-syeba. 3 Tetapi anak-anaknya tidak mengikut haluannya. Mereka suka mengaut keuntungan secara tidak jujur+ dan mereka menerima rasuah+ serta menghakimi rakyat secara tidak adil.+

4 Kemudian semua pemimpin orang Israel berkumpul lalu menghadap Samuel di Rama. 5 Mereka berkata kepadanya, “Dengarlah tuan, tuan sudah tua dan anak-anak tuan tidak mengikut haluan tuan. Sekarang lantiklah seorang raja untuk menghakimi kami seperti bangsa-bangsa lain.”+ 6 Tetapi Samuel tidak senang hati sewaktu mereka berkata, “Berilah kami seorang raja untuk menghakimi kami.” Maka Samuel berdoa kepada Yehuwa, 7 lalu Yehuwa berfirman kepada Samuel, “Kabulkanlah segala permintaan mereka; kerana bukan engkau yang ditolak oleh mereka, sebaliknya Akulah yang ditolak oleh mereka sebagai raja.+ 8 Semenjak Aku membawa mereka keluar dari Mesir, mereka tetap melakukan hal yang sama. Mereka asyik meninggalkan Aku+ dan menyembah tuhan-tuhan lain,+ dan sekarang itulah yang dilakukan oleh mereka terhadap engkau. 9 Maka kabulkanlah permintaan mereka. Namun, engkau harus memberikan amaran yang tegas kepada mereka. Beritahulah mereka apa yang berhak dituntut oleh raja yang akan memerintah mereka.”

10 Oleh itu, Samuel menyampaikan segala firman Yehuwa kepada semua orang yang meminta seorang raja. 11 Dia berkata, “Inilah yang berhak dituntut oleh raja yang akan memerintah kamu:+ Raja itu akan mengambil anak-anak lelakimu+ untuk dijadikan anggota pasukan kereta kuda+ dan anggota pasukan berkuda,+ dan ada juga yang akan berlari di hadapan kereta kudanya. 12 Dia akan melantik ketua atas 1,000 orang+ dan ketua atas 50 orang.+ Sesetengah orang akan membajak ladangnya,+ menuai hasil tanamannya,+ dan membuat senjata perang serta perlengkapan untuk kereta kudanya.+ 13 Anak-anak perempuan kamu pula akan disuruh membuat minyak wangi, memasak, dan membuat roti.+ 14 Raja itu akan mengambil tanah, ladang anggur, dan kebun zaitunmu yang terbaik,+ lalu memberikannya kepada hamba-hambanya. 15 Dia juga akan mengambil satu persepuluh daripada hasil tuaianmu dan ladang anggurmu. Kemudian dia akan memberikannya kepada para pegawai dan hamba-hambanya. 16 Dia akan mengambil hamba lelaki dan hamba perempuanmu, ternakan kamu yang terbaik, dan keldai-keldai kamu untuk melaksanakan pekerjaannya.+ 17 Dia akan mengambil satu persepuluh daripada ternakan kamu+ dan kamu akan menjadi hambanya. 18 Akan tiba masanya apabila kamu meraung disebabkan raja yang telah kamu pilih,+ tetapi Yehuwa tidak akan mempedulikan kamu pada masa itu.”

19 Walau bagaimanapun, mereka tidak menghiraukan kata-kata Samuel. Mereka berkata, “Biarlah! Kami tetap mahukan seorang raja untuk memerintah kami. 20 Dengan itu kami akan menjadi seperti semua bangsa yang lain. Raja kami akan menghakimi kami dan memimpin kami serta berperang melawan musuh-musuh kami.” 21 Setelah Samuel mendengar segala yang diucapkan oleh mereka, dia menyampaikannya kepada Yehuwa. 22 Yehuwa berfirman kepada Samuel, “Tunaikanlah permintaan mereka dan lantiklah seorang raja untuk memerintah mereka.”+ Kemudian Samuel berkata kepada mereka, “Pulanglah ke kota kamu masing-masing.”

9 Ada seorang lelaki yang sangat kaya daripada suku Benyamin+ yang bernama Kish.+ Dia daripada keturunan Abiel. (Abiel ialah anak Zeror, dan Zeror ialah anak Bekhorat. Bekhorat berasal daripada keturunan Afiah.) 2 Kish mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Saul,+ seorang pemuda yang kacak. Tiada seorang lelaki dalam kalangan orang Israel yang lebih kacak dan lebih tinggi daripadanya.*

3 Pada suatu hari, keldai-keldai kepunyaan Kish, bapa Saul, telah hilang. Oleh itu, Kish berkata kepada anaknya Saul, “Bawalah seorang hamba dan pergilah mencari keldai-keldai itu.” 4 Mereka melalui kawasan pergunungan Efraim dan kawasan Salisa, tetapi tidak menjumpai keldai-keldai itu. Kemudian mereka meneruskan perjalanan melalui kawasan Shaalim, tetapi keldai-keldai itu pun tidak ada di sana. Mereka melalui seluruh negeri orang Benyamin tetapi masih gagal menjumpai keldai-keldai itu.

5 Apabila mereka tiba di kawasan Zuf, Saul berkata kepada hamba yang ada bersamanya, “Marilah kita pulang. Jangan-jangan bapaku lebih khuatir berfikir tentang kita daripada keldai-keldai itu.”+ 6 Tetapi hamba itu berkata, “Lihatlah, di kota yang berdekatan ada seorang hamba Tuhan yang sangat dihormati. Segala yang dikatakannya pasti menjadi kenyataan.+ Marilah kita pergi ke sana sekarang juga. Mungkin dia dapat memberitahu kita ke mana kita harus pergi.” 7 Saul berkata kepada hambanya, “Jika kita pergi, apakah yang dapat kita berikan kepadanya? Apakah yang kita miliki? Tiada roti di dalam kantung kita, dan kita tiada apa-apa pun untuk diberikan sebagai hadiah kepada hamba Tuhan yang benar.” 8 Maka hamba Saul berkata lagi, “Aku mempunyai sekeping wang perak yang kecil* di dalam tanganku. Aku akan memberikannya kepada hamba Tuhan yang benar supaya dia dapat memberitahu kita ke mana kita harus pergi.” 9 (Pada zaman dahulu, seorang nabi dipanggil pelihat. Maka di Israel, jika seseorang ingin meminta bimbingan Tuhan, dia akan berkata, “Marilah kita berjumpa dengan pelihat.”)+ 10 Lalu Saul berkata kepada hambanya, “Baiklah, mari kita pergi.” Maka mereka pergi ke kota tempat hamba Tuhan yang benar itu berada.

11 Semasa mereka menaiki lereng bukit yang menuju ke kota itu, mereka bertemu dengan gadis-gadis yang keluar untuk menimba air. Jadi mereka bertanya, “Adakah pelihat+ itu berada di sini?” 12 Gadis-gadis itu menjawab, “Ya, dia baru saja berjalan mendahului kamu. Jika kamu cepat, mungkin kamu dapat berjumpa dengan dia. Dia telah datang ke kota hari ini kerana rakyat sedang mempersembahkan korban+ di tempat tinggi.+ 13 Dia sedang dalam perjalanan ke tempat tinggi untuk makan. Jika kamu cepat, kamu akan menjumpainya sebaik sahaja kamu tiba di kota. Kamu mungkin dapat bertemu dengan dia sebelum dia naik ke situ untuk memberkati korban dan sebelum rakyat mula makan, kerana mereka yang telah dijemput hanya boleh makan setelah dia berbuat demikian.” 14 Oleh itu, mereka pergi ke kota itu. Semasa mereka hampir tiba di tengah-tengah kota, Samuel datang untuk bertemu dengan mereka lalu mereka naik ke tempat tinggi itu bersama-sama.

15 Sehari sebelum Saul datang, Yehuwa telah berfirman kepada Samuel, 16 “Esok kira-kira pada waktu begini, Aku akan mengutus seorang lelaki dari wilayah suku Benyamin kepadamu.+ Engkau harus mengurapinya sebagai pemimpin umat Israel.+ Dia akan menyelamatkan umat-Ku daripada tangan orang Filistin. Aku telah melihat penderitaan umat-Ku dan Aku sudah mendengar rintihan mereka.”+ 17 Apabila Samuel nampak Saul, Yehuwa memberitahunya, “Inilah lelaki yang Aku maksudkan semasa Aku berfirman, ‘Dialah yang akan memerintah umat-Ku.’”*+

18 Kemudian Saul menghampiri Samuel di pintu gerbang lalu berkata, “Tolonglah beritahu aku, di manakah rumah pelihat itu?” 19 Samuel menjawab, “Akulah pelihat itu. Pergilah mendahuluiku ke tempat tinggi dan hari ini kamu akan makan bersamaku.+ Esok pagi, aku akan menghantar kamu pergi dari sini dan aku akan menjawab segala pertanyaanmu.* 20 Janganlah risau tentang keldai-keldai yang hilang tiga hari yang lalu kerana keldai-keldai itu sudah dijumpai.+ Lagipun, bukankah semua harta berharga orang Israel kepunyaanmu dan seluruh keluarga bapamu?”+ 21 Lalu Saul menjawab, “Tuan, aku daripada suku Benyamin, iaitu suku yang terkecil antara semua suku Israel,+ dan keluargaku juga paling tidak penting antara semua keluarga dalam suku Benyamin. Jadi mengapakah tuan berkata begitu kepadaku?”

22 Kemudian Samuel membawa Saul dan hambanya ke ruang makan dan memberi mereka tempat yang utama dalam kalangan para jemputan yang berjumlah kira-kira 30 orang. 23 Samuel berkata kepada tukang masak, “Hidangkanlah daging yang aku berikan kepadamu dan yang aku suruh kamu simpan.” 24 Maka tukang masak itu menghidangkan daging paha kepada Saul. Samuel berkata, “Makanlah, kerana apa yang dihidangkan di hadapanmu telah disimpan untukmu. Aku telah memberitahu mereka bahawa aku ada menjemput tetamu, dan mereka telah menyimpan daging ini untukmu supaya kamu dapat memakannya pada hari yang penting ini.” Jadi Saul makan bersama Samuel pada hari itu. 25 Selepas itu, mereka turun dari tempat tinggi lalu pergi ke kota.+ Samuel terus bercakap dengan Saul di atas bumbung rumah.* 26 Mereka bangun awal dan apabila fajar menyingsing Samuel memanggil Saul yang berada di atas bumbung rumah. Dia berkata, “Bersiaplah, supaya aku dapat menghantar kamu pergi.” Maka Saul bersiap lalu mereka berdua keluar. 27 Ketika mereka turun menuju ke bahagian luar kota, Samuel berkata kepada Saul, “Suruhlah hambamu+ pergi mendahului kita.” Maka hamba itu pun berbuat demikian. Samuel berkata lagi, “Tetapi kamu tunggulah di sini supaya aku dapat menyampaikan firman Tuhan kepadamu.”

10 Kemudian Samuel mengambil sebotol minyak dan melumuri kepala Saul dengan minyak itu.+ Dia mencium Saul dan berkata, “Sememangnya Yehuwa telah melantik kamu sebagai pemimpin+ umat-Nya.+ 2 Apabila kamu meninggalkan aku hari ini, kamu akan bertemu dengan dua orang lelaki berdekatan kubur Rahel,+ di kawasan Benyamin di Zelzah. Mereka akan berkata kepada kamu, ‘Keldai-keldai yang kamu cari telah pun dijumpai. Sekarang bapamu tidak lagi memikirkan keldai-keldai itu,+ tetapi dia khuatir tentang kamu. Dia berkata, “Anakku belum lagi pulang, jadi apakah yang harus aku lakukan?”’ 3 Dari situ, teruskanlah perjalananmu sehingga kamu tiba di pokok besar di Tabor. Di sana kamu akan bertemu dengan tiga orang lelaki yang sedang dalam perjalanan ke Bethel+ untuk menyembah Tuhan yang benar. Seorang daripada mereka membawa tiga ekor anak kambing, seorang lagi membawa tiga ketul roti, dan seorang lagi membawa sebuah bekas besar yang berisi wain. 4 Mereka akan bertanyakan khabarmu dan memberi kamu dua ketul roti. Kamu harus menerima roti-roti itu daripada mereka. 5 Selepas itu, kamu akan pergi ke bukit Tuhan yang benar, dan di sana ada sepasukan tentera orang Filistin. Setibanya kamu di kota, kamu akan berjumpa dengan sekumpulan nabi yang sedang turun dari tempat tinggi. Semasa mereka bernubuat, alat muzik yang bertali, tamborin, seruling, dan kecapi akan dimainkan di hadapan mereka. 6 Kamu akan menerima kuasa suci* daripada Yehuwa+ dan bernubuat bersama mereka. Kamu akan seolah-olah berubah menjadi orang lain.+ 7 Apabila hal-hal* ini terjadi, lakukanlah apa saja yang kamu rasa baik untuk melaksanakan tanggungjawabmu kerana Tuhan yang benar menyertai kamu. 8 Pergilah mendahului aku ke Gilgal+ dan aku akan turun ke situ untuk mempersembahkan korban bakar dan korban pendamaian. Kamu harus tunggu selama tujuh hari sehingga aku datang kepadamu. Kemudian aku akan memberitahu kamu apa yang harus kamu lakukan.”

9 Sebaik sahaja Saul berpaling untuk meninggalkan Samuel, Tuhan mula mengubah keperibadian Saul sehingga dia seolah-olah menjadi orang lain. Semua tanda yang disebut oleh Samuel berlaku pada hari itu juga. 10 Dari situ mereka* pergi ke bukit dan bertemu dengan sekumpulan nabi. Pada saat itu juga, Saul menerima kuasa suci daripada Tuhan+ dan mula bernubuat bersama mereka.+ 11 Apabila semua orang yang mengenal Saul sejak dahulu melihat dia bernubuat bersama para nabi, mereka bertanya sesama sendiri, “Apakah yang sudah terjadi kepada anak lelaki Kish? Adakah Saul juga seorang nabi?” 12 Kemudian seorang lelaki dari situ bertanya, “Bagaimana pula dengan nabi-nabi yang lain? Siapakah bapa mereka?” Maka itulah asal mulanya pepatah ini: “Adakah Saul juga seorang nabi?”+

13 Setelah Saul selesai bernubuat, dia pergi ke tempat tinggi. 14 Selepas itu, bapa saudara Saul bertanya kepada Saul dan hambanya, “Ke manakah kamu pergi?” Saul menjawab, “Kami pergi mencari keldai-keldai+ tetapi kami tidak menjumpainya. Jadi kami pun pergi berjumpa dengan Samuel.” 15 Bapa saudara Saul bertanya lagi, “Beritahulah aku apa yang dikatakan Samuel kepadamu?” 16 Saul menjawab, “Dia memberitahu kami bahawa keldai-keldai itu sudah pun ditemui.” Namun Saul tidak memberitahu bapa saudaranya tentang apa yang dikatakan Samuel mengenai pelantikannya sebagai raja.

17 Kemudian Samuel memanggil umat Israel untuk berkumpul di hadapan Yehuwa di Mizpa+ 18 lalu berkata kepada mereka, “Inilah firman Yehuwa, Tuhan orang Israel: ‘Akulah yang membawa umat Israel keluar dari Mesir dan menyelamatkan kamu daripada tangan orang Mesir+ dan semua kerajaan yang menindas kamu. 19 Tetapi kini kamu telah menolak Tuhan kamu+ yang telah menyelamatkan kamu daripada segala malapetaka dan penderitaan. Kamu berkata, “Biarlah, lantiklah seorang raja untuk memerintah kami.” Sekarang, berdirilah di hadapan Aku, Yehuwa, mengikut suku dan puak masing-masing.’”*

20 Oleh itu, Samuel menyuruh semua suku Israel tampil+ dan suku Benyamin telah dipilih.+ 21 Kemudian dia menyuruh suku Benyamin tampil, keluarga demi keluarga, dan keluarga Matri yang dipilih. Akhirnya Saul anak Kish telah dipilih.+ Tetapi apabila mereka pergi mencarinya, mereka tidak dapat menjumpainya. 22 Jadi mereka bertanya kepada Yehuwa,+ “Adakah lelaki itu sudah berada di sini?” Yehuwa menjawab, “Dia bersembunyi di antara barang-barang.” 23 Maka mereka berlari dan membawa Saul dari situ. Ketika dia berdiri di tengah-tengah umat itu, dia lebih tinggi daripada mereka semua.+ 24 Samuel berkata kepada rakyat itu, “Lihatlah orang yang dipilih oleh Yehuwa.+ Tiada sesiapa pun dalam kalangan umat ini yang sama seperti dia.” Lalu segenap umat itu mula berseru, “Daulat tuanku!”

25 Samuel memberitahu mereka tentang hak seorang raja+ dan menuliskannya dalam sebuah buku lalu meletakkannya di hadapan Yehuwa. Kemudian Samuel menyuruh umat itu pulang ke rumah masing-masing. 26 Saul juga pulang ke rumahnya di Gibea. Beberapa orang pahlawan mengiringinya kerana Yehuwa telah menggerakkan hati mereka. 27 Tetapi beberapa orang yang tidak berguna berkata, “Mana mungkin orang ini akan menyelamatkan kita?”+ Mereka menghinanya dan tidak memberikan hadiah kepadanya.+ Namun, Saul tidak berkata apa-apa pun tentang hal itu.

11 Kemudian Nahas, raja orang Ammon,+ datang lalu mendirikan khemah untuk menyerang kota Yabes+ di Gilead. Semua penduduk Yabes berkata kepada Nahas, “Buatlah perjanjian* dengan hamba sekalian dan hamba sekalian akan berkhidmat kepada tuanku.” 2 Maka Nahas, raja orang Ammon, berkata kepada mereka, “Beta akan membuat perjanjian dengan kamu atas syarat ini: Biji mata kanan kamu semua harus dicungkil. Beta akan melakukan hal ini untuk memalukan seluruh umat Israel.” 3 Para pemimpin Yabes berkata, “Berilah hamba sekalian masa tujuh hari untuk menghantar utusan ke seluruh negeri Israel. Jika tiada sesiapa yang dapat menyelamatkan hamba sekalian, maka hamba sekalian akan menyerah kepada tuanku.” 4 Kemudian para utusan itu sampai di Gibea,+ tempat tinggal Saul, lalu menyampaikan berita itu kepada orang di situ dan mereka pun menangis dengan kuat.

5 Pada masa itu, Saul datang dari padang bersama dengan ternakannya. Dia bertanya, “Apa yang terjadi? Mengapa semua orang menangis?” Maka mereka memberitahunya berita yang disampaikan oleh utusan dari Yabes. 6 Kuasa suci Tuhan dicurahkan ke atas Saul+ apabila dia mendengar berita itu. Dia menjadi sangat marah, 7 lalu mengambil dua ekor lembu jantan dan memotongnya menjadi banyak potongan. Dia menyuruh para utusan untuk membawa potongan-potongan itu ke seluruh negeri Israel dan berkata, “Sesiapa yang tidak ikut Saul dan Samuel, lembu-lembunya akan dipotong-potong seperti ini!” Maka, Yehuwa menyebabkan perasaan takut dan hormat timbul dalam hati semua orang lalu mereka semua mara dengan sehati sejiwa. 8 Kemudian dia menghitung jumlah mereka di Bezek: 300,000 orang Israel dan 30,000 orang Yehuda. 9 Mereka berkata kepada utusan yang datang dari Yabes, “Beritahulah penduduk Yabes di Gilead, ‘Esok, kira-kira pada waktu tengah hari, kamu akan diselamatkan.’” Maka utusan-utusan itu pergi memberitahu penduduk di Yabes lalu mereka sangat bersukacita. 10 Selepas itu, penduduk Yabes berkata kepada orang Ammon, “Esok kami akan menyerah kepada kamu, dan kamu boleh melakukan apa sahaja yang kamu mahu terhadap kami.”+

11 Pada keesokan hari, Saul membahagikan umat itu kepada tiga kumpulan. Mereka pergi ke tengah-tengah perkhemahan pada waktu subuh,* lalu membunuh orang Ammon+ sehingga kira-kira waktu tengah hari. Orang Ammon yang terselamat tercerai-berai sehingga tidak ada dua orang yang lari bersama-sama. 12 Kemudian umat itu berkata kepada Samuel, “Di manakah orang yang berkata, ‘Mengapa pula Saul harus menjadi raja kita?’+ Serahkanlah mereka kepada kami supaya kami dapat membunuh mereka.” 13 Namun Saul berkata, “Pada hari ini tiada seorang pun yang akan dibunuh+ kerana Yehuwa telah menyelamatkan orang Israel.”

14 Selepas itu, Samuel berkata kepada umat itu, “Marilah kita pergi ke Gilgal+ untuk mengesahkan sekali lagi bahawa Saul ialah raja.”+ 15 Oleh itu, semua orang pergi ke Gilgal dan di situ mereka menabalkan Saul sebagai raja di hadapan Yehuwa. Mereka mempersembahkan korban pendamaian di hadapan Yehuwa.+ Saul dan seluruh umat Israel merayakan peristiwa itu dengan sukacita yang melimpah.+

12 Akhirnya Samuel berkata kepada seluruh umat Israel, “Aku sudah memenuhi segala permintaan kamu dan aku sudah melantik seorang raja untuk memerintah kamu.+ 2 Inilah raja yang sedang memimpin* kamu!+ Aku pula sudah tua dan beruban, dan anak-anak lelakiku ada bersama kamu.+ Aku telah memimpin kamu sejak zaman mudaku sehingga hari ini.+ 3 Sekarang, aku berdiri di hadapan kamu. Jika kamu mempunyai apa-apa aduan tentangku, katakannya di hadapan Yehuwa dan orang yang diurapi-Nya.+ Pernahkah aku mengambil lembu atau keldai orang lain?+ Pernahkah aku menipu atau menindas sesiapa? Pernahkah aku menerima rasuah daripada orang lain lalu menghakimi dengan berat sebelah?+ Jika ada, aku akan mengembalikan semuanya kepada kamu.”+ 4 Semua orang pun menjawab, “Tuan tidak pernah menipu atau menindas kami. Tuan juga tidak pernah mengambil apa-apa pun daripada orang lain.” 5 Maka Samuel berkata kepada mereka, “Hari ini Yehuwa dan orang yang diurapi-Nya menjadi saksiku, bahawa kamu menyatakan aku langsung tidak bersalah.” Lalu mereka berkata, “Ya, Dia ialah saksimu.”

6 Samuel berkata kepada umat itu, “Yehuwa ialah saksi di hadapan kamu. Dialah yang memilih Musa dan Harun dan Dialah yang membawa nenek moyangmu keluar dari negeri Mesir.+ 7 Sekarang tampillah dan aku akan menjadi hakim kamu di hadapan Yehuwa kerana aku sedar akan segala perbuatan baik yang dilakukan oleh Yehuwa untuk kamu dan nenek moyang kamu.

8 “Sebaik sahaja Yakub pergi ke Mesir+ dan nenek moyang kamu mula berseru kepada Yehuwa untuk meminta tolong,+ Yehuwa telah mengutus Musa+ dan Harun untuk memimpin nenek moyangmu keluar dari Mesir dan membolehkan mereka menetap di negeri ini.+ 9 Tetapi mereka lupa akan Yehuwa, Tuhan mereka, lalu Dia menyerahkan*+ mereka ke dalam tangan Sisera,+ iaitu ketua tentera Hazor, dan ke dalam tangan orang Filistin+ serta ke dalam tangan raja Moab.+ Musuh-musuh ini berperang melawan mereka. 10 Kemudian mereka berseru meminta tolong kepada Yehuwa+ dan berkata, ‘Kami telah berdosa+ kerana kami meninggalkan Yehuwa lalu menyembah Baal+ dan patung-patung Asytoret.+ Sekarang selamatkanlah kami daripada tangan musuh supaya kami dapat menyembah-Mu.’ 11 Selepas itu, Yehuwa mengutus Yerubaal,+ kemudian Bedan, lalu Yefta,+ dan akhir sekali aku, Samuel.+ Dia menyelamatkan kamu daripada musuh-musuh di sekelilingmu, supaya kamu dapat hidup dengan aman.+ 12 Semasa Nahas,+ raja orang Ammon, datang untuk menyerang kamu, kamu asyik berkata kepadaku, ‘Biarlah! Kami tetap mahukan seorang raja untuk memerintah kami,’+ meskipun Yehuwa, Tuhan kamu, ialah Raja kamu.+ 13 Inilah dia, raja yang kamu inginkan dan yang kamu minta. Lihatlah! Yehuwa telah melantik seorang raja untuk memerintah kamu.+ 14 Berbahagialah kamu jika kamu takut akan Yehuwa,+ menyembah Yehuwa,+ mematuhi-Nya,+ dan tidak menentang perintah-Nya. Berbahagialah kamu jika kamu dan raja yang memerintah kamu mengikut Yehuwa, Tuhan kamu. 15 Tetapi jika kamu tidak mematuhi Yehuwa dan melawan perintah Yehuwa, maka kamu dan bapa-bapa kamu akan ditentang oleh Yehuwa.+ 16 Sekarang tampillah dan lihatlah perkara menakjubkan yang akan dilakukan oleh Yehuwa di depan mata kamu. 17 Bukankah sekarang musim menuai gandum? Aku akan memohon kepada Yehuwa supaya mendatangkan guruh dan hujan. Maka ketahuilah dan sedarlah betapa jahatnya perbuatan kamu di mata Yehuwa semasa kamu meminta seorang raja.”+

18 Kemudian Samuel berseru kepada Yehuwa lalu Yehuwa mendatangkan guruh dan hujan pada hari itu sehingga semua orang sangat takut akan Yehuwa dan Samuel. 19 Maka semua orang berkata kepada Samuel, “Berdoalah kepada Yehuwa, Tuhan tuan, bagi pihak kami+ kerana kami tidak mahu mati. Dosa kami telah bertambah apabila kami meminta seorang raja.”

20 Oleh itu, Samuel berkata kepada umat itu, “Janganlah takut. Memang kamu telah melakukan semua kejahatan ini tetapi janganlah berpaling daripada Yehuwa.+ Sebaliknya, sembahlah Yehuwa dengan sepenuh hatimu.+ 21 Janganlah menyimpang dan mengikut dewa dewi palsu*+ yang tidak membawa manfaat+ dan penyelamatan, kerana dewa dewi ini tidak berkuasa.* 22 Yehuwa sudah mengambil keputusan untuk menjadikan kamu umat-Nya sendiri.+ Maka Yehuwa tidak akan meninggalkan umat-Nya+ demi nama-Nya yang agung.+ 23 Bagi diriku, mustahil aku berdosa terhadap Yehuwa dan tidak berdoa bagi pihak kamu. Aku akan terus mengajar kamu mengikut haluan yang baik dan benar. 24 Pastikan kamu takut akan Yehuwa+ dan menyembah-Nya dengan setia* dan dengan sepenuh hati. Ingatlah akan perbuatan-perbuatan hebat yang sudah dilakukan-Nya untuk kamu.+ 25 Namun jika kamu sengaja berbuat jahat, kamu dan raja kamu akan binasa.”+

13 Saul berumur . . .* tahun semasa dia menjadi raja,+ dan dia memerintah Israel selama dua tahun. 2 Kemudian Saul memilih 3,000 orang dari negeri Israel; 2,000 orang daripada mereka berada bersama Saul di Mikhmas dan kawasan pergunungan di Bethel, sedangkan 1,000 orang berada bersama Yonatan+ di Gibea,+ di wilayah Benyamin. Saul menyuruh orang yang selebihnya untuk pulang ke khemah masing-masing. 3 Kemudian Yonatan membunuh sepasukan tentera orang Filistin+ di Geba+ dan orang Filistin pun mendengar tentang hal itu. Lalu Saul menyuruh orang untuk meniup trompet+ di seluruh negeri dan berkata, “Biarlah orang Ibrani mendengar!” 4 Segenap umat Israel mendengar berita ini: “Saul telah membunuh sepasukan tentera orang Filistin dan sekarang umat Israel sangat dibenci oleh orang Filistin.” Oleh itu, rakyat dipanggil untuk menyertai Saul di Gilgal.+

5 Sementara itu, orang Filistin juga berkumpul untuk menyerang orang Israel. Mereka mempunyai 30,000 buah kereta kuda dan 6,000 orang penunggang kuda serta angkatan tentera yang banyak seperti pasir di pantai.+ Mereka pergi berkhemah di Mikhmas, di sebelah timur Bet-awen.+ 6 Orang Israel sedar bahawa mereka dalam kesusahan kerana mereka menghadapi keadaan yang genting. Jadi mereka bersembunyi di dalam gua,+ celah-celah batu, bukit batu, tempat bawah tanah, dan lubang. 7 Bahkan beberapa orang Ibrani menyeberangi Sungai Yordan untuk pergi ke wilayah suku Gad dan kawasan Gilead.+ Tetapi Saul masih berada di Gilgal dan semua orang yang mengikutinya gementar ketakutan. 8 Saul terus menunggu selama tujuh hari sehingga waktu yang ditentukan oleh Samuel, tetapi Samuel belum juga tiba di Gilgal dan umat itu bercerai-berai meninggalkannya. 9 Akhirnya Saul berkata, “Bawalah korban bakar dan korban pendamaian kepada beta.” Lalu dia mempersembahkan korban bakar itu.+

10 Namun, sebaik sahaja dia selesai mempersembahkan korban bakar itu, Samuel pun tiba. Maka Saul pergi menemuinya dan menyambutnya. 11 Samuel bertanya, “Apakah yang sudah tuanku lakukan?” Saul menjawab, “Beta nampak rakyat meninggalkan beta+ dan tuan belum juga tiba pada waktu yang ditentukan. Lagipun, orang Filistin sedang berkumpul di Mikhmas.+ 12 Maka beta berfikir, ‘Sekarang orang Filistin akan turun dan menyerang beta di Gilgal, padahal beta belum lagi mendapatkan perkenan Yehuwa.’ Itulah sebabnya beta terpaksa mempersembahkan korban bakar itu.”

13 Lalu Samuel berkata kepada Saul, “Tuanku telah bertindak dengan bodoh. Tuanku tidak mematuhi perintah yang diberikan oleh Yehuwa, Tuhan tuanku.+ Jika tuanku mematuhinya, Yehuwa pasti membenarkan tuanku dan keturunan tuanku memerintah Israel untuk selama-lamanya. 14 Tetapi sekarang, kerajaan tuanku tidak akan berkekalan.+ Yehuwa akan mencari seorang lelaki yang menyenangkan hati-Nya+ dan Yehuwa akan melantiknya sebagai pemimpin umat-Nya.+ Hal ini demikian kerana tuanku tidak mematuhi apa yang diperintahkan oleh Yehuwa kepada tuanku.”+

15 Selepas itu, Samuel berangkat dari Gilgal dan pergi ke Gibea di wilayah Benyamin. Saul menghitung bilangan orang yang masih bersamanya dan jumlahnya kira-kira 600 orang.+ 16 Saul, anaknya Yonatan, dan para pengikut mereka masih berada di Geba,+ yang terletak di Benyamin, sedangkan orang Filistin berkhemah di Mikhmas.+ 17 Pasukan tentera orang Filistin keluar dari perkhemahan untuk menjarah barang, dan mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan. Satu kumpulan pergi ke jalan yang menuju Ofra, ke wilayah Syual; 18 satu lagi kumpulan pergi ke jalan yang menuju Bet-horon;+ dan kumpulan ketiga pergi ke jalan yang menuju sempadan yang berhadapan dengan lembah Zeboim, ke arah padang belantara.

19 Pada masa itu, seluruh negeri Israel tidak mempunyai seorang tukang besi pun kerana orang Filistin berkata, “Kita tidak mahu orang Ibrani membuat pedang atau tombak.” 20 Maka semua orang Israel terpaksa pergi kepada orang Filistin untuk mengasah mata bajak, cangkul, kapak, atau sabit mereka. 21 Harga untuk mengasah mata bajak, cangkul, alat bergigi tiga, dan kapak serta untuk membaiki tongkat menggiring binatang ialah satu pim.* 22 Oleh itu pada masa pertempuran, semua orang yang ada bersama Saul dan Yonatan tidak mempunyai pedang atau tombak. Hanya Saul dan anaknya Yonatan yang memiliki senjata.+

23 Sementara itu, sepasukan tentera orang Filistin telah mengikut laluan dekat jurang di Mikhmas.+

14 Pada suatu hari, Yonatan+ anak Saul berkata kepada hamba yang membawa senjatanya, “Marilah kita menyeberang ke tempat berkawal orang Filistin.” Tetapi Yonatan tidak memberitahu bapanya. 2 Pada masa itu, Saul tinggal di pinggiran Gibea,+ di bawah pokok delima di Migron. Ada kira-kira 600 orang bersamanya.+ 3 (Imam yang membawa efod+ pada masa itu ialah Ahia anak Ahitub.+ Ahitub ialah saudara Ikabod,+ Ikabod ialah anak Pinehas,+ dan Pinehas ialah anak Eli.+ Dahulu Eli ialah imam Yehuwa di Silo.)+ Tidak ada orang yang tahu bahawa Yonatan sudah pergi dari situ. 4 Laluan-laluan yang ingin diambil oleh Yonatan untuk menyeberang ke tempat berkawal orang Filistin terletak di antara dua buah bukit batu yang bentuknya seperti gigi. Salah satu bukit batu itu bernama Bozez dan satu lagi bernama Seneh. 5 Bukit batu di sebelah utara yang menghadap Mikhmas kelihatan seperti tiang batu. Bukit batu di sebelah selatan menghadap Geba.+

6 Maka Yonatan berkata kepada hamba yang membawa senjatanya, “Marilah kita pergi ke tempat berkawal semua orang yang tidak bersunat itu.+ Mana tahu Yehuwa akan membantu kita kerana tidak kira sama ada bilangan kita sedikit ataupun banyak, Yehuwa dapat memberikan kemenangan kepada kita.”+ 7 Hamba Yonatan pun berkata, “Lakukanlah apa saja yang tuan mahu. Pergilah ke mana saja tuan ingin dan aku akan mengikuti tuan ke mana saja tuan hendak pergi.” 8 Lalu Yonatan berkata, “Kita akan pergi ke seberang dan menampakkan diri kepada mereka. 9 Jika mereka berkata, ‘Berdirilah di situ sehingga kami datang kepadamu!’ maka kita akan tetap berdiri di situ dan tidak naik ke tempat mereka. 10 Tetapi jika mereka berkata, ‘Naiklah ke sini!’ maka kita akan pergi kepada mereka kerana Yehuwa akan menyerahkan mereka ke dalam tangan kita. Itulah tandanya bagi kita.”+

11 Oleh itu, mereka berdua menampakkan diri di tempat berkawal orang Filistin. Lalu orang Filistin berkata, “Lihatlah! Orang Ibrani sedang keluar dari lubang-lubang persembunyian mereka.”+ 12 Maka askar di tempat berkawal berkata kepada Yonatan dan hamba yang membawa senjatanya, “Naiklah ke sini kalau kamu berani! Kami akan ajar kamu!”+ Dengan segera, Yonatan berkata kepada hambanya, “Ikutlah aku, kerana Yehuwa akan menyerahkan mereka ke dalam tangan orang Israel.”+ 13 Yonatan mendaki dengan tangan dan kakinya. Hambanya pula mengikutinya dari belakang. Kemudian Yonatan mula menyerang orang Filistin, dan hambanya membunuh sesiapa yang belum dibunuh oleh Yonatan. 14 Dalam serangan yang pertama, Yonatan dan hambanya membunuh kira-kira 20 orang di kawasan yang luasnya setengah ekar.*

15 Kejadian itu menggemparkan perkhemahan orang Filistin dan semua askar di tempat berkawal. Bahkan pasukan tentera yang menjarah barang+ pun berasa takut. Bumi bergoncang, dan Tuhan menyebabkan mereka berasa cemas. 16 Sementara itu, tentera Saul yang berkawal di Gibea,+ yang terletak di Benyamin, nampak keadaan huru-hara berlaku di seluruh perkhemahan musuh.+

17 Saul berkata kepada tenteranya, “Hitunglah bilangan orang dan lihatlah siapa yang telah meninggalkan kita.” Apabila mereka berbuat demikian, mereka mendapati bahawa Yonatan dan hamba yang membawa senjatanya tidak ada di situ. 18 Kemudian Saul berkata kepada Ahia,+ “Bawalah tabut Tuhan yang benar ke sini!” (Pada masa itu,* tabut itu berada bersama orang Israel.) 19 Semasa Saul masih bercakap dengan imam itu, keadaan di perkhemahan orang Filistin semakin huru-hara. Lalu Saul berkata kepada Imam Ahia, “Hentikan apa yang sedang kamu buat.” 20 Maka Saul dan semua tenteranya berkumpul lalu mara ke medan pertempuran. Di situ mereka nampak orang Filistin menyerang satu sama lain dengan pedang dan keadaannya sangat kacau-bilau. 21 Selain itu, orang Ibrani yang dahulunya memihak dengan orang Filistin dan yang pergi ke perkhemahan mereka, kini berbalik kepada orang Israel di bawah pimpinan Saul dan Yonatan. 22 Semua orang Israel yang bersembunyi+ di kawasan pergunungan Efraim mendengar bahawa orang Filistin sudah melarikan diri. Maka mereka turut menyertai pertempuran itu dengan mengejar orang Filistin. 23 Mereka terus bertempur sampai ke Bet-awen.+ Demikianlah Yehuwa menyelamatkan orang Israel pada hari itu.+

24 Namun, pada hari itu orang Israel letih lesu kerana Saul telah bersumpah di hadapan rakyatnya, “Terkutuklah orang yang makan apa-apa pun sebelum waktu petang dan sebelum beta membalas dendam terhadap musuh-musuh beta!” Maka tiada sesiapa pun yang makan apa-apa.+

25 Kemudian semua tentera* sampai di sebuah hutan dan terdapat madu di tanah. 26 Setibanya mereka di situ, mereka nampak madu menitis tetapi tiada sesiapa pun yang memakannya kerana mereka takut akan sumpah itu. 27 Namun Yonatan tidak tahu bahawa bapanya telah menyuruh para askar untuk bersumpah sedemikian.+ Maka dia menghulurkan tongkat yang dipegangnya dan mencelup hujung tongkat itu ke dalam sarang madu. Apabila dia makan madu itu, dia berasa segar semula.* 28 Seorang askar berkata, “Ayahanda tuan menyuruh para askar bersumpah, ‘Terkutuklah orang yang makan apa-apa pun pada hari ini!’+ Itulah sebabnya semua orang begitu letih.” 29 Tetapi Yonatan berkata, “Ayahandaku telah membawa kesusahan yang besar kepada semua orang. Lihatlah bagaimana aku disegarkan semula* setelah aku makan sedikit madu. 30 Bukankah lebih baik jika para askar memakan apa saja+ yang dijarah daripada musuh pada hari ini? Tentu lebih banyak orang Filistin yang dapat dibunuh oleh mereka.”

31 Pada hari itu, mereka terus membunuh orang Filistin dari Mikhmas sampai ke Ayalon,+ lalu para askar berasa letih sekali. 32 Oleh itu, mereka berebut-rebut mengambil barang jarahan; mereka mengambil biri-biri dan lembu lalu menyembelih semuanya di tempat itu juga. Mereka memakan daging binatang dengan darahnya sekali.+ 33 Maka Saul diberitahu, “Lihatlah! Para askar berdosa terhadap Yehuwa kerana mereka memakan daging dengan darahnya.”+ Lalu Saul berkata, “Kamu bertindak dengan tidak setia. Gulingkanlah sebuah batu besar ke sini sekarang juga.” 34 Kemudian Saul berkata, “Pergilah kepada semua orang dan beritahu mereka, ‘Kamu masing-masing mesti membawa lembu jantan dan biri-biri kamu lalu menyembelihnya di atas batu ini. Selepas itu, kamu boleh memakannya. Janganlah berdosa terhadap Yehuwa dengan memakan daging berserta darahnya.’”+ Maka pada malam itu, setiap orang membawa seekor lembu jantan dan menyembelihnya di situ. 35 Saul membina sebuah mazbah untuk Yehuwa.+ Itulah mazbah pertama yang dibina olehnya untuk Yehuwa.

36 Kemudian Saul berkata, “Marilah kita menyerang orang Filistin pada waktu malam dan menjarah harta mereka sehingga waktu pagi. Kita tidak akan membiarkan seorang pun terselamat.” Lalu para askar berkata, “Lakukanlah apa yang baik di mata tuanku.” Kemudian imam berkata, “Biarlah kita meminta petunjuk daripada Tuhan yang benar di sini.”+ 37 Oleh itu, Saul bertanya kepada Tuhan, “Patutkah aku menyerang orang Filistin?+ Adakah Engkau akan menyerahkan mereka ke dalam tangan orang Israel?” Tetapi Tuhan tidak menjawabnya pada hari itu. 38 Maka Saul berkata, “Hai ketua tentera sekalian, marilah ke sini dan siasatlah dosa apa yang telah dilakukan hari ini. 39 Demi Yehuwa yang hidup, yang menyelamatkan orang Israel, beta bersumpah bahawa biarpun Yonatan putera beta sendiri didapati bersalah, dia mesti dihukum mati.” Tetapi tiada seorang pun yang menjawabnya. 40 Kemudian dia berkata kepada semua tentera Israel, “Kamu semua berdiri di sebelah sana, dan beta serta Yonatan, putera beta, akan berdiri di sebelah sini.” Lalu mereka berkata kepada Saul, “Lakukanlah apa yang baik di mata tuanku.”

41 Saul berkata kepada Yehuwa, “Ya Tuhan orang Israel, jawablah dengan Tumim!”*+ Lalu Yonatan dan Saul dipilih. Dengan demikian para askar didapati tidak bersalah. 42 Kemudian Saul berkata, “Buanglah undi+ untuk menentukan sama ada beta atau Yonatan yang bersalah.” Lalu Yonatan dipilih. 43 Saul bertanya kepada Yonatan, “Beritahulah ayahanda apa yang telah kamu lakukan?” Maka Yonatan pun menjawab, “Saya cuma makan sedikit madu daripada hujung tongkat saya.+ Saya bersedia untuk mati!”

44 Saul pun berkata, “Biarlah Tuhan menghukum beta dengan berat jika kamu tidak dihukum mati, Yonatan!”+ 45 Tetapi para askar berkata kepada Saul, “Patutkah Yonatan mati sedangkan dialah yang membawa kemenangan* besar+ kepada umat Israel? Hal itu mustahil. Kami bersumpah demi Yehuwa yang hidup bahawa tidak seutas rambut pun di kepalanya akan gugur ke tanah, kerana Tuhanlah yang telah membantunya untuk bertindak hari ini.”+ Demikianlah mereka menyelamatkan Yonatan daripada hukuman mati.

46 Selepas itu, Saul berhenti mengejar orang Filistin. Orang Filistin pun pulang ke wilayah mereka sendiri.

47 Saul mengukuhkan kerajaannya di negeri Israel dan melawan semua musuh di sekelilingnya. Dia melawan orang Moab,+ orang Ammon,+ orang Edom,+ raja-raja Zoba,+ dan orang Filistin.+ Dia mengalahkan mereka ke mana sahaja dia pergi. 48 Saul berperang dengan gagah berani dan mengalahkan orang Amalek+ lalu menyelamatkan orang Israel daripada tangan musuh mereka.

49 Anak-anak lelaki Saul bernama Yonatan, Yiswi, dan Malki-sua.+ Saul mempunyai dua orang anak perempuan; yang sulung bernama Merab+ dan yang bongsu bernama Mikhal.+ 50 Isteri Saul bernama Ahinoam, anak perempuan Ahimaas. Ketua tenteranya bernama Abner+ anak Ner, iaitu bapa saudara Saul. 51 Kish+ ialah bapa Saul, dan Ner,+ bapa Abner, ialah anak Abiel.

52 Sepanjang hayat Saul, dia berperang dengan sengit melawan orang Filistin.+ Apabila Saul nampak orang yang kuat atau berani, dia akan menjadikan orang itu anggota tenteranya.+

15 Kemudian Samuel berkata kepada Saul, “Yehuwa telah mengutus hamba untuk melantik* tuanku sebagai raja atas umat-Nya Israel.+ Sekarang dengarlah apa yang ingin difirmankan oleh Yehuwa.+ 2 Inilah firman Yehuwa, ketua angkatan syurga: ‘Aku akan meminta orang Amalek bertanggungjawab atas tindakan mereka, kerana mereka telah menentang orang Israel semasa orang Israel keluar dari Mesir.+ 3 Sekarang, pergilah dan binasakanlah orang Amalek.+ Musnahkanlah mereka+ berserta segala yang dimiliki oleh mereka. Jangan tinggalkan apa-apa pun.* Engkau harus membunuh mereka,+ baik lelaki mahupun wanita, anak mahupun bayi, lembu jantan mahupun biri-biri, dan unta mahupun keldai.’”+ 4 Maka Saul mengumpulkan askarnya dan menghitung mereka di Telaim. Terdapat 200,000 orang askar yang berjalan kaki dan 10,000 orang askar dari Yehuda.+

5 Saul maju sampai ke kota orang Amalek dan bersedia untuk melancarkan serangan hendap berhampiran sebuah lembah.* 6 Saul berkata kepada orang Keni,+ “Pergilah dan tinggalkanlah orang Amalek supaya beta tidak memusnahkan kamu bersama mereka.+ Kamu telah menunjukkan kasih dan kebaikan* kepada seluruh umat Israel+ semasa mereka meninggalkan Mesir.” Maka orang Keni meninggalkan orang Amalek. 7 Selepas itu, Saul membunuh orang Amalek+ dari Hawila+ sehingga Syur+ yang terletak di sebelah Mesir. 8 Dia menangkap Agag,+ raja orang Amalek, tetapi membunuh semua orang dengan pedang.+ 9 Namun begitu, Saul dan askar-askarnya tidak memusnahkan* Agag, kawanan dan ternakan yang terbaik, binatang-binatang yang gemuk, bebiri jantan, dan segala sesuatu yang baik.+ Mereka tidak mahu memusnahkan semua itu. Tetapi mereka membinasakan semua barang yang tidak diingini dan yang tidak bernilai.

10 Kemudian Yehuwa berfirman kepada Samuel, 11 “Aku menyesal* bahawa Aku telah melantik Saul sebagai raja kerana dia telah berpaling daripada-Ku dan tidak melaksanakan perintah-Ku.”+ Samuel berasa sangat susah hati dan dia berdoa dan merayu kepada Yehuwa sepanjang malam.+ 12 Apabila Samuel bangun pada awal pagi untuk berjumpa dengan Saul, Samuel diberitahu, “Saul sudah pergi ke Karmel+ dan dia telah mendirikan sebuah tugu bagi dirinya di sana.+ Kemudian dia berangkat dan pergi ke Gilgal.” 13 Ketika Samuel bertemu dengan Saul, Saul berkata, “Semoga Yehuwa memberkati tuan. Beta sudah melaksanakan perintah Yehuwa.” 14 Lalu Samuel bertanya, “Jika begitu, mengapakah hamba mendengar bunyi biri-biri dan lembu?”+ 15 Saul menjawab, “Binatang-binatang itu dirampas daripada orang Amalek. Para askar tidak memusnahkan* kawanan dan ternakan yang terbaik kerana mereka mahu mempersembahkannya kepada Yehuwa, Tuhan tuan. Tetapi yang selebihnya telah kami musnahkan.” 16 Samuel pun berkata kepada Saul, “Cukuplah! Biarlah hamba beritahu tuanku apa yang difirmankan oleh Yehuwa kepada hamba semalam.”+ Saul berkata, “Katakanlah!”

17 Samuel berkata, “Bukankah tuanku menganggap diri tidak penting+ semasa tuanku dijadikan pemimpin suku-suku Israel dan semasa Yehuwa melantik tuanku sebagai raja Israel?+ 18 Yehuwa telah memberi tuanku suatu tugas dan Dia berfirman, ‘Pergilah binasakan orang Amalek yang berdosa.+ Berperanglah melawan mereka sehingga engkau memusnahkan mereka sama sekali.’+ 19 Jadi mengapakah tuanku tidak mematuhi Yehuwa? Sebaliknya tuanku dengan tamak dan tergesa-gesa mengambil barang jarahan+ dan melakukan apa yang jahat di mata Yehuwa!”

20 Namun Saul berkata kepada Samuel, “Beta telah mematuhi Yehuwa! Beta menjalankan tugas yang diberikan oleh Yehuwa dan beta telah menawan Agag, raja orang Amalek. Beta juga memusnahkan semua orang Amalek.+ 21 Tetapi para askar mengambil biri-biri dan lembu yang terbaik daripada segala sesuatu yang akan dimusnahkan. Mereka mahu mempersembahkannya di Gilgal kepada Yehuwa, Tuhan tuan.”+

22 Kemudian Samuel berkata, “Manakah yang lebih disukai Yehuwa: Mempersembahkan korban bakar+ atau mentaati-Nya? Sememangnya mentaati Yehuwa lebih baik daripada mempersembahkan korban, dan mendengar dengan teliti lebih baik daripada mempersembahkan lemak bebiri jantan;+ 23 pemberontakan+ sama jahatnya dengan ilmu ramal,+ dan kesombongan* sama seperti menggunakan ilmu sihir dan penyembahan berhala.* Oleh sebab tuanku menolak perintah Yehuwa,+ Dia pun menolak tuanku sebagai raja.”+

24 Lalu Saul berkata kepada Samuel, “Beta sudah berdosa kerana beta tidak mematuhi perintah Yehuwa dan kata-kata tuan. Beta takut terhadap rakyat lalu beta mendengar apa yang dikatakan oleh mereka. 25 Tetapi sekarang, ampunkanlah dosa beta dan kembalilah dengan beta supaya beta dapat bersujud kepada Yehuwa.”+ 26 Namun Samuel berkata, “Hamba tidak akan kembali dengan tuanku kerana tuanku telah menolak perintah Yehuwa dan Yehuwa pun telah menolak tuanku sebagai raja Israel.”+ 27 Semasa Samuel berpaling untuk pergi, Saul menarik hujung jubah Samuel yang tidak berlengan lalu jubah itu koyak. 28 Oleh itu Samuel berkata, “Pada hari ini, Yehuwa sudah mengoyakkan kerajaan Israel daripada tuanku dan Dia akan memberikannya kepada orang lain yang lebih baik daripada tuanku.+ 29 Lagipun Tuhan Yang Agung, Tuhan orang Israel,+ tidak akan berdusta+ atau mengubah fikiran-Nya,* kerana Dia bukan seperti manusia yang selalu mengubah fikiran.”*+

30 Saul berkata, “Beta sudah berdosa. Tetapi tolonglah, hormatilah beta di hadapan para pemimpin rakyat dan di hadapan orang Israel. Kembalilah bersama beta supaya beta dapat sujud menyembah Yehuwa, Tuhan tuan.”+ 31 Oleh itu, Samuel kembali bersama-sama Saul, dan Saul bersujud kepada Yehuwa. 32 Samuel berkata, “Bawalah Agag, raja orang Amalek, ke sini.” Lalu Agag datang kepadanya dengan gementar.* Sebelum ini, Agag berfikir, “Beta tidak lagi diancam* maut.” 33 Tetapi Samuel berkata, “Sepertimana pedangmu sudah menyebabkan banyak wanita kehilangan anak, demikian juga ibumu akan kehilangan anaknya.” Lalu Samuel memotong-motong Agag di hadapan Yehuwa di Gilgal.+

34 Selepas itu, Samuel pergi ke Rama dan Saul kembali ke rumahnya di Gibea. 35 Samuel tidak lagi bersemuka dengan Saul sehingga akhir hayatnya, tetapi dia tetap bersedih kerana Saul.+ Yehuwa menyesal kerana Dia telah menjadikan Saul raja Israel.+

16 Akhirnya Yehuwa berfirman kepada Samuel, “Berapa lamakah engkau mahu bersedih kerana Saul,+ sedangkan Aku sudah menolaknya sebagai raja yang memerintah orang Israel?+ Isilah sebuah tanduk dengan minyak+ dan berangkatlah. Aku akan mengutus engkau kepada Isai,+ penduduk Betlehem itu, kerana Aku telah memilih salah seorang daripada anak lelakinya sebagai raja.”+ 2 Tetapi Samuel berkata, “Bagaimanakah aku dapat berbuat demikian? Jika Saul mendengar tentang hal ini, dia akan membunuhku.”+ Yehuwa berfirman, “Bawalah seekor anak lembu bersamamu dan katakanlah, ‘Aku datang untuk mempersembahkan korban kepada Yehuwa.’ 3 Jemputlah Isai semasa engkau mempersembahkan korban itu, lalu Aku akan memberitahu engkau apa yang harus dilakukan. Engkau harus mengurapi* orang yang akan Aku tunjukkan kepadamu.”+

4 Samuel melakukan apa yang difirmankan oleh Yehuwa. Apabila dia tiba di Betlehem,+ para pemimpin kota itu gementar semasa bertemu dengannya. Mereka bertanya, “Adakah kedatangan tuan membawa kesejahteraan?” 5 Samuel menjawab, “Ya, aku datang untuk mempersembahkan korban kepada Yehuwa. Sucikanlah diri kamu dan ikutlah aku.” Selepas Isai dan anak-anak lelakinya menyucikan diri, dia menjemput mereka ke upacara mempersembahkan korban. 6 Apabila mereka tiba, Samuel nampak Eliab+ lalu dia berfikir, “Sudah pasti dialah orang yang dilantik* oleh Yehuwa.” 7 Namun Yehuwa berfirman kepada Samuel, “Janganlah perhatikan paras rupa dan ketinggiannya+ kerana bukan dia yang Aku pilih. Pandangan Tuhan bukanlah seperti pandangan manusia, kerana manusia melihat rupa luaran sedangkan Yehuwa melihat hati orang.”+ 8 Selepas itu, Isai memanggil Abinadab+ lalu menyuruhnya menghadap Samuel. Tetapi Samuel berkata, “Dia juga tidak dipilih oleh Yehuwa.” 9 Kemudian Isai membawa Shama+ tetapi Samuel berkata, “Dia pun tidak dipilih oleh Yehuwa.” 10 Demikianlah Isai menyuruh ketujuh-tujuh orang anak lelakinya menghadap Samuel. Namun Samuel berkata kepada Isai, “Tiada seorang pun antara mereka yang dipilih oleh Yehuwa.”

11 Akhirnya Samuel bertanya kepada Isai, “Hanya inikah anak-anak lelakimu?” Isai menjawab, “Masih ada seorang lagi yang bongsu.+ Dia sedang menggembala biri-biri.”+ Lalu Samuel berkata kepada Isai, “Suruhlah dia datang kerana kita tidak akan duduk untuk makan selagi dia belum tiba.” 12 Maka Isai menyuruh orang untuk memanggil anak bongsunya. Anaknya itu kacak dan matanya menawan.+ Kemudian Yehuwa berfirman, “Inilah orangnya! Bangunlah dan urapilah dia.”+ 13 Oleh itu, Samuel mengambil tanduk yang berisi minyak+ lalu mengurapinya di hadapan abang-abangnya. Sejak hari itu, kuasa suci Yehuwa dicurahkan ke atas Daud.+ Kemudian Samuel berangkat ke Rama.+

14 Yehuwa tidak lagi mencurahkan kuasa suci-Nya ke atas Saul,+ dan Yehuwa membiarkan fikiran* Saul bercelaru sehingga dia berasa terseksa.+ 15 Maka hamba-hamba Saul berkata kepadanya, “Tuanku, Tuhan sudah membiarkan fikiran tuanku bercelaru sehingga tuanku berasa terseksa. 16 Jika tuanku setuju, perintahkanlah hamba sekalian untuk mencari seseorang yang mahir bermain kecapi.+ Setiap kali Tuhan membiarkan fikiran tuanku bercelaru, orang itu akan memainkan kecapi supaya tuanku berasa lebih tenang.” 17 Oleh itu, Saul berkata kepada hamba-hambanya, “Carilah seseorang yang pandai bermain kecapi dan bawalah dia ke sini.”

18 Salah seorang hambanya berkata, “Hamba pernah melihat salah seorang anak Isai, penduduk Betlehem itu, bermain kecapi dengan mahir. Dia seorang pahlawan yang gagah dan berani.+ Lagipun dia kacak dan pandai berkata-kata,+ dan Yehuwa menyertainya.”+ 19 Maka Saul menghantar utusan kepada Isai lalu berkata, “Suruhlah anakmu Daud yang menggembala ternakan untuk datang menghadap beta.”+ 20 Kemudian Isai mengambil roti, kirbat kulit yang berisi wain, dan seekor anak kambing lalu memuatkannya ke atas seekor keldai. Dia menyuruh Daud membawa semua itu kepada Saul. 21 Demikianlah Daud datang kepada Saul dan mula berkhidmat kepadanya.+ Saul semakin mengasihi Daud dan menjadikan Daud pembawa senjatanya. 22 Saul mengirim pesan kepada Isai: “Benarkanlah Daud terus berkhidmat kepada beta kerana beta suka akan Daud.” 23 Setiap kali Tuhan membiarkan fikiran Saul bercelaru sehingga dia berasa terseksa, Daud mengambil kecapi lalu memainkannya. Setelah itu, Saul mendapat ketenangan dan kelegaan hati, dan fikirannya akan menjadi tenang semula.+

17 Orang Filistin+ mengerahkan tentera mereka untuk berperang. Mereka berkumpul di Sokho,+ di wilayah Yehuda, dan berkhemah di Efes-damim+ yang terletak di antara Sokho dan Azeka.+ 2 Saul dan tentera Israel pula berkumpul lalu berkhemah di Lembah* Ela+ dan mereka mengatur barisan tentera untuk menghadapi serangan orang Filistin. 3 Tentera Filistin berada di sebuah gunung dan tentera Israel berada di gunung yang lain, dan di antara mereka terdapat sebuah lembah.

4 Kemudian seorang wira yang bernama Goliat,+ dari kota Gat,+ keluar dari perkhemahan orang Filistin. Tingginya kira-kira tiga meter.* 5 Dia memakai topi tembaga dan baju zirah* tembaga yang bersisik. Berat baju zirah itu+ ialah kira-kira 57 kilogram.* 6 Sebahagian kakinya* dilindungi oleh kepingan tembaga dan dia menyangkutkan sebatang lembing+ tembaga di bahunya. 7 Batang tombaknya diperbuat daripada kayu sebesar kayu pada alat tenun+ dan mata tombaknya diperbuat daripada besi seberat kira-kira tujuh kilogram.* Pembawa perisainya berjalan di hadapannya. 8 Dia berdiri dan berteriak kepada barisan tentera orang Israel,+ “Mengapakah kamu datang untuk mengatur barisan tentera? Akulah pahlawan Filistin yang terhandal dan kamu hamba-hamba Saul. Pilihlah seorang lelaki daripada kalangan kamu dan biarlah dia turun untuk melawan aku. 9 Jika dia dapat melawan aku dan membunuh aku, kami akan menjadi hamba-hamba kamu. Tetapi jika aku mengalahkannya dan membunuhnya, kamulah yang akan menjadi hamba-hamba kami.” 10 Kemudian Goliat* berkata lagi, “Aku mencabar* barisan tentera orang Israel hari ini.+ Biarlah orang yang kamu pilih melawan aku!”

11 Apabila Saul dan semua orang Israel mendengar kata-kata Goliat, mereka sangat takut dan gementar.

12 Daud ialah anak Isai, orang Efrata+ dari Betlehem+ di Yehuda. Isai+ mempunyai lapan orang anak lelaki,+ dan pada masa pemerintahan Saul, Isai sudah tua. 13 Anak sulung Isai bernama Eliab,+ yang kedua bernama Abinadab,+ dan yang ketiga bernama Shama.+ Mereka bertiga sudah mengikut Saul pergi berperang.+ 14 Daud ialah anak bongsu+ dan ketiga-tiga orang abangnya itu sudah mengikut Saul.

15 Semasa Daud berkhidmat untuk Saul, dia berulang-alik ke rumahnya untuk menjaga biri-biri+ bapanya di Betlehem. 16 Sementara itu, Goliat tampil setiap pagi dan petang selama 40 hari untuk mencabar orang Israel.

17 Pada suatu hari, Isai berkata kepada anaknya Daud, “Ambillah sebuah kantung* biji-bijian yang sudah dipanggang dan 10 ketul roti ini, lalu bawanya dengan segera kepada abang-abangmu di perkhemahan. 18 Bawalah juga 10 potongan keju untuk ketua askar.* Selain itu, tengoklah bagaimana keadaan abang-abangmu dan bawalah sesuatu daripada mereka untuk membuktikan bahawa mereka dalam keadaan yang sihat.” 19 Mereka berada di Lembah* Ela+ bersama Saul dan orang Israel yang lain untuk berperang dengan orang Filistin.+

20 Pada awal pagi, Daud bangun dan menyuruh orang lain menjaga biri-biri. Kemudian dia berkemas dan berangkat sebagaimana yang diperintahkan oleh Isai. Apabila dia tiba di perkhemahan, pasukan tentera sedang mara ke medan pertempuran sambil berteriak dengan kuat. 21 Orang Israel dan orang Filistin mengatur barisan tentera mereka agar mereka saling berhadapan. 22 Dengan segera, Daud meninggalkan barang-barangnya dengan penjaga barang lalu berlari ke medan pertempuran. Apabila dia tiba di situ, dia bertanya tentang keadaan abang-abangnya.+

23 Ketika Daud sedang bercakap dengan mereka, tampillah wira yang bernama Goliat,+ orang Filistin dari Gat. Dia keluar dari barisan tentera orang Filistin lalu mengucapkan kata-kata yang sama seperti sebelumnya,+ dan Daud mendengar apa yang dikatakannya. 24 Apabila semua orang Israel melihat Goliat, mereka lari ketakutan.+ 25 Orang Israel berkata, “Lihatlah orang ini! Dia datang untuk mencabar* orang Israel.+ Raja akan memberikan banyak kekayaan kepada orang yang membunuhnya. Raja juga akan memberikan puterinya kepada orang itu+ dan keluarga bapa orang itu dikecualikan daripada membayar cukai dan berkhidmat kepadanya.”

26 Daud bertanya kepada orang yang berdiri dekatnya, “Apakah yang akan diberikan kepada lelaki yang membunuh orang Filistin itu dan yang membebaskan Israel daripada penghinaan? Siapakah orang Filistin yang tidak bersunat itu sehingga dia berani mencabar* barisan tentera Tuhan yang hidup?”+ 27 Maka mereka memberitahunya perkara yang sama lalu berkata, “Itulah ganjaran yang akan diberikan kepada orang yang membunuh dia.” 28 Apabila Eliab, abang sulung Daud,+ mendengar Daud bercakap dengan mereka, dia marah dengan Daud dan berkata, “Mengapa kamu datang ke sini? Siapa yang kamu suruh untuk menjaga biri-birimu yang ada di padang belantara?+ Aku tahu kamu berlagak pandai dan berniat jahat. Kamu datang ke sini hanya untuk melihat pertempuran.” 29 Lalu Daud berkata, “Apa salahku? Aku bertanya saja!” 30 Kemudian Daud berpaling daripadanya lalu menanyakan soalan yang sama kepada orang lain.+ Mereka pun memberikan jawapan yang sama.+

31 Beberapa orang terdengar kata-kata Daud lalu melaporkannya kepada Saul. Maka Saul menyuruh Daud menghadapnya. 32 Daud berkata kepada Saul, “Janganlah sesiapa pun takut kerana orang Filistin itu. Hamba akan pergi melawannya.”+ 33 Tetapi Saul berkata kepada Daud, “Kamu tidak dapat melawan orang Filistin itu kerana kamu masih muda+ sedangkan dia sudah menjadi askar sejak masa mudanya.” 34 Kemudian Daud berkata kepada Saul, “Semasa hamba menggembala ternakan bapa hamba, seekor singa+ datang lalu menerkam seekor biri-biri. Pernah juga seekor beruang datang dan melakukan hal yang sama. 35 Hamba mengejar binatang itu dan menyerangnya lalu menyelamatkan biri-biri itu. Apabila binatang itu melawan, hamba memegang lehernya* lalu membunuhnya. 36 Hamba sudah membunuh singa dan beruang itu. Demikianlah yang akan hamba lakukan terhadap orang Filistin yang tidak bersunat itu, kerana dia telah mencabar* barisan tentera Tuhan yang hidup.”+ 37 Kemudian Daud berkata lagi, “Yehuwa telah menyelamatkan hamba daripada cengkaman singa dan beruang. Dia juga akan menyelamatkan hamba daripada tangan orang Filistin itu.”+ Maka Saul berkata kepada Daud, “Pergilah dan semoga Yehuwa menyertaimu.”

38 Saul pun mengenakan baju perangnya pada Daud. Dia memakaikan topi tembaga pada kepala Daud dan mengenakan baju zirah pada Daud. 39 Selepas Daud mengenakan baju perangnya, dia mengikat sebilah pedang dan mencuba untuk berjalan, tetapi dia tidak dapat berbuat demikian kerana dia tidak biasa memakai pakaian itu. Daud berkata kepada Saul, “Hamba tidak dapat berjalan dengan memakai pakaian ini kerana hamba tidak biasa memakainya.” Maka Daud menanggalkan pakaian itu. 40 Kemudian dia membawa tongkatnya dan memilih lima biji batu yang licin dari sungai* lalu meletakkan batu-batu itu ke dalam kantungnya. Dia pergi menghadap Goliat dengan bersenjatakan ali-ali.*+

41 Kemudian Goliat maju menghampiri Daud dan pembawa perisainya berjalan di hadapannya. 42 Apabila Goliat nampak Daud, dia mengejek dan mentertawakannya kerana Daud masih muda dan kacak.+ 43 Maka Goliat berkata kepada Daud, “Buat apa kamu membawa kayu untuk melawan aku? Adakah kamu fikir aku ini anjing?”+ Lalu demi nama dewa-dewanya, Goliat mengutuk Daud. 44 Goliat berkata kepada Daud, “Datanglah kepadaku dan aku akan memberikan dagingmu kepada burung dan binatang-binatang untuk dimakan.”

45 Daud berkata kepada Goliat, “Kamu datang melawan aku dengan pedang, tombak, dan lembing.+ Tetapi aku datang melawanmu demi nama Yehuwa, ketua angkatan syurga,+ Tuhan tentera orang Israel, yang telah kamu hina.*+ 46 Pada hari ini juga, Yehuwa akan menyerahkan kamu ke dalam tanganku.+ Aku akan membunuhmu dan memenggal kepalamu. Pada hari ini, aku akan memberikan bangkai-bangkai tentera Filistin kepada burung dan binatang-binatang liar untuk dimakan. Dengan itu, semua orang akan tahu bahawa bangsa Israel mempunyai Tuhan yang benar.+ 47 Semua orang yang berkumpul di sini* akan tahu bahawa Yehuwa tidak memerlukan pedang ataupun tombak untuk menyelamatkan umat-Nya.+ Hanya Yehuwa yang dapat memberi kami kemenangan,+ dan Dia akan menyerahkan kamu semua ke dalam tangan kami.”+

48 Kemudian Goliat mara dan semakin mendekati Daud, tetapi Daud berlari dengan cepat ke barisan pertempuran untuk menghadapinya. 49 Daud memasukkan tangannya ke dalam kantung dan mengambil sebiji batu lalu menghumban batu itu ke dahi Goliat. Batu itu terbenam ke dalam dahi Goliat sehingga dia rebah tertiarap ke tanah.+ 50 Meskipun Daud tidak mempunyai pedang, dia mengalahkan dan membunuh orang Filistin itu dengan hanya bersenjatakan ali-ali dan sebiji batu.+ 51 Daud terus berlari ke sisi Goliat. Dia menghunus pedang Goliat+ lalu memenggal kepala Goliat untuk memastikan bahawa dia sudah mati. Ketika orang Filistin nampak bahawa pahlawan mereka sudah mati, mereka melarikan diri.+

52 Oleh itu, orang Israel dan Yehuda bangkit lalu bersorak. Mereka mengejar orang Filistin dari lembah+ sampai ke pintu gerbang Ekron.+ Mayat orang Filistin bergelimpangan di sepanjang jalan dari Saaraim+ sampai ke Gat dan Ekron. 53 Selepas orang Israel kembali daripada mengejar orang Filistin, mereka menjarah perkhemahan orang Filistin.

54 Kemudian Daud mengambil kepala Goliat dan membawanya ke Yerusalem. Tetapi dia menyimpan senjata Goliat di dalam khemahnya.+

55 Apabila Saul nampak Daud pergi berlawan dengan Goliat, dia bertanya kepada Abner,+ ketua tenteranya, “Abner, anak siapakah pemuda itu?”+ Abner menjawab, “Hamba bersumpah demi tuanku bahawa hamba tidak tahu!” 56 Raja pun berkata, “Pergilah tanya anak siapa pemuda itu.” 57 Sebaik sahaja Daud kembali daripada membunuh Goliat, Abner membawanya menghadap Saul. Pada masa itu, Daud masih memegang kepala orang Filistin itu.+ 58 Saul bertanya kepadanya, “Hai anakku, anak siapakah kamu?” Daud menjawab, “Hamba anak Isai+ dari Betlehem.”+

18 Setelah Yonatan+ mendengar kata-kata Daud kepada Saul, dia dan Daud mula menjalin persahabatan yang erat. Yonatan mengasihi Daud seperti dia mengasihi dirinya sendiri.+ 2 Sejak hari itu, Saul menyuruh Daud untuk terus berkhidmat kepadanya dan dia tidak membenarkan Daud pulang ke rumah bapanya.+ 3 Yonatan mengasihi Daud seperti dia mengasihi dirinya sendiri, maka mereka membuat suatu perjanjian persahabatan.+ 4 Yonatan menanggalkan jubah tidak berlengan yang dipakainya lalu memberikan jubah itu kepada Daud. Dia juga memberikan pakaian perangnya, pedangnya, busurnya, dan tali pinggangnya kepada Daud. 5 Sejak itu, Daud pergi berperang. Dia meraih kejayaan*+ ke mana sahaja Saul mengutusnya. Maka Saul memberinya kuasa atas para tentera,+ dan hal ini menyenangkan hati semua orang dan hamba-hamba Saul.

6 Apabila Daud dan askar-askar Israel kembali daripada membunuh orang Filistin, para wanita akan keluar dari semua kota di Israel dengan nyanyian+ dan tarian untuk menyambut Raja Saul. Dengan penuh sukacita, mereka memainkan alat-alat muzik bertali dan tamborin.+ 7 Para wanita yang merayakan peristiwa itu bernyanyi,

“Saul membunuh beribu-ribu orang,

Dan Daud membunuh berpuluh-puluh ribu orang.”+

8 Saul tidak suka akan lagu itu dan dia menjadi sangat marah.+ Dia berfikir, “Mereka berkata bahawa Daud telah membunuh berpuluh-puluh ribu orang, sedangkan beta hanya membunuh beribu-ribu orang. Tidak lama lagi mereka akan menjadikan dia raja!”+ 9 Sejak hari itu, Saul selalu memandang Daud dengan curiga.

10 Pada keesokan hari, Tuhan membiarkan fikiran* Saul bercelaru+ dan dia mula berkelakuan pelik* di dalam rumah. Seperti biasa, Daud memainkan kecapinya.+ Pada masa itu, Saul memegang sebatang tombak,+ 11 lalu dia melemparkan tombak+ itu ke arah Daud. Dia berfikir, “Beta akan menancapkan Daud ke dinding!” Namun Daud berjaya melepaskan diri sebanyak dua kali. 12 Saul takut akan Daud kerana Yehuwa sudah meninggalkannya dan menyertai Daud.+ 13 Maka Saul melantik Daud sebagai ketua atas 1,000 orang askar agar Daud tidak lagi bertugas untuknya di istana. Oleh itu, Daud memimpin pasukan tentera dalam pertempuran,+ 14 dan dia berjaya*+ dalam segala usahanya kerana Yehuwa menyertainya.+ 15 Apabila Saul nampak segala kejayaan Daud, dia menjadi takut akan Daud. 16 Tetapi semua orang Israel dan Yehuda mengasihi Daud, kerana dialah yang memimpin mereka dalam peperangan.

17 Kemudian Saul berkata kepada Daud, “Inilah puteri sulung beta, Merab.+ Beta akan mengahwinkannya dengan kamu.+ Tetapi kamu harus terus membuktikan keberanianmu kepada beta dan berjuang untuk Yehuwa.”+ Sebenarnya Saul berfikir, “Biarlah Daud mati di tangan orang Filistin supaya beta tidak perlu membunuhnya.”+ 18 Daud berkata kepada Saul, “Siapakah hamba ini dan siapakah keluarga bapa hamba di Israel, sehingga hamba layak menjadi menantu raja?”+ 19 Namun apabila tiba masanya Merab, puteri Saul itu, dikahwinkan dengan Daud, Merab telah diserahkan kepada Adriel,+ orang Mehola itu, untuk dijadikan isterinya.

20 Mikhal,+ puteri Saul, jatuh cinta kepada Daud. Hal itu dilaporkan kepada Saul dan dia berasa senang hati. 21 Saul berfikir, “Beta akan memberikan Mikhal kepada Daud supaya Daud terperangkap dan dibunuh oleh orang Filistin.”+ Maka buat kali kedua, Saul berkata kepada Daud, “Hari ini, kamu akan menjadi menantu beta.” 22 Selain itu, Saul juga memberikan perintah berikut kepada hamba-hambanya: “Secara diam-diam, pergilah dan beritahulah Daud, ‘Raja berasa senang hati terhadapmu dan semua hambanya suka akan kamu. Maka sekarang, kahwinlah dengan puteri raja.’” 23 Sewaktu hamba-hamba Saul menyampaikan hal itu kepada Daud, dia berkata, “Adakah kamu fikir mudah untuk menjadi menantu raja? Aku hanya orang miskin yang dipandang rendah!”+ 24 Oleh itu, hamba-hamba Saul memberitahu Saul, “Inilah kata-kata Daud.”

25 Lalu Saul berkata, “Beritahulah Daud, ‘Raja tidak mahu wang hantaran.+ Raja hanya mahu 100 kulit khatan+ orang Filistin untuk membalas dendam terhadap musuh-musuhnya.’” Sebenarnya, Saul merancang supaya Daud dibunuh oleh orang Filistin. 26 Hamba-hamba Saul menyampaikan kata-kata raja kepada Daud. Daud berasa senang hati untuk menjadi menantu raja.+ Maka sebelum tibanya masa yang ditetapkan, 27 Daud dan anak buahnya pergi membunuh 200 orang Filistin lalu mengambil kulit khatan mereka. Kemudian Daud membawa semuanya kepada raja agar dia dapat berkahwin dengan puteri raja. Oleh itu, Saul mengahwinkan puterinya Mikhal dengan Daud.+ 28 Saul sedar bahawa Yehuwa menyertai Daud+ dan bahawa puterinya Mikhal mencintai Daud.+ 29 Maka Saul semakin takut akan Daud dan dia memusuhi Daud sepanjang umurnya.+

30 Setiap kali para pemimpin orang Filistin maju berperang, Daud terbukti lebih berjaya* daripada para tentera Saul,+ dan namanya sangat dihormati.+

19 Pada suatu hari, Saul memberitahu anaknya Yonatan dan semua hambanya bahawa dia merancang untuk membunuh Daud.+ 2 Yonatan sangat menyukai Daud,+ maka dia berkata kepada Daud, “Bapaku Saul ingin membunuhmu. Esok pagi berhati-hatilah dan pergilah bersembunyi di suatu tempat rahsia. 3 Aku akan pergi ke padang bersama dengan bapaku dan berdiri dekat tempat kamu bersembunyi. Aku akan bercakap dengan bapaku tentang kamu dan jika aku mengetahui apa-apa, aku pasti akan memberitahumu.”+

4 Maka Yonatan mengatakan hal-hal baik tentang Daud+ kepada bapanya Saul. Dia berkata, “Ayahanda tidak patut berdosa terhadap Daud, hamba ayahanda, kerana dia tidak berbuat salah terhadap ayahanda. Malah dia telah berjasa terhadap ayahanda. 5 Dia telah mempertaruhkan nyawanya untuk membunuh Goliat,+ sehingga Yehuwa memberikan kemenangan* yang besar kepada semua orang Israel. Pada masa itu, ayahanda telah menyaksikannya dan turut bergembira. Jadi sekarang mengapakah ayahanda mahu membunuh Daud tanpa sebab? Mengapakah ayahanda mahu berdosa terhadap orang yang tidak bersalah ini?”+ 6 Saul mendengarkan kata-kata Yonatan dan dia bersumpah, “Demi Yehuwa yang hidup, beta tidak akan membunuh Daud.” 7 Selepas itu, Yonatan memanggil Daud dan memberitahunya segala hal itu. Lalu dia membawa Daud kepada Saul dan Daud terus berkhidmat kepada Saul seperti dahulu.+

8 Tidak lama kemudian, peperangan berlaku lagi. Daud pergi menyerang dan membunuh banyak orang Filistin sehingga mereka melarikan diri daripadanya.

9 Semasa Saul sedang duduk di rumahnya, Yehuwa membiarkan fikiran* Saul bercelaru.+ Pada masa itu, dia memegang sebatang tombak dan Daud sedang memainkan kecapinya.+ 10 Saul mencuba untuk menancapkan Daud ke dinding dengan tombak itu, tetapi Daud mengelak dan tombak itu tertancap pada dinding. Daud kemudiannya melarikan diri pada malam itu. 11 Saul pula mengirim utusan untuk mengawasi rumah Daud dan membunuhnya pada waktu pagi.+ Tetapi Mikhal, isteri Daud, berkata kepadanya, “Jika kamu tidak melarikan diri pada malam ini, kamu akan mati pada keesokan hari.” 12 Mikhal segera menurunkan Daud dari tingkap supaya Daud dapat melarikan diri. 13 Mikhal mengambil sebuah patung terafim* dan meletakkannya di atas katil. Dia juga meletakkan sehelai tenunan bulu kambing di bahagian kepala lalu menutupnya dengan sehelai pakaian.

14 Apabila Saul mengirim utusan untuk menangkap Daud, Mikhal pun berkata, “Daud sedang sakit.” 15 Maka Saul mengirim utusan sekali lagi kepada Daud. Dia berkata, “Bawalah Daud bersama dengan katilnya supaya beta dapat membunuhnya.”+ 16 Apabila utusan-utusan itu masuk ke dalam rumah Daud, mereka nampak sebuah patung terafim di atas katil dan tenunan bulu kambing di bahagian kepala. 17 Saul bertanya kepada Mikhal, “Mengapakah kamu menipu beta dan membiarkan musuh beta+ melarikan diri?” Mikhal menjawab, “Daud berkata kepadaku, ‘Biarkan aku pergi. Jika tidak, aku akan membunuhmu!’”

18 Daud melarikan diri dan pergi kepada Samuel di Rama.+ Dia memberitahu Samuel segala yang telah dilakukan oleh Saul terhadapnya. Selepas itu, Daud dan Samuel berangkat dan tinggal di Nayot.+ 19 Kemudian Saul diberitahu, “Daud berada di Nayot dekat Rama.” 20 Saul segera menghantar utusan untuk menangkap Daud. Apabila para utusan itu melihat nabi-nabi yang tua bernubuat dan Samuel berada di situ untuk memimpin mereka, kuasa suci Tuhan dicurahkan ke atas para utusan Saul lalu mereka juga mula berkelakuan seperti nabi.*

21 Sewaktu Saul mendengar hal itu, dia segera menghantar lebih banyak utusan tetapi utusan-utusan itu juga mula berkelakuan seperti nabi.* Maka Saul menghantar kumpulan utusan yang ketiga tetapi mereka juga mula berkelakuan seperti nabi. 22 Akhirnya, Saul sendiri berangkat ke Rama. Ketika dia tiba di kolam besar yang terletak di Sekhu, dia bertanya, “Di manakah Samuel dan Daud?” Orang di situ menjawab, “Mereka berada di Nayot+ dekat Rama.” 23 Semasa Saul dalam perjalanan ke Nayot di Rama, kuasa suci Tuhan turut dicurahkan ke atasnya. Lalu dia berkelakuan seperti nabi* di sepanjang jalan sehingga dia tiba di Nayot dekat Rama. 24 Dia juga menanggalkan pakaiannya dan berkelakuan seperti nabi* di hadapan Samuel. Dia berbaring di situ tanpa berpakaian* sepanjang hari dan sepanjang malam. Itulah sebabnya ada pepatah yang berbunyi: “Adakah Saul juga seorang nabi?”+

20 Kemudian Daud lari dari Nayot, yang terletak di Rama. Dia pergi kepada Yonatan dan bertanya, “Apakah yang sudah aku lakukan?+ Apakah kesalahanku? Apakah dosaku terhadap bapamu sehingga dia hendak membunuh aku?” 2 Yonatan menjawab, “Hal itu tidak akan berlaku!+ Kamu tidak akan mati! Bapaku tidak akan melakukan apa-apa tanpa memberitahu aku, baik perkara yang besar mahupun perkara yang kecil. Jadi mustahil dia menyembunyikan hal itu daripadaku.” 3 Tetapi Daud berkata lagi, “Bapamu tentu tahu bahawa kamu mengasihi aku.+ Dia tentu berfikir, ‘Yonatan tidak boleh tahu tentang hal ini, supaya dia tidak bersedih.’ Aku bersumpah demi Yehuwa yang hidup dan demi kamu bahawa aku akan mati tidak lama lagi!”+

4 Maka Yonatan berkata kepada Daud, “Aku akan melakukan apa sahaja yang kamu katakan.” 5 Daud berkata kepada Yonatan, “Esok ialah perayaan bulan baharu+ dan aku dikehendaki duduk dan makan bersama raja. Tetapi kamu mesti membiarkan aku pergi dan aku akan bersembunyi di padang sampai waktu petang pada hari ketiga.* 6 Jika bapamu bertanya tentang aku, beritahulah dia, ‘Daud meminta izin untuk pergi ke kotanya di Betlehem dengan segera,+ kerana dia ingin menyertai keluarganya untuk upacara mempersembahkan korban tahunan di sana.’+ 7 Jika bapamu berkata, ‘Baiklah,’ maka aku akan selamat. Namun jika dia menjadi marah, ketahuilah bahawa dia bertekad untuk mencederakan aku. 8 Tunjukkanlah kasih yang setia kepadaku+ kerana kamu telah membuat perjanjian dengan aku di hadapan Yehuwa.+ Namun jika aku bersalah,+ bunuhlah aku, tetapi janganlah serahkan aku kepada bapamu.”

9 Maka Yonatan berkata, “Tidak mungkin aku melakukan hal itu terhadapmu! Jika aku tahu bahawa bapaku bertekad untuk mencederakanmu, aku tentu akan memberitahumu.”+ 10 Kemudian Daud bertanya kepada Yonatan, “Siapakah yang akan memberitahu aku jika bapamu menjawab kamu dengan kasar?” 11 Yonatan berkata kepada Daud, “Mari kita pergi ke padang.” Maka mereka berdua pun pergi ke padang. 12 Lalu Yonatan berkata, “Semoga Yehuwa, Tuhan orang Israel, menjadi saksi kita. Esok atau lusa, kira-kira pada waktu ini, aku akan berusaha untuk mengetahui isi hati bapaku. Jika dia berasa senang hati terhadapmu, aku tentu akan mengirim berita kepadamu. 13 Tetapi jika bapaku berhasrat untuk mencederakanmu, biarlah Yehuwa menghukum aku dengan berat sekiranya aku tidak memberitahukan hal itu kepadamu dan memastikan kamu pergi dengan selamat. Semoga Yehuwa menyertaimu+ sebagaimana Dia menyertai bapaku dahulu.+ 14 Tidak kira sama ada aku masih hidup atau mati, semoga kamu menunjukkan kasih setia yang dimiliki oleh Yehuwa kepadaku.+ 15 Semoga kamu sentiasa menunjukkan kasih setia terhadap keluargaku,+ meskipun Yehuwa melenyapkan semua musuhmu dari muka bumi.” 16 Oleh itu, Yonatan membuat perjanjian dengan keluarga Daud. Dia juga berkata, “Yehuwa akan menghukum musuh-musuhmu.” 17 Yonatan meminta Daud bersumpah lagi demi kasih Daud kepadanya. Hal ini demikian kerana Yonatan mengasihi Daud seperti dirinya sendiri.+

18 Kemudian Yonatan berkata kepadanya, “Esok ialah perayaan bulan baharu,+ dan orang akan mencarimu jika tempat dudukmu kosong. 19 Pada hari yang berikutnya, mereka tentu akan bertanya tentangmu. Maka kamu mesti pergi ke tempat persembunyianmu yang dahulu dan kamu mesti tunggu berdekatan batu di sini. 20 Aku akan melepaskan tiga batang anak panah di sebelah batu itu, seolah-olah aku sedang memanah suatu sasaran. 21 Apabila aku mengutus hambaku, aku akan berkata, ‘Pergilah cari anak panah itu.’ Jika aku berkata kepadanya, ‘Lihatlah! Anak panah itu berada di sebelah kamu, ambillah anak panah itu,’ maka kamu boleh kembali. Aku bersumpah demi Yehuwa yang hidup bahawa hal itu bererti kamu selamat dan tidak dalam bahaya apa pun. 22 Tetapi jika aku berkata kepada hamba itu, ‘Lihatlah! Anak panah itu lebih jauh di sana,’ maka pergilah, kerana Yehuwa menyuruh kamu pergi. 23 Berkenaan janji yang telah kita buat,+ semoga Yehuwa menjadi saksi kepada janji itu untuk selama-lamanya.”+

24 Maka Daud pun bersembunyi di padang. Semasa perayaan bulan baharu, raja duduk untuk makan.+ 25 Seperti biasa, raja duduk dekat dinding. Yonatan duduk di hadapannya, sementara Abner+ duduk di sebelah Saul. Tetapi tempat duduk Daud kosong. 26 Saul tidak mengatakan apa-apa pada hari itu kerana dia berfikir, “Pasti sesuatu telah berlaku sehingga Daud menjadi najis.+ Ya, dia pasti dalam keadaan najis.” 27 Pada keesokan hari,* tempat duduk Daud masih kosong. Oleh itu, Saul bertanya kepada anaknya Yonatan, “Mengapakah anak Isai+ itu tidak datang untuk makan kelmarin dan pada hari ini?” 28 Yonatan pun menjawab, “Daud meminta izin untuk pergi ke Betlehem.+ 29 Dia berkata, ‘Izinkanlah aku pergi menyertai keluargaku untuk upacara mempersembahkan korban tahunan di kota. Abangku telah meminta aku datang. Jadi, jika kamu berkenan kepadaku, benarkanlah aku pergi untuk berjumpa dengan abang-abangku.’ Itulah sebabnya dia tidak hadir untuk makan di meja raja.” 30 Kemudian Saul sangat marah dengan Yonatan. Dia berkata kepadanya, “Anak derhaka! Kamu fikir ayahanda tidak tahu kamu menyebelahi anak Isai itu? Kamu memalukan dirimu dan bondamu! 31 Selagi anak Isai itu hidup di muka bumi ini, kamu dan pemerintahanmu tidak akan berkekalan.+ Sekarang, suruhlah orang membawa Daud kepada ayahanda kerana dia mesti mati.”+

32 Tetapi Yonatan berkata kepada bapanya Saul, “Mengapa dia mesti mati?+ Apakah yang telah dilakukannya?” 33 Saul melemparkan tombaknya ke arah Yonatan untuk membunuhnya.+ Maka Yonatan tahu bahawa bapanya bertekad untuk membunuh Daud.+ 34 Yonatan begitu marah, lalu dia beredar dari meja dengan serta-merta. Pada hari itu, dia tidak makan apa-apa pun kerana dia sedih memikirkan Daud+ dan kerana bapanya telah memalukannya.

35 Pada waktu pagi, Yonatan pergi ke padang sebagaimana yang telah dirancangnya dengan Daud. Seorang hamba yang muda ada bersamanya.+ 36 Dia berkata kepada hambanya, “Cepatlah, pergilah cari anak-anak panah yang aku lepaskan.” Hamba itu pun berlari, dan Yonatan melepaskan anak panah melewati hamba itu. 37 Apabila hamba itu sampai di tempat anak panah yang dilepaskan oleh Yonatan, Yonatan berseru kepadanya, “Anak panah itu lebih jauh di sana!” 38 Yonatan berseru lagi kepadanya, “Cepatlah! Jangan berlambat-lambat!” Maka hamba Yonatan mengambil anak-anak panah itu lalu kembali kepada tuannya. 39 Hamba itu tidak memahami apa-apa pun tentang hal itu. Hanya Yonatan dan Daud yang memahaminya. 40 Kemudian Yonatan memberikan senjatanya kepada hambanya dan berkata, “Pergilah dan bawa senjata ini ke kota.”

41 Apabila hamba itu beredar, Daud keluar dari tempat yang tidak jauh dari situ, di bahagian selatan. Kemudian dia berlutut dan bersujud sebanyak tiga kali. Mereka saling berciuman dan menangis, tetapi kesedihan Daud lebih besar daripada kesedihan Yonatan.* 42 Yonatan berkata kepada Daud, “Pergilah dengan sejahtera kerana kita berdua telah bersumpah+ demi nama Yehuwa. Kita telah berkata, ‘Semoga Yehuwa menjadi saksi antara kamu dengan aku, dan antara keturunanmu dengan keturunanku untuk selama-lamanya.’”+

Kemudian Daud berangkat dan Yonatan kembali ke kota.

21 Kemudian Daud pergi kepada Imam Ahimelekh di Nob.+ Semasa Ahimelekh bertemu dengan Daud, dia gementar ketakutan lalu dia bertanya, “Mengapakah kamu datang seorang diri? Mengapakah tiada orang bersama kamu?”+ 2 Daud menjawab Imam Ahimelekh, “Raja menyuruh aku melakukan sesuatu, tetapi baginda berkata, ‘Janganlah beritahu sesiapa pun tentang tugas itu atau tentang arahan yang telah beta berikan kepadamu.’ Aku telah berjanji dengan anak buahku untuk bertemu di suatu tempat. 3 Jadi jika tuan mempunyai lima ketul roti atau apa saja makanan, berikanlah kepadaku.” 4 Imam itu berkata kepada Daud, “Di sini tiada roti biasa tetapi hanya ada roti yang suci.+ Kamu boleh memakannya asalkan anak buahmu tidak bersetubuh dengan wanita baru-baru ini.”+ 5 Daud berkata kepada imam itu, “Sebelum ini apabila kami keluar untuk berperang, kami memang tidak bersetubuh dengan wanita.+ Semasa menjalankan tugas biasa pun anak buahku suci, apalagi hari ini apabila kami menjalankan tugas yang istimewa!” 6 Maka imam itu memberikan roti yang suci kepada Daud+ kerana roti yang ada di situ hanyalah roti yang dipersembahkan kepada Tuhan. Roti itu telah diambil dari khemah suci Yehuwa untuk digantikan dengan roti baharu pada hari yang sama.

7 Pada hari itu, Doeg,+ iaitu hamba Saul yang berbangsa Edom,+ berada di hadapan Yehuwa di khemah suci. Dia ialah ketua gembala Saul.

8 Daud berkata lagi kepada Ahimelekh, “Adakah tuan mempunyai tombak atau pedang di sini? Tugas yang diberikan oleh raja begitu mendesak sehingga aku tidak membawa pedang atau senjataku.” 9 Imam itu menjawab, “Pedang Goliat,+ orang Filistin yang kamu bunuh di Lembah* Ela itu,+ ada di sini. Pedang itu dibalut dengan kain dan terletak di belakang efod.+ Jika kamu mahu pedang itu, ambillah, kerana hanya itulah senjata yang ada di sini.” Daud berkata, “Tiada pedang lain seperti pedang itu. Berikanlah pedang itu kepadaku.”

10 Pada hari itu juga, Daud berangkat dan terus melarikan diri+ daripada Saul lalu dia sampai di Gat,+ kota Raja Akhis. 11 Hamba-hamba Akhis berkata kepada Akhis, “Bukankah ini Daud, raja di negerinya? Bukankah dia yang dimaksudkan semasa mereka menari sambil bernyanyi,

‘Saul membunuh beribu-ribu orang,

Dan Daud membunuh berpuluh-puluh ribu orang’?”+

12 Daud memikirkan kata-kata mereka dan dia berasa sangat takut+ terhadap Raja Akhis dari Gat. 13 Oleh itu, Daud berpura-pura gila+ di hadapan mereka. Dia seolah-olah kurang waras semasa dalam kalangan mereka. Dia menggores-gores pintu gerbang dan membiarkan air liurnya meleleh ke janggutnya. 14 Akhirnya Akhis berkata kepada para hambanya, “Lihatlah, lelaki ini gila! Mengapa kamu bawa dia kepada beta? 15 Tidak cukupkah orang gila di sekeliling beta, sehingga kamu bawa seorang lagi lelaki yang gila ke sini? Patutkah orang ini masuk ke rumah beta?”

22 Daud berangkat dari situ+ dan melarikan diri ke sebuah gua di Adulam.+ Apabila abang-abangnya dan seluruh keluarga bapanya mendengar tentang hal itu, mereka pun pergi berjumpa dengannya. 2 Semua orang yang berada dalam kesusahan, yang berhutang, dan yang berasa tidak puas hati, bergabung dengan Daud lalu dia menjadi pemimpin mereka. Jumlah mereka kira-kira 400 orang.

3 Kemudian Daud pergi dari situ ke Mizpe di Moab. Dia berkata kepada raja Moab,+ “Tolonglah benarkan ibu bapa hamba tinggal dengan tuanku sehingga hamba tahu apa yang akan dilakukan oleh Tuhan untuk hamba.” 4 Maka dia meninggalkan ibu bapanya bersama dengan raja Moab, dan mereka tinggal bersama raja itu sepanjang masa Daud berada di kawasan pergunungan.+

5 Pada suatu hari, Nabi Gad+ berkata kepada Daud, “Janganlah tinggal di kawasan pergunungan. Beredarlah dari sana dan pergilah ke negeri Yehuda.”+ Oleh itu, Daud berangkat dan pergi ke dalam hutan di Heret.

6 Saul mendengar bahawa Daud dan anak buahnya telah ditemui. Pada masa itu, Saul sedang duduk di bawah sebatang pokok* di tempat tinggi di Gibea.+ Dia sedang memegang tombak dan semua pegawainya berada di sekelilingnya. 7 Kemudian Saul berkata kepada semua pegawai itu, “Dengarlah, hai semua orang Benyamin! Adakah anak Isai+ juga akan memberi kamu tanah dan ladang anggur? Adakah dia akan melantik kamu semua sebagai ketua atas 1,000 orang dan ketua atas 100 orang?+ 8 Kamu semua bersepakat menentang beta! Tiada seorang pun yang memberitahu beta bahawa putera beta telah membuat perjanjian dengan anak Isai!+ Tiada sesiapa antara kamu yang bersimpati terhadap beta. Kamu tidak memberitahu beta bahawa putera beta telah menghasut hamba beta sendiri untuk menyerang beta, seperti yang berlaku sekarang.”

9 Kemudian Doeg,+ orang Edom itu, yang berkuasa atas para pegawai Saul yang berada di situ, berkata,+ “Hamba nampak anak Isai datang kepada Ahimelekh anak Ahitub di Nob.+ 10 Ahimelekh meminta petunjuk Yehuwa bagi pihak Daud. Dia juga memberi Daud makanan, dan bahkan memberinya pedang Goliat, orang Filistin itu.”+ 11 Dengan segera, raja mengutus orang untuk memanggil Imam Ahimelekh anak Ahitub dan semua imam daripada keluarga bapanya yang berada di Nob. Maka mereka semua datang menghadap raja.

12 Saul berkata, “Dengarlah, hai anak Ahitub!” “Ya tuanku,” jawabnya. 13 Saul berkata kepadanya, “Mengapa kamu dan anak Isai bersepakat untuk menentang beta? Kamu memberinya roti dan pedang serta meminta petunjuk Tuhan bagi pihaknya. Dia menentang beta dan mahu menyerang beta, seperti yang berlaku sekarang.” 14 Ahimelekh menjawab, “Siapakah dalam kalangan hamba-hamba tuanku yang dapat dipercayai* seperti Daud?+ Dia merupakan menantu tuanku+ dan ketua pengawal peribadi tuanku. Dia juga dihormati di dalam istana tuanku.+ 15 Ini bukanlah kali pertama hamba meminta petunjuk Tuhan bagi pihaknya.+ Mustahil hamba bersepakat untuk menentang tuanku! Janganlah tuanku menuduh hamba dan seluruh keluarga bapa hamba, kerana hamba tidak tahu sama sekali tentang hal ini.”+

16 Tetapi raja berkata, “Ahimelekh, kamu dan seluruh keluarga bapamu mesti mati!”+ 17 Lalu raja berkata kepada para pengawal yang berada di sekelilingnya, “Pergilah bunuh imam-imam Yehuwa itu kerana mereka telah berpihak kepada Daud! Mereka tahu bahawa dia seorang pelarian, tetapi mereka tidak memberitahu beta!” Namun, para pengawal raja itu tidak mahu membunuh imam-imam Yehuwa. 18 Selepas itu, raja berkata kepada Doeg,+ “Pergilah bunuh para imam itu!” Maka Doeg, orang Edom itu,+ pergi membunuh mereka dengan segera. Pada hari itu, dia telah membunuh 85 orang yang memakai efod yang diperbuat daripada kain linen.+ 19 Dia juga menyerang Nob,+ kota para imam, dengan pedang. Baik lelaki mahupun wanita, kanak-kanak mahupun bayi, dan lembu jantan, keldai, serta biri-biri telah dibunuh olehnya dengan pedang.

20 Salah seorang anak lelaki Ahimelekh anak Ahitub, yang bernama Abiatar,+ berjaya melarikan diri lalu menyertai Daud. 21 Abiatar memberitahu Daud, “Saul telah membunuh para imam Yehuwa.” 22 Maka Daud berkata kepadanya, “Pada hari itu, ketika aku nampak Doeg di sana, aku tahu bahawa dia pasti akan melaporkan hal itu kepada Saul.+ Akulah yang bertanggungjawab atas kematian setiap orang dalam keluarga bapamu. 23 Tinggallah bersamaku dan janganlah takut. Aku akan melindungimu. Sesiapa yang ingin membunuhmu, harus membunuh aku terlebih dahulu.”+

23 Pada suatu hari Daud diberitahu, “Orang Filistin sedang menyerang kota Kehila+ dan merampas biji-bijian di tempat mengirik* gandum.” 2 Maka Daud bertanya kepada Yehuwa,+ “Patutkah aku pergi menyerang orang Filistin?” Yehuwa menjawab, “Ya, pergilah serang orang Filistin dan selamatkanlah penduduk Kehila.” 3 Tetapi anak-anak buah Daud berkata kepadanya, “Lihatlah! Sekarang kita ketakutan di Yehuda,+ apalagi kalau kita pergi ke Kehila dan berhadapan dengan barisan tentera orang Filistin!”+ 4 Jadi Daud bertanya kepada Yehuwa lagi.+ Yehuwa menjawab, “Pergilah ke Kehila kerana Aku akan menyerahkan orang Filistin ke dalam tanganmu.”+ 5 Oleh itu, Daud dan anak buahnya pergi ke Kehila dan berperang melawan orang Filistin. Dia merampas ternakan mereka dan membunuh banyak orang Filistin. Demikianlah Daud menyelamatkan penduduk Kehila.+

6 Semasa Abiatar+ anak Ahimelekh melarikan diri kepada Daud di Kehila, dia juga membawa efod bersamanya. 7 Saul diberitahu, “Daud telah pergi ke Kehila.” Kemudian Saul berkata, “Tuhan telah menyerahkan Daud kepada beta.+ Daud sudah terperangkap kerana masuk ke dalam kota yang mempunyai pintu gerbang yang berpalang.” 8 Maka Saul mengumpulkan semua tenteranya untuk berperang. Mereka pergi ke Kehila untuk mengepung Daud dan anak buahnya. 9 Ketika Daud mendapat tahu bahawa Saul merancang untuk menyerangnya, dia berkata kepada Imam Abiatar, “Bawalah efod itu ke sini.”+ 10 Daud berkata, “Ya Yehuwa, Tuhan orang Israel, aku mendengar bahawa Saul bercadang untuk datang ke Kehila dan memusnahkan kota ini kerana aku.+ 11 Adakah para pemimpin* Kehila akan menyerahkan aku ke dalam tangan Saul? Adakah Saul akan datang ke sini sebagaimana yang telah aku dengar? Ya Yehuwa, Tuhan orang Israel, tolonglah beritahu aku.” Maka Yehuwa berfirman, “Dia akan datang.” 12 Daud bertanya, “Adakah pemimpin Kehila akan menyerahkan aku dan anak buahku ke dalam tangan Saul?” Yehuwa menjawab, “Ya, mereka akan menyerahkan kamu semua ke dalam tangan Saul.”

13 Dengan segera, Daud berangkat bersama anak buahnya yang berjumlah kira-kira 600 orang.+ Mereka meninggalkan Kehila dan mengembara dari satu tempat ke tempat yang lain, ke mana sahaja mereka dapat pergi. Apabila Saul diberitahu bahawa Daud telah melarikan diri dari Kehila, dia tidak pergi mengejar Daud. 14 Daud tinggal di padang belantara di tempat-tempat yang tidak mudah diserang, iaitu di kawasan pergunungan di padang belantara berdekatan Zif.+ Saul terus mencarinya+ tetapi Yehuwa tidak menyerahkan Daud ke dalam tangan Saul. 15 Daud sedar bahawa* Saul bertekad untuk membunuhnya semasa Daud berada di padang belantara Zif di Hores.

16 Pada masa itu, Yonatan anak Saul pergi bertemu dengan Daud di Hores. Dia menguatkan keyakinan Daud terhadap Yehuwa.+ 17 Dia berkata kepada Daud, “Janganlah takut, kerana kamu tidak akan jatuh ke dalam tangan bapaku Saul; kamu akan menjadi raja atas negeri Israel+ dan aku akan mendapat kedudukan di bawahmu; bapaku Saul juga tahu tentang hal ini.”+ 18 Kemudian mereka berdua membuat perjanjian+ di hadapan Yehuwa. Daud terus tinggal di Hores manakala Yonatan pulang ke rumahnya.

19 Penduduk Zif kemudiannya pergi kepada Saul di Gibea.+ Mereka berkata, “Daud sedang bersembunyi berdekatan hamba sekalian+ di tempat-tempat yang tidak mudah diserang di Hores,+ iaitu di atas Bukit Hakhila,+ yang terletak di selatan Yesimon.*+ 20 Datanglah bila-bila saja tuanku ingin dan hamba sekalian akan menyerahkan Daud ke dalam tangan tuanku.”+ 21 Lalu Saul berkata, “Semoga Yehuwa memberkati kamu kerana menunjukkan belas kasihan terhadap beta. 22 Pergilah dan pastikanlah di mana sebenarnya Daud dan siapa yang nampak dia di situ, kerana beta mendengar bahawa dia sangat licik. 23 Periksalah dengan teliti semua tempat persembunyiannya dan kembalilah kepada beta dengan membawa bukti. Barulah beta akan mengikut kamu. Jika dia ada di kawasan itu, beta akan mencarinya bahkan dalam kalangan ribuan penduduk* Yehuda.”

24 Maka mereka berangkat dan pergi ke Zif+ mendahului Saul. Pada masa itu, Daud dan anak buahnya berada di padang belantara di Maon,+ di Araba+ yang terletak di selatan Yesimon. 25 Kemudian Saul datang bersama anak buahnya untuk mencari Daud.+ Apabila Daud mendapat tahu tentang hal itu, dia segera turun ke bukit batu+ dan tinggal di padang belantara di Maon. Ketika Saul mendengar hal itu, dia mengejar Daud ke padang belantara di Maon. 26 Saul tiba di satu bahagian gunung sedangkan Daud dan anak buahnya pula berada di bahagian lain gunung itu. Daud bergegas melarikan diri daripada Saul,+ tetapi Saul dan anak buahnya sudah menghampiri Daud dan anak buahnya untuk menangkap mereka.+ 27 Namun seorang utusan datang kepada Saul dan berkata, “Tuanku, cepatlah pulang! Orang Filistin telah menyerang negeri kita!” 28 Oleh itu, Saul berhenti mengejar Daud+ lalu pergi berdepan dengan orang Filistin. Itulah sebabnya tempat itu dinamakan Bukit Batu Pemisahan.

29 Kemudian Daud pergi dari situ dan tinggal di tempat-tempat yang tidak mudah diserang di En-gedi.+

24 Sebaik saja Saul kembali daripada mengejar orang Filistin, dia diberitahu, “Lihatlah! Daud berada di padang belantara di En-gedi.”+

2 Maka Saul memilih 3,000 orang daripada seluruh umat Israel, lalu pergi mencari Daud dan semua anak buahnya di tebing batu di mana terdapat kambing gunung. 3 Saul sampai di kandang biri-biri* di tepi jalan dan di situ terdapat sebuah gua. Dia masuk ke dalam gua itu untuk buang air. Pada masa itu, Daud dan anak buahnya sedang duduk di dalam gua itu di bahagian yang lebih dalam.+ 4 Anak buah Daud berkata kepadanya, “Inilah harinya Yehuwa berfirman kepadamu, ‘Lihatlah! Aku menyerahkan musuhmu ke dalam tanganmu+ dan engkau boleh melakukan apa saja yang engkau mahu terhadapnya.’” Oleh itu, Daud bangun dan dengan senyap-senyap dia memotong tepi jubah Saul yang tidak berlengan. 5 Tetapi selepas itu, Daud berasa bersalah*+ kerana dia telah memotong tepi jubah Saul yang tidak berlengan. 6 Dia berkata kepada anak buahnya, “Dalam pandangan Yehuwa, aku tidak sepatutnya melakukan hal seperti itu terhadap tuanku, orang yang dilantik oleh Yehuwa. Aku tidak boleh mencederakan dia kerana dia dilantik oleh Yehuwa.”+ 7 Demikianlah Daud menghalang* anak buahnya dengan kata-kata itu dan dia tidak membenarkan mereka menyerang Saul. Saul pula meninggalkan gua itu, lalu meneruskan perjalanannya.

8 Kemudian Daud bangun dan keluar dari gua itu lalu berseru kepada Saul, “Tuanku!”+ Apabila Saul menoleh ke belakang, Daud berlutut dan bersujud kepadanya. 9 Daud berkata kepada Saul, “Mengapa tuanku mempercayai orang yang berkata, ‘Lihatlah! Daud ingin mencederakan tuanku’?+ 10 Hari ini tuanku telah melihat sendiri bahawa di dalam gua itu, Yehuwa telah menyerahkan tuanku ke dalam tangan hamba. Tetapi apabila orang lain menyuruh hamba membunuh tuanku,+ hamba mengasihani tuanku dan memberitahunya, ‘Aku tidak akan mencederakan tuanku kerana dia dilantik oleh Yehuwa.’+ 11 Lihatlah, ayahanda! Ya, lihatlah tepi jubah tuanku yang hamba pegang ini. Semasa hamba memotong tepi jubah tuanku yang tidak berlengan ini, hamba tidak membunuh tuanku. Maka tuanku dapat lihat dan sedar bahawa hamba tidak berniat untuk memberontak atau mencederakan tuanku, dan hamba tidak berdosa terhadap tuanku.+ Meskipun begitu, tuanku mengejar hamba dan ingin membunuh hamba.+ 12 Semoga Yehuwa menjadi hakim antara tuanku dengan hamba.+ Semoga Yehuwa membalas perbuatan tuanku bagi pihak hamba.+ Namun hamba tidak akan mencederakan tuanku.+ 13 Ada pepatah kuno yang berbunyi, ‘Daripada yang jahat berasal kejahatan.’ Tetapi hamba tidak akan mencederakan tuanku. 14 Adakah raja orang Israel sedang mengejar hamba? Tetapi siapakah hamba ini? Hamba seperti seekor anjing mati, seekor kutu sahaja!+ 15 Semoga Yehuwa menjadi hakim yang akan menghakimi kita berdua. Dia akan memeriksa perkara ini dan membela hamba.+ Dia juga akan menghakimi hamba dan menyelamatkan hamba daripada tangan tuanku.”

16 Sebaik saja Daud selesai mengucapkan kata-kata itu, Saul bertanya, “Anakku Daud, adakah itu suaramu?”+ Lalu Saul mula menangis dengan kuat. 17 Dia berkata kepada Daud, “Kamu tidak bersalah, betalah yang bersalah kerana kamu berbuat baik kepada beta sedangkan beta membalas kamu dengan kejahatan.+ 18 Hari ini kamu menunjukkan bahawa kamu berbuat baik kepada beta dengan tidak membunuh beta, walaupun Yehuwa telah menyerahkan beta ke dalam tanganmu.+ 19 Siapakah yang akan melepaskan musuh yang ditemuinya tanpa mencederakannya? Yehuwa akan memberkati kamu dengan kebaikan+ kerana kamu berbuat baik terhadap beta hari ini. 20 Sekarang lihatlah! Beta tahu bahawa kamu pasti memerintah sebagai raja+ dan bahawa kerajaan Israel akan berkekalan di bawah pemerintahanmu. 21 Bersumpahlah kepada beta demi Yehuwa+ bahawa kamu tidak akan melenyapkan keturunan beta dan bahawa kamu tidak akan menghapuskan nama beta daripada keluarga ayahanda beta.”+ 22 Oleh itu, Daud bersumpah kepada Saul. Kemudian Saul kembali ke rumahnya,+ manakala Daud dan anak buahnya kembali ke tempat mereka berlindung.+

25 Kemudian Samuel+ meninggal dan semua orang Israel berkumpul untuk meratapinya dan untuk mengebumikannya berdekatan rumahnya di Rama.+ Selepas itu, Daud berangkat ke padang belantara Paran.

2 Ada seorang penduduk Maon+ yang bekerja di Karmel.*+ Dia sangat kaya dan memiliki 3,000 ekor biri-biri serta 1,000 ekor kambing. Pada masa itu, dia sedang menggunting bulu biri-biri di Karmel. 3 Lelaki itu daripada keturunan Kaleb.+ Dia bernama Nabal+ dan isterinya bernama Abigail.+ Isterinya bijak dan cantik, tetapi dia kasar dan berkelakuan buruk.+ 4 Daud yang berada di padang belantara mendengar bahawa Nabal sedang menggunting bulu biri-birinya. 5 Oleh itu, Daud mengutus 10 orang anak buahnya kepada Nabal. Dia berkata kepada mereka, “Pergilah ke Karmel dan apabila kamu berjumpa dengan Nabal, sampaikanlah salamku kepadanya. 6 Kemudian beritahulah dia kata-kata ini: ‘Semoga tuan berumur panjang dan sejahtera.* Semoga rumah tangga tuan dan segala milik tuan dalam keadaan baik. 7 Aku mendengar bahawa tuan sedang menggunting bulu biri-biri tuan. Semasa para gembala tuan berada bersama kami, kami tidak mencederakan mereka.+ Mereka pun tidak kehilangan apa-apa selama mereka berada di Karmel. 8 Tanyalah mereka dan mereka akan memberitahu tuan. Semoga anak buahku mendapat perkenan di mata tuan, kerana kami datang pada hari yang baik.* Berilah aku dan hamba-hambaku apa sahaja yang dapat tuan berikan.’”+

9 Oleh itu, anak buah Daud pergi dan menyampaikan kata-kata Daud kepada Nabal. Setelah mereka selesai bercakap, 10 Nabal berkata kepada mereka, “Siapakah Daud? Siapakah anak Isai itu? Sekarang, ada banyak hamba yang melarikan diri daripada tuan mereka.+ 11 Patutkah aku mengambil rotiku, air minumanku, dan daging yang aku sembelih untuk para penggunting bulu biri-biriku, lalu memberikannya kepada orang yang entah dari mana?”

12 Maka anak buah Daud kembali dan menyampaikan semua kata-kata itu kepadanya. 13 Dengan segera, Daud berkata kepada anak buahnya, “Ikatlah pedang kamu di pinggang masing-masing!”+ Oleh itu, mereka mengikat pedang mereka, dan Daud juga mengikat pedangnya. Kira-kira 400 orang pergi bersama Daud, sedangkan 200 orang lagi tinggal untuk menjaga barang-barang.

14 Sementara itu, salah seorang hamba Nabal berkata kepada Abigail, isteri Nabal, “Lihatlah! Daud telah menghantar utusan dari padang belantara untuk menyampaikan salam kepada tuan kami. Tetapi dia menghina mereka+ 15 padahal mereka sangat baik terhadap kami. Mereka tidak pernah mencederakan kami, dan kami tidak kehilangan apa-apa pun selama kami berada bersama mereka di padang belantara.+ 16 Sepanjang masa kami menggembala ternakan berdekatan mereka, mereka seperti tembok yang melindungi kami siang dan malam. 17 Sekarang, putuskanlah apa yang puan mahu lakukan, kerana hal ini tentu mendatangkan bencana kepada tuan Nabal dan seluruh rumah tangganya.+ Dia memang tidak berguna+ dan tiada sesiapa pun yang berani bercakap dengannya.”

18 Dengan segera, Abigail+ mengambil 200 ketul roti, dua buah bekas besar berisi wain, lima ekor biri-biri yang telah disembelih, lima buah bekas* biji-bijian yang telah dipanggang, 100 keping kuih kismis, dan 200 keping kuih buah ara. Dia memuatkan semua itu ke atas keldai-keldai.+ 19 Kemudian dia berkata kepada hamba-hambanya, “Pergilah mendahului aku. Aku akan menyusul.” Tetapi dia tidak memberitahukan apa-apa kepada suaminya Nabal.

20 Semasa Abigail sedang menunggang keldainya, Daud dan anak buahnya sedang turun menuju ke arahnya. Mereka tidak dapat melihatnya kerana dia terlindung oleh gunung. Sebelum Abigail bertemu dengan mereka, 21 Daud telah berkata, “Sia-sia saja aku menjaga segala milik orang itu di padang belantara. Tiada satu pun miliknya yang hilang,+ namun dia membalas kebaikanku dengan kejahatan.+ 22 Jika aku tidak membunuh semua lelaki dalam rumah tangga Nabal sebelum esok pagi, biarlah Tuhan melakukan pembalasan terhadap musuh-musuhku* dan melipatgandakan hukuman-Nya atas mereka.”

23 Ketika Abigail nampak Daud, dia segera turun dari keldai. Dia berlutut dan bersujud di hadapan Daud. 24 Kemudian dia bersujud di kaki Daud dan berkata, “Tuan! Biarlah aku yang menanggung kesalahan itu. Benarkanlah hamba perempuanmu ini bercakap dan dengarkanlah kata-kata hamba. 25 Janganlah pedulikan Nabal, orang yang tidak berguna itu,+ kerana seperti namanya, demikianlah dia. Namanya Nabal* dan orangnya juga tidak berakal. Aku tidak ada di situ ketika utusan-utusan tuan tiba. 26 Sekarang, aku bersumpah demi Yehuwa yang hidup dan demi tuan, bahawa Yehuwalah yang telah mencegah tuan+ daripada menanggung hutang darah+ atau membalas dendam. Semoga musuh-musuh tuan dan orang yang ingin mencederakan tuan menjadi seperti Nabal. 27 Terimalah pemberian+ yang hamba bawa ini supaya tuan dapat memberikannya kepada anak buah yang mengikut tuan.+ 28 Ampunkanlah kesalahan hambamu ini. Tentu Yehuwa akan memastikan keturunan tuan memerintah sebagai raja untuk masa yang lama,*+ kerana tuan berjuang untuk Yehuwa+ dan tuan tidak melakukan apa-apa kejahatan seumur hidup tuan.+ 29 Apabila seseorang bangkit untuk mengejar dan memburu nyawa tuan, Yehuwa, Tuhan tuan, akan melindungi tuan sebagaimana seseorang melindungi barang berharga yang dibalut di dalam sebuah kantung. Namun, nyawa musuh-musuh tuan akan dilemparkan jauh-jauh oleh Tuhan, seperti batu yang dilontarkan dengan ali-ali. 30 Apabila Yehuwa menunaikan segala kebaikan yang dijanjikan-Nya kepada tuan dan melantik tuan sebagai pemimpin umat Israel,+ 31 tuan tidak akan berasa bersalah atau menyesal, kerana tuan tidak menumpahkan darah tanpa alasan atau membalas dendam.+ Apabila Yehuwa memberkati tuan, ingatlah akan hamba.”

32 Maka Daud berkata kepada Abigail, “Pujilah Yehuwa, Tuhan orang Israel, yang telah mengutus kamu kepadaku pada hari ini! 33 Diberkatilah kamu kerana kebijaksanaanmu! Semoga kamu diberkati kerana mencegahku daripada menanggung hutang darah+ atau membalas dendam pada hari ini. 34 Demi Yehuwa, Tuhan orang Israel yang hidup, yang mencegahku daripada mencederakan kamu,+ aku bersumpah bahawa jika kamu tidak datang kepadaku dengan segera,+ sudah tentu semua lelaki dalam rumah tangga Nabal akan mati sebelum esok pagi.”+ 35 Daud menerima pemberian Abigail lalu berkata kepadanya, “Pulanglah ke rumahmu dengan damai. Aku telah mendengar kata-katamu dan aku akan menunaikan permintaanmu.”

36 Kemudian Abigail kembali ke rumahnya. Pada waktu itu, Nabal sedang menikmati jamuan seperti seorang raja. Nabal bersuka ria dan mabuk. Oleh itu, Abigail tidak memberitahu apa-apa pun kepadanya sehingga keesokan pagi. 37 Pada waktu pagi, apabila Nabal tidak mabuk lagi, isterinya memberitahunya segala perkara. Lalu jantung Nabal menjadi lemah dan dia terbaring lumpuh seperti batu. 38 Kira-kira 10 hari kemudian, Yehuwa menyebabkan Nabal mati.

39 Apabila Daud mendengar bahawa Nabal sudah mati, dia berkata, “Pujilah Yehuwa! Dia telah membela aku+ setelah aku dihina oleh Nabal.+ Yehuwa mencegah hamba-Nya daripada melakukan kejahatan+ dan Dia menyebabkan Nabal ditimpa kejahatannya sendiri!” Selepas itu, Daud mengirim utusan untuk melamar Abigail. 40 Maka hamba-hamba Daud pergi kepada Abigail di Karmel lalu berkata kepadanya, “Daud mengutus kami kepadamu untuk melamarmu.” 41 Abigail segera bersujud dan berkata, “Aku sudi menjadi seorang hamba yang mencuci kaki+ hamba-hamba tuan.” 42 Kemudian Abigail+ segera bangun lalu menunggang keldainya dan lima orang hamba perempuannya berjalan di belakangnya. Dia pergi bersama para utusan Daud lalu menjadi isteri Daud.

43 Daud juga mengahwini Ahinoam+ dari Yizreel.+ Mereka berdua menjadi isteri Daud.+

44 Namun Saul telah memberikan anak perempuannya Mikhal,+ iaitu isteri Daud, kepada Palti+ anak Lais dari Galim.

26 Kemudian penduduk Zif+ pergi kepada Saul di Gibea+ dan berkata, “Daud bersembunyi di Bukit Hakhila yang berhadapan dengan Yesimon.”*+ 2 Oleh itu, Saul turun ke padang belantara Zif bersama dengan 3,000 orang askar Israel yang perkasa untuk mencari Daud di sana.+ 3 Saul berkhemah di tepi jalan di atas Bukit Hakhila yang berhadapan dengan Yesimon. Pada masa itu, Daud tinggal di padang belantara dan dia mendapat tahu bahawa Saul telah datang ke situ untuk mencarinya. 4 Maka Daud menghantar pengintip untuk mengesahkan bahawa Saul benar-benar berada di situ. 5 Kemudian Daud pergi ke tempat perkhemahan Saul. Dia nampak Saul dan Abner+ anak Ner sedang tidur. (Abner ialah ketua tentera Saul.) Saul tidur di kawasan perkhemahan itu dan tenteranya berkhemah di sekelilingnya. 6 Daud bertanya kepada Ahimelekh, orang Het itu,+ dan Abisai+ anak Zeruya,+ iaitu abang Yoab, “Siapakah yang akan turun ke perkhemahan Saul bersamaku?” Abisai menjawab, “Aku akan turun bersamamu.” 7 Maka Daud dan Abisai pergi ke perkhemahan Saul pada waktu malam. Mereka mendapati Saul sedang tidur di perkhemahan dan tombaknya tertancap ke tanah bersebelahan kepalanya. Abner dan tentera lain sedang tidur di sekeliling Saul.

8 Abisai berkata kepada Daud, “Hari ini, Tuhan telah menyerahkan musuhmu ke dalam tanganmu.+ Sekarang, benarkanlah aku menancapkan tombaknya ke badannya sehingga tembus ke tanah. Aku akan membunuh dia dengan satu tikaman sahaja, tidak usah sampai dua kali.” 9 Tetapi Daud berkata kepada Abisai, “Jangan cederakannya! Siapakah yang dapat mencederakan orang yang dilantik oleh Yehuwa+ dan dianggap tidak berdosa?”+ 10 Daud berkata lagi, “Demi Yehuwa yang hidup, aku bersumpah bahawa Yehuwa sendiri akan membunuhnya+ atau akan tiba masanya+ dia meninggal seperti orang lain ataupun dia akan meninggal semasa dia pergi berperang.+ 11 Aku tidak sekali-kali akan mencederakan orang yang dilantik oleh Yehuwa!+ Hal ini salah dalam pandangan Yehuwa. Sekarang, marilah kita ambil tombak di sebelah kepalanya dan juga bekas airnya. Kemudian biarlah kita beredar dari sini.” 12 Oleh itu, Daud mengambil tombak dan bekas air di sebelah kepala Saul dan mereka pun beredar dari situ. Semua orang di situ sedang tidur. Tiada sesiapa yang nampak mereka,+ menyedari kehadiran mereka, atau bangun, kerana Yehuwa telah menyebabkan mereka semua tidur nyenyak. 13 Selepas itu, Daud pergi ke seberang dan berdiri di atas puncak gunung, jauh dari tempat Saul berada.

14 Daud berseru kepada Abner+ anak Ner dan para tentera Saul, “Abner, dapatkah kamu mendengar suaraku?” Abner menjawab, “Siapakah yang mengganggu raja yang sedang tidur?” 15 Daud berkata kepada Abner, “Bukankah kamu pahlawan yang gagah? Siapakah yang dapat menandingimu di seluruh Israel? Mengapakah kamu tidak menjaga rajamu? Salah seorang askar datang untuk membunuh raja kamu,+ 16 tetapi kamu gagal menjalankan tugasmu. Aku bersumpah demi Yehuwa yang hidup bahawa kamu patut mati kerana kamu tidak menjaga tuanmu, orang yang dilantik oleh Yehuwa.+ Sekarang, lihatlah di sekelilingmu! Di manakah tombak raja dan bekas air+ yang terletak di sebelah kepalanya?”

17 Saul mengenali suara Daud lalu dia bertanya, “Anakku Daud, adakah itu suaramu?”+ Daud menjawab, “Ya tuanku.” 18 Daud berkata lagi, “Mengapakah tuanku mengejar hamba?+ Apakah yang telah hamba lakukan? Apakah kesalahan hamba?+ 19 Tuanku, tolonglah dengar kata-kata hamba: Jika Yehuwa yang mendorong tuanku untuk melawan hamba, biarlah hamba mempersembahkan korban bijirin kepada-Nya. Tetapi jika manusia yang menghasut tuanku,+ biarlah mereka dikutuk oleh Yehuwa, kerana mereka telah mengusir hamba dan tidak membenarkan hamba tinggal di tanah warisan yang diberikan oleh Yehuwa.+ Mereka seolah-olah berkata, ‘Pergilah sembah tuhan-tuhan lain!’ 20 Janganlah biarkan hamba mati* jauh dari hadirat Yehuwa. Tuanku seolah-olah memburu seekor kutu,+ seekor burung liar di pergunungan.”

21 Lalu Saul berkata, “Beta sudah berdosa.+ Hai anakku Daud, kembalilah kerana beta tidak akan berbuat jahat terhadapmu lagi. Kamu telah menganggap nyawa beta sesuatu yang berharga+ pada hari ini. Ya, beta telah bertindak bodoh dan melakukan kesilapan yang besar.” 22 Daud berkata, “Inilah tombak tuanku. Suruhlah salah seorang askar datang untuk mengambilnya. 23 Yehuwa akan membalas kebaikan dan kesetiaan setiap orang.+ Hari ini Yehuwa telah menyerahkan tuanku ke dalam tangan hamba, tetapi hamba tidak sanggup mencederakan orang yang dilantik oleh Yehuwa.+ 24 Semoga Yehuwa menganggap nyawa hamba berharga sebagaimana hamba menganggap nyawa tuanku berharga pada hari ini, dan semoga Dia menyelamatkan hamba daripada segala kesusahan.”+ 25 Saul berkata kepada Daud, “Anakku Daud, semoga kamu diberkati. Kamu pasti melakukan perkara-perkara yang menakjubkan dan kamu pasti berjaya.”+ Kemudian Daud pun beredar dari situ manakala Saul kembali ke rumahnya.+

27 Daud berfikir, “Suatu hari nanti Saul pasti membunuh aku. Lebih baik aku melarikan diri+ ke negeri orang Filistin. Barulah Saul akan berhenti mencari aku di seluruh negeri Israel+ dan aku dapat melepaskan diri daripadanya.” 2 Maka Daud dan 600 orang+ anak buahnya pergi kepada Akhis+ anak Maokh, raja kota Gat. 3 Daud dan anak buahnya serta keluarga mereka masing-masing tinggal bersama Akhis di Gat. Kedua-dua orang isteri Daud, iaitu Ahinoam+ dari Yizreel dan Abigail+ balu Nabal, dari Karmel, juga menyertai dia. 4 Apabila Saul mendengar bahawa Daud telah melarikan diri ke Gat, dia pun berhenti mencarinya.+

5 Kemudian Daud berkata kepada Akhis, “Jika tuanku berkenan dengan hamba, berilah hamba tempat tinggal di salah sebuah kota di kawasan desa. Hamba tidak layak tinggal di kota diraja bersama tuanku.” 6 Oleh itu, Akhis memberi Daud kota Ziklag+ pada hari itu. Itulah sebabnya Ziklag menjadi milik raja-raja Yehuda sampai hari ini.

7 Daud tinggal di kawasan desa orang Filistin selama satu tahun empat bulan.+ 8 Selama itu Daud dan anak buahnya pergi menyerang orang Gesur,+ orang Girzi, dan orang Amalek.+ Bangsa-bangsa itu tinggal di kawasan dari Telam sampai ke Syur+ dan negeri Mesir. 9 Semasa Daud menyerang negeri mereka, dia membunuh semua lelaki dan perempuan,+ tetapi dia merampas kambing, biri-biri, lembu, keldai, unta, dan pakaian mereka. Setelah itu, dia kembali kepada Akhis. 10 Ketika Akhis bertanya, “Kamu menyerang kawasan mana hari ini?” Daud akan menjawab, “Hamba menyerang bahagian selatan* Yehuda+ dan bahagian selatan kawasan orang Yerahmeel+ serta bahagian selatan orang Keni.”+ 11 Daud membunuh semua lelaki dan perempuan agar mereka tidak dibawa ke Gat. Daud berkata, “Mereka mungkin memberitahu orang di situ, ‘Inilah apa yang dilakukan oleh Daud.’” (Daud berbuat demikian sepanjang masa dia tinggal di kawasan desa orang Filistin.) 12 Oleh itu, Akhis mempercayai Daud dan dia berfikir, “Daud tentu sangat dibenci oleh orang Israel, bangsanya sendiri. Maka dia pasti menjadi hambaku untuk selama-lamanya.”

28 Pada waktu itu, orang Filistin mengumpulkan tentera mereka untuk berperang dengan orang Israel.+ Maka Akhis berkata kepada Daud, “Kamu tentu tahu bahawa kamu dan anak buahmu akan keluar berperang bersama beta.”+ 2 Daud pun menjawabnya, “Ya, hamba tahu, dan tuanku juga tahu apa yang akan hamba lakukan.” Akhis berkata, “Itulah sebabnya beta akan menjadikan kamu pengawal peribadi beta buat selama-lamanya.”+

3 Semasa Samuel meninggal, semua orang Israel telah berkabung dan mengebumikannya di kotanya, iaitu Rama.+ Sebelum itu, Saul telah mengusir semua bomoh dan tukang tilik dari negeri Israel.+

4 Orang Filistin berkumpul dan berkhemah di Sunem.+ Saul pula mengumpulkan semua orang Israel lalu mereka berkhemah di Gilboa.+ 5 Apabila Saul nampak perkhemahan orang Filistin, dia sangat takut dan hatinya gementar.+ 6 Walaupun dia meminta petunjuk daripada Yehuwa,+ Yehuwa tidak menjawabnya, baik melalui mimpi, mahupun dengan Urim,*+ ataupun melalui para nabi. 7 Akhirnya Saul berkata kepada hamba-hambanya, “Carilah seorang wanita yang dapat memanggil roh orang mati.+ Beta akan pergi meminta petunjuk daripadanya.” Mereka menjawab, “Di En-dor, ada seorang wanita yang dapat berbuat demikian.”+

8 Oleh itu, Saul menyamar dan mengenakan pakaian lain lalu pergi berjumpa dengan wanita itu pada waktu malam bersama dengan dua orang pengiring. Dia berkata kepada wanita itu, “Gunakanlah kebolehanmu, dan ramalkanlah+ apa yang akan terjadi. Panggillah roh orang yang akan aku sebut namanya.” 9 Tetapi wanita itu berkata, “Tentu kamu tahu bahawa Saul telah mengusir semua bomoh dan tukang tilik dari negeri ini.+ Jadi mengapa kamu mahu memerangkap aku? Adakah kamu ingin aku dibunuh?”+ 10 Saul bersumpah atas nama Yehuwa dengan berkata, “Demi Yehuwa, Tuhan yang hidup, kamu tidak akan dihukum kerana melakukan hal ini!” 11 Wanita itu bertanya, “Siapakah yang harus aku panggil untuk kamu?” Saul menjawab, “Panggillah Samuel.” 12 Apabila wanita itu nampak “Samuel,”*+ dia berteriak dan berkata, “Tuanku Raja Saul! Mengapa tuanku menipu hamba?” 13 Raja berkata kepadanya, “Jangan takut. Beritahulah beta, apa yang kamu nampak?” Wanita itu menjawab, “Hamba nampak seseorang yang kelihatan seperti tuhan muncul dari bumi.” 14 Saul segera bertanya, “Bagaimanakah rupanya?” Wanita itu menjawab, “Rupanya seperti seorang lelaki tua. Dia memakai jubah yang tidak berlengan.”+ Maka Saul sedar bahawa orang itu ialah “Samuel,” lalu dia membongkok dan bersujud.

15 Kemudian “Samuel” berkata kepada Saul, “Mengapakah tuanku mengganggu hamba dan memanggil hamba keluar?” Saul menjawab, “Beta dilanda masalah besar. Orang Filistin sedang menyerang beta, dan Tuhan telah meninggalkan beta. Dia tidak mahu menjawab beta, baik melalui para nabi mahupun melalui mimpi.+ Itulah sebabnya beta memanggil kamu supaya kamu dapat memberitahu beta apa yang harus beta lakukan.”+

16 “Samuel” berkata, “Yehuwa sudah meninggalkan+ tuanku dan menjadi musuh tuanku. Jadi mengapakah tuanku masih meminta petunjuk daripada hamba? 17 Yehuwa pasti akan melakukan apa yang telah difirmankan-Nya melalui hamba. Yehuwa pasti akan merampas kerajaan ini daripada tangan tuanku dan menyerahkannya kepada Daud.+ 18 Tuanku tidak mematuhi Yehuwa dan tidak menyingkirkan orang Amalek+ yang telah membangkitkan api kemurkaan-Nya. Itulah sebabnya Yehuwa melakukan hal ini terhadap tuanku pada hari ini. 19 Yehuwa akan menyerahkan tuanku dan orang Israel ke dalam tangan orang Filistin,+ dan esok tuanku+ dan anak-anak lelaki tuanku+ akan berada bersama hamba. Yehuwa juga akan menyerahkan tentera orang Israel ke dalam tangan orang Filistin.”+

20 Saul segera jatuh terlentang di tanah kerana dia sangat takut setelah mendengar kata-kata “Samuel.” Lagipun dia langsung tidak bertenaga kerana sudah sehari semalam dia tidak makan apa-apa. 21 Wanita itu menghampiri Saul dan nampak bahawa dia sangat gelisah. Maka wanita itu berkata, “Tuanku, hamba telah mematuhi tuanku, dan mempertaruhkan nyawa hamba+ untuk memenuhi permintaan tuanku. 22 Sekarang, tolonglah dengar kata-kata hamba. Benarkanlah hamba menyediakan sekeping roti untuk tuanku. Makanlah roti itu supaya tuanku mendapat kekuatan untuk meneruskan perjalanan tuanku.” 23 Saul menolak dan berkata, “Beta tidak mahu makan.” Tetapi hamba-hambanya dan wanita itu terus memujuknya. Akhirnya dia mendengar kata-kata mereka dan berdiri lalu duduk di atas katil. 24 Wanita itu mempunyai seekor anak lembu yang gemuk, jadi dia cepat-cepat menyembelihnya. Dia juga mengambil tepung dan mengulinya sehingga menjadi adunan lalu membakarnya menjadi roti yang tidak beragi. 25 Dia menghidangkan makanan itu kepada Saul dan hamba-hambanya lalu mereka pun makan. Kemudian pada malam itu juga, mereka beredar dari situ.+

29 Semua askar orang Filistin+ berkumpul di Afek, manakala askar-askar orang Israel sedang berkhemah dekat mata air di Yizreel.+ 2 Para pemimpin orang Filistin mara dengan pasukan tentera mereka yang terdiri daripada 100 dan 1,000 orang. Daud dan anak buahnya pula sedang berkawad di belakang mereka dengan Akhis.+ 3 Para pemimpin orang Filistin berkata, “Mengapakah semua orang Ibrani ini ada di sini?” Akhis menjawab, “Ini Daud, hamba kepada Raja Saul dari Israel. Dia sudah meninggalkan tuannya dan menyertai beta. Sejak dia datang kepada beta lebih daripada setahun yang lalu sehingga hari ini, beta tidak pernah menemui sebarang kesalahan padanya.”+ 4 Tetapi mereka marah dengan Akhis dan berkata kepadanya, “Suruhlah dia pulang ke tempat yang telah tuanku tetapkan baginya.+ Jangan benarkan dia pergi berperang bersama kita. Siapa tahu dia akan mengkhianati kita di medan perang,+ dan membunuh anak buah kita. Bukankah itu peluang keemasannya untuk menyenangkan hati tuannya? 5 Bukankah dia itu Daud yang dimaksudkan semasa mereka menari sambil bernyanyi:

‘Saul membunuh beribu-ribu orang,

Dan Daud membunuh berpuluh-puluh ribu orang’?”+

6 Maka Akhis+ memanggil Daud dan berkata kepadanya, “Demi Yehuwa, Tuhan yang hidup, beta bersumpah bahawa kamu ialah orang yang tulus hati. Beta memang ingin kamu pergi berperang bersama beta,+ kerana sejak kamu datang kepada beta sehingga hari ini, beta tidak pernah menemui sebarang kesalahan padamu.+ Tetapi para pemimpin itu tidak mempercayai kamu.+ 7 Oleh itu, pulanglah dengan sejahtera, dan jangan buat apa-apa yang akan menimbulkan kemarahan mereka.” 8 Daud pun berkata kepada Akhis, “Apa yang telah hamba buat? Sejak hamba datang kepada tuanku sehingga hari ini, pernahkah hamba berbuat salah? Mengapakah hamba tidak dapat menyertai tuanku dan pergi melawan musuh-musuh tuanku?” 9 Akhis menjawab, “Di mata beta, kamu memang baik seperti malaikat Tuhan.+ Tetapi para pemimpin orang Filistin sudah berkata bahawa kamu tidak dibenarkan untuk pergi berperang bersama kami. 10 Maka pada esok pagi, kamu dan anak buahmu haruslah bangun awal lalu berangkatlah sewaktu hari mula terang.”

11 Oleh itu, Daud dan anak buahnya bangun pada awal pagi dan pulang ke negeri orang Filistin. Orang Filistin pula pergi ke Yizreel.+

30 Pada hari ketiga, Daud dan anak buahnya tiba di Ziklag.+ Orang Amalek+ telah merompak Ziklag dan kawasan-kawasan di selatan.* Mereka juga menyerang Ziklag dan membakarnya. 2 Mereka telah menawan semua wanita+ dan semua penduduk kota itu, daripada yang paling muda hingga yang paling tua, tetapi mereka tidak membunuh sesiapa pun. Mereka cuma mengambil tawanan lalu beredar dari situ. 3 Apabila Daud dan anak buahnya tiba di kota itu, mereka mendapati kota itu sudah dibakar, dan anak isteri mereka telah ditawan. 4 Mereka pun mula menangis dengan kuat sehingga mereka kehabisan tenaga dan tidak dapat menangis lagi. 5 Kedua-dua isteri Daud, iaitu Ahinoam dari Yizreel, dan Abigail, balu Nabal dari Karmel, juga telah ditawan.+ 6 Semua orang begitu sedih dan marah kerana mereka kehilangan anak-anak mereka. Mereka hendak merejam Daud dengan batu. Maka Daud berasa sangat susah hati, tetapi dia mendapat kekuatan daripada Tuhannya, Yehuwa.+

7 Kemudian Daud berkata kepada Imam Abiatar+ anak Ahimelekh, “Bawalah efod ke sini.”+ Abiatar pun membawa efod itu kepada Daud. 8 Daud bertanya kepada Yehuwa,+ “Haruskah kami mengejar kumpulan perompak itu? Dapatkah aku mengejar mereka?” Tuhan menjawab, “Pergilah dan kejarlah mereka. Engkau pasti dapat mengejar mereka dan menyelamatkan semua orang dan harta benda.”+

9 Daud segera berangkat dengan 600 orang+ anak buahnya, dan mereka pergi sejauh Wadi* Besor. Tetapi sebilangan daripada mereka berhenti di situ 10 kerana mereka terlalu letih dan tidak mampu menyeberangi Wadi Besor. Maka Daud meneruskan perjalanannya dengan 400 orang anak buahnya sementara 200 orang yang lain berhenti di situ.+

11 Mereka menjumpai seorang lelaki Mesir di padang lalu mereka membawanya kepada Daud. Mereka memberinya makanan dan minuman. 12 Selain itu, mereka memberinya sekeping kuih buah ara dan dua keping kuih kismis. Selepas dia makan, tenaganya pulih. Sebenarnya sudah tiga hari dan tiga malam dia tidak makan atau minum apa-apa pun. 13 Lalu Daud bertanya kepadanya, “Siapakah tuan kamu? Kamu dari mana?” Dia menjawab, “Aku dari Mesir, dan tuan aku ialah seorang lelaki Amalek. Tetapi tuan aku telah meninggalkan aku kerana aku jatuh sakit tiga hari yang lalu. 14 Kami telah merompak kawasan selatan* orang Kreti,+ kawasan orang Yehuda, dan kawasan selatan* Kaleb.+ Kami juga membakar Ziklag.” 15 Maka Daud berkata, “Sudikah kamu membawa kami ke tempat kumpulan perompak itu?” Dia menjawab, “Jika kamu bersumpah demi Tuhan bahawa kamu tidak akan membunuhku dan tidak akan menyerahkan aku ke dalam tangan tuan aku, aku akan membawa kamu kepada mereka.”

16 Dia pun membawa Daud kepada kumpulan perompak itu. Pada masa itu, mereka tersebar ke seluruh negeri. Mereka sedang makan minum dan berpesta kerana mereka telah merampas banyak barang dari negeri orang Filistin dan Yehuda. 17 Kemudian Daud melancarkan serangan dari awal pagi semasa hari masih gelap sehingga petang keesokan harinya. Tidak ada seorang pun yang terselamat,+ kecuali 400 orang yang melarikan diri dengan menunggang unta. 18 Daud menyelamatkan kedua-dua isterinya, dan berjaya mendapat semula semua yang dirampas oleh orang Amalek.+ 19 Tidak ada satu pun yang hilang, baik yang kecil mahupun yang besar. Mereka mendapat kembali anak-anak dan harta benda mereka.+ Ya, Daud membawa kembali segala sesuatu yang telah dirampas oleh orang Amalek. 20 Daud juga mengambil semua ternakan orang Amalek. Ternakan itu ditempatkan di hadapan ternakan mereka sendiri dan digiring oleh anak buah Daud. Mereka berkata, “Inilah jarahan Daud.”

21 Setelah itu, Daud kembali kepada 200 orang yang ditinggalkan di Wadi Besor+ kerana mereka terlalu letih untuk mengikuti dia. Mereka keluar untuk menemui Daud dan anak buahnya yang lain. Daud menghampiri mereka dan bertanya tentang keadaan mereka. 22 Tetapi dalam kalangan anak buah Daud yang mengikutinya, terdapat beberapa orang yang jahat dan tidak berguna. Mereka berkata, “Memandangkan semua orang ini tidak mengikut kita, kita tidak akan memberi mereka apa-apa pun daripada barang jarahan kita. Mereka hanya boleh mengambil anak isteri mereka lalu pergi.” 23 Daud berkata, “Hai saudara-saudaraku, Yehuwa telah melindungi kita dan menyerahkan kumpulan perompak itu ke dalam tangan kita. Tidak baik jika kita berbuat demikian dengan apa yang telah dikurniakan oleh Tuhan kepada kita.+ 24 Jika kamu bercakap buruk tentang mereka, tiada seorang pun yang akan bersetuju dengan pendapat kamu. Orang yang pergi bertempur akan menerima bahagian yang sama dengan orang yang ditinggalkan untuk menjaga barang-barang.+ Semua orang akan menerima bahagian masing-masing.”+ 25 Maka sejak hari itu, kata-kata Daud itu menjadi hukum dan peraturan orang Israel.

26 Apabila Daud pulang ke Ziklag, dia menghantar sebahagian daripada barang jarahan itu kepada kawan-kawannya, iaitu para pemimpin Yehuda. Dia berkata kepada mereka, “Inilah hadiah untukmu yang diambil daripada musuh-musuh Yehuwa.” 27 Daud menghantar hadiah itu kepada mereka yang berada di Bethel,+ di Ramot yang terletak di Negeb,* di Yatir,+ 28 di Aroer, di Sifmot, di Estemoa,+ 29 di Rakal, di kota-kota orang Yerahmeel,+ di kota-kota orang Keni,+ 30 di Horma,+ di Borasyan, di Atakh, 31 di Hebron,+ dan di semua kawasan yang pernah dikunjungi olehnya dan anak buahnya.

31 Orang Filistin berperang dengan orang Israel,+ dan orang Israel melarikan diri daripada orang Filistin. Banyak orang yang terbunuh di Gunung Gilboa.+ 2 Saul dan anak-anak lelakinya menjadi sasaran utama orang Filistin. Orang Filistin mengejar mereka dan membunuh anak-anak Saul, iaitu Yonatan, Abinadab, dan Malki-sua.+ 3 Pertempuran di sekeliling Saul menjadi sengit. Akhirnya, para pemanah menemui Saul, dan dia cedera parah kerana terkena anak panah mereka.+ 4 Maka Saul berkata kepada askar yang membawa senjatanya, “Hunuskanlah pedangmu dan tikamlah beta. Beta tidak ingin ditikam dan diperlakukan dengan kejam oleh bangsa yang tidak bersunat ini.”+ Tetapi askar itu enggan berbuat demikian kerana dia sangat takut. Oleh itu, Saul mengambil pedang itu dan menikam dirinya.*+ 5 Apabila askar itu nampak bahawa Saul sudah meninggal,+ dia juga menikam dirinya dengan pedang* lalu mati bersama Saul. 6 Demikianlah Saul, tiga orang anak lelakinya, askar yang membawa senjatanya, dan semua askarnya meninggal pada hari itu.+ 7 Apabila orang Israel yang tinggal di kawasan lembah* dan di kawasan Sungai Yordan nampak bahawa orang Israel telah melarikan diri dan Saul serta anak-anak lelakinya telah mati, mereka pun meninggalkan kota mereka dan melarikan diri.+ Maka orang Filistin datang dan tinggal di situ.

8 Keesokan harinya, apabila orang Filistin datang untuk mengambil barang-barang yang ada pada mayat, mereka menjumpai mayat Saul dan mayat tiga orang anak lelakinya di Gunung Gilboa.+ 9 Maka mereka memenggal kepala Saul lalu menanggalkan baju zirahnya.* Kemudian mereka mengirim utusan ke seluruh negeri Filistin untuk menyampaikan berita itu+ di kuil-kuil berhala.+ Mereka juga menyampaikan berita itu kepada seluruh rakyat. 10 Kemudian mereka meletakkan baju zirah Saul di kuil Asytoret dan menggantungkan mayatnya pada tembok kota Bet-sean.+ 11 Penduduk di Yabes-gilead+ mendengar apa yang telah dilakukan oleh orang Filistin terhadap Saul. 12 Maka pahlawan-pahlawan mereka berjalan sepanjang malam ke kota Bet-sean. Mereka mengambil mayat Saul dan mayat anak-anak lelakinya dari tembok kota itu. Kemudian mereka kembali ke Yabes dan membakar mayat-mayat itu. 13 Setelah itu, mereka mengambil dan menanam tulang-tulang itu+ di bawah sebatang pokok* di Yabes,+ dan mereka berpuasa selama tujuh hari.

Atau “ialah orang Zuf dari Rama.”

Atau “bersujud.”

Harfiah, “menutup rahimnya.”

Harfiah, “rumah.”

Atau mungkin, “apabila tiba masanya.”

Maksudnya “Nama Tuhan.”

Harfiah, “menghadap Yehuwa.”

Harfiah, “1 efa.” Lihat Lampiran B14.

Harfiah, “meminjamkannya.”

Nampaknya merujuk kepada Elkana.

Harfiah, “Tandukku ditinggikan oleh Yehuwa.” Lihat Kamus, “Tanduk.”

Lihat Kamus.

Atau mungkin, “timbunan sampah.”

Atau mungkin, “Orang yang menentang Yehuwa akan ketakutan.”

Harfiah, “meninggikan tanduk.” Lihat Kamus, “Tanduk.”

Atau “diurapi-Nya.”

Lihat Kamus.

Atau “membesar di hadapan Yehuwa,” iaitu di khemah suci Yehuwa.

Atau mungkin, “Tuhan akan menghakiminya.”

Harfiah, “hamba kepada rumah Firaun.” Firaun ialah gelaran bagi raja Mesir.

Atau mungkin, “membuat asap daripada korban naik berkepul-kepul.”

Iaitu, garis keturunan imam.

Iaitu, khemah suci.

Atau mungkin, “di antara.”

Kerub ialah malaikat yang berpangkat tinggi.

Maksudnya “Di Manakah Kemuliaan?”

Harfiah, “rumah.”

Atau “bahagian yang kelihatan seperti ikan.” Harfiah, “Hanya Dagon.”

Lihat Kamus.

Harfiah, “70 orang, 50,000 orang.”

Harfiah, “menyucikan.”

Nampaknya merujuk kepada upacara yang menunjukkan bahawa seseorang bertaubat.

Maksudnya “Batu Pertolongan.”

Atau “dan kepala semua orang sampai pada bahunya sahaja.”

Harfiah, “satu perempat syekel perak.” Lihat Lampiran B14.

Atau “memastikan umat-Ku tidak melampaui batas.”

Harfiah, “akan memberitahu kamu segala isi hatimu.”

Pada masa itu, kebanyakan rumah mempunyai bumbung yang rata. Orang boleh berjalan, tidur, atau menyambut tetamu, di situ.

Biasanya dipanggil roh kudus. Lihat Kamus.

Harfiah, “tanda-tanda.”

Nampaknya merujuk kepada Saul dan hambanya.

Atau “dan kumpulan kamu yang berjumlah ribuan orang.”

Atau “persetujuan.”

Iaitu, kira-kira pukul 2 pagi sehingga pukul 6 pagi.

Harfiah, “berjalan di hadapan.”

Harfiah, “menjual.”

Atau “perkara sia-sia.”

Atau “kerana perkara ini sia-sia belaka.”

Atau “kebenaran.”

Teks Ibrani tidak menyatakan angkanya.

Lihat Lampiran B14.

Iaitu, luas kawasan yang dapat dibajak oleh sepasang lembu jantan dalam 1 hari.

Harfiah, “Pada hari itu.”

Harfiah, “seluruh tanah.”

Harfiah, “matanya menjadi terang.”

Harfiah, “mataku menjadi terang.”

Lihat Kamus, “Urim dan Tumim.”

Atau “penyelamatan.”

Atau “mengurapi.”

Atau “berbelas kasihan terhadap mereka.”

Atau “wadi.”

Atau “menunjukkan kasih setia.”

Atau “askar-askarnya berbelas kasihan terhadap.”

Atau “bersedih.”

Atau “Para askar berbelas kasihan terhadap.”

Perkataan Ibrani asal juga menggambarkan seseorang yang bertindak sesuka hati sehingga melampaui batasnya.

Harfiah, “patung-patung terafim,” iaitu patung dewa dewi keluarga; patung berhala.

Atau “menyesal.”

Atau “menyesal.”

Atau mungkin, “dengan yakin.”

Atau “menghadapi kepahitan.”

Atau “melantik.”

Atau “diurapi.”

Lihat Kamus, “Roh.”

Atau “Dataran Rendah.”

Harfiah, “Tingginya 6 hasta dan 1 jengkal.” Lihat Lampiran B14.

Pakaian askar zaman dahulu yang dibuat daripada logam atau kulit.

Harfiah, “5,000 syekel.” Lihat Lampiran B14.

Iaitu, dari lutut sampai ke pergelangan kaki.

Harfiah, “600 syekel.”

Harfiah, “orang Filistin itu.”

Atau “mencemuh.”

Harfiah, “1 efa.” Lihat Lampiran B14.

Atau “ketua atas 1,000 orang.”

Atau “Dataran Rendah.”

Atau “mencemuh.”

Atau “mencemuh.”

Atau “rahangnya.”

Atau “mencemuh.”

Atau “wadi.”

Senjata yang berupa tali, yang digunakan untuk melontar batu.

Atau “cabar.”

Atau “Seluruh sidang ini.” Lihat Kamus.

Atau “bertindak dengan bijak.”

Lihat Kamus, “Roh.”

Atau “berkelakuan seperti seorang nabi.”

Atau “bertindak dengan bijak.”

Atau “bijaksana.”

Atau “penyelamatan.”

Lihat Kamus, “Roh.”

Atau “patung dewa dewi keluarga; patung berhala.”

Ungkapan ini mungkin merujuk kepada kelakuan pelik yang kadangkala diperlihatkan oleh para nabi.

Ungkapan ini mungkin merujuk kepada kelakuan pelik yang kadangkala diperlihatkan oleh para nabi.

Ungkapan ini mungkin merujuk kepada kelakuan pelik yang kadangkala diperlihatkan oleh para nabi.

Ungkapan ini mungkin merujuk kepada kelakuan pelik yang kadangkala diperlihatkan oleh para nabi.

Atau “dengan memakai jubah dalamnya sahaja.”

Atau “lusa.”

Atau “Pada hari selepas perayaan bulan baharu.”

Atau “tetapi Daud lebih banyak menangis.”

Atau “Dataran Rendah.”

Harfiah, “pokok tamarisk.”

Atau “yang setia.”

Proses memisahkan buah daripada tangkai.

Atau mungkin, “pemilik tanah.”

Atau mungkin, “takut kerana.”

Atau mungkin, “di selatan padang gurun; di selatan padang belantara.”

Atau “dalam kalangan semua puak.”

Merujuk kepada kandang yang diperbuat daripada tembok batu.

Atau “hati nurani Daud menyalahkannya.”

Atau mungkin, “menyuraikan.”

Sebuah kota di Yehuda; tidak sama dengan Gunung Karmel.

Atau “memiliki kedamaian.”

Atau “masa yang menggembirakan.”

Harfiah, “5 seah.” Lihat Lampiran B14.

Atau mungkin, “terhadap Daud.”

Maksudnya “Tidak Berakal; Bodoh.”

Harfiah, “akan membina sebuah rumah yang berkekalan untuk tuan.”

Atau mungkin, “padang gurun; padang belantara.”

Atau “Janganlah biarkan darah hamba tertumpah ke tanah.”

Atau “Negeb.”

Lihat Kamus.

Iaitu, roh jahat yang menyamar sebagai Samuel.

Atau “dan Negeb.”

Lihat Kamus.

Atau “merompak Negeb.”

Atau “dan Negeb.”

Atau “di selatan.”

Atau “merebahkan dirinya ke atas pedang itu.”

Atau “merebahkan dirinya ke atas pedang itu.”

Atau “kawasan dataran rendah.”

Atau “mengambil senjatanya.”

Harfiah, “pokok tamarisk.”

    Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Bahasa Isyarat Malaysia
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi