PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • nwt 13 1A-2930
  • 1 Tawarikh

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • 1 Tawarikh
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
1 Tawarikh

BUKU TAWARIKH YANG PERTAMA

1 Adam,

Set,+

Enos,

2 Kenan,

Mahalalel,+

Yared,+

3 Henokh,+

Metuselah,

Lamekh,+

4 Nuh,+

Sem,+ Ham, dan Yafet.+

5 Anak-anak lelaki Yafet ialah Gomer, Magog, Madai, Yawan, Tubal,+ Mesekh,+ dan Tiras.+

6 Anak-anak lelaki Gomer ialah Askenas, Rifat, dan Togarma.+

7 Anak-anak lelaki Yawan ialah Elishah, Tarsis, Kitim, dan Rodanim.

8 Anak-anak lelaki Ham ialah Kus,+ Mizraim, Put, dan Kanaan.+

9 Anak-anak lelaki Kus ialah Seba,+ Hawila, Sabta, Raamah,+ dan Sabtekha.

Anak-anak lelaki Raamah ialah Syeba dan Dedan.+

10 Kus ialah bapa Nimrod.+ Nimrod ialah orang perkasa yang pertama di bumi.

11 Mizraim ialah bapa Ludim,+ Anamin, Lehabim, Naftuhim,+ 12 Patrusim,+ Kasluhim (iaitu nenek moyang orang Filistin),+ dan Kaftorim.+

13 Anak-anak lelaki Kanaan ialah Sidon+ (anak sulung) dan Het.+ 14 Kanaan juga menjadi nenek moyang* orang Yebus,+ Amori,+ Girgashi,+ 15 Hewi,+ Arki, Sini, 16 Arwad,+ Zemari, dan Hamat.

17 Anak-anak lelaki Sem ialah Elam,+ Asyur,+ Arpakhsad, Lud, Aram,

dan* Uz, Hul, Geter, dan Mas.+

18 Arpakhsad ialah bapa Selah,+ dan Selah ialah bapa Eber.

19 Eber mempunyai dua orang anak lelaki. Seorang dinamakan Peleg,*+ kerana pada zamannya, penduduk di bumi terbahagi-bahagi. Seorang lagi dinamakan Yoktan.

20 Yoktan ialah bapa Almodad, Selef, Hazarmawet, Yerah,+ 21 Hadoram, Uzal, Dikla, 22 Obal, Abimael, Syeba, 23 Ofir,+ Hawila,+ dan Yobab. Mereka semua ialah anak lelaki Yoktan.

24 Berikut ialah keturunan Sem:

Arpakhsad,

Selah,

25 Eber,

Peleg,+

Rehu,+

26 Serug,+

Nahor,+

Terah,+

27 dan Abram, iaitu Abraham.+

28 Anak-anak lelaki Abraham ialah Ishak+ dan Ismael.+

29 Inilah keturunan mereka: Nebayot+ (anak sulung Ismael), kemudian Kedar,+ Adbeel, Mibsam,+ 30 Mishma, Duma, Massa, Hadad, Tema, 31 Yetur, Nafis, dan Kedema. Mereka semua ialah anak lelaki Ismael.

32 Ketura,+ iaitu gundik Abraham, telah melahirkan Zimran, Yoksan, Medan, Midian,+ Isbak, dan Suah.+

Anak-anak lelaki Yoksan ialah Syeba dan Dedan.+

33 Anak-anak lelaki Midian ialah Efa,+ Efer, Hanokh, Abida, dan Eldaa.

Mereka semua ialah cucu Ketura.

34 Abraham ialah bapa Ishak.+ Anak-anak lelaki Ishak ialah Esau+ dan Israel.+

35 Anak-anak lelaki Esau ialah Elifas, Rehuel, Yeus, Yalam, dan Korah.+

36 Anak-anak lelaki Elifas ialah Teman,+ Omar, Zefo, Gatam, Kenas, Timna, dan Amalek.+

37 Anak-anak lelaki Rehuel ialah Nahat, Zerah, Shama, dan Miza.+

38 Anak-anak lelaki Seir+ ialah Lotan, Shobal, Zibeon, Anah, Disyon, Ezer, dan Disyan.+

39 Anak perempuan Seir ialah Timna. Anak-anak lelaki Lotan ialah Hori dan Homam.+

40 Anak-anak lelaki Shobal ialah Alwan, Manahat, Ebal, Shefo, dan Onam.

Anak-anak lelaki Zibeon ialah Aya dan Anah.+

41 Anak lelaki Anah ialah Disyon.

Anak-anak lelaki Disyon ialah Hemdan, Esban, Yitran, dan Keran.+

42 Anak-anak lelaki Ezer+ ialah Bilhan, Zaawan, dan Akan.

Anak-anak lelaki Disyan ialah Uz dan Aran.+

43 Berikut ialah raja-raja yang memerintah di negeri Edom+ sebelum ada raja yang memerintah orang Israel:+ Bela anak Beor; kotanya dipanggil Dinhaba. 44 Setelah kematian Bela, Yobab anak Zerah dari Bozra+ menggantikannya sebagai raja. 45 Setelah kematian Yobab, Husham dari negeri orang Teman menggantikannya sebagai raja. 46 Setelah kematian Husham, Hadad anak Bedad, yang mengalahkan orang Midian di kawasan Moab, menggantikannya sebagai raja, dan kotanya dipanggil Awit. 47 Setelah kematian Hadad, Samla dari Masreka menggantikannya sebagai raja. 48 Setelah kematian Samla, Shaul dari Rehobot, yang terletak berhampiran sungai, menggantikannya sebagai raja. 49 Setelah kematian Shaul, Baal-hanan anak Akhbor menggantikannya sebagai raja. 50 Setelah kematian Baal-hanan, Hadad menggantikannya sebagai raja, dan kotanya dipanggil Pau. Isterinya bernama Mehetabel dan dia ialah anak perempuan Matred. Matred pula ialah anak perempuan Mezahab. 51 Akhirnya Hadad juga meninggal.

Ketua-ketua suku yang berasal daripada keturunan Edom ialah Timna, Alwa, Yetet,+ 52 Oholibama, Ela, Pinon, 53 Kenas, Teman, Mibzar, 54 Magdiel, dan Iram. Mereka semua ialah ketua suku yang berasal daripada keturunan Edom.

2 Berikut ialah anak-anak lelaki Israel:+ Ruben,+ Simeon,+ Lewi,+ Yehuda,+ Isakhar,+ Zebulon,+ 2 Dan,+ Yusuf,+ Benyamin,+ Naftali,+ Gad,+ dan Asyer.+

3 Anak-anak lelaki Yehuda ialah Er, Onan, dan Selah. Mereka bertiga dilahirkan oleh seorang wanita Kanaan,+ iaitu anak perempuan Sua. Er, anak sulung Yehuda, tidak mendapat perkenan Yehuwa. Oleh itu, Dia membunuh Er.+ 4 Tamar,+ iaitu menantu Yehuda, melahirkan Perez+ dan Zerah baginya. Maka jumlah anak lelaki Yehuda ialah lima orang.

5 Anak-anak lelaki Perez ialah Hezron dan Hamul.+

6 Anak-anak lelaki Zerah ialah Zimri, Etan, Heman, Kalkol, dan Dara. Semuanya ada lima orang.

7 Anak Karmi ialah Akhar.* Dialah yang membawa malapetaka atas Israel+ kerana dia mengingkari perintah berkenaan apa yang harus dibinasakan.+

8 Anak lelaki Etan ialah Azarya.

9 Anak-anak lelaki Hezron ialah Yerahmeel,+ Ram,+ dan Khelubai.*

10 Ram ialah bapa Aminadab.+ Aminadab ialah bapa Nahason,+ iaitu pemimpin keturunan Yehuda. 11 Nahason ialah bapa Salma.+ Salma ialah bapa Boaz.+ 12 Boaz ialah bapa Obed. Obed ialah bapa Isai.+ 13 Isai mempunyai beberapa orang anak lelaki. Yang sulung bernama Eliab, yang kedua bernama Abinadab,+ yang ketiga bernama Simea,+ 14 yang keempat bernama Netanel, yang kelima bernama Radai, 15 yang keenam bernama Ozem, dan yang ketujuh bernama Daud.+ 16 Anak-anak perempuan Isai ialah Zeruya dan Abigail.+ Zeruya mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Abisai,+ Yoab,+ dan Asael.+ 17 Abigail berkahwin dengan Yeter, seorang lelaki keturunan Ismael. Kemudian Abigail melahirkan Amasa.+

18 Kaleb* anak Hezron mendapat anak-anak lelaki daripada Azubah, iaitu isterinya, dan Yeriot. Nama anak-anak lelakinya ialah Yeser, Sobab, dan Ardon. 19 Selepas Azubah mati, Kaleb berkahwin dengan Efrat.+ Kemudian, Efrat melahirkan Hur.+ 20 Hur ialah bapa Uri. Uri ialah bapa Bezaleel.+

21 Semasa Hezron berumur 60 tahun, dia berkahwin dengan anak perempuan Makhir.+ Selepas berkahwin, mereka mendapat seorang anak lelaki yang bernama Segub. (Makhir ialah bapa Gilead.)+ 22 Segub ialah bapa Yair.+ Yair mempunyai 23 buah kota di Gilead.+ 23 Mereka semua ialah keturunan Makhir, bapa Gilead. Selepas itu, Gesur+ dan Siria+ merampas 60 buah kota daripada penduduk di situ, termasuk Hawot-yair,+ Kenat,+ dan kota-kota di sekitar Kenat.

24 Selepas Hezron+ mati di Kaleb-efrata, isterinya Abia melahirkan Asyhur.+ Asyhur kemudiannya menjadi bapa Tekoa.+

25 Yerahmeel, anak sulung Hezron, mempunyai beberapa orang anak lelaki, iaitu Ram, Buna, Oren, Ozem, dan Ahia. Ram ialah anak sulung. 26 Yerahmeel mempunyai seorang lagi isteri, iaitu Atara. Atara ialah ibu Onam. 27 Ram, iaitu anak sulung Yerahmeel, mempunyai beberapa orang anak lelaki. Mereka ialah Maaz, Yamin, dan Eker. 28 Onam ialah bapa Samai dan Yada. Samai ialah bapa Nadab dan Abisur. 29 Isteri Abisur bernama Abihail. Abihail melahirkan Ahban dan Molid. 30 Nadab ialah bapa Seled dan Apaim, tetapi Seled mati tanpa mempunyai anak. 31 Apaim ialah bapa Yishi. Yishi ialah bapa Sesan, dan Sesan ialah bapa Ahlai. 32 Yada, iaitu adik Samai, ialah bapa Yeter dan Yonatan. Namun, Yeter mati tanpa mempunyai anak. 33 Yonatan ialah bapa Pelet dan Zaza. Mereka semua ialah keturunan Yerahmeel.

34 Sesan tidak mempunyai anak lelaki, hanya anak perempuan. Dia mempunyai seorang hamba dari Mesir yang bernama Yarha. 35 Maka Sesan mengahwinkan anak perempuannya dengan Yarha. Kemudian isteri Yarha melahirkan seorang anak lelaki dan menamakannya Atai. 36 Atai ialah bapa Natan, dan Natan ialah bapa Zabad. 37 Zabad ialah bapa Eflal, dan Eflal ialah bapa Obed. 38 Obed ialah bapa Yehu, dan Yehu ialah bapa Azarya. 39 Azarya ialah bapa Heles. Heles ialah bapa Eleasa. 40 Eleasa ialah bapa Sismai. Sismai ialah bapa Salum. 41 Salum ialah bapa Yekamia, dan Yekamia ialah bapa Elisama.

42 Kaleb*+ ialah adik Yerahmeel. Anak sulung Kaleb ialah Mesa. Mesa ialah bapa Zif. Maresa, bapa Hebron, mempunyai anak-anak lelaki. 43 Anak-anak lelaki Hebron ialah Korah, Tapuah, Rekem, dan Sema. 44 Sema ialah bapa Raham. Raham ialah bapa Yorkeam. Rekem ialah bapa Samai. 45 Anak lelaki Samai ialah Maon. Maon ialah bapa Bet-zur.+ 46 Efa, iaitu gundik Kaleb, melahirkan Haran, Moza, dan Gazes. Haran juga mempunyai seorang anak yang bernama Gazes. 47 Anak-anak lelaki Yahdai ialah Regem, Yotam, Gesan, Pelet, Efa, dan Saaf. 48 Maakha, iaitu gundik Kaleb, melahirkan Seber dan Tirhana. 49 Kemudian, Maakha melahirkan Saaf, iaitu bapa Madmana,+ dan Syewa, iaitu bapa Makhbena dan Gibea.+ Anak perempuan Kaleb+ ialah Akhsa.+ 50 Mereka semua ialah keturunan Kaleb.

Hur,+ iaitu anak sulung Efrata,+ mempunyai beberapa orang anak lelaki: Shobal, iaitu bapa Kiryat-yearim,+ 51 Salma, iaitu bapa Betlehem,+ dan Haref, iaitu bapa Bet-gader. 52 Shobal, iaitu bapa Kiryat-yearim, mempunyai anak-anak lelaki: Haroe dan separuh daripada orang Menuhot. 53 Keluarga Kiryat-yearim terdiri daripada orang Itri,+ orang Puti, orang Sumati, dan orang Misrai. Orang Zora+ dan orang Esytaol+ berasal daripada mereka. 54 Keturunan Salma ialah orang yang tinggal di Betlehem,+ Netofa, Atrot-bet-yoab, Zori, dan separuh daripada penduduk di Manahat. 55 Keluarga jurutulis yang tinggal di Yabes terdiri daripada orang Tirat, orang Simati, dan orang Sukati. Mereka semua ialah orang Keni+ yang berasal daripada Hamat, puak Rekhab.+

3 Inilah senarai nama anak-anak Daud yang dilahirkan di Hebron:+ Anak sulung Daud ialah Amnon,+ ibunya bernama Ahinoam+ dari Yizreel; anak kedua ialah Daniel, ibunya bernama Abigail+ dari Karmel; 2 anak yang ketiga ialah Absalom,+ ibunya bernama Maakha, iaitu anak perempuan kepada Raja Talmai dari Gesur; anak yang keempat ialah Adonia,+ ibunya bernama Hagit; 3 anak yang kelima ialah Shefatiya, ibunya bernama Abital; dan anak yang keenam ialah Itream, ibunya bernama Egla. 4 Keenam-enam orang anak itu dilahirkan di Hebron. Daud memerintah di Hebron selama 7 tahun dan 6 bulan, dan di Yerusalem selama 33 tahun.+

5 Berikut ialah nama anak-anak Daud yang dilahirkan di Yerusalem:+ Simea, Sobab, Natan,+ dan Salomo.+ Ibu mereka ialah Bat-syeba,+ anak perempuan Amiel. 6 Daud juga mempunyai sembilan orang anak yang lain, iaitu Ibhar, Elisama, Elifelet, 7 Noga, Nefeg, Yafia, 8 Elisama, Eliada, dan Elifelet. 9 Mereka semua ialah anak-anak lelaki Daud. Selain itu, Daud mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Tamar.+ Daud juga mempunyai anak-anak lain daripada gundik-gundiknya.

10 Anak lelaki Salomo ialah Rehabeam.+ Anak lelaki Rehabeam ialah Abia.+ Anak lelaki Abia ialah Asa.+ Anak lelaki Asa ialah Yehosafat.+ 11 Anak lelaki Yehosafat ialah Yehoram.+ Anak lelaki Yehoram ialah Ahazia.+ Anak lelaki Ahazia ialah Yehoas.+ 12 Anak lelaki Yehoas ialah Amazia.+ Anak lelaki Amazia ialah Azarya.+ Anak lelaki Azarya ialah Yotam.+ 13 Anak lelaki Yotam ialah Ahas.+ Anak lelaki Ahas ialah Hizkia.+ Anak lelaki Hizkia ialah Manasye.+ 14 Anak lelaki Manasye ialah Amon.+ Anak lelaki Amon ialah Yosia.+ 15 Yosia mempunyai beberapa orang anak lelaki. Yang sulung ialah Yohanan, yang kedua ialah Yehoyakim,+ yang ketiga ialah Zedekia,+ dan yang keempat ialah Salum. 16 Anak lelaki Yehoyakim ialah Yekhonya.+ Anak lelaki Yekhonya ialah Zedekia. 17 Semasa Yekhonya menjadi tawanan, dia mendapat beberapa orang anak lelaki. Berikut ialah nama anak-anaknya: Sealtiel, 18 Malkhiram, Pedaya, Syenazar, Yekamia, Hosama, dan Nedabia. 19 Anak-anak Pedaya ialah Zerubabel+ dan Simei. Anak-anak lelaki Zerubabel ialah Mesulam dan Hanania, manakala anak perempuannya ialah Selomit. 20 Dia juga mempunyai lima orang anak lelaki yang lain: Hasuba, Ohel, Berekia, Hasadia, dan Yusab-hesed. 21 Anak-anak lelaki Hanania ialah Pelatia dan Yeshaya. Anak lelaki Yeshaya ialah Refaya. Anak lelaki Refaya ialah Arnan. Anak lelaki Arnan ialah Obaja. Anak lelaki Obaja ialah Sekania. 22 Sekania mempunyai seorang anak lelaki dan beberapa orang cucu. Anaknya ialah Semaya, dan anak-anak lelaki Semaya pula ialah Hatus, Yigal, Bariah, Neariah, dan Safat. Jumlahnya enam orang. 23 Neariah mempunyai tiga orang anak lelaki, iaitu Elioenai, Hizkia, dan Azrikam. 24 Elioenai mempunyai tujuh orang anak lelaki, iaitu Hodawia, Eliasib, Pelaya, Akub, Yohanan, Delaya, dan Anani.

4 Anak-anak lelaki Yehuda ialah Perez,+ Hezron,+ Karmi, Hur,+ dan Shobal.+ 2 Reaya anak Shobal ialah bapa Yahat. Yahat ialah bapa Ahumai dan Lahad. Orang Zora berasal daripada mereka.+ 3 Inilah anak-anak lelaki pengasas* kota Etam:+ Yizreel, Isma, Idbas (adik perempuan mereka bernama Hazelelponi), 4 Penuel, dan Ezer. Penuel ialah bapa Gedor, dan Ezer ialah bapa Husa. Mereka ialah anak-anak lelaki Hur.+ Hur ialah anak sulung Efrata dan bapa Betlehem.+ 5 Asyhur+ ialah bapa Tekoa.+ Asyhur mempunyai dua orang isteri, iaitu Hela dan Naara. 6 Naara melahirkan Ahuzam, Hefer, Temeni, dan Ahastari baginya. Mereka ialah anak-anak lelaki Naara. 7 Anak-anak lelaki Hela ialah Zeret, Yizhar, dan Etan. 8 Koz ialah bapa Anub dan Zobeba. Koz juga menjadi nenek moyang kepada keturunan Aharhel anak Harum.

9 Yabes lebih dihormati daripada adik-beradiknya. Ibunya berkata, “Aku melahirkannya dengan penuh kesakitan,” maka dia dinamakan Yabes.* 10 Yabes berseru kepada Tuhan orang Israel, “Semoga Engkau memberkati aku dan memberi aku lebih banyak tanah. Sertailah aku selalu dan lindungilah aku daripada malapetaka agar aku tidak ditimpa musibah!” Maka Tuhan mengabulkan permintaannya itu.

11 Kelub, iaitu abang Suha, ialah bapa Mehir. Mehir ialah bapa Eston. 12 Eston ialah bapa Bet-rafa, Paseah, dan Tehina. Tehina ialah bapa Ir-nahas. Mereka semua orang Reka. 13 Anak-anak lelaki Kenas ialah Otniel+ dan Serayah. Anak lelaki Otniel ialah Hatat. 14 Meonotai ialah bapa Ofra. Serayah ialah bapa Yoab, dan Yoab ialah bapa kepada penduduk Ge-harasim.* Penduduk di situ ialah tukang yang mahir.

15 Inilah anak-anak lelaki Kaleb+ anak Yefune: Iru, Ela, dan Naam. Anak lelaki Ela ialah Kenas. 16 Anak-anak lelaki Yehalelel ialah Zif, Zifa, Tiria, dan Asarel. 17 Anak-anak lelaki Ezrah ialah Yeter, Mered, Efer, dan Yalon. Seorang wanita* mengandung dan melahirkan Miryam, Samai, dan Isbah, iaitu bapa Estemoa. 18 Mereka ialah anak-anak lelaki Bitia. Bitia ialah anak perempuan Firaun* yang telah dikahwinkan dengan Mered. Isteri Mered yang berbangsa Yahudi pula melahirkan Yered, Heber, dan Yekutiel. Yered ialah bapa Gedor, Heber ialah bapa Sokho, dan Yekutiel ialah bapa Zanoah.

19 Isteri Hodia ialah saudara perempuan Naham. Anak-anak lelaki Hodia ialah nenek moyang* Garmi yang mengasaskan Kehila. Seorang lagi anak lelaki Hodia ialah Estemoa, iaitu orang Maakha. 20 Anak-anak lelaki Shimon ialah Amnon, Rina, Ben-hanan, dan Tilon. Anak-anak lelaki Yishi ialah Zohet dan Ben-zohet.

21 Yehuda ialah bapa Selah,+ dan anak-anak lelaki Selah ialah Er dan Laada. Er ialah bapa Leka, dan Laada ialah bapa Maresa. Keturunan Asbea, iaitu keluarga-keluarga* yang menghasilkan kain yang bermutu tinggi, juga berasal daripada keturunan Selah. 22 Selain itu, orang Kozeba, Yoas, Saraf, dan Yokim (mereka berkahwin dengan perempuan Moab), serta Yasubi-lehem juga berasal daripada keturunan Selah. Maklumat ini berdasarkan catatan yang sangat tua. 23 Mereka tinggal di Netaim dan Gedera. Mereka merupakan tukang tembikar yang bekerja untuk raja.

24 Anak-anak lelaki Simeon+ ialah Nemuel, Yamin, Yarib, Zerah, dan Shaul.+ 25 Shaul ialah bapa Salum. Salum ialah bapa Mibsam. Mibsam ialah bapa Mishma. 26 Anak lelaki Mishma ialah Hamuel. Anak lelaki Hamuel ialah Zakur. Anak lelaki Zakur ialah Simei. 27 Simei mempunyai 16 orang anak lelaki dan 6 orang anak perempuan. Tetapi adik-beradiknya tidak mempunyai banyak anak. Tidak ada satu keluarga pun dalam kalangan mereka yang mempunyai banyak anak seperti suku Yehuda.+ 28 Mereka tinggal di Beer-syeba,+ Molada,+ Hazar-sual,+ 29 Bilha, Ezem,+ Tolad, 30 Betuel,+ Horma,+ Ziklag,+ 31 Bet-markabot, Hazar-susim,+ Bet-biri, dan Saaraim. Inilah kota-kota yang didiami oleh mereka sehingga Daud mula menjadi raja.

32 Mereka juga tinggal di lima buah kota yang lain, iaitu Etam, Ain, Rimon, Tokhen, dan Asan.+ 33 Semua perkampungan mereka terletak di sekitar kota-kota itu sampai ke kota Baal. Inilah salasilah keluarga mereka dan tempat-tempat yang didiami oleh mereka. 34 Berikut merupakan pemimpin-pemimpin dalam keluarga mereka: Mesobab, Yamlekh, Yosa anak Amazia, 35 Yoel, Yehu (Yehu ialah anak Yosibia, Yosibia ialah anak Serayah, dan Serayah ialah anak Asiel), 36 Elioenai, Yaakoba, Asaya, Adiel, Yesimeil, Benaya, 37 dan Ziza (Ziza ialah anak Sifi, Sifi ialah anak Alon, Alon ialah anak Yedaya, Yedaya ialah anak Simri, dan Simri ialah anak Semaya). 38 Ya, mereka ialah pemimpin-pemimpin dalam kalangan keluarga mereka, dan ahli keluarga nenek moyang mereka terus bertambah. 39 Mereka pergi ke jalan yang menuju ke kota Gedor, iaitu di sebelah timur sebuah lembah, untuk mencari padang rumput bagi ternakan mereka. 40 Akhirnya mereka menjumpai padang rumput yang baik dan subur. Tanah itu luas, aman, dan tenteram. Sebelum itu orang Ham tinggal di situ.+ 41 Orang yang namanya sudah tersenarai itu telah memusnahkan perkhemahan orang Ham dan orang Meunim pada zaman Hizkia,+ raja Yehuda. Perkhemahan orang Ham dan orang Meunim telah dimusnahkan sama sekali. Sampai hari ini, tidak ada seorang pun dalam kalangan mereka yang tertinggal. Keturunan Simeon mula menetap di tempat itu kerana di situ terdapat padang rumput untuk ternakan mereka.

42 Sebanyak 500 orang daripada keturunan Simeon pergi ke Gunung Seir.+ Mereka dipimpin oleh anak-anak lelaki Yishi, iaitu Pelatia, Neariah, Refaya, dan Uziel. 43 Mereka membunuh semua orang Amalek+ yang telah melarikan diri, dan mereka terus tinggal di sana sampai hari ini.

5 Ruben,+ anak sulung Israel, mempunyai anak-anak lelaki. Meskipun dia ialah anak yang sulung, dia kehilangan haknya sebagai anak sulung kerana dia telah meniduri gundik bapanya.*+ Haknya sebagai anak sulung diberikan kepada anak-anak lelaki Yusuf,+ anak Israel. Oleh itu, dalam salasilah keluarga mereka, dia tidak disenaraikan sebagai anak sulung. 2 Yehuda+ mempunyai kedudukan yang lebih penting daripada adik-beradiknya dan daripada sukunya, seorang pemerintah akan lahir,+ tetapi hak sebagai anak sulung menjadi milik Yusuf. 3 Anak-anak lelaki Ruben ialah Hanokh, Palu, Hezron, dan Karmi.+ (Ruben ialah anak sulung Israel.) 4 Anak lelaki Yoel ialah Semaya, anak lelaki Semaya ialah Gog, anak lelaki Gog ialah Simei, 5 anak lelaki Simei ialah Mikha, anak lelaki Mikha ialah Reaya, anak lelaki Reaya ialah Baal, 6 dan anak lelaki Baal ialah Beera, seorang pemimpin keturunan Ruben. Beera ditawan oleh Raja Tilgat-pilneser+ dari Assyria. 7 Menurut salasilah keturunan keluarga mereka, adik-beradik Beera ialah Yeiel (ketua mereka), Zakharia, 8 dan Bela (Bela ialah anak Azaz, Azaz ialah anak Sema, dan Sema ialah anak Yoel). Tempat tinggal keluarganya bermula dari Aroer+ sampai ke Nebo dan Bet-baal-meon.+ 9 Mereka mempunyai banyak sekali ternakan di Gilead.+ Oleh itu, mereka mendiami kawasan di bahagian timur sampai ke jalan masuk yang menuju ke padang belantara di Sungai Efrat.+ 10 Pada zaman Saul, mereka melawan orang Hagri dan berjaya mengalahkan mereka. Oleh itu, mereka tinggal di perkhemahan orang Hagri di seluruh bahagian timur Gilead.

11 Keturunan Gad tinggal berhampiran keturunan Ruben, iaitu dari Basan sampai ke Salkha.+ 12 Di Basan, ketua mereka ialah Yoel, orang yang kedua ialah Safam, dan terdapat juga Yanai dan Safat. 13 Mereka mempunyai tujuh orang saudara daripada puak mereka, iaitu Mikhael, Mesulam, Syeba, Yorai, Yakan, Ziya, dan Eber. 14 Inilah anak-anak lelaki Abihail anak Huri. Huri ialah anak Yaroah, Yaroah ialah anak Gilead, Gilead ialah anak Mikhael, Mikhael ialah anak Yesisai, Yesisai ialah anak Yahdo, dan Yahdo ialah anak Buz. 15 Ahi anak Abdiel, cucu Guni, ialah ketua puak mereka. 16 Mereka tinggal di Gilead,+ di Basan,+ dan kota-kota di sekelilingnya serta di semua padang rumput Saron sampai ke sempadannya. 17 Mereka semua didaftarkan menurut salasilah keluarga pada zaman Yotam,+ raja Yehuda, dan pada zaman Yerobeam,*+ raja Israel.

18 Suku Ruben, suku Gad, dan separuh daripada suku Manasye mempunyai 44,760 orang pahlawan gagah yang mahir berperang. Mereka membawa perisai dan pedang serta pandai menggunakan busur. 19 Mereka berperang dengan orang Hagri,+ suku Yetur, suku Nafis,+ dan suku Nodab. 20 Apabila mereka melawan orang Hagri, Tuhan membantu mereka dan menyerahkan orang Hagri dan semua sekutu orang Hagri ke dalam tangan mereka. Tuhan mengabulkan permintaan mereka kerana mereka mempercayai-Nya dan berseru meminta bantuan-Nya.+ 21 Mereka merampas 50,000 ekor unta, 250,000 ekor biri-biri, dan 2,000 ekor keldai. Mereka juga menawan seramai 100,000 orang. 22 Ramai orang terbunuh kerana Tuhan yang benar berperang bagi pihak mereka.+ Mereka tinggal di situ sehingga mereka dibuang negeri.+

23 Keturunan daripada separuh suku Manasye sangat banyak,+ dan mereka tinggal di kawasan dari Basan ke Baal-hermon, Senir, dan Gunung Hermon.+ 24 Inilah ketua-ketua puak mereka: Efer, Yishi, Eliel, Azriel, Yeremia, Hodawia, dan Yahdiel. Ya, mereka ialah pahlawan yang gagah dan ketua puak yang terkenal. 25 Mereka tidak setia kepada Tuhan yang disembah oleh nenek moyang mereka. Seperti pelacur, mereka menyembah tuhan-tuhan yang disembah bangsa-bangsa yang telah dimusnahkan oleh Tuhan dari hadapan mereka.+ 26 Oleh itu, Tuhan orang Israel menggerakkan hati Raja Pul dari Assyria+ (iaitu, Raja Tilgat-pilneser+ dari Assyria). Maka raja pun menawan suku Ruben, suku Gad, dan separuh daripada suku Manasye, lalu membawa mereka ke Halah, Habor, Hara, dan Sungai Gozan.+ Mereka tinggal di situ sehingga hari ini.

6 Anak-anak lelaki Lewi+ ialah Gerson, Kehat,+ dan Merari.+ 2 Anak-anak lelaki Kehat ialah Amram, Yizhar,+ Hebron, dan Uziel.+ 3 Anak-anak Amram+ ialah Harun,+ Musa,+ dan Miryam.+ Anak-anak lelaki Harun ialah Nadab, Abihu,+ Eleazar,+ dan Itamar.+ 4 Eleazar ialah bapa Pinehas,+ Pinehas ialah bapa Abisua, 5 Abisua ialah bapa Buki, Buki ialah bapa Uzi, 6 Uzi ialah bapa Zerahya, Zerahya ialah bapa Merayot, 7 Merayot ialah bapa Amaria, Amaria ialah bapa Ahitub,+ 8 Ahitub ialah bapa Zadok,+ Zadok ialah bapa Ahimaas,+ 9 Ahimaas ialah bapa Azarya, Azarya ialah bapa Yohanan, 10 dan Yohanan ialah bapa Azarya. Dia bertugas sebagai imam di Yerusalem, iaitu di Rumah Tuhan yang dibina oleh Salomo.

11 Azarya ialah bapa Amaria, Amaria ialah bapa Ahitub, 12 Ahitub ialah bapa Zadok,+ Zadok ialah bapa Salum, 13 Salum ialah bapa Hilkia,+ Hilkia ialah bapa Azarya, 14 Azarya ialah bapa Serayah,+ dan Serayah ialah bapa Yehozadak.+ 15 Yehozadak dibuang negeri apabila Yehuwa menyerahkan Yehuda dan Yerusalem ke dalam tangan Nebukadnezar.

16 Anak-anak lelaki Lewi ialah Gersom,* Kehat, dan Merari. 17 Anak-anak lelaki Gersom ialah Libni dan Simei.+ 18 Anak-anak lelaki Kehat ialah Amram, Yizhar, Hebron, dan Uziel.+ 19 Anak-anak lelaki Merari ialah Mahli dan Musi.

Berikut merupakan nama ketua-ketua keluarga Lewi:+ 20 Anak lelaki Gersom+ ialah Libni, anak Libni ialah Yahat, anak Yahat ialah Zima, 21 anak Zima ialah Yoah, anak Yoah ialah Ido, anak Ido ialah Zerah, dan anak Zerah ialah Yeatrai. 22 Anak lelaki Kehat ialah Aminadab, anak Aminadab ialah Korah,+ anak Korah ialah Asir, 23 anak Asir ialah Elkana, anak Elkana ialah Ebiasaf,+ anak Ebiasaf ialah Asir, 24 anak Asir ialah Tahat, anak Tahat ialah Uriel, anak Uriel ialah Uzia, dan anak Uzia ialah Shaul. 25 Anak-anak lelaki Elkana ialah Amasai dan Ahimot. 26 Berkenaan Elkana yang seorang lagi, anaknya ialah Zofai, anak Zofai ialah Nahat, 27 anak Nahat ialah Eliab, anak Eliab ialah Yeroham, dan anak Yeroham ialah Elkana.+ 28 Anak lelaki Samuel+ yang sulung ialah Yoel, dan anaknya yang kedua ialah Abia.+ 29 Anak lelaki Merari ialah Mahli,+ anak Mahli ialah Libni, anak Libni ialah Simei, anak Simei ialah Uzah, 30 anak Uzah ialah Simea, anak Simea ialah Hagia, dan anak Hagia ialah Asaya.

31 Daud melantik beberapa orang untuk memimpin nyanyian di khemah* Yehuwa selepas tabut perjanjian diletakkan di situ.+ 32 Mereka bertanggungjawab untuk bernyanyi di hadapan khemah suci, iaitu khemah pertemuan, sehingga Salomo selesai membina Rumah Yehuwa di Yerusalem,+ dan mereka terus menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka.+ 33 Mereka bertugas bersama anak-anak mereka: Daripada keturunan Kehat ialah Heman,+ seorang penyanyi. (Heman ialah anak Yoel, Yoel+ ialah anak Samuel, 34 Samuel ialah anak Elkana,+ Elkana ialah anak Yeroham, Yeroham ialah anak Eliel, Eliel ialah anak Toah, 35 Toah ialah anak Zuf, Zuf ialah anak Elkana, Elkana ialah anak Mahat, Mahat ialah anak Amasai, 36 Amasai ialah anak Elkana, Elkana ialah anak Yoel, Yoel ialah anak Azarya, Azarya ialah anak Zefanya, 37 Zefanya ialah anak Tahat, Tahat ialah anak Asir, Asir ialah anak Ebiasaf, Ebiasaf ialah anak Korah, 38 Korah ialah anak Yizhar, Yizhar ialah anak Kehat, Kehat ialah anak Lewi, dan Lewi ialah anak Israel.)

39 Asaf,+ iaitu saudara lelaki Heman, berdiri di sebelah kanannya. (Asaf ialah anak Berekia, Berekia ialah anak Simea, 40 Simea ialah anak Mikhael, Mikhael ialah anak Baaseya, Baaseya ialah anak Malkia, 41 Malkia ialah anak Etni, Etni ialah anak Zerah, Zerah ialah anak Adaya, 42 Adaya ialah anak Etan, Etan ialah anak Zima, Zima ialah anak Simei, 43 Simei ialah anak Yahat, Yahat ialah anak Gersom, dan Gersom ialah anak Lewi.)

44 Etan, iaitu saudara lelaki Heman dan Asaf, berdiri di sebelah kiri Heman. Etan+ berasal daripada keturunan Merari.+ (Etan ialah anak Kisi, Kisi ialah anak Abdi, Abdi ialah anak Malukh, 45 Malukh ialah anak Hasabia, Hasabia ialah anak Amazia, Amazia ialah anak Hilkia, 46 Hilkia ialah anak Amzi, Amzi ialah anak Bani, Bani ialah anak Semer, 47 Semer ialah anak Mahli, Mahli ialah anak Musi, Musi ialah anak Merari, dan Merari ialah anak Lewi.)

48 Saudara-saudara lelaki mereka, iaitu orang Lewi yang lain, dilantik untuk berkhidmat di khemah Tuhan yang benar.+ 49 Harun dan anak-anak lelakinya+ bertugas untuk membakar korban di atas mazbah sehingga asap naik.+ Mereka berbuat demikian di atas mazbah korban bakar dan di atas mazbah untuk membakar kemenyan.+ Mereka juga menjalankan tugas yang berkaitan dengan hal-hal yang paling suci. Mereka berbuat demikian untuk memohon pengampunan dosa bagi pihak umat Israel,+ selaras dengan apa yang diperintahkan oleh Tuhan yang benar melalui hamba-Nya Musa. 50 Inilah keturunan Harun:+ Anak Harun ialah Eleazar,+ anak Eleazar ialah Pinehas, anak Pinehas ialah Abisua, 51 anak Abisua ialah Buki, anak Buki ialah Uzi, anak Uzi ialah Zerahya, 52 anak Zerahya ialah Merayot, anak Merayot ialah Amaria, anak Amaria ialah Ahitub,+ 53 anak Ahitub ialah Zadok,+ dan anak Zadok ialah Ahimaas.

54 Berikut merupakan tempat tinggal orang Lewi dan tempat mereka mendirikan khemah: Selepas membuang undi, keluarga Kehat daripada keturunan Harun mendapat bahagian yang pertama, 55 iaitu Hebron+ di negeri Yehuda, dengan padang rumput di sekelilingnya. 56 Tetapi tanah lapang dan perkampungan di situ diberikan kepada Kaleb+ anak Yefune. 57 Keturunan Harun mendapat kota-kota* perlindungan,+ iaitu Hebron,+ Libna+ dengan padang rumputnya, Yatir,+ Estemoa dengan padang rumputnya,+ 58 Hilen dengan padang rumputnya, Debir+ dengan padang rumputnya, 59 Asan+ dengan padang rumputnya, dan Bet-semes+ dengan padang rumputnya. 60 Daripada suku Benyamin, orang Lewi mendapat Geba+ dengan padang rumputnya, Alemet dengan padang rumputnya, dan Anatot+ dengan padang rumputnya. Keluarga Lewi mempunyai 13 buah kota.+

61 Selepas membuang undi, 10 buah kota diberikan kepada orang Kehat yang lain. Mereka mendapat semua kota itu daripada keluarga-keluarga suku lain dan daripada separuh suku Manasye.+

62 Keluarga-keluarga Gersom mendapat 13 buah kota daripada suku Isakhar, suku Asyer, suku Naftali, dan suku Manasye di Basan.+

63 Selepas membuang undi, keluarga-keluarga Merari mendapat bahagian mereka, iaitu 12 buah kota, daripada suku Ruben, suku Gad, dan suku Zebulon.+

64 Demikianlah orang Israel memberikan kota-kota ini dengan padang rumput di sekelilingnya kepada orang Lewi.+ 65 Kota-kota daripada suku Yehuda, suku Simeon, dan suku Benyamin yang telah disebutkan namanya itu, juga diberikan kepada orang Lewi dengan membuang undi.

66 Beberapa buah kota daripada suku Efraim diberikan kepada keluarga-keluarga Kehat sebagai kawasan milik mereka.+ 67 Mereka mendapat kota-kota* perlindungan, iaitu Sikhem+ dengan padang rumputnya yang terletak di kawasan pergunungan Efraim, Gezer+ dengan padang rumputnya, 68 Yokmeam dengan padang rumputnya, Bet-horon+ dengan padang rumputnya, 69 Ayalon+ dengan padang rumputnya, dan Gat-rimon+ dengan padang rumputnya. 70 Daripada separuh suku Manasye, keluarga Kehat yang lain mendapat Aner dengan padang rumputnya dan Bileam dengan padang rumputnya.

71 Keluarga Gersom mendapat Golan+ di Basan dengan padang rumputnya dan Asytarot dengan padang rumputnya daripada separuh suku Manasye.+ 72 Daripada suku Isakhar, mereka mendapat Kedes dengan padang rumputnya, Daberat+ dengan padang rumputnya,+ 73 Ramot dengan padang rumputnya, dan Anem dengan padang rumputnya. 74 Daripada suku Asyer, mereka mendapat Masal dengan padang rumputnya, Abdon dengan padang rumputnya,+ 75 Hukok dengan padang rumputnya, dan Rehob+ dengan padang rumputnya. 76 Daripada suku Naftali, mereka mendapat Kedes+ di Galilea+ dengan padang rumputnya, Hamon dengan padang rumputnya, dan Kiryataim dengan padang rumputnya.

77 Daripada suku Zebulon,+ keluarga Merari yang selebihnya mendapat Rimono dengan padang rumputnya dan Tabor dengan padang rumputnya. 78 Daripada suku Ruben, mereka mendapat Bezer di padang belantara dengan padang rumputnya. (Bezer terletak di kawasan Sungai Yordan dekat Yerikho, iaitu di sebelah timur Sungai Yordan.) Mereka juga mendapat Yahas+ dengan padang rumputnya, 79 Kedemot+ dengan padang rumputnya, dan Mefaat dengan padang rumputnya. 80 Daripada suku Gad, mereka mendapat Ramot di Gilead dengan padang rumputnya, Mahanaim+ dengan padang rumputnya, 81 Hesybon+ dengan padang rumputnya, dan Yaezer+ dengan padang rumputnya.

7 Isakhar mempunyai empat orang anak lelaki, iaitu Tola, Pua, Yasub, dan Simron.+ 2 Anak-anak lelaki Tola ialah Uzi, Refaya, Yeriel, Yahmei, Ibsam, dan Shemuel. Mereka ialah ketua-ketua puak. Pada zaman Daud, pahlawan gagah daripada keturunan Tola berjumlah 22,600 orang. 3 Anak lelaki Uzi ialah Yizrahia. Anak-anak lelaki Yizrahia ialah Mikhael, Obaja, Yoel, dan Yisia. Kelima-lima mereka ialah ketua keluarga. 4 Keturunan setiap ketua puak dicatatkan dalam salasilah keluarga. Mereka mempunyai banyak isteri dan anak. Terdapat 36,000 orang dalam kalangan mereka yang dapat berperang. 5 Semua saudara lelaki daripada keluarga-keluarga dalam suku Isakhar ialah pahlawan yang gagah. Menurut salasilah keluarga, mereka berjumlah 87,000 orang.+

6 Benyamin+ mempunyai tiga orang anak lelaki, iaitu Bela,+ Bekher,+ dan Yediael.+ 7 Bela mempunyai lima orang anak lelaki, iaitu Ezbon, Uzi, Uziel, Yerimot, dan Iri. Mereka ialah ketua-ketua puak dan pahlawan yang gagah. Menurut salasilah keluarga, mereka berjumlah 22,034 orang.+ 8 Anak-anak lelaki Bekher ialah Zemira, Yoas, Eliezer, Elioenai, Omri, Yeremot, Abia, Anatot, dan Alemet. Ya, mereka ialah anak-anak lelaki Bekher. 9 Keturunan setiap ketua puak dicatatkan dalam salasilah keluarga. Terdapat 20,200 orang pahlawan yang gagah dalam kalangan mereka. 10 Anak lelaki Yediael+ ialah Bilhan, dan anak-anak lelaki Bilhan ialah Yeus, Benyamin, Ehud, Kenaana, Zetan, Tarsis, dan Ahisahar. 11 Anak-anak lelaki Yediael telah disenaraikan mengikut ketua puak masing-masing. Dalam kalangan mereka, terdapat 17,200 orang pahlawan gagah yang bersedia untuk berperang.

12 Orang Supim dan orang Hupim ialah keturunan Ir.+ Orang Husim ialah keturunan Aher.

13 Anak-anak lelaki Naftali+ ialah Yahziel, Guni, Yezer, dan Salum. Mereka ialah keturunan Bilha.+

14 Inilah keturunan Manasye:+ Asriel dilahirkan oleh gundik Manasye, seorang wanita yang berbangsa Siria. (Wanita itu melahirkan Makhir,+ iaitu bapa Gilead. 15 Makhir mencari isteri untuk Hupim dan Supim. Saudara perempuannya bernama Maakha.) Anak lelakinya yang kedua bernama Zelafehad,+ dan Zelafehad hanya mempunyai anak-anak perempuan.+ 16 Maakha, iaitu isteri Makhir, melahirkan seorang anak lelaki lalu menamakannya Peres, dan saudara lelakinya ialah Seres. Nama anak-anak lelakinya ialah Ulam dan Rekem. 17 Anak lelaki Ulam ialah Bedan. Mereka semua ialah anak-anak lelaki Gilead. (Gilead ialah anak Makhir dan Makhir ialah anak Manasye.) 18 Anak perempuan Makhir ialah Hamoleket. Hamoleket melahirkan Ishod, Abi-ezer, dan Mahla. 19 Anak-anak lelaki Semida ialah Ahian, Sikhem, Likhi, dan Aniam.

20 Anak lelaki Efraim+ ialah Shutelah,+ anak Shutelah ialah Bered, anak Bered ialah Tahat, anak Tahat ialah Eleada, anak Eleada ialah Tahat, 21 anak Tahat ialah Zabad, dan anak Zabad ialah Shutelah. Selain itu, Efraim juga mempunyai dua orang anak lelaki yang lain, iaitu Ezer dan Elead. Ezer dan Elead dibunuh oleh penduduk asli Gat+ yang datang mencuri binatang ternakan mereka. 22 Bapa mereka, Efraim, berkabung selama berhari-hari dan saudara-saudaranya datang untuk menghiburkan hatinya. 23 Selepas itu, Efraim bersetubuh dengan isterinya. Maka isterinya hamil dan melahirkan seorang anak lelaki. Efraim menamakan anak itu Beria* kerana anak itu dilahirkan ketika keluarganya ditimpa malapetaka. 24 Anak perempuannya ialah Seera. (Seera telah membangunkan Bet-horon Hulu,+ Bet-horon Hilir,+ dan Uzen-seera.) 25 Anak-anak lelakinya ialah Refah dan Resef. Anak Resef ialah Telah, anak Telah ialah Tahan, 26 anak Tahan ialah Ladan, anak Ladan ialah Amihud, anak Amihud ialah Elisama, 27 anak Elisama ialah Nun, dan anak Nun ialah Yosua.*+

28 Tanah milik suku Efraim dan tempat tinggal mereka ialah Bethel+ dengan pekan-pekan di sekelilingnya, sampai sejauh Naaran di sebelah timur dan Gezer di sebelah barat dengan pekan-pekan di sekelilingnya, dan Sikhem dengan pekan-pekan di sekelilingnya, sehingga sejauh Ayyah* dengan pekan-pekan di sekelilingnya. 29 Mereka juga tinggal di sempadan suku Manasye, iaitu Bet-sean+ dengan pekan-pekan di sekelilingnya, Taanakh+ dengan pekan-pekan di sekelilingnya, Megido+ dengan pekan-pekan di sekelilingnya, dan Dor+ dengan pekan-pekan di sekelilingnya. Inilah tempat tinggal keturunan Yusuf anak Israel.

30 Anak-anak lelaki Asyer ialah Yimna, Yiswa, Yiswi, dan Beria.+ Anak perempuan Asyer ialah Serah.+ 31 Anak-anak lelaki Beria ialah Heber dan Malkiel. Malkiel ialah bapa Birzait. 32 Anak-anak lelaki Heber ialah Yaflet, Somer, dan Hotam. Anak perempuan Heber ialah Sua. 33 Anak-anak lelaki Yaflet ialah Pasakh, Bimhal, dan Aswat. Ya, mereka ialah anak-anak lelaki Yaflet. 34 Anak-anak lelaki Semer* ialah Ahi, Rohga, Yehuba, dan Aram. 35 Saudara lelakinya, iaitu Helem,* mempunyai anak-anak lelaki yang bernama Zofah, Imna, Seles, dan Amal. 36 Anak-anak lelaki Zofah ialah Suah, Harnefer, Syual, Beri, Imra, 37 Bezer, Hod, Syama, Shilsa, Yitran, dan Beera. 38 Anak-anak lelaki Yeter ialah Yefune, Pispah, dan Ara. 39 Anak-anak lelaki Ula ialah Arah, Haniel, dan Rizia. 40 Mereka semua ialah anak-anak lelaki Asyer. Mereka ialah ketua puak, pemimpin yang terpenting, dan pahlawan yang gagah dan terbaik. Menurut salasilah keluarga,+ terdapat 26,000 orang+ dalam kalangan mereka yang dapat berperang.

8 Benyamin+ mempunyai beberapa orang anak lelaki: Bela+ ialah anak sulung, Asybel+ ialah anak kedua, Aharah ialah anak ketiga, 2 Noha ialah anak keempat, dan Rafa ialah anak kelima. 3 Anak-anak lelaki Bela ialah Adar, Gera,+ Abihud, 4 Abisua, Naaman, Ahoah, 5 Gera, Sefufan, dan Huram. 6 Berikut merupakan anak-anak Ehud, iaitu ketua-ketua puak dalam kalangan penduduk Geba,+ yang telah dibuang negeri ke Manahat: 7 Naaman, Ahia, dan Gera. Gera telah memimpin mereka ketika mereka dibuang negeri. Gera mempunyai anak-anak lelaki, iaitu Uza dan Ahihud. 8 Saharaim mendapat anak-anak di tanah Moab setelah dia menghalau orang Moab. Husyim dan Baara ialah isteri-isteri Saharaim.* 9 Seorang lagi isterinya, iaitu Hodes, telah melahirkan Yobab, Zibia, Mesa, Malkam, 10 Yeus, Sakhia, dan Mirma. Mereka ialah anak-anak lelaki Saharaim yang menjadi ketua puak.

11 Isteri Saharaim, iaitu Husyim, melahirkan Abitub dan Elpaal. 12 Anak-anak lelaki Elpaal ialah Eber, Misam, Semed (dia membangunkan Ono+ dan Lod+ dengan pekan-pekan di sekelilingnya), 13 Beria, dan Sema. Mereka ialah ketua-ketua puak dalam kalangan penduduk Ayalon.+ Merekalah yang telah menghalau penduduk Gat. 14 Ahio, Sasak, Yeremot, 15 Zebadia, Arad, Eder, 16 Mikhael, Ispa, dan Yoha ialah anak-anak lelaki Beria. 17 Zebadia, Mesulam, Hizki, Heber, 18 Ismerai, Izlia, dan Yobab ialah anak-anak lelaki Elpaal. 19 Yakim, Zikhri, Zabdi, 20 Elienai, Ziletai, Eliel, 21 Adaya, Beraya, dan Simrat ialah anak-anak lelaki Simei. 22 Ispan, Eber, Eliel, 23 Abdon, Zikhri, Hanan, 24 Hanania, Elam, Antotia, 25 Ifdiya, dan Penuel ialah anak-anak lelaki Sasak. 26 Shamserai, Sheharia, Atalya, 27 Yaaresiah, Elia, dan Zikhri ialah anak-anak lelaki Yeroham. 28 Mereka semua ialah ketua-ketua puak yang disenaraikan mengikut keturunan mereka. Mereka tinggal di Yerusalem.

29 Yeiel tinggal di kota Gibeon+ dan dia ialah pengasas kota itu. Isteri Yeiel bernama Maakha.+ 30 Anak sulungnya ialah Abdon, diikuti dengan Zur, Kish, Baal, Nadab, 31 Gedor, Ahio, dan Zekher. 32 Miklot ialah bapa Simea. Mereka semua tinggal bersama saudara-saudara mereka di Yerusalem, berhampiran dengan saudara-saudara mereka yang lain.

33 Ner+ ialah bapa Kish. Kish ialah bapa Saul.+ Saul ialah bapa Yonatan,+ Malki-sua,+ Abinadab,+ dan Esbaal.*+ 34 Yonatan ialah bapa Merib-baal.+ Merib-baal* ialah bapa Mikha.+ 35 Anak-anak lelaki Mikha ialah Piton, Melekh, Tarea, dan Ahas. 36 Ahas ialah bapa Yehoada. Yehoada ialah bapa Alemet, Azmawet, dan Zimri. Zimri ialah bapa Moza. 37 Moza ialah bapa Binea. Binea ialah bapa Rafah. Rafah ialah bapa Eleasa. Eleasa ialah bapa Azel. 38 Azel mempunyai enam orang anak lelaki, iaitu Azrikam, Bokheru, Ismael, Shearia, Obaja, dan Hanan. Ya, mereka ialah anak-anak lelaki Azel. 39 Saudara lelakinya, iaitu Esek, mempunyai beberapa orang anak lelaki: Ulam ialah anak sulung, Yeus ialah anak kedua, dan Elifelet ialah anak ketiga. 40 Anak-anak lelaki Ulam ialah pahlawan gagah yang pandai menggunakan busur. Mereka mempunyai ramai anak lelaki dan cucu lelaki, semuanya berjumlah 150 orang. Mereka semua ialah keturunan Benyamin.

9 Semua orang Israel didaftarkan menurut salasilah keluarga masing-masing. Senarai itu ditulis dalam Buku Raja-Raja Israel. Orang Yehuda ditawan dan dibawa ke Babilon kerana mereka tidak setia.+ 2 Penduduk yang mula-mula kembali dari Babilon ke kota-kota dan tanah milik mereka ialah sebilangan orang Israel, para imam, orang Lewi, dan hamba-hamba Rumah Tuhan.*+ 3 Sesetengah orang daripada keturunan Yehuda,+ Benyamin,+ Efraim, dan Manasye tinggal di Yerusalem. Berikut merupakan nama-nama mereka: 4 Utai, yang berasal daripada keturunan Perez+ anak Yehuda (Utai ialah anak Amihud, Amihud ialah anak Omri, Omri ialah anak Imri, Imri ialah anak Bani); 5 Asaya dan anak-anak lelakinya, yang berasal daripada keturunan Selah (Asaya ialah anak sulung dalam keluarga bapanya); 6 dan Yeuel bersama 690 orang saudara lelaki mereka, yang berasal daripada keturunan Zerah.+

7 Daripada keturunan Benyamin pula, terdapat Salu (Salu ialah anak Mesulam, Mesulam ialah anak Hodawia, dan Hodawia ialah anak Hasenua), 8 Ibneia (Ibneia ialah anak Yeroham), Ela (Ela ialah anak Uzi, dan Uzi ialah anak Mikhri), dan Mesulam (Mesulam ialah anak Shefatiya, Shefatiya ialah anak Rehuel, dan Rehuel ialah anak Ibnia). 9 Saudara-saudara lelaki mereka berjumlah 956 orang, dan disenaraikan mengikut keturunan masing-masing. Mereka semua ialah ketua puak.

10 Daripada keturunan imam-imam, terdapat Yedaya, Yehoyarib, Yakhin,+ 11 Azarya (Azarya ialah anak Hilkia, Hilkia ialah anak Mesulam, Mesulam ialah anak Zadok, Zadok ialah anak Merayot, dan Merayot ialah anak Ahitub, seorang pemimpin di rumah Tuhan yang benar), 12 Adaya (Adaya ialah anak Yeroham, Yeroham ialah anak Pasyhur, dan Pasyhur ialah anak Malkia), Maasai (Maasai ialah anak Adiel, Adiel ialah anak Yahzera, Yahzera ialah anak Mesulam, Mesulam ialah anak Mesilemit, dan Mesilemit ialah anak Imer), 13 dan saudara-saudara mereka yang berjumlah 1,760 orang. Mereka semua ialah ketua puak yang gagah dan dapat berkhidmat di rumah Tuhan yang benar.

14 Daripada orang Lewi, iaitu keturunan Merari, terdapat Semaya+ (Semaya ialah anak Hassub, Hassub ialah anak Azrikam, dan Azrikam ialah anak Hasabia), 15 Bakbakar, Heres, Galal, Matania (Matania ialah anak Mika, Mika ialah anak Zikhri, dan Zikhri ialah anak Asaf), 16 Obaja (Obaja ialah anak Semaya, Semaya ialah anak Galal, dan Galal ialah anak Yedutun), dan Berekia (Berekia ialah anak Asa, dan Asa ialah anak Elkana. Dia tinggal di perkampungan orang Netofa).+

17 Para pengawal pintu+ ialah Salum, Akub, Talmon, dan Ahiman. Salum, saudara mereka itu, ialah ketua mereka. 18 Dia pernah mengawal pintu gerbang raja yang terletak di sebelah timur.+ Berikut merupakan para pengawal pintu daripada perkhemahan orang Lewi: 19 Salum (Salum ialah anak Kore, Kore ialah anak Ebiasaf, dan Ebiasaf ialah anak Korah) dan saudara-saudara lelaki daripada puaknya, iaitu puak Korah, telah diberi tanggungjawab masing-masing. Mereka bertugas untuk mengawal pintu khemah Tuhan. Nenek moyang mereka menjaga khemah Yehuwa dan mengawal pintu masuknya. 20 Pada masa dahulu, Pinehas+ anak Eleazar+ ialah pemimpin mereka dan Yehuwa menyertainya. 21 Zakharia+ anak Meselemia ialah pengawal pintu masuk khemah pertemuan.

22 Sebanyak 212 orang dipilih untuk menjadi pengawal pintu-pintu masuk. Mereka tinggal di perkampungan masing-masing menurut salasilah keturunan.+ Daud dan Samuel, seorang nabi,*+ telah melantik nenek moyang mereka untuk menjalankan tugas ini kerana mereka dapat dipercayai. 23 Mereka dan anak-anak lelaki mereka bertanggungjawab untuk mengawal pintu-pintu rumah Yehuwa,+ iaitu khemah-Nya. 24 Mereka mengawal pintu di sebelah utara, selatan, timur, dan barat.+ 25 Dari masa ke masa, saudara-saudara mereka akan datang dari kampung dan bertugas bersama mereka selama tujuh hari. 26 Ada empat orang Lewi yang ditugaskan untuk menjadi ketua pengawal pintu.* Mereka dapat dipercayai, dan ditugaskan untuk menjaga bilik-bilik* dan tempat penyimpanan harta di rumah Tuhan yang benar.+ 27 Mereka ditugaskan untuk mengawal rumah Tuhan dan menjaga kunci pintunya. Maka pada waktu malam, mereka akan berkawal di sekeliling rumah Tuhan, dan pada setiap pagi, mereka akan membuka pintu-pintu rumah itu.

28 Sebilangan daripada mereka bertanggungjawab mengurus perkakas+ yang digunakan untuk khidmat yang dijalankan di rumah Tuhan. Mereka akan mengira bilangan perkakas yang dikeluarkan dan perkakas yang dikembalikan. 29 Sebilangan lagi dilantik untuk menguruskan perkakas-perkakas lain, semua peralatan suci,+ tepung yang terbaik,+ wain,+ minyak,+ kemenyan putih,+ dan minyak balsam.*+ 30 Beberapa orang anak imam bertanggungjawab untuk membuat campuran minyak balsam. 31 Daripada orang Lewi, iaitu keturunan Korah, terdapat Matitia, anak sulung Salum, yang dilantik untuk membuat kuih tipis.+ 32 Saudara-saudara mereka daripada keturunan Kehat pula menguruskan roti-roti yang berlapis.*+ Mereka harus menyediakan roti-roti itu pada setiap hari Sabat.+

33 Terdapat para penyanyi, iaitu ketua-ketua puak orang Lewi, yang berada di dalam bilik-bilik.* Mereka dikecualikan daripada tugas lain kerana mereka perlu bertugas siang dan malam. 34 Ketua-ketua puak orang Lewi tinggal di Yerusalem, dan berikut merupakan garis keturunan mereka:

35 Yeiel tinggal di kota Gibeon+ dan dia ialah pengasas kota itu. Isteri Yeiel bernama Maakha. 36 Anak sulungnya ialah Abdon, diikuti dengan Zur, Kish, Baal, Ner, Nadab, 37 Gedor, Ahio, Zakharia, dan Miklot. 38 Miklot ialah bapa Simeam. Mereka semua tinggal bersama saudara-saudara mereka di Yerusalem, berhampiran dengan saudara-saudara mereka yang lain. 39 Ner+ ialah bapa Kish. Kish ialah bapa Saul.+ Saul ialah bapa Yonatan,+ Malki-sua,+ Abinadab,+ dan Esbaal. 40 Yonatan ialah bapa Merib-baal.+ Merib-baal ialah bapa Mikha.+ 41 Anak-anak lelaki Mikha ialah Piton, Melekh, Tahrea, dan Ahas. 42 Ahas ialah bapa Yarah. Yarah ialah bapa Alemet, Azmawet, dan Zimri. Zimri ialah bapa Moza. 43 Moza ialah bapa Binea. Binea ialah bapa Refaya. Refaya ialah bapa Eleasa. Eleasa ialah bapa Azel. 44 Azel mempunyai enam orang anak lelaki, iaitu Azrikam, Bokheru, Ismael, Shearia, Obaja, dan Hanan. Ya, mereka ialah anak-anak lelaki Azel.

10 Orang Filistin berperang dengan orang Israel, dan orang Israel melarikan diri daripada orang Filistin. Banyak orang yang terbunuh di Gunung Gilboa.+ 2 Saul dan anak-anak lelakinya menjadi sasaran utama orang Filistin. Orang Filistin mengejar mereka dan membunuh anak-anak Saul, iaitu Yonatan, Abinadab, dan Malki-sua.+ 3 Pertempuran di sekeliling Saul menjadi sengit. Akhirnya, para pemanah menemui Saul dan dia cedera kerana terkena anak panah mereka.+ 4 Maka Saul berkata kepada askar yang membawa senjatanya, “Hunuskanlah pedangmu dan tikamlah beta. Beta tidak ingin diperlakukan dengan kejam oleh bangsa yang tidak bersunat ini.”+ Tetapi askar itu enggan berbuat demikian kerana dia sangat takut. Oleh itu, Saul mengambil pedang itu dan menikam dirinya.*+ 5 Apabila askar itu nampak bahawa Saul sudah meninggal, dia juga menikam dirinya dengan pedang* lalu meninggal. 6 Demikianlah Saul dan tiga orang anak lelakinya meninggal. Seisi rumahnya yang bersama-samanya juga meninggal.+ 7 Apabila orang Israel di lembah* nampak bahawa semua orang telah melarikan diri dan Saul serta anak-anak lelakinya telah mati, mereka pun meninggalkan kota mereka dan melarikan diri. Maka orang Filistin datang dan tinggal di situ.

8 Keesokan harinya, apabila orang Filistin datang untuk mengambil barang-barang yang ada pada mayat, mereka menjumpai mayat Saul dan mayat anak-anak lelakinya di Gunung Gilboa.+ 9 Maka mereka mengambil barang-barang pada mayat Saul. Mereka menanggalkan baju zirahnya,* dan memenggal kepalanya. Kemudian mereka mengirim utusan ke seluruh negeri Filistin untuk menyampaikan berita itu kepada rakyat dan patung-patung berhala mereka.+ 10 Mereka meletakkan baju zirah* Saul di kuil tuhan mereka dan menggantungkan tengkoraknya di kuil Dagon.+

11 Semua orang Yabes+ di Gilead mendengar apa yang telah dilakukan oleh orang Filistin terhadap Saul.+ 12 Maka pahlawan-pahlawan orang Yabes pergi mengambil mayat Saul dan mayat anak-anak lelakinya lalu membawanya ke Yabes. Mereka menanam tulang-tulang itu di bawah sebatang pokok besar di Yabes,+ lalu mereka berpuasa selama tujuh hari.

13 Demikianlah Saul mati kerana dia tidak setia kepada Yehuwa. Dia tidak mematuhi firman Yehuwa,+ dan dia telah meminta petunjuk daripada bomoh,+ 14 bukannya daripada Yehuwa. Jadi Dia menyebabkan Saul dibunuh lalu menyerahkan kuasa pemerintahan Saul kepada Daud anak Isai.+

11 Beberapa lama kemudian, semua orang Israel pergi kepada Daud di Hebron+ dan berkata kepadanya, “Hamba sekalian ialah darah daging* tuanku.+ 2 Semasa Saul menjadi raja, tuankulah yang telah memimpin orang Israel dalam peperangan.+ Tuhan Yehuwa telah berfirman kepada tuanku, ‘Engkau akan menggembala umat-Ku Israel, dan engkau akan memimpin mereka.’”+ 3 Oleh itu, semua pemimpin orang Israel pergi kepada Raja Daud di Hebron, dan dia membuat perjanjian dengan mereka di hadapan Yehuwa. Kemudian mereka mengurapi Daud dan menjadikannya raja Israel.+ Hal ini berlaku selaras dengan apa yang difirmankan oleh Yehuwa menerusi Samuel.+

4 Daud dan semua orang Israel bertolak ke Yerusalem, iaitu Yebus,+ tempat tinggal orang Yebus.+ 5 Penduduk Yebus mencabar Daud dengan berkata, “Tidak mungkin kamu dapat masuk ke sini!”+ Tetapi Daud menakluki kubu mereka di Sion,+ dan kini kubu itu dinamakan Kota Daud.+ 6 Maka Daud berkata, “Orang pertama yang menyerang orang Yebus akan menjadi ketua tentera beta.” Yoab+ anak Zeruya ialah orang pertama yang melancarkan serangan, maka dia dilantik menjadi ketua tentera Daud. 7 Daud mula tinggal di kubu itu. Itulah sebabnya kubu itu dinamakan Kota Daud. 8 Daud membangunkan kota itu dan kawasan di sekitarnya, bermula dari tempat perlindungan* itu sampai ke kawasan di sekelilingnya. Yoab juga membina semula bahagian-bahagian lain kota itu. 9 Daud menjadi semakin kuat+ dan dia disertai Yehuwa, ketua angkatan syurga.

10 Ketua-ketua yang memimpin pahlawan gagah Daud dan umat Israel yang lain memberikan sokongan yang padu kepada kerajaan Daud. Mereka juga membantunya untuk menjadi raja, seperti apa yang dijanjikan oleh Yehuwa kepada orang Israel.+ 11 Inilah senarai nama pahlawan Daud yang paling gagah: Yasobeam,+ anak kepada seorang lelaki Hakhmoni, ialah salah seorang daripada tiga orang pahlawan Daud yang paling gagah,+ dan dia ialah ketua mereka. Pernah sekali, dia membunuh 300 orang dengan tombaknya.+ 12 Seterusnya ialah Eleazar+ anak Dodo, seorang lelaki Ahohi.+ Dia juga salah seorang daripada tiga orang pahlawan yang paling gagah itu. 13 Dia ada bersama Daud di Pas-damim+ ketika orang Filistin berkumpul di situ untuk berperang. Di situ, terdapat sebuah ladang yang penuh dengan barli. Pada masa itu, orang ramai telah melarikan diri daripada orang Filistin 14 tetapi Eleazar berdiri di tengah-tengah ladang itu dan terus melawan orang Filistin untuk mempertahankan ladang itu. Maka Yehuwa memberikan kemenangan* yang besar kepada orang Israel.+

15 Pada suatu hari, 3 orang daripada 30 orang ketua pahlawan pergi ke gunung batu untuk berjumpa dengan Daud di sebuah gua di Adulam.+ Pada masa itu, tentera Filistin sedang berkhemah di Lembah* Refaim,+ 16 dan sepasukan tentera mereka ada di Betlehem. Daud pula sedang berlindung di sebuah kubu. 17 Dia meluahkan hasratnya dengan berkata, “Alangkah baiknya jika beta dapat minum air dari perigi dekat pintu gerbang Betlehem!”+ 18 Setelah mendengar hal itu, tiga orang pahlawan Daud yang paling gagah menyerbu perkhemahan orang Filistin. Mereka menimba air dari perigi dekat pintu gerbang Betlehem lalu membawanya kepada Daud. Tetapi Daud enggan meminumnya lalu menuangkan air itu ke tanah demi Yehuwa. 19 Daud berkata, “Tidak mungkin beta minum air ini kerana beta takut kepada Tuhan beta. Mereka telah mempertaruhkan nyawa mereka hanya untuk membawa air ini.+ Jika beta meminumnya, beta seolah-olah minum darah orang yang telah mempertaruhkan nyawa mereka.” Itulah sebabnya Daud enggan meminumnya. Demikianlah hal-hal yang dilakukan oleh tiga orang pahlawan Daud yang paling gagah itu.

20 Selain itu, terdapat tiga orang lagi pahlawan yang gagah. Salah seorang daripada mereka ialah Abisai,+ abang Yoab,+ dan dia merupakan ketua mereka. Dia pernah membunuh 300 orang dengan tombaknya, dan kemasyhurannya setanding dengan tiga orang pahlawan Daud yang paling gagah.+ 21 Abisai menjadi ketua kerana dialah yang paling handal. Tetapi dia tidak mendapat kedudukan yang sama dengan tiga orang pahlawan Daud yang paling gagah itu.

22 Benaya+ ialah anak kepada Yehoyada, seorang lelaki yang berani. Benaya telah banyak kali menunjukkan kegagahannya di Kabzeel.+ Dia membunuh dua orang anak lelaki Ariel dari Moab. Pada suatu hari, ketika salji turun, dia turun ke sebuah lubang dan membunuh seekor singa.+ 23 Dia juga membunuh seorang lelaki Mesir yang berbadan besar, yang tingginya lebih daripada dua meter.*+ Meskipun tombak yang dipegang oleh lelaki itu sebesar kayu pada alat tenun,+ Benaya menyerang lelaki itu dengan sebatang kayu dan merampas tombaknya dari tangannya, lalu membunuhnya dengan tombak itu.+ 24 Itulah hal-hal yang dilakukan oleh Benaya anak Yehoyada, dan kemasyhurannya setanding dengan tiga orang pahlawan yang gagah itu. 25 Walaupun dia lebih handal daripada 30 orang pahlawan yang lain, dia tidak mendapat kedudukan yang sama dengan tiga orang pahlawan yang paling gagah itu.+ Namun Daud melantik dia untuk menjadi ketua pengawal peribadinya.

26 Berikut merupakan para pahlawan yang gagah dalam pasukan tentera Daud: Asael,+ iaitu adik Yoab; Elhanan anak Dodo dari Betlehem;+ 27 Syamot, orang Harori; Heles, orang Peloni; 28 Ira+ anak Ikes, orang Tekoa; Abi-ezer,+ orang Anatot; 29 Sibekai,+ orang Husa; Ilai, orang Ahohi; 30 Maharai,+ orang Netofa; Heled+ anak Baanah, orang Netofa; 31 Itai anak Ribai dari Gibea, yang terletak di kawasan orang Benyamin;+ Benaya, orang Piraton; 32 Hurai dari wadi* Gaas;+ Abiel, orang Bet-araba; 33 Azmawet, orang Bahurim; Eliahba, orang Saalboni; 34 anak-anak lelaki Hasyem, orang Gizoni; Yonatan anak Sage, orang Harari; 35 Ahiam anak Sakar, orang Harari; Elifal anak Ur; 36 Hefer, orang Mekhera; Ahia, orang Peloni; 37 Hezro, orang Karmel; Naarai anak Ezbai; 38 Yoel, saudara lelaki Natan; Mibhar anak Hagri; 39 Zelek, orang Ammon; Naharai, orang Berot, pembawa senjata Yoab anak Zeruya; 40 Ira, orang Itri; Gareb, orang Itri; 41 Uria,+ orang Het; Zabad anak Ahlai; 42 Adina anak Siza, orang Ruben, seorang ketua yang memimpin 30 orang; 43 Hanan anak Maakha; Yosafat, orang Mitni; 44 Uzia, orang Asytarot; Syama dan Yeiel, anak-anak lelaki Hotam, orang Aroer; 45 Yediael anak Simri, dan saudara lelakinya Yoha, orang Tizi; 46 Eliel, orang Mahawim; Yeribai dan Yosawia, anak-anak lelaki Elnaam; Yitma, orang Moab; 47 dan Eliel, Obed, dan Yaasiel, orang Mezobaya.

12 Semasa Daud melarikan diri daripada Saul+ anak Kish, banyak orang pergi ke Ziklag+ untuk menyertai Daud. Mereka ialah para pahlawan gagah yang ingin membantu dia dalam peperangan.+ 2 Mereka bersenjatakan busur dan pandai memanah atau melontarkan batu dengan ali-ali,*+ baik dengan tangan kiri mahupun dengan tangan kanan.+ Mereka ialah saudara-mara Saul yang berasal daripada suku Benyamin.+ 3 Ketua mereka ialah Ahiezer dan Yoas (mereka berdua ialah anak-anak lelaki Semaa, seorang lelaki Gibea);+ Yeziel dan Pelet, anak-anak lelaki Azmawet;+ Berakha; Yehu, orang Anatot; 4 Ismaya dari Gibeon,+ salah seorang daripada 30+ orang pahlawan gagah, dan dia juga merupakan ketua mereka; Yeremia; Yahaziel; Yohanan; Yozabad, orang Gedera; 5 Eluzai; Yerimot; Bealia; Shemariah; Shefatiya, orang Harifi; 6 Elkana, Yisia, Azarel, Yoezer, dan Yasobeam, daripada keturunan Korah;+ 7 dan Yoela dan Zebadia, iaitu anak-anak lelaki Yeroham dari Gedor.

8 Sebilangan orang Gad meninggalkan saudara mereka dan menyertai Daud di tempat perlindungannya di padang belantara.+ Mereka ialah pahlawan gagah, askar yang pandai berperang, dan mahir menggunakan tombak dan perisai besar. Muka mereka seperti singa,* dan mereka pantas seperti kijang di gunung. 9 Ezer ialah ketua, Obaja yang kedua, Eliab yang ketiga, 10 Mismana yang keempat, Yeremia yang kelima, 11 Atai yang keenam, Eliel yang ketujuh, 12 Yohanan yang kelapan, Elzabad yang kesembilan, 13 Yeremia yang kesepuluh, dan Makhbanai yang kesebelas. 14 Mereka ialah ketua-ketua tentera yang berasal daripada suku Gad.+ Dalam kalangan mereka, yang paling lemah dapat mengalahkan 100 orang, dan yang paling kuat dapat mengalahkan 1,000 orang.+ 15 Merekalah yang telah menyeberangi Sungai Yordan pada bulan pertama, ketika air sungai melimpahi tebingnya. Mereka menghalau semua orang yang tinggal di kawasan tanah pamah ke sebelah timur dan barat.

16 Sebilangan orang daripada suku Benyamin dan Yehuda juga pergi mencari Daud di tempat perlindungannya.+ 17 Daud menemui mereka dan berkata, “Jika kamu datang kepadaku dengan niat baik dan ingin membantuku, aku akan bersatu dengan kamu. Tetapi jika kamu berniat mengkhianati aku dan menyerahkan aku kepada musuh walaupun aku tidak berbuat jahat, biarlah Tuhan nenek moyang kita melihat perbuatan kamu dan menghakimi kamu.”+ 18 Kemudian kuasa suci Tuhan* menguasai Amasai,+ iaitu ketua kepada 30 orang pahlawan. Dia pun menjawab,

“Wahai Daud, kami milikmu. Hai anak Isai,+ kami berpihak kepadamu.

Semoga kamu sejahtera, ya, semoga kamu dan orang yang membantumu damai sejahtera,

Kerana Tuhanmu sedang membantumu.”+

Maka Daud menyambut mereka dan melantik mereka menjadi ketua pasukan tenteranya.

19 Sebilangan orang daripada suku Manasye juga meninggalkan pasukan tentera Saul. Mereka menyertai Daud semasa dia datang bersama orang Filistin untuk melawan Saul. Tetapi selepas para pemimpin orang Filistin berbincang,+ mereka menyuruh Daud pergi. Jadi dia tidak membantu mereka, kerana mereka berkata, “Dia akan meninggalkan kita dan berpihak kepada tuannya Saul, lalu kita akan dibunuh.”+ 20 Semasa Daud pergi ke Ziklag,+ inilah orang daripada suku Manasye yang meninggalkan Saul dan menyertainya: Adnah, Yozabad, Yediael, Mikhael, Yozabad, Elihu, dan Ziletai. Mereka ialah ketua daripada suku Manasye yang masing-masing memimpin 1,000 orang.+ 21 Mereka membantu Daud melawan kumpulan perompak kerana mereka semua gagah dan berani.+ Mereka juga menjadi ketua-ketua tentera. 22 Setiap hari, ada orang baharu yang datang menyertai Daud+ dan membantunya sehingga angkatan tentera Daud menjadi besar seperti angkatan tentera Tuhan.+

23 Seperti yang telah difirmankan oleh Yehuwa, sebilangan askar yang bersenjata menyertai Daud di Hebron+ untuk menyerahkan kerajaan Saul kepadanya. Inilah bilangan mereka:+ 24 Daripada suku Yehuda, terdapat 6,800 orang yang membawa perisai besar dan tombak. Mereka dilengkapi dengan senjata perang. 25 Daripada suku Simeon, terdapat 7,100 orang askar yang gagah dan berani.

26 Daripada suku Lewi, terdapat 4,600 orang. 27 Yehoyada+ memimpin 3,700 orang daripada keturunan Harun,+ 28 termasuk Zadok,+ seorang pemuda yang gagah berani, dan 22 orang ketua daripada puaknya.

29 Daripada suku Benyamin, iaitu saudara-mara Saul,+ terdapat 3,000 orang. Dahulu kebanyakan daripada mereka setia kepada Saul dan keluarganya. 30 Daripada suku Efraim, terdapat 20,800 orang yang gagah berani dan terkenal dalam kalangan puak mereka.

31 Daripada separuh suku Manasye, terdapat 18,000 orang. Nama mereka telah dipilih, dan mereka datang untuk menjadikan Daud raja. 32 Daripada suku Isakhar, terdapat 200 orang ketua. Mereka pandai menentukan tindakan yang harus diambil oleh orang Israel pada waktu yang sesuai. Semua saudara mereka menuruti perintah mereka. 33 Daripada suku Zebulon, terdapat 50,000 orang yang dapat menjadi askar. Mereka berpihak kepada Daud dan mempunyai kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. Mereka sedia berperang dan mempunyai pelbagai jenis senjata. 34 Daripada suku Naftali, terdapat 1,000 orang ketua dan bersama mereka, terdapat 37,000 orang yang lengkap dengan perisai besar dan tombak. 35 Daripada suku Dan, terdapat 28,600 orang yang sedia berperang. 36 Daripada suku Asyer, terdapat 40,000 orang yang dapat menjadi askar. Mereka telah bersedia untuk berperang.

37 Daripada suku-suku yang tinggal di seberang Sungai Yordan,+ iaitu suku Ruben, suku Gad, dan separuh suku Manasye, terdapat 120,000 orang askar yang dilengkapi dengan pelbagai jenis senjata perang. 38 Mereka semua ialah askar yang bersedia untuk berperang. Dengan sepenuh hati, mereka pergi ke Hebron untuk menjadikan Daud raja atas seluruh Israel. Semua orang Israel yang lain juga bersatu hati dan ingin menjadikan Daud raja mereka.+ 39 Mereka tinggal di situ bersama Daud selama tiga hari. Mereka menikmati makanan dan minuman yang disediakan oleh saudara-saudara mereka. 40 Baik orang yang tinggal dekat mereka mahupun orang yang tinggal sejauh kawasan Isakhar, Zebulon, dan Naftali, datang dengan keldai, unta, baghal, dan lembu yang dimuati dengan makanan. Mereka membawa banyak tepung, kuih buah ara dan kuih kismis, wain, minyak, dan lembu serta biri-biri. Demikianlah seluruh Israel bersukacita.

13 Daud berbincang dengan ketua-ketua atas 1,000 orang, ketua-ketua atas 100 orang, dan pemimpin-pemimpin yang lain.+ 2 Kemudian dia berkata kepada semua orang Israel, “Jika kamu semua bersetuju, dan jika Yehuwa, Tuhan kita, juga bersetuju, marilah kita menghantar utusan kepada saudara-saudara kita yang masih tinggal di seluruh negeri Israel, dan kepada para imam dan orang Lewi yang tinggal di kota-kota+ yang mempunyai padang rumput, supaya mereka dapat berkumpul bersama kita. 3 Kita akan membawa balik tabut+ Tuhan kita.” Hal ini demikian kerana tiada orang yang menjaga tabut itu pada zaman Saul.+ 4 Semua orang bersetuju dengan Daud kerana cadangannya baik. 5 Oleh itu, Daud mengumpulkan semua orang Israel, dari sungai* di Mesir sampai ke Lebo-hamat,*+ untuk membawa tabut Tuhan yang benar dari Kiryat-yearim.+

6 Daud dan semua orang Israel pergi ke Baala,+ iaitu Kiryat-yearim, yang terletak di kawasan Yehuda. Mereka mengambil tabut Tuhan yang benar, dan di situlah orang menyeru nama Yehuwa, Tuhan yang bertakhta di atas* kerub.*+ 7 Mereka mengambil tabut itu dari rumah Abinadab dan meletakkannya di atas sebuah kereta lembu yang baharu.+ Lalu Uzah dan Ahio mengiringi kereta lembu itu.+ 8 Daud dan semua orang Israel berpesta di hadapan Tuhan yang benar dengan penuh semangat. Mereka diiringi lagu, kecapi, alat-alat muzik bertali, tamborin,+ simbal,+ dan trompet.+ 9 Tetapi apabila mereka sampai di tempat mengirik* gandum milik Khidon, lembu-lembu itu hampir menyebabkan tabut itu terjatuh. Maka Uzah menghulurkan tangannya dan memegang tabut itu. 10 Yehuwa menjadi sangat murka terhadap Uzah dan membunuhnya. Uzah mati di hadapan Tuhan+ kerana dia telah menghulurkan tangannya untuk memegang tabut itu.+ 11 Tetapi Daud marah* kerana Yehuwa melepaskan kemurkaan-Nya terhadap Uzah. Itulah sebabnya tempat itu dipanggil Perez-uzah* sehingga hari ini.

12 Pada hari itu, Daud menjadi takut kepada Tuhan yang benar dan dia berkata, “Bagaimanakah tabut Tuhan yang benar dapat dibawa ke kota beta?”+ 13 Dia tidak membawa tabut itu ke Kota Daud, tempat tinggalnya. Sebaliknya, dia membawa tabut itu ke rumah Obed-edom, seorang penduduk Gat.* 14 Tabut Tuhan yang benar diletakkan di rumah Obed-edom selama tiga bulan, dan Yehuwa terus memberkati seisi rumah Obed-edom dan segala miliknya.+

14 Hiram,+ raja Tirus, menghantar utusan kepada Daud. Dia juga menghantar kayu sedar, tukang batu,* dan tukang kayu untuk membina sebuah istana untuk Daud.+ 2 Daud pun sedar bahawa Yehuwa telah mengukuhkan kedudukannya sebagai raja Israel,+ dan menjadikannya seorang raja yang agung demi umat-Nya Israel.+

3 Selepas Daud pergi ke Yerusalem, dia mempunyai lebih banyak isteri.+ Maka bertambahlah anak lelaki dan anak perempuannya.+ 4 Inilah nama anak-anaknya yang dilahirkan di Yerusalem:+ Syamua, Sobab, Natan,+ Salomo,+ 5 Ibhar, Elisua, Elpelet, 6 Noga, Nefeg, Yafia, 7 Elisama, Beeliada, dan Elifelet.

8 Apabila orang Filistin mendengar bahawa Daud sudah dilantik menjadi raja Israel,+ mereka semua datang untuk menyerangnya.+ Semasa Daud mendengar tentang hal itu, dia pun keluar melawan mereka. 9 Kemudian orang Filistin mula menyerang penduduk di Lembah* Refaim.+ 10 Daud bertanya kepada Tuhan, “Haruskah aku melawan orang Filistin? Adakah Engkau akan menyerahkan mereka ke dalam tanganku?” Yehuwa menjawab, “Ya pergilah, dan Aku pasti akan menyerahkan mereka ke dalam tanganmu.”+ 11 Oleh itu, Daud pergi ke Baal-perasim+ dan mengalahkan mereka di sana. Lalu dia berkata, “Seperti tembok yang hancur dirempuh air, musuh-musuhku telah dimusnahkan oleh Tuhan yang benar melalui aku.” Itulah sebabnya mereka menamakan tempat itu Baal-perasim.* 12 Orang Filistin meninggalkan patung-patung berhala* mereka di sana, dan Daud memberikan perintah agar patung-patung itu dibakar dengan api.+

13 Selepas beberapa waktu, orang Filistin datang lagi untuk menyerang penduduk di lembah* itu.+ 14 Sekali lagi, Daud meminta petunjuk Tuhan tetapi Tuhan yang benar memberitahunya, “Janganlah serang mereka dari depan. Sebaliknya, seranglah mereka dari belakang, iaitu dekat semak samun.*+ 15 Sebaik sahaja engkau mendengar bunyi derap kaki di atas semak itu, lancarkanlah serangan. Hal ini demikian kerana Aku, Tuhan yang benar, akan mendahuluimu dan mengalahkan tentera Filistin itu.”+ 16 Daud melakukan segala yang telah diperintahkan oleh Tuhan yang benar,+ dan mereka mengalahkan tentera Filistin dari Gibeon sampai ke Gezer.+ 17 Kemasyhuran Daud tersebar ke merata tempat, dan Yehuwa menyebabkan semua bangsa takut kepada Daud.+

15 Daud terus membina rumah-rumah di Kota Daud untuk dirinya. Dia juga menyediakan tempat untuk tabut Tuhan yang benar dan mendirikan khemah untuk tabut itu.+ 2 Pada waktu itu, Daud berkata, “Tiada sesiapa pun yang boleh mengangkat tabut Tuhan yang benar, kecuali orang Lewi, kerana Yehuwa telah memilih mereka untuk mengangkat tabut Yehuwa dan sentiasa berkhidmat kepada-Nya.”+ 3 Maka Daud mengumpulkan semua orang Israel di Yerusalem untuk memindahkan tabut Yehuwa ke tempat yang telah disediakannya.+

4 Daud mengumpulkan keturunan Harun+ dan orang Lewi:+ 5 Daripada keturunan Kehat, Uriel dan 120 orang saudaranya. Uriel ialah ketua mereka; 6 daripada keturunan Merari, Asaya+ dan 220 orang saudaranya. Asaya ialah ketua mereka; 7 daripada keturunan Gersom, Yoel+ dan 130 orang saudaranya. Yoel ialah ketua mereka; 8 daripada keturunan Elisafan,+ Semaya dan 200 orang saudaranya. Semaya ialah ketua mereka; 9 daripada keturunan Hebron, Eliel dan 80 orang saudaranya. Eliel ialah ketua mereka; 10 dan daripada keturunan Uziel,+ Aminadab dan 112 orang saudaranya. Aminadab ialah ketua mereka. 11 Kemudian Daud memanggil Imam Zadok+ dan Imam Abiatar+ serta enam orang Lewi itu, iaitu Uriel, Asaya, Yoel, Semaya, Eliel, dan Aminadab. 12 Dia berkata kepada mereka, “Kamu ialah ketua-ketua puak dalam suku Lewi. Oleh itu, kamu dan saudara-saudaramu haruslah menyucikan diri lalu membawa tabut Yehuwa, Tuhan orang Israel, ke tempat yang telah beta sediakan. 13 Ketika tabut itu dipindahkan buat kali pertama,+ kamu tidak mengangkatnya. Maka Yehuwa, Tuhan kita, murka+ kerana kita tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan.”+ 14 Oleh itu, para imam dan orang Lewi menyucikan diri supaya mereka dapat membawa tabut Yehuwa, Tuhan orang Israel.

15 Kemudian orang Lewi mengangkat tabut Tuhan yang benar di bahu mereka dengan kayu-kayu pengusung,+ seperti yang telah diperintahkan oleh Yehuwa melalui Musa. 16 Daud menyuruh ketua-ketua orang Lewi supaya memilih beberapa orang penyanyi dalam kalangan saudara mereka untuk bernyanyi dengan gembira, sambil diiringi alat-alat muzik bertali, kecapi,+ dan simbal.+

17 Maka orang Lewi memilih Heman+ anak Yoel dan Asaf+ anak Berekia daripada kalangan saudara mereka. Selain itu, orang Lewi memilih Etan+ anak Kusaya daripada puak Merari. 18 Mereka disertai saudara-saudara mereka daripada kumpulan kedua,+ iaitu Zakharia, Ben, Yaaziel, Syemiramot, Yehiel, Unni, Eliab, Benaya, Maaseya, Matitia, Elifelehu, dan Mikneya serta dua orang penjaga pintu gerbang, iaitu Obed-edom dan Yeiel. 19 Selain itu, ketiga-tiga orang penyanyi, Heman,+ Asaf,+ dan Etan, ditugaskan untuk memainkan simbal tembaga.+ 20 Zakharia, Aziel, Syemiramot, Yehiel, Unni, Eliab, Maaseya, dan Benaya pula ditugaskan untuk memainkan alat-alat muzik bertali yang diselaraskan dengan nada tinggi.*+ 21 Matitia,+ Elifelehu, Mikneya, Obed-edom, Yeiel, dan Azazia ditugaskan untuk memainkan kecapi yang diselaraskan dengan nada rendah.*+ Mereka juga bertanggungjawab memimpin para pemuzik. 22 Khenania,+ iaitu ketua orang Lewi, bertanggungjawab atas kerja mengangkat tabut kerana dia mahir dalam kerja itu. 23 Berekia dan Elkana bertugas sebagai penjaga tabut. 24 Obed-edom dan Yehia juga bertugas sebagai penjaga tabut. Para imam, iaitu Syebania, Yosafat, Netanel, Amasai, Zakharia, Benaya, dan Eliezer ditugaskan untuk meniup trompet dengan kuat di hadapan tabut Tuhan yang benar.+

25 Daud, para pemimpin orang Israel, dan ketua-ketua atas 1,000 orang, pergi mengambil tabut perjanjian Yehuwa dari rumah Obed-edom+ dengan gembira.+ 26 Tuhan yang benar telah menolong orang Lewi yang memikul tabut perjanjian Yehuwa, maka mereka mengorbankan tujuh ekor anak lembu jantan dan tujuh ekor biri-biri jantan.+ 27 Daud memakai jubah tidak berlengan yang dibuat daripada kain bermutu tinggi. Begitu juga dengan semua orang Lewi yang memikul tabut, para penyanyi, dan Khenania, yang bertanggungjawab atas para penyanyi yang memikul tabut. Selain itu, Daud juga memakai sehelai efod* yang dibuat daripada kain linen.+ 28 Semua orang Israel membawa tabut perjanjian Yehuwa sambil bersorak-sorai,+ memainkan simbal, dan meniup tanduk serta trompet.+ Mereka juga memainkan alat-alat muzik bertali dan kecapi dengan kuat.+

29 Tetapi semasa tabut perjanjian Yehuwa dibawa masuk ke Kota Daud,+ anak perempuan Saul, iaitu Mikhal,+ melihat ke luar jendelanya dan nampak Raja Daud melompat-lompat dan berpesta. Jadi Mikhal mula menghina Daud dalam hatinya.+

16 Tabut Tuhan yang benar diletakkan di dalam khemah yang sudah didirikan oleh Daud.+ Kemudian mereka mempersembahkan korban bakar dan korban pendamaian kepada Tuhan yang benar.+ 2 Setelah Daud selesai mempersembahkan korban bakar+ dan korban pendamaian,+ dia memberkati semua rakyat atas nama Yehuwa. 3 Dia juga mengedarkan makanan kepada semua orang Israel. Dia memberikan seketul roti berbentuk bulat, sekeping kuih kurma, dan sekeping kuih kismis kepada setiap lelaki dan wanita. 4 Kemudian dia melantik beberapa orang Lewi untuk berkhidmat di hadapan tabut Yehuwa. Di sana, mereka memuliakan* Yehuwa,+ Tuhan orang Israel, dan memuji serta mengucapkan syukur kepada-Nya. 5 Ketua mereka ialah Asaf,+ dan orang yang kedua selepas Asaf ialah Zakharia. Asaf memainkan simbal,+ manakala Yeiel,+ Syemiramot, Yehiel, Matitia, Eliab, Benaya, Obed-edom, dan Yeiel memainkan alat-alat muzik bertali dan kecapi.+ 6 Imam Benaya dan Imam Yahaziel pula meniup trompet di hadapan tabut Tuhan yang benar secara tetap.

7 Pada hari itu, Daud menggubah lagu kesyukuran kepada Yehuwa buat kali pertama. Dia menyuruh Asaf+ dan saudara-saudaranya untuk menyanyikan lagu itu. Inilah lagunya:

8 “Hendaklah kamu bersyukur kepada Yehuwa+ dan menyeru nama-Nya!

Ceritakanlah perbuatan-Nya kepada semua orang!+

9 Nyanyikanlah lagu pujian kepada-Nya,* ya, bernyanyilah kepada-Nya.+

Renungkanlah* segala perbuatan-Nya yang menakjubkan.+

10 Umumkanlah nama suci-Nya dengan bangga.+

Biarlah orang yang mencari-cari Yehuwa bersukacita.+

11 Carilah Yehuwa+ dan mintalah kekuatan daripada-Nya.

Teruslah minta perkenan-Nya.+

12 Ingatlah akan perbuatan-Nya yang menakjubkan.+

Ingatlah akan mukjizat dan penghakiman yang telah dilaksanakan-Nya,

13 Wahai keturunan Israel, hamba-Nya,+

Wahai keturunan Yakub, umat pilihan-Nya.+

14 Dialah Yehuwa, Tuhan kita.+

Dia menghakimi seluruh bumi.+

15 Dia ingat akan perjanjian-Nya buat selama-lamanya.

Dia ingat akan janji-Nya* sampai beribu-ribu generasi lamanya,+

16 Dia ingat akan perjanjian-Nya dengan Abraham,+

Dan sumpah yang diucapkan-Nya kepada Ishak.+

17 Dia telah menjadikan sumpah itu sebagai jaminan kepada Yakub,+

Dan sebagai perjanjian yang kekal untuk orang Israel.

18 Dia telah berfirman, ‘Aku akan memberikan negeri Kanaan kepadamu.+

Aku akan membahagikan tanah ini lalu memberikannya kepada kamu sebagai warisan.’+

19 Pada waktu itu, bilangan mereka tidak banyak,

Ya, bilangan mereka amat sedikit, dan mereka tinggal di situ sebagai orang asing.+

20 Mereka mengembara dari satu negeri ke negeri yang lain,

Dan dari sebuah kerajaan ke kerajaan yang lain.+

21 Tuhan tidak membenarkan sesiapa pun untuk menindas mereka,+

Dan demi mereka, Dia menegur raja-raja.+

22 Dia berfirman, ‘Jangan sentuh umat pilihan-Ku,

Dan jangan berbuat jahat terhadap nabi-nabi-Ku.’+

23 Bernyanyilah kepada Yehuwa, hai seluruh bumi!

Setiap hari, umumkanlah penyelamatan-Nya!+

24 Hebahkanlah kemuliaan-Nya kepada bangsa-bangsa,

Dan isytiharkanlah perbuatan-Nya yang mengagumkan kepada semua orang,

25 Kerana Yehuwa agung dan patut dipuji setinggi-tingginya.

Dia patut ditakuti* lebih daripada tuhan-tuhan lain.+

26 Tuhan-tuhan bangsa lain tidak berguna,+

Tetapi Yehuwalah Tuhan yang menciptakan langit.+

27 Keagungan dan kemuliaan mengelilingi-Nya.+

Kuasa dan sukacita memenuhi tempat kediaman-Nya.+

28 Wahai semua suku bangsa, muliakanlah Yehuwa.

Ya, muliakanlah Yehuwa kerana Dia agung dan perkasa.+

29 Muliakanlah Yehuwa kerana nama-Nya yang gemilang.+

Bawalah pemberian dan masuklah menghadap-Nya.+

Kenakanlah pakaian suci dan bersujudlah kepada Yehuwa.*+

30 Wahai segenap bumi, hendaklah kamu takut kepada-Nya!*

Bumi kukuh dan tidak akan goyah.+

31 Wahai langit, bersukacitalah! Wahai bumi, bergembiralah!+

Umumkanlah kepada bangsa-bangsa: ‘Yehuwa sudah menjadi Raja!’+

32 Biarlah laut dan segala isinya bersorak dengan gemuruh!

Biarlah tanah dan segala isinya bersukacita!

33 Biarlah pokok-pokok di hutan turut bersorak dengan girang di hadapan Yehuwa,

Kerana Dia akan* datang untuk menghakimi bumi.

34 Bersyukurlah kepada Yehuwa kerana Dia baik.+

Kasih setia-Nya kekal abadi.+

35 Berserulah kepada-Nya, ‘Selamatkanlah kami, ya Tuhan, penyelamat kami.+

Kumpulkanlah kami dan bebaskanlah kami daripada cengkaman bangsa-bangsa lain,

Supaya kami dapat memuji nama-Mu yang suci,+

Dan dapat memberikan pujian kepada-Mu dengan girang hati.+

36 Semoga Yehuwa, Tuhan orang Israel,

Dipuji buat selama-lamanya.’”

Semua orang pun berkata, “Amin!”* dan mereka memuji Yehuwa.

37 Kemudian Daud meninggalkan Asaf+ dan saudara-saudaranya di hadapan tabut Yehuwa.+ Mereka sentiasa bertugas di situ menurut jadual yang telah ditetapkan setiap hari.+ 38 Daud juga meninggalkan Obed-edom dan 68 orang saudaranya di situ. Obed-edom anak Yedutun dan Hosa ditugaskan sebagai pengawal pintu gerbang. 39 Imam Zadok+ dan para imam yang lain berada di hadapan khemah suci Yehuwa yang terletak di tempat tinggi di Gibeon.+ 40 Di situ, mereka mempersembahkan korban bakar kepada Yehuwa di atas mazbah* pada setiap pagi dan petang. Mereka juga melakukan segala yang tertulis dalam hukum yang telah diberikan oleh Yehuwa kepada orang Israel.+ 41 Mereka disertai Heman, Yedutun,+ dan orang lain yang telah dipilih untuk mengucapkan syukur kepada Yehuwa,+ kerana “kasih setia-Nya kekal abadi.”+ 42 Heman+ dan Yedutun ditugaskan untuk memainkan trompet, simbal, dan alat-alat muzik yang lain untuk memuji Tuhan yang benar. Anak-anak lelaki Yedutun+ yang lain pula ditugaskan untuk menjaga pintu gerbang. 43 Setelah itu, semua orang pulang ke rumah masing-masing, dan Daud pulang untuk memberkati seisi rumahnya.

17 Sebaik sahaja Raja Daud tinggal di dalam istananya, dia berkata kepada Nabi Natan,+ “Beta tinggal di dalam istana yang diperbuat daripada kayu sedar,+ sedangkan tabut perjanjian Yehuwa diletakkan di dalam khemah yang diperbuat daripada kain.”+ 2 Natan berkata kepada Daud, “Lakukanlah apa saja yang tuanku inginkan kerana Tuhan yang benar menyertai tuanku.”

3 Pada malam itu juga Tuhan berfirman kepada Natan, 4 “Pergilah kepada hamba-Ku Daud, dan katakanlah kepadanya, ‘Inilah firman Yehuwa: “Bukan engkau yang akan membina sebuah rumah untuk Kudiami.+ 5 Sejak Aku menyelamatkan orang Israel sehingga hari ini, Aku tidak pernah tinggal di dalam sebuah rumah. Aku telah berpindah dari satu khemah ke khemah yang lain, dan dari satu tempat tinggal ke tempat tinggal yang lain.+ 6 Sepanjang masa Aku bersama bangsa Israel, pernahkah Aku bertanya, ‘Mengapakah kamu tidak mendirikan rumah daripada kayu sedar untuk-Ku?’ Pernahkah Aku menanyakan hal itu kepada hakim-hakim yang telah Aku lantik untuk menggembala umat-Ku?”’

7 “Beritahulah hamba-Ku Daud, ‘Inilah firman Yehuwa, ketua angkatan syurga: “Dahulu engkau menjaga ternakan di padang rumput, tetapi Aku telah mengambil engkau dan menjadikan engkau pemimpin umat-Ku Israel.+ 8 Aku akan menyertai engkau ke mana saja engkau pergi.+ Aku akan menyingkirkan semua musuhmu dari hadapanmu.+ Aku akan memasyhurkan namamu, seperti orang kenamaan yang ada di bumi.+ 9 Aku akan memilih sebuah tempat untuk umat-Ku Israel dan menempatkan mereka di sana. Mereka akan tinggal di sana tanpa gangguan, dan orang jahat tidak akan menindas mereka lagi.+ 10 Sejak Aku melantik hakim-hakim untuk memerintah umat-Ku Israel,+ mereka telah ditindas, tetapi Aku akan mengalahkan semua musuhmu.+ Aku juga berfirman, ‘Yehuwa akan menjadikan keluargamu keturunan diraja.’*

11 “‘“Apabila engkau sampai di akhir hayatmu dan engkau meninggal, Aku akan melantik keturunanmu sebagai raja. Ya, Aku akan melantik salah seorang anakmu,+ dan Aku akan mengukuhkan pemerintahannya.+ 12 Anak itulah yang akan membina sebuah rumah untuk-Ku,+ dan Aku akan mengukuhkan takhtanya buat selama-lamanya.+ 13 Aku akan menjadi bapanya, dan dia akan menjadi anak-Ku.+ Aku akan terus menunjukkan kasih setia kepadanya,+ walaupun Aku pernah berhenti menunjukkan kasih setia kepada orang sebelum engkau.+ 14 Aku akan mengangkat dia dan meletakkan dia di dalam rumah-Ku dan di atas takhta-Ku buat selama-lamanya.+ Pemerintahannya akan kekal buat selama-lamanya.”’”+

15 Natan memberitahu Daud kata-kata itu dan penglihatan itu.

16 Kemudian Raja Daud duduk di hadapan Yehuwa dan berkata, “Ya Tuhan Yehuwa, siapalah aku ini dan siapalah keluargaku sehingga Engkau begitu baik terhadap kami.+ 17 Malah Engkau ingin melakukan lebih banyak daripada semua itu, ya Tuhan, kerana Engkau berfirman bahawa keturunan hamba-Mu ini akan wujud buat masa yang lama.+ Ya Tuhan Yehuwa, Engkau menganggap aku sebagai orang yang patut ditinggikan.* 18 Apa lagi yang dapat hamba-Mu ini katakan tentang penghormatan yang telah Engkau berikan? Engkau mengetahui segala sesuatu tentangku.+ 19 Ya Yehuwa, demi hamba-Mu ini dan selaras dengan kehendak-Mu,* Engkau melakukan perbuatan-perbuatan besar ini dan menyingkapkan keagungan-Mu.+ 20 Ya Yehuwa, tiada Tuhan yang lain selain Engkau.+ Segala-gala yang telah kami dengar membuktikan bahawa Engkau tiada tandingan. 21 Di seluruh bumi ini, tiada bangsa lain seperti umat-Mu Israel.+ Ya Tuhan yang benar, Engkau telah menebus mereka dan menjadikan mereka umat-Mu.+ Engkau mengukir nama baik untuk diri-Mu dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang besar dan menakjubkan.+ Engkau mengusir bangsa-bangsa lain dari hadapan umat-Mu+ yang telah Engkau selamatkan dari Mesir. 22 Engkau telah menjadikan Israel umat-Mu untuk selama-lamanya.+ Ya Yehuwa, Engkau telah menjadi Tuhan mereka.+ 23 Ya Yehuwa, tunaikanlah janji yang telah Engkau ucapkan berkenaan aku dan keturunanku untuk sepanjang masa. Semoga Engkau menepati apa yang telah Engkau janjikan.+ 24 Semoga nama-Mu diagungkan+ buat selama-lamanya, supaya orang berkata, ‘Yehuwa, ketua angkatan syurga, ialah Tuhan orang Israel. Sememangnya, Dia ialah Tuhan orang Israel.’ Semoga keluarga hamba-Mu ini teguh di hadapan-Mu.+ 25 Ya Tuhanku, Engkau telah menyingkapkan bahawa Engkau akan menjadikan keluargaku keturunan diraja. Itulah sebabnya aku mengucapkan doa ini kepada-Mu. 26 Ya Yehuwa, Engkaulah Tuhan yang benar. Engkau telah menjanjikan perkara-perkara baik ini untukku. 27 Oleh itu, semoga Engkau memberkati keturunanku supaya mereka memerintah di hadapan-Mu buat selama-lamanya. Ya Yehuwa, Engkau telah memberkati keturunanku, dan keturunanku akan diberkati buat selama-lamanya.”

18 Beberapa waktu kemudian, Daud melawan orang Filistin dan mengalahkan mereka, lalu dia mengambil Gat+ dan pekan-pekan di sekelilingnya daripada mereka.+ 2 Selepas itu, Daud mengalahkan orang Moab.+ Mereka menjadi hamba-hambanya dan membayar ufti kepadanya.+

3 Semasa Hadadezer,+ raja Zoba,+ sedang dalam perjalanan untuk mengukuhkan kekuasaannya di Sungai Efrat,+ Daud mengalahkannya dekat Hamat.+ 4 Daud merampas 1,000 buah kereta kuda, dan menawan 7,000 orang askar berkuda dan 20,000 orang askar yang berjalan kaki.+ Kemudian Daud melumpuhkan semua kuda, kecuali 100 ekor kuda yang menarik kereta kuda.+ 5 Apabila orang Siria dari Damsyik datang untuk menolong Raja Hadadezer, Daud membunuh 22,000 orang Siria.+ 6 Kemudian dia menempatkan pasukan tenteranya di Damsyik, Siria. Orang Siria menjadi hamba-hamba Daud dan membayar ufti kepadanya. Yehuwa memberikan kemenangan* kepada Daud ke mana sahaja dia pergi.+ 7 Daud juga mengambil perisai-perisai emas yang berbentuk bulat daripada anak buah Hadadezer lalu membawa semuanya ke Yerusalem. 8 Daud mengambil banyak tembaga dari kota Tibhat dan Kun, iaitu kota-kota milik Hadadezer. Salomo menggunakan tembaga itu untuk membuat Laut Tembaga,+ tiang-tiang, dan perkakas-perkakas tembaga.+

9 Raja Tou dari Hamat mendengar bahawa Daud telah mengalahkan seluruh tentera Raja Hadadezer+ dari Zoba.+ 10 Oleh itu, dia segera mengutus anaknya Hadoram untuk memberikan salam kepada Daud dan mengucapkan tahniah kerana Daud telah menyerang Hadadezer dan mengalahkannya. (Dahulu Hadadezer selalu berperang dengan Tou.) Selain itu, Hadoram membawa barangan emas, perak, dan tembaga untuk Daud. 11 Raja Daud mentahbiskan semua hadiah itu dan mempersembahkannya kepada Yehuwa.+ Dia juga berbuat demikian dengan perak dan emas yang diambilnya daripada bangsa Edom, Moab, Ammon,+ Filistin,+ dan Amalek.+

12 Abisai+ anak Zeruya+ membunuh 18,000 orang Edom di Lembah Garam.+ 13 Dia menempatkan pasukan-pasukan tentera di Edom, dan semua orang Edom menjadi hamba Daud.+ Yehuwa memberikan kemenangan* kepada Daud ke mana sahaja dia pergi.+ 14 Daud memerintah seluruh Israel,+ dan dia menegakkan keadilan dan kesaksamaan bagi semua rakyatnya.+ 15 Yoab anak Zeruya ialah ketua tentera,+ dan Yehosafat+ anak Ahilud ialah pencatat. 16 Zadok anak Ahitub dan Ahimelekh anak Abiatar ialah imam. Sausa ialah setiausaha. 17 Benaya anak Yehoyada ialah pemimpin orang Kreti+ dan orang Pleti.+ Anak-anak lelaki Daud memegang jawatan kedua terpenting selepas raja.

19 Beberapa waktu kemudian, Nahas, iaitu raja orang Ammon, meninggal, dan anak lelakinya menggantikannya sebagai raja.+ 2 Daud berkata, “Beta akan menunjukkan kasih setia+ kepada Hanun anak Nahas kerana bapanya telah menunjukkan kasih setia kepada beta.” Maka dia mengutus orang untuk menghiburkan hati Hanun. Tetapi apabila mereka sampai di Ammon+ untuk menghiburkan hati Hanun, 3 para pemimpin Ammon berkata kepada Hanun, “Benarkah Daud menghantar utusannya untuk menghiburkan hati tuanku dan untuk menghormati ayahanda tuanku? Bukankah Daud mengutus mereka sebagai pengintip untuk memerhatikan negeri ini supaya mereka dapat menakluki kita?” 4 Maka Hanun menangkap para utusan Daud lalu mencukur janggut mereka+ dan memotong pakaian mereka pada aras pinggang. Kemudian dia menyuruh mereka pergi. 5 Setelah mendengar hal ini, Daud segera menghantar orang untuk berjumpa dengan para utusan itu kerana mereka telah dimalukan dengan teruk. Dia mengirim pesanan ini kepada mereka: “Tinggallah di Yerikho+ sehingga janggut kamu tumbuh semula. Kemudian barulah kamu pulang.”

6 Orang Ammon mula sedar bahawa perbuatan mereka telah membuat Daud membenci mereka. Oleh itu, Hanun dan orang Ammon menggunakan 1,000 talenta* perak untuk mengupah para penunggang kuda dan kereta kuda dari Mesopotamia,* Aram-maakha, dan Zoba.+ 7 Mereka mendapatkan 32,000 buah kereta kuda, dan mengupah raja Maakha dan askar-askarnya. Kemudian mereka pergi ke Medeba+ dan berkhemah di situ. Orang Ammon datang dari kota-kota mereka. Mereka berkumpul dan bersiap-siap untuk berperang.

8 Setelah mendengar hal itu, Daud mengutus Yoab+ dan seluruh angkatan tenteranya, termasuk para pahlawannya yang paling gagah.+ 9 Orang Ammon mengatur barisan tentera di pintu gerbang kota, manakala raja-raja yang datang pula berkumpul di padang.

10 Apabila Yoab nampak bahawa mereka diserang dari depan dan belakang, dia memilih askar-askar Israel yang terbaik lalu mengatur barisan tentera untuk berhadapan dengan orang Siria.+ 11 Yoab menyerahkan askar-askar selebihnya kepada abangnya Abisai, supaya Abisai+ dapat mengatur barisan tentera untuk menyerang orang Ammon. 12 Kemudian Yoab berkata, “Jika orang Siria+ terlalu kuat bagiku, kamu harus datang menyelamatkan aku. Tetapi jika orang Ammon terlalu kuat bagimu, aku akan menyelamatkan kamu. 13 Jadilah kuat dan beranikanlah dirimu+ demi bangsa kita dan demi kota-kota Tuhan kita. Yehuwa akan melakukan apa yang baik di mata-Nya.”

14 Yoab dan pasukannya mara untuk melawan orang Siria, tetapi orang Siria melarikan diri.+ 15 Apabila orang Ammon nampak orang Siria melarikan diri, mereka juga melarikan diri daripada Abisai dan masuk ke dalam kota. Setelah itu, Yoab pulang ke Yerusalem.

16 Orang Siria sedar bahawa mereka telah dikalahkan oleh orang Israel, maka mereka menghantar utusan untuk memanggil orang Siria dari kawasan sungai.*+ Mereka pun datang di bawah pimpinan Sofakh, ketua tentera Hadadezer.+

17 Apabila Daud mendengar hal itu, dia segera mengumpulkan semua tentera Israel dan menyeberangi Sungai Yordan. Mereka tiba di kawasan orang Siria dan mengatur barisan tentera. Daud mengatur barisan tentera untuk bertempur dengan orang Siria. Semasa mereka bertempur,+ 18 orang Siria melarikan diri daripada orang Israel. Daud membunuh 7,000 orang pemandu kereta kuda dan 40,000 orang askar Siria yang berjalan kaki. Dia juga membunuh Sofakh, ketua tentera mereka. 19 Apabila semua raja yang berkhidmat kepada Hadadezer sedar bahawa mereka telah dikalahkan oleh orang Israel,+ mereka cepat-cepat berdamai dengan Daud dan takluk kepada pemerintahannya.+ Sejak itu, orang Siria tidak mahu lagi membantu orang Ammon.

20 Pada awal tahun,* iaitu pada masa raja-raja biasanya pergi berperang, Yoab+ memimpin tentera Israel ke negeri orang Ammon untuk menghancurkannya. Dia mengepung Raba+ sementara Daud tinggal di Yerusalem.+ Yoab menyerang Raba dan memusnahkannya.+ 2 Kemudian Daud mengambil mahkota Malkam* dari kepalanya lalu memakainya. Daud mendapat tahu bahawa mahkota itu diperbuat daripada kira-kira 34 kilogram* emas, dan dihiasi dengan batu-batu berharga. Selain itu, Daud mengambil banyak barang jarahan dari kota itu.+ 3 Dia juga membawa semua penduduk kota itu keluar dan menyuruh mereka bekerja.+ Ada yang disuruh memotong batu, dan ada yang disuruh bekerja dengan menggunakan kapak dan alat-alat besi yang tajam. Itulah yang dilakukan oleh Daud kepada penduduk di semua kota orang Ammon. Kemudian Daud dan seluruh tenteranya kembali ke Yerusalem.

4 Selepas itu, orang Israel berperang dengan orang Filistin di Gezer. Sibekai,+ orang Husa itu, membunuh Sipai, iaitu seorang lelaki daripada keturunan Refaim.+ Demikianlah mereka mengalahkan orang Filistin.

5 Dalam satu lagi pertempuran dengan orang Filistin, Elhanan anak Yair membunuh Lahmi, iaitu saudara lelaki Goliat,+ orang Gat. Batang tombak Lahmi sebesar kayu pada alat tenun.+

6 Selepas itu, peperangan tercetus lagi di Gat.+ Di sana, ada seorang lelaki daripada keturunan Refaim yang sangat besar.+ Dia mempunyai 24 batang jari kaki dan jari tangan; 6 batang jari pada setiap tangan dan kakinya.+ 7 Dia asyik menghina+ orang Israel. Maka Yonatan anak kepada Simea,+ iaitu abang Daud, membunuhnya.

8 Mereka semua ialah keturunan Refaim+ dari Gat,+ dan mereka telah mati dibunuh oleh Daud dan anak buahnya.

21 Syaitan* berhasrat untuk menentang orang Israel, maka dia mempengaruhi Daud untuk menghitung bilangan orang Israel.+ 2 Oleh itu, Daud berkata kepada Yoab+ dan para pemimpin yang lain, “Pergilah dan hitunglah orang Israel yang ada di Beer-syeba sampai ke Dan.+ Kemudian laporkanlah jumlah mereka kepada beta.” 3 Tetapi Yoab berkata, “Semoga Yehuwa melipatgandakan rakyat tuanku sampai seratus kali lebih banyak daripada jumlah sekarang! Tuanku, mereka semua memang hamba tuanku. Mengapakah tuanku ingin menghitung bilangan mereka? Mengapakah segenap bangsa Israel harus menanggung akibat perbuatan tuanku ini?”

4 Raja tetap berpegang pada perintahnya, maka Yoab beredar dari hadapan raja lalu pergi menjelajahi seluruh negeri Israel. Kemudian dia kembali ke Yerusalem+ 5 dan melaporkan hasil pembancian itu kepada Daud, iaitu 1,100,000 orang lelaki Israel dan 470,000 orang lelaki Yehuda yang memenuhi syarat untuk menjadi askar.+ 6 Tetapi suku Lewi dan suku Benyamin tidak dibanci+ kerana Yoab langsung tidak setuju dengan perintah raja.+

7 Pembancian itu membangkitkan kemurkaan Tuhan yang benar, maka Dia menghukum orang Israel. 8 Daud pun berkata kepada Tuhan yang benar, “Aku telah melakukan dosa yang besar+ dengan membanci rakyat. Ampunkanlah dosa hamba-Mu ini.+ Aku telah bertindak dengan bodoh sekali.”+ 9 Kemudian Yehuwa berfirman kepada Gad,+ iaitu orang yang menyampaikan penglihatan Tuhan kepada Daud. Tuhan berfirman, 10 “Pergilah menghadap Daud dan katakanlah, ‘Inilah firman Yehuwa: “Aku memberi engkau tiga pilihan. Pilihlah salah satu. Apa saja yang engkau pilih akan Aku lakukan kepadamu.”’” 11 Maka Gad pergi kepada Daud dan berkata kepadanya, “Inilah firman Yehuwa: ‘Buatlah pilihan. 12 Adakah engkau mahu negerimu dilanda kebuluran selama tiga tahun?+ Atau adakah engkau mahu diserang oleh pedang musuh-musuhmu dan dikalahkan oleh mereka selama tiga bulan?+ Atau adakah engkau mahu negerimu diserang oleh pedang Yehuwa selama tiga hari? Selama tiga hari itu, malaikat Yehuwa akan mendatangkan wabak penyakit atas seluruh negeri Israel.’+ Fikirlah terlebih dahulu, dan beritahulah hamba jawapan tuanku. Hamba akan menyampaikannya kepada Tuhan yang telah mengutus hamba.” 13 Daud menjawab, “Beta amat runsing! Beta tidak mahu jatuh ke dalam tangan manusia.+ Jadi lebih baik jika beta jatuh ke dalam tangan Yehuwa kerana Dia sangat berbelas kasihan.”+

14 Oleh itu, Yehuwa mendatangkan wabak penyakit+ atas Israel, dan sebanyak 70,000 orang meninggal.+ 15 Tuhan yang benar mengutus satu malaikat ke Yerusalem untuk memusnahkan kota itu. Tetapi sebaik sahaja Yehuwa nampak malaikat itu mula mendatangkan wabak itu, Dia berasa kesal.*+ Maka Dia berkata kepada malaikat itu, “Cukuplah!+ Turunkan tanganmu.” Pada waktu itu, malaikat Yehuwa sedang berdiri dekat tempat mengirik tuaian milik Ornan,+ seorang lelaki Yebus.+

16 Daud menengadah ke langit dan nampak malaikat Yehuwa memegang sebilah pedang yang terhunus+ ke arah Yerusalem. Maka Daud dan para pemimpin orang Israel, yang sedang memakai kain guni,+ segera bersujud ke tanah.+ 17 Daud berkata kepada Tuhan yang benar, “Bukankah aku yang menyuruh agar umat ini dihitung? Akulah yang berdosa, dan akulah yang bersalah.+ Tetapi apakah yang telah dilakukan oleh bangsa ini? Apakah kesalahan biri-biri ini? Ya Tuhan Yehuwa, biarlah tangan-Mu menghukum aku dan keluarga bapaku! Tetapi janganlah mendatangkan wabak ini atas umat-Mu.”+

18 Maka malaikat Yehuwa menyuruh Gad+ untuk memberitahu Daud bahawa dia harus mendirikan sebuah mazbah untuk Yehuwa di tempat mengirik tuaian milik Ornan, orang Yebus itu.+ 19 Daud pun pergi ke situ, selaras dengan apa yang telah diperintahkan oleh Yehuwa melalui Gad. 20 Sementara itu, Ornan sedang mengirik gandum. Dia berpaling dan nampak malaikat itu, maka empat orang anak lelakinya yang ada bersamanya menyembunyikan diri. 21 Apabila Ornan nampak Daud datang, dia segera keluar dari tempat mengirik itu lalu berlutut dan bersujud kepada Daud. 22 Daud berkata kepadanya, “Jualkanlah tempat mengirik ini kepada beta kerana beta ingin mendirikan sebuah mazbah untuk Yehuwa di sini. Beta akan membeli tempat ini dengan harga penuh supaya wabak yang menimpa rakyat dapat dihentikan.”+ 23 Namun Ornan menjawab, “Tuanku, ambillah tempat ini dan persembahkanlah apa sahaja yang baik di mata tuanku. Inilah lembu-lembu untuk dijadikan korban bakar, dan tuanku boleh menggunakan papan mengirik+ sebagai kayu api serta gandum ini sebagai korban bijirin. Hamba memberikan semua ini kepada tuanku.”

24 Tetapi Raja Daud menjawab, “Tidak! Beta mesti membelinya daripada kamu dengan harga penuh. Beta tidak akan mengambil harta milikmu dan mempersembahkannya kepada Yehuwa. Beta juga tidak akan mempersembahkan korban bakar yang beta dapat dengan percuma.”+ 25 Maka Daud membayar 600 syekel* emas kepada Ornan untuk membeli tempat itu. 26 Daud pun mendirikan sebuah mazbah+ untuk Yehuwa lalu mempersembahkan korban bakar dan korban pendamaian di situ. Daud berseru kepada Yehuwa, lalu Tuhan menjawab seruan Daud dengan menurunkan api+ dari langit ke atas mazbah korban bakar itu. 27 Kemudian Yehuwa menyuruh malaikat itu+ menyarungkan pedangnya. 28 Daud nampak bahawa Yehuwa telah mendengar seruannya di tempat mengirik tuaian milik Ornan, orang Yebus itu. Maka dia terus mempersembahkan korban di situ. 29 Pada masa itu, khemah suci Yehuwa yang telah didirikan oleh Musa di padang belantara dan mazbah untuk korban bakar, berada di tempat tinggi di Gibeon.+ 30 Tetapi Daud tidak pergi ke sana untuk meminta petunjuk Tuhan kerana dia takut akan pedang malaikat Yehuwa.

22 Kemudian Daud berkata, “Di tempat inilah Rumah Yehuwa, Tuhan yang benar, akan dibina, dan di mazbah inilah orang Israel akan mempersembahkan korban bakar.”+

2 Daud memberikan perintah supaya semua orang asing yang tinggal di negeri Israel dikumpulkan,+ lalu dia menyuruh mereka memotong dan memahat batu yang akan digunakan untuk membina rumah Tuhan yang benar.+ 3 Daud menyediakan banyak sekali besi untuk membuat paku bagi pintu-pintu gerbang dan alat untuk mengapit. Dia juga menyediakan begitu banyak tembaga sehingga tidak dapat ditimbang.+ 4 Selain itu, Daud menyediakan banyak kayu sedar+ sehingga tidak dapat dikira kerana orang Sidon+ dan orang Tirus+ membawa banyak sekali kayu sedar kepadanya. 5 Daud berkata, “Putera beta Salomo masih muda dan tidak berpengalaman.*+ Tetapi rumah yang akan dibina untuk Yehuwa haruslah indah dan mengagumkan supaya kemasyhurannya+ tersebar ke seluruh bumi.+ Itulah sebabnya beta akan membuat persiapan untuknya.” Maka Daud menyediakan banyak sekali bahan binaan sebelum dia meninggal.

6 Daud memanggil anaknya Salomo lalu menyuruh dia membina sebuah rumah untuk Yehuwa, Tuhan orang Israel. 7 Daud berkata kepada Salomo, “Ayahanda berhasrat untuk membina sebuah rumah untuk memuliakan nama Yehuwa, Tuhan ayahanda.+ 8 Tetapi Yehuwa berfirman kepada ayahanda, ‘Engkau telah menumpahkan banyak darah di hadapan-Ku, dan engkau juga telah banyak kali berperang. Ya, engkau telah menumpahkan begitu banyak darah di atas bumi. Oleh itu, engkau tidak akan membina sebuah rumah untuk memuliakan nama-Ku.+ 9 Tetapi engkau akan mendapat seorang anak lelaki+ yang mencintai keamanan. Aku akan memberinya kedamaian dan menyelamatkannya daripada semua musuh di sekelilingnya.+ Anakmu itu akan dinamakan Salomo,*+ dan Aku akan mengurniakan keamanan dan ketenteraman kepada orang Israel sepanjang pemerintahannya.+ 10 Anak itulah yang akan membina sebuah rumah untuk memuliakan nama-Ku.+ Dia akan menjadi anak-Ku, dan Aku akan menjadi bapanya.+ Aku akan mengukuhkan takhta kerajaannya di Israel buat selama-lamanya.’+

11 “Wahai anakku, semoga Yehuwa menyertaimu, dan semoga kamu berjaya membina Rumah Yehuwa, Tuhanmu, seperti yang telah difirmankan-Nya.+ 12 Apabila Yehuwa memberi kamu kuasa atas Israel, semoga Dia juga mengurniakan kebijaksanaan dan pemahaman+ kepadamu agar kamu mematuhi hukum Yehuwa, Tuhanmu.+ 13 Kamu pasti akan berjaya jika kamu bersungguh-sungguh mematuhi hukum+ dan peraturan yang diberikan oleh Yehuwa kepada orang Israel melalui Musa.+ Hendaklah kamu berani dan teguh, dan janganlah takut atau gentar.+ 14 Ayahanda telah bersusah payah menyediakan bahan binaan untuk Rumah Yehuwa. Ayahanda telah menyediakan 3,420 tan* emas dan 34,200 tan* perak. Ayahanda juga telah menyediakan sejumlah besar tembaga serta besi+ sehingga tidak dapat dihitung. Selain itu, kayu dan batu pun telah ayahanda sediakan.+ Tetapi kamu harus menambahkannya lagi. 15 Kamu juga mempunyai banyak pekerja. Ada orang yang memahat batu, ada tukang batu,+ tukang kayu, dan banyak sekali tukang yang lain.+ 16 Terdapat begitu banyak emas, perak, tembaga, dan besi sehingga tidak dapat ditimbang.+ Mulakanlah pembinaan itu! Semoga Yehuwa menyertaimu.”+

17 Kemudian Daud memerintahkan semua pembesar di Israel untuk membantu anaknya Salomo. Dia berkata, 18 “Bukankah Yehuwa, Tuhan kamu, menyertai kamu? Bukankah Dia sudah membebaskan kamu daripada segala ancaman musuh? Dia telah menyerahkan penduduk negeri ini kepada beta, dan negeri ini telah ditakluki Yehuwa dan umat-Nya. 19 Oleh itu, bertekadlah untuk menyembah Yehuwa dengan sepenuh hati dan jiwa.+ Mulakanlah kerja pembinaan tempat suci Yehuwa, Tuhan yang benar,+ supaya tabut perjanjian Yehuwa dan semua peralatan suci Tuhan yang benar+ dapat disimpan di dalam rumah yang dibina untuk memuliakan nama Yehuwa.”+

23 Ketika Daud sudah tua dan hampir meninggal, dia menjadikan anaknya Salomo raja Israel.+ 2 Kemudian dia mengumpulkan semua pembesar di Israel, para imam,+ dan orang Lewi.+ 3 Orang Lewi yang berumur 30 tahun dan ke atas telah dihitung+ seorang demi seorang. Mereka berjumlah 38,000 orang. 4 Dalam kalangan mereka, sebanyak 24,000 orang ditugaskan untuk menyelia kerja-kerja di Rumah Yehuwa, 6,000 orang bertugas sebagai pegawai dan hakim,+ 5 4,000 orang bertugas sebagai pengawal pintu,+ dan 4,000 orang lagi ditugaskan untuk memuji+ Yehuwa dengan memainkan alat-alat muzik. Alat-alat muzik itu telah diciptakan oleh Daud untuk memuji Tuhan.

6 Kemudian Daud membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan+ menurut nama anak-anak lelaki Lewi, iaitu Gerson, Kehat, dan Merari.+ 7 Anak-anak lelaki Gerson ialah Ladan dan Simei. 8 Ladan mempunyai tiga orang anak lelaki, iaitu Yehiel, Zetam, dan Yoel.+ Yehiel ialah ketua. 9 Simei* mempunyai tiga orang anak lelaki, iaitu Selomot, Haziel, dan Haran. Mereka semua ialah ketua-ketua puak dalam keluarga Ladan. 10 Simei* mempunyai empat orang anak lelaki, iaitu Yahat, Zinah,* Yeus, dan Beria. 11 Yahat ialah ketua, dan Zizah ialah anak kedua. Anak Yeus dan Beria tidak banyak, maka mereka dianggap sebagai satu puak dan diberi tanggungjawab yang sama.

12 Kehat mempunyai empat orang anak lelaki, iaitu Amram, Yizhar,+ Hebron, dan Uziel.+ 13 Anak-anak lelaki Amram ialah Harun+ dan Musa.+ Harun dan anak-anak lelakinya dikhaskan untuk berkhidmat di Bilik Maha Suci pada setiap masa.+ Mereka sentiasa mempersembahkan korban di hadapan Yehuwa, melayani-Nya, dan memberkati orang dengan nama-Nya.+ 14 Musa ialah hamba Tuhan yang benar. Dia dan anak-anaknya tergolong dalam suku Lewi. 15 Anak-anak lelaki Musa ialah Gersom+ dan Eliezer.+ 16 Gersom mempunyai beberapa orang anak lelaki, dan Syebuel+ ialah ketua. 17 Eliezer tidak mempunyai anak lelaki yang lain kecuali Rehabia+ yang merupakan ketua. Tetapi Rehabia mempunyai banyak anak lelaki. 18 Yizhar+ mempunyai beberapa orang anak lelaki, dan Selomit+ ialah ketua. 19 Hebron mempunyai beberapa orang anak lelaki, dan Yeria ialah ketua, Amaria ialah anak kedua, Yahaziel ialah anak ketiga, dan Yekameam+ ialah anak keempat. 20 Anak-anak lelaki Uziel+ ialah Mikha yang merupakan ketua dan Yisia yang merupakan anak kedua.

21 Anak-anak lelaki Merari ialah Mahli dan Musi.+ Anak-anak lelaki Mahli ialah Eleazar dan Kish. 22 Eleazar mati tanpa mempunyai anak lelaki. Namun dia mempunyai anak-anak perempuan. Oleh itu, anak-anak lelaki Kish, iaitu sepupu mereka, mengambil mereka sebagai isteri. 23 Musi mempunyai tiga orang anak lelaki, iaitu Mahli, Eder, dan Yeremot.

24 Itulah nama dan bilangan keturunan Lewi yang didaftarkan menurut puak dan ketua puak mereka. Mereka yang berumur 20 tahun dan ke atas berkhidmat di Rumah Yehuwa. 25 Daud telah berkata, “Yehuwa, Tuhan orang Israel, telah mengurniakan kedamaian kepada umat-Nya,+ dan Dia akan tinggal di Yerusalem buat selama-lamanya.+ 26 Orang Lewi tidak perlu lagi mengangkat khemah suci atau semua perkakas yang digunakan untuk beribadat.”+ 27 Berdasarkan arahan terakhir Daud, orang Lewi yang berumur 20 tahun dan ke atas harus didaftarkan. 28 Mereka ditugaskan untuk membantu keturunan Harun+ menjalankan tugas di Rumah Yehuwa. Tugas mereka merangkumi menjaga semua halaman+ dan dewan makan di rumah itu, mentahbiskan perkakas suci, dan melakukan pelbagai kerja di rumah Tuhan yang benar. 29 Mereka bertanggungjawab atas roti-roti berlapis,*+ tepung bermutu tinggi yang digunakan untuk korban bijirin, roti nipis yang tidak beragi,+ kuih lempeng, dan adunan yang dicampurkan dengan minyak.+ Mereka juga menguruskan kerja-kerja menyukat. 30 Selain itu, mereka bertugas untuk memuji dan mengucap syukur kepada Yehuwa pada setiap pagi dan petang.+ 31 Mereka turut membantu semasa korban bakar dipersembahkan kepada Yehuwa pada hari Sabat,+ perayaan bulan baharu,+ dan musim perayaan,+ menurut apa* yang tercatat dalam hukum. Mereka sentiasa berbuat demikian di hadapan Yehuwa. 32 Mereka juga menjaga khemah pertemuan dan tempat suci serta membantu saudara-saudara mereka, iaitu keturunan Harun, di Rumah Yehuwa.

24 Anak-anak lelaki Harun ialah Nadab, Abihu,+ Eleazar, dan Itamar.+ Keturunan mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2 Tetapi Nadab dan Abihu meninggal semasa bapa mereka masih hidup,+ dan mereka tidak mempunyai anak lelaki. Eleazar+ dan Itamar terus berkhidmat sebagai imam. 3 Daud, bersama Zadok+ daripada keturunan Eleazar dan Ahimelekh daripada keturunan Itamar, telah membahagikan keturunan Harun kepada beberapa kumpulan menurut tugas mereka. 4 Bilangan anak sulung* dalam keturunan Eleazar lebih banyak daripada bilangan anak sulung dalam keturunan Itamar. Oleh itu, keturunan Eleazar mempunyai 16 orang ketua puak dan keturunan Itamar mempunyai 8 orang ketua puak.

5 Kemudian keturunan Eleazar dan keturunan Itamar membuang undi bersama-sama.+ Ada dalam kalangan mereka yang menjadi pemimpin yang berkhidmat di tempat suci, dan ada pula yang menjadi pemimpin yang berkhidmat kepada Tuhan. 6 Semaya anak Netanel, iaitu setiausaha orang Lewi, mencatatkan nama mereka di hadapan raja, para pembesar, Imam Zadok,+ Ahimelekh+ anak Abiatar,+ ketua keluarga para imam, dan para ketua puak orang Lewi. Satu puak daripada keturunan Eleazar akan membuang undi, diikuti dengan satu puak daripada keturunan Itamar.

7 Undi pertama jatuh kepada Yehoyarib, kedua kepada Yedaya, 8 ketiga kepada Harim, keempat kepada Seorim, 9 kelima kepada Malkia, keenam kepada Miyamin, 10 ketujuh kepada Hakoz, kelapan kepada Abia,+ 11 kesembilan kepada Yeshua, ke-10 kepada Sekania, 12 ke-11 kepada Eliasib, ke-12 kepada Yakim, 13 ke-13 kepada Hupa, ke-14 kepada Yeshebeab, 14 ke-15 kepada Bilga, ke-16 kepada Imer, 15 ke-17 kepada Hezir, ke-18 kepada Hapizez, 16 ke-19 kepada Petahia, ke-20 kepada Yehezkel, 17 ke-21 kepada Yakhin, ke-22 kepada Gamul, 18 ke-23 kepada Delaya, dan ke-24 kepada Maazia.

19 Itulah aturan yang harus diikuti oleh mereka apabila mereka masuk untuk bertugas+ di Rumah Yehuwa. Hal ini selaras dengan perintah yang diberikan oleh Yehuwa, Tuhan orang Israel, kepada Harun, nenek moyang mereka.

20 Berikut merupakan orang Lewi yang lain: Subael+ daripada keturunan Amram;+ Yehdeya daripada keturunan Subael; 21 daripada Rehabia:+ Yisia daripada keturunan Rehabia (Yisia ialah ketua mereka); 22 Selomot daripada keturunan Yizhar; Yahat daripada keturunan Selomot;+ 23 Yeria daripada keturunan Hebron. Yeria+ ialah ketua mereka, diikuti dengan Amaria, Yahaziel, dan Yekameam; 24 Mikha daripada keturunan Uziel; dan Samir daripada keturunan Mikha. 25 Mikha ialah saudara lelaki Yisia, dan keturunan Yisia ialah Zakharia.

26 Mahli dan Musi daripada keturunan Merari,+ dan Beno daripada keturunan Yaazia. 27 Inilah keturunan Merari: Beno, Syoham, Zakur, dan Ibri daripada keturunan Yaazia; 28 Eleazar daripada keturunan Mahli, tetapi Eleazar tidak mempunyai anak lelaki;+ 29 daripada Kish: Yerahmeel daripada keturunan Kish; 30 dan Mahli, Eder, dan Yerimot daripada keturunan Musi.

Demikianlah keturunan Lewi disenaraikan menurut puak mereka. 31 Mereka semua juga membuang undi+ seperti yang telah dilakukan oleh saudara mereka, iaitu keturunan Harun. Mereka berbuat demikian di hadapan Raja Daud, Zadok, Ahimelekh, ketua keluarga para imam, dan para ketua puak orang Lewi. Tidak kira tua atau muda, semua ketua puak menerima layanan yang sama semasa membuang undi.

25 Kemudian, Daud dan para pemimpin yang lain memilih beberapa orang daripada anak-anak lelaki Asaf, Heman, dan Yedutun+ untuk bernubuat sambil diiringi kecapi, alat-alat muzik bertali,+ dan simbal.+ Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Inilah nama orang yang akan menjalankan tugas itu: 2 Anak-anak lelaki Asaf, iaitu Zakur, Yusuf, Netania, dan Asarela. Mereka berada di bawah pimpinan Asaf, dan Asaf menyampaikan perkhabaran Tuhan sesuai dengan aturan yang ditetapkan oleh raja. 3 Enam orang anak lelaki Yedutun,+ iaitu Gedalia, Zeri, Yeshaya, Simei, Hasabia, dan Matitia.+ Mereka berada di bawah pimpinan bapa mereka, Yedutun, seorang lelaki yang bernubuat sambil diiringi kecapi. Dia juga menyanyikan lagu pujian dan lagu kesyukuran kepada Yehuwa.+ 4 Anak-anak lelaki Heman,+ iaitu Bukia, Matania, Uziel, Syebuel, Yerimot, Hanania, Hanani, Eliata, Gidalti, Romamti-ezer, Yosbekasa, Maloti, Hotir, dan Mahaziot. 5 Mereka semua ialah anak-anak lelaki Heman, seorang nabi yang sentiasa memuliakan Tuhan yang benar dan menyampaikan penglihatan daripada-Nya. Tuhan mengurniakan 14 orang anak lelaki dan 3 orang anak perempuan kepada Heman. 6 Mereka semua berada di bawah pimpinan bapa mereka. Tugas mereka semasa di Rumah Yehuwa, Tuhan yang benar, ialah bernyanyi sambil diiringi simbal, alat-alat muzik bertali, dan kecapi.+

Asaf, Yedutun, dan Heman pula berada di bawah pimpinan raja.

7 Jumlah mereka dan saudara-saudara mereka yang telah dilatih untuk bernyanyi bagi Yehuwa ialah 288 orang, dan mereka semua mahir dalam tugas mereka. 8 Orang yang mahir bersama dengan orang yang baru belajar, baik yang tua mahupun yang muda, masing-masing membuang undi+ untuk menentukan tugas mereka.

9 Undi yang pertama jatuh kepada anak Asaf, iaitu Yusuf;+ kedua kepada Gedalia,+ saudara-saudaranya, dan anak-anak lelakinya, seramai 12 orang; 10 ketiga kepada Zakur,+ anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 11 keempat kepada Izri, anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 12 kelima kepada Netania,+ anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 13 keenam kepada Bukia, anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 14 ketujuh kepada Yesarela, anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 15 kelapan kepada Yeshaya, anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 16 kesembilan kepada Matania, anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 17 ke-10 kepada Simei, anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 18 ke-11 kepada Azarel, anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 19 ke-12 kepada Hasabia, anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 20 ke-13 kepada Subael,+ anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 21 ke-14 kepada Matitia, anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 22 ke-15 kepada Yeremot, anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 23 ke-16 kepada Hanania, anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 24 ke-17 kepada Yosbekasa, anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 25 ke-18 kepada Hanani, anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 26 ke-19 kepada Maloti, anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 27 ke-20 kepada Eliata, anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 28 ke-21 kepada Hotir, anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 29 ke-22 kepada Gidalti,+ anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 30 ke-23 kepada Mahaziot,+ anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 31 dan ke-24 kepada Romamti-ezer,+ anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang.

26 Berikut merupakan kumpulan-kumpulan yang bertugas untuk mengawal pintu gerbang:+ Daripada anak-anak Korah, terdapat Meselemia+ anak lelaki Kore, salah seorang keturunan Asaf. 2 Meselemia mempunyai beberapa orang anak lelaki. Anak sulungnya ialah Zakharia, anak keduanya ialah Yediael, anak ketiganya ialah Zebadia, anak keempatnya ialah Yatniel, 3 anak kelimanya ialah Elam, anak keenamnya ialah Yehohanan, dan anak ketujuhnya ialah Elieho-enai. 4 Obed-edom mempunyai beberapa orang anak lelaki. Anak sulungnya ialah Semaya, anak keduanya ialah Yehozabad, anak ketiganya ialah Yoah, anak keempatnya ialah Sakar, anak kelimanya ialah Netanel, 5 anak keenamnya ialah Amiel, anak ketujuhnya ialah Isakhar, dan anak kelapannya ialah Peuletai. Sememangnya, Tuhan telah memberkati Obed-edom.

6 Anak sulung Obed-edom, iaitu Semaya, mempunyai beberapa orang anak lelaki yang menjadi ketua puak kerana mereka gagah dan berkebolehan. 7 Anak-anak Semaya ialah Otni, Refael, Obed, dan Elzabad. Elihu dan Semakia, iaitu saudara-saudaranya, juga merupakan orang yang berkebolehan. 8 Mereka semua merupakan anak Obed-edom. Mereka dan anak-anak mereka serta saudara-saudara mereka merupakan orang yang berkebolehan dan layak untuk menjalankan tugas itu. Jumlah keturunan Obed-edom ialah 62 orang. 9 Meselemia+ mempunyai 18 orang anak lelaki dan saudara lelaki yang berkebolehan. 10 Hosa daripada keturunan Merari mempunyai beberapa orang anak lelaki. Hosa melantik Simri untuk menjadi ketua walaupun Simri bukan anak sulungnya. 11 Anaknya yang kedua ialah Hilkia, anaknya yang ketiga ialah Tebalia, dan anaknya yang keempat ialah Zakharia. Jumlah anak-anak dan saudara-saudara Hosa ialah 13 orang.

12 Daripada kumpulan-kumpulan penjaga gerbang itu, ketua kumpulan juga perlu bertugas di Rumah Yehuwa bersama saudara-saudara mereka. 13 Maka mereka membuang undi+ menurut puak masing-masing. Baik puak yang besar mahupun puak yang kecil membuang undi untuk menentukan pintu gerbang yang harus dikawal oleh mereka. 14 Selepas membuang undi, Syelemia mendapat tugas untuk menjaga gerbang di sebelah timur. Anaknya Zakharia ialah seorang penasihat yang bijaksana. Zakharia mendapat tugas untuk menjaga gerbang di sebelah utara. 15 Obed-edom mendapat tugas untuk menjaga pintu gerbang di sebelah selatan, manakala anak-anaknya+ ditugaskan untuk menjaga gudang-gudang. 16 Supim dan Hosa+ mendapat tugas untuk menjaga gerbang di sebelah barat, dekat Gerbang Syalekhet, iaitu berhampiran jalan yang menanjak. Di situ, satu kumpulan pengawal bertugas bersebelahan dengan kumpulan yang satu lagi. 17 Ada enam orang Lewi yang bertugas di gerbang sebelah timur. Setiap hari, ada empat orang bertugas di gerbang sebelah utara dan empat orang lagi bertugas di gerbang sebelah selatan. Di gudang-gudang pula,+ terdapat dua orang pengawal yang bertugas bersebelahan dengan dua orang pengawal yang lain. 18 Di serambi sebelah barat, terdapat empat orang pengawal di jalan besar+ dan dua orang lagi di serambi itu. 19 Itulah caranya keturunan Korah dan Merari dibahagikan menurut kumpulan mereka untuk menjaga gerbang.

20 Daripada orang Lewi, terdapat Ahia yang bertanggungjawab atas tempat penyimpanan harta di rumah Tuhan yang benar dan tempat penyimpanan alat-alat yang telah disucikan.*+ 21 Daripada keturunan Ladan, iaitu keturunan Ladan dalam puak Gerson, terdapat Yehieli,+ seorang ketua puak. 22 Anak-anak lelaki Yehieli, iaitu Zetam dan Yoel, juga bertanggungjawab atas tempat-tempat penyimpanan harta di Rumah Yehuwa.+ 23 Daripada keturunan Amram, Yizhar, Hebron, dan Uziel,+ 24 terdapat Syebuel. Dia ialah ketua yang bertanggungjawab atas tempat-tempat penyimpanan harta. Syebuel berasal daripada keturunan Gersom anak Musa. 25 Saudara-saudaranya yang berasal daripada keturunan Eliezer+ ialah Rehabia,+ Yeshaya, Yoram, Zikhri, dan Selomot. 26 Selomot dan saudara-saudaranya bertanggungjawab atas semua tempat penyimpanan alat-alat yang telah disucikan.+ Alat-alat itu telah disucikan oleh Raja Daud,+ ketua-ketua puak,+ ketua atas 1,000 orang, ketua atas 100 orang, dan ketua tentera. 27 Mereka telah menyucikan sebahagian daripada barang jarahan+ yang diperoleh dalam pertempuran+ untuk digunakan dalam kerja penyelenggaraan Rumah Yehuwa. 28 Mereka juga menjaga semua barang yang telah disucikan oleh Nabi* Samuel,+ Saul anak Kish, Abner+ anak Ner, dan Yoab+ anak Zeruya.+ Selomit* dan saudara-saudaranya bertanggungjawab atas semua barang yang telah disucikan.

29 Bagi keturunan Yizhar,+ Khenania dan anak-anak lelakinya dilantik menjadi pegawai dan hakim orang Israel. Mereka menjaga urusan di luar Rumah Tuhan.+

30 Bagi keturunan Hebron,+ terdapat Hasabia dan saudara-saudaranya, yang berjumlah 1,700 orang. Mereka ialah orang yang berkebolehan. Mereka mentadbir kawasan barat Sungai Yordan di Israel, dan menyelia semua kerja yang berkaitan dengan ibadat Yehuwa dan khidmat diraja di kawasan itu. 31 Yeriya,+ daripada keturunan Hebron, ialah ketua keturunan Hebron. Pada tahun ke-40 pemerintahan Daud,+ pengikut Daud mencari pahlawan yang gagah dan mahir dalam kalangan orang Hebron. Mereka menjumpai pahlawan-pahlawan ini di Yaezer+ yang terletak di Gilead. 32 Yeriya dan saudara-saudaranya berjumlah 2,700 orang. Mereka ialah ketua puak yang cekap. Maka Raja Daud melantik mereka untuk mengawasi suku Ruben, suku Gad, dan separuh daripada suku Manasye, dalam semua kerja yang berkaitan dengan ibadat Tuhan yang benar dan khidmat diraja.

27 Berikut ialah kumpulan-kumpulan orang Israel yang berkhidmat dalam pasukan tentera diraja.+ Dalam setiap kumpulan, ada ketua-ketua puak, ketua atas 1,000 orang, ketua atas 100 orang,+ dan ketua-ketua kumpulan. Setiap tahun, mereka mengambil giliran untuk bertugas selama sebulan mengikut kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan terdiri daripada 24,000 orang.

2 Yasobeam+ anak Zabdiel bertanggungjawab atas kumpulan pertama yang bertugas pada bulan pertama. Terdapat 24,000 orang dalam kumpulannya. 3 Yasobeam berasal daripada keturunan Perez.+ Dia memimpin ketua-ketua kumpulan yang ditugaskan untuk berkhidmat pada bulan pertama. 4 Dodai,+ orang Ahohi,+ bertanggungjawab atas kumpulan yang bertugas pada bulan kedua. Terdapat 24,000 orang dalam kumpulannya, dan mereka diketuai oleh Miklot. 5 Benaya+ anak Yehoyada,+ iaitu ketua imam Israel, bertanggungjawab atas kumpulan ketiga yang bertugas pada bulan ketiga. Terdapat 24,000 orang dalam kumpulannya, 6 dan mereka diketuai oleh anaknya Ammizabad. (Benaya ialah salah seorang daripada 30 orang pahlawan Daud yang gagah, dan dia ialah ketua kepada 30 orang pahlawan itu.) 7 Asael,+ iaitu adik Yoab,+ bertanggungjawab atas kumpulan keempat yang bertugas pada bulan keempat, dan Zebadia ialah penggantinya. Terdapat 24,000 orang dalam kumpulannya. 8 Syamhut, orang Yizrah, bertanggungjawab atas kumpulan kelima yang bertugas pada bulan kelima. Terdapat 24,000 orang dalam kumpulannya. 9 Ira+ anak Ikes, orang Tekoa itu,+ bertanggungjawab atas kumpulan keenam yang bertugas pada bulan keenam. Terdapat 24,000 orang dalam kumpulannya. 10 Heles,+ orang Peloni daripada keturunan Efraim, bertanggungjawab atas kumpulan ketujuh yang bertugas pada bulan ketujuh. Terdapat 24,000 orang dalam kumpulannya. 11 Sibekai,+ seorang lelaki daripada keturunan Zerah+ yang berasal dari Husa, bertanggungjawab atas kumpulan kelapan yang bertugas pada bulan kelapan. Terdapat 24,000 orang dalam kumpulannya. 12 Abi-ezer,+ orang Anatot+ daripada keturunan Benyamin, bertanggungjawab atas kumpulan kesembilan yang bertugas pada bulan kesembilan. Terdapat 24,000 orang dalam kumpulannya. 13 Maharai,+ orang Netofa daripada keturunan Zerah,+ bertanggungjawab atas kumpulan ke-10 yang bertugas pada bulan ke-10. Terdapat 24,000 orang dalam kumpulannya. 14 Benaya,+ orang Piraton daripada keturunan Efraim, bertanggungjawab atas kumpulan ke-11 yang bertugas pada bulan ke-11. Terdapat 24,000 orang dalam kumpulannya. 15 Heldai, orang Netofa daripada keturunan Otniel, bertanggungjawab atas kumpulan ke-12 yang bertugas pada bulan ke-12. Terdapat 24,000 orang dalam kumpulannya.

16 Berikut ialah ketua-ketua suku Israel: Eliezer anak Zikhri, ketua suku Ruben; Shefatiya anak Maakha, ketua suku Simeon; 17 Hasabia anak Kemuel, ketua suku Lewi; Zadok, ketua keturunan Harun; 18 Elihu,+ abang Daud, ketua suku Yehuda; Omri anak Mikhael, ketua suku Isakhar; 19 Ismaya anak Obaja, ketua suku Zebulon; Yerimot anak Azriel, ketua suku Naftali; 20 Hoshea anak Azazia, ketua suku Efraim; Yoel anak Pedaya, ketua kepada setengah daripada suku Manasye; 21 Ido anak Zakharia, ketua kepada setengah daripada suku Manasye di Gilead; Yaasiel anak Abner,+ ketua suku Benyamin; 22 dan Azarel anak Yeroham, ketua suku Dan. Mereka semua ialah pemimpin-pemimpin suku Israel.

23 Daud tidak membanci orang yang berumur 20 tahun dan ke bawah, kerana Yehuwa telah berjanji bahawa Dia akan menjadikan orang Israel sebanyak bintang di langit.+ 24 Yoab anak Zeruya telah menjalankan pembancian itu, tetapi dia tidak menyelesaikannya. Tuhan menjadi murka terhadap umat Israel kerana pembancian itu.+ Oleh itu, jumlah orang Israel tidak dicatatkan dalam buku sejarah tentang zaman pemerintahan Raja Daud.

25 Azmawet anak Adiel bertanggungjawab untuk menjaga tempat penyimpanan harta milik raja.+ Yonatan anak Uzia bertanggungjawab untuk menjaga gudang-gudang* di ladang, di kota, di kampung, dan di menara. 26 Ezri anak Kelub bertanggungjawab atas para petani. 27 Simei, orang dari Rama, bertanggungjawab untuk menguruskan ladang anggur. Zabdi, orang dari Sefam,* bertanggungjawab untuk menguruskan hasil ladang anggur dan bekalan wain. 28 Baal-hanan, orang Geder, bertanggungjawab atas kebun pokok zaitun dan pokok ara+ di Syefela.+ Yoas bertanggungjawab atas tempat-tempat penyimpanan minyak. 29 Sitrai, orang Saron,+ bertanggungjawab untuk menjaga kawanan lembu di Saron. Safat anak Adlai pula bertanggungjawab untuk menjaga kawanan lembu di dataran rendah. 30 Obil, orang Ismael, bertanggungjawab untuk menjaga unta. Yehdeya dari Meronot bertanggungjawab untuk menjaga keldai. 31 Yaziz, orang Hagri, bertanggungjawab untuk menjaga kawanan bebiri dan kambing. Mereka semua ialah ketua-ketua yang menjaga harta milik Raja Daud.

32 Yonatan,+ iaitu anak saudara Daud, ialah seorang penasihat dan setiausaha. Dia seorang lelaki yang bijaksana. Yehiel anak Hakhmoni bertanggungjawab untuk menjaga anak-anak raja.+ 33 Ahitofel+ ialah penasihat raja, dan Husai,+ orang Arki itu, ialah sahabat* raja. 34 Selepas Ahitofel, Yehoyada anak Benaya+ dan Abiatar+ menjadi penasihat raja. Yoab+ pula ialah ketua angkatan tentera raja.

28 Daud memanggil semua pemimpin orang Israel ke Yerusalem. Dia memanggil semua ketua suku, ketua kumpulan+ yang berkhidmat kepada raja, ketua atas 1,000 orang, ketua atas 100 orang,+ dan ketua yang menjaga segala harta benda dan ternakan milik raja+ dan anak-anaknya.+ Dia juga memanggil pegawai istana dan semua lelaki yang berkebolehan dan gagah perkasa.+ 2 Kemudian Raja Daud berdiri dan berkata,

“Dengarlah, hai saudara-saudara dan rakyat beta! Beta berhasrat untuk membina sebuah rumah yang tetap untuk tabut perjanjian Yehuwa. Rumah itu akan menjadi alas kaki Tuhan kita.+ Beta telah membuat persiapan untuk membina rumah itu.+ 3 Tetapi Tuhan yang benar berfirman kepada beta, ‘Engkau tidak akan membina sebuah rumah untuk memuliakan nama-Ku,+ kerana engkau telah banyak kali berperang dan menumpahkan darah.’+ 4 Walaupun begitu, Yehuwa, Tuhan orang Israel, memilih beta daripada seluruh keluarga ayahanda beta untuk menjadi raja Israel buat selama-lamanya.+ Dia memilih Yehuda sebagai pemimpin,+ dan daripada suku Yehuda, Dia memilih keluarga ayahanda beta.+ Kemudian daripada kalangan adik-beradik beta, Dia berkenan kepada beta dan memilih beta untuk menjadi raja seluruh Israel.+ 5 Yehuwa telah mengurniakan banyak putera kepada beta. Daripada kalangan putera beta,+ Dia telah memilih Salomo+ untuk duduk di atas takhta milik Yehuwa dan memerintah kerajaan Israel.+

6 “Tuhan berfirman kepada beta, ‘Anakmu Salomo akan membina sebuah rumah dan halaman rumah untuk-Ku. Aku telah memilihnya untuk menjadi anak-Ku, dan Aku akan menjadi bapanya.+ 7 Aku akan mengukuhkan pemerintahannya buat selama-lamanya+ jika dia mematuhi ketetapan dan hukum-hukum-Ku dengan sepenuh hati,+ seperti yang dilakukannya sekarang.’ 8 Oleh itu, beta berkata di hadapan semua orang Israel, sidang Yehuwa, dan di hadapan Tuhan kita: Kenalilah dan patuhilah semua hukum Yehuwa, Tuhanmu, agar engkau mendapat negeri yang baik+ dan mewariskannya kepada keturunanmu yang akan datang.

9 “Hai anakku, Salomo, hendaklah kamu mengenali Tuhan ayahandamu. Sembahlah Dia dengan sepenuh hati+ dan rela hati.* Hal ini demikian kerana Yehuwa menyelidiki hati semua orang,+ dan Dia tahu fikiran dan keinginan mereka.+ Carilah Dia, dan Dia akan membiarkan diri-Nya ditemukan olehmu.+ Namun jika kamu meninggalkan-Nya, Dia juga akan meninggalkan kamu buat selama-lamanya.+ 10 Wahai anakku, ingatlah bahawa Yehuwa telah memilih kamu untuk membina sebuah rumah yang akan menjadi tempat suci. Hendaklah kamu berani dan teguh, dan laksanakanlah tugasmu!”

11 Kemudian Daud memberikan pelan menara+ kepada Salomo, dan juga pelan bilik-bilik, termasuk bilik stor, bilik di bumbung, bilik di bahagian dalam Rumah Tuhan, dan bilik tempat pengampunan dosa.*+ 12 Daud memberi Salomo semua pelan yang telah disingkapkan kepadanya menerusi kuasa suci Tuhan, iaitu pelan halaman Rumah Yehuwa,+ pelan bilik-bilik makan di sekelilingnya, pelan tempat penyimpanan harta rumah Tuhan yang benar, dan pelan tempat penyimpanan alat-alat yang telah disucikan.+ 13 Selain itu, Daud memberikan arahan kepada Salomo mengenai pembahagian kumpulan para imam+ dan orang Lewi, pekerjaan yang harus dilakukan oleh mereka di Rumah Yehuwa, dan semua perkakas yang digunakan untuk tujuan ibadat di Rumah Yehuwa. 14 Daud memberikan petunjuk tentang berat emas dan perak yang harus digunakan untuk membuat semua perkakas bagi tujuan ibadat; 15 berat bagi pelbagai jenis kaki pelita emas+ dan pelita emas, dan berat bagi pelbagai jenis kaki pelita perak dan pelita perak; 16 berat emas bagi setiap meja untuk roti berlapis,*+ dan berat perak bagi meja-meja perak; 17 berat emas tulen bagi garpu, mangkuk, dan kendi, dan berat bagi setiap mangkuk emas yang kecil+ serta berat bagi setiap mangkuk perak yang kecil. 18 Daud juga menentukan berat emas murni yang harus digunakan untuk membuat mazbah tempat membakar kemenyan,+ dan untuk membuat kerub-kerub+ yang sayapnya terbentang sehingga membayangi tabut perjanjian Yehuwa. (Kerub-kerub itu melambangkan kereta kuda Tuhan.)+ 19 Daud berkata, “Yehuwa telah memberikan pemahaman kepada beta. Oleh itu, beta tahu cara melaksanakan semua perintah tentang kerja pembinaan ini, yang telah beta tulis dengan bimbingan-Nya.”+

20 Selepas itu, Daud berkata kepada anaknya Salomo, “Hendaklah kamu berani dan teguh, dan laksanakanlah tugasmu! Janganlah takut ataupun gentar, kerana Tuhan Yehuwa, Tuhan ayahanda, akan menyertai kamu.+ Dia tidak akan mengabaikan kamu atau meninggalkan kamu.+ Dia akan terus bersama kamu sehingga kerja pembinaan Rumah Yehuwa selesai. 21 Inilah pembahagian tugas di dalam Rumah Tuhan bagi para imam+ dan orang Lewi.+ Pekerja-pekerja yang mahir dalam pelbagai jenis tugas+ akan menolong kamu dengan rela hati. Para pemimpin+ dan segenap rakyat akan mentaati segala perintahmu.”

29 Raja Daud berkata kepada semua orang yang berkumpul di situ, “Tuhan telah memilih anakku Salomo.+ Tetapi dia masih muda dan tidak berpengalaman.*+ Lagipun projek pembinaan ini sangat besar kerana rumah* yang akan dibina itu bukan untuk manusia tetapi untuk Tuhan Yehuwa.+ 2 Beta telah mengerahkan segala usaha untuk membuat persiapan bagi pembinaan Rumah Tuhan. Beta telah membekalkan emas, perak, tembaga, besi,+ kayu balak,+ batu oniks, batu permata yang lain, batu-batu beraneka warna untuk hiasan, dan setiap jenis batu yang berharga serta batu pualam yang sangat banyak. 3 Selain itu, beta juga telah menyumbangkan emas dan perak daripada harta peribadi beta,+ kerana beta mencintai Rumah Tuhan.+ 4 Beta telah memberikan lebih daripada 102 tan* emas dari Ofir+ dan hampir 240 tan* perak tulen untuk melapisi dinding di dalam rumah itu, 5 dan untuk barang-barang emas dan perak yang harus dibuat oleh para tukang yang mahir. Sekarang, siapakah antara kamu yang rela memberikan sumbangan kepada Yehuwa pada hari ini?”+

6 Maka ketua puak, para pemimpin suku, ketua atas 1,000 orang, ketua atas 100 orang,+ dan ketua urusan diraja+ mara ke depan untuk memberikan sumbangan secara sukarela. 7 Mereka memberikan sumbangan berikut untuk rumah Tuhan yang benar: 171 tan* emas, 10,000 keping syiling emas,* 342 tan* perak, kira-kira 615 tan* tembaga, dan 3,420 tan* besi. 8 Semua orang yang memiliki batu berharga memberikannya kepada Yehiel,+ orang Gerson,+ untuk dimasukkan ke dalam tempat penyimpanan harta Rumah Yehuwa. 9 Mereka memberikan sumbangan kepada Yehuwa dengan sukarela dan dengan hati yang ikhlas. Mereka melakukannya dengan sukacita, dan Raja Daud juga sangat bersukacita.+

10 Kemudian Daud memuji Yehuwa di hadapan semua orang yang berhimpun di situ. Daud berkata, “Ya Yehuwa, Tuhan yang disembah Israel, nenek moyang kami, semoga Engkau dipuji buat selama-lamanya. 11 Ya Yehuwa, Engkaulah Tuhan yang agung,+ perkasa,+ mulia, unggul, dan mengagumkan!+ Segala sesuatu di langit dan di bumi ialah milik-Mu.+ Engkaulah pemerintah dan penguasa atas segala-galanya, ya Yehuwa.+ 12 Segala kekayaan dan kemuliaan ialah milik-Mu,+ dan Engkau berkuasa atas segalanya.+ Engkau memiliki kuasa+ dan kekuatan,+ dan dapat membuat sesiapa sahaja menjadi orang kuat.+ 13 Ya Tuhan kami, sekarang kami ingin mengucapkan syukur kepada-Mu, dan kami ingin memuji nama-Mu yang indah.

14 “Siapalah aku dan rakyatku ini, sehingga Engkau mengurniakan peluang kepada kami untuk memberikan sumbangan kepada-Mu? Segala sesuatu berasal daripada-Mu, dan apa yang kami berikan kepada-Mu ialah kepunyaan-Mu juga. 15 Seperti nenek moyang kami, kami hanyalah penduduk asing dan penduduk sementara di hadapan-Mu.+ Hidup kami di bumi ini bagaikan bayang-bayang+ dan tidak ada harapan. 16 Ya Yehuwa, Tuhan kami, kami telah menyediakan banyak barang berharga untuk membina sebuah rumah untuk-Mu dan untuk nama-Mu yang suci. Tetapi sebenarnya semua ini berasal daripada tangan-Mu sendiri, dan semuanya ialah milik-Mu. 17 Ya Tuhanku, aku tahu bahawa Engkau memeriksa hati orang,+ dan Engkau berkenan kepada orang yang setia.*+ Dengan tulus hati dan rela, aku memberikan semua barang berharga ini kepada-Mu. Aku sangat bersukacita kerana melihat semua orang yang berkumpul di sini memberikan sumbangan kepada-Mu dengan rela hati. 18 Ya Yehuwa, Tuhan yang disembah oleh Abraham, Ishak, dan Israel, nenek moyang kami, bantulah semua orang ini untuk terus memiliki sikap suka memberi dan untuk menyembah-Mu dengan sepenuh hati.+ 19 Kurniailah anakku Salomo keinginan yang sungguh-sungguh+ untuk mematuhi semua hukum-Mu,+ perintah-Mu, dan peraturan-Mu. Bantulah dia untuk melakukan semua itu dan untuk membina Rumah-Mu* yang persiapannya telah kusediakan.”+

20 Kemudian Daud berkata kepada semua orang yang berada di situ, “Sekarang, pujilah Yehuwa, Tuhan kamu!” Maka mereka semua memuji Yehuwa, Tuhan nenek moyang mereka, dan mereka membongkok serta bersujud di hadapan Yehuwa dan Raja Daud. 21 Mereka terus mempersembahkan korban bakar dan korban yang lain+ kepada Yehuwa sehingga keesokan harinya. Mereka mempersembahkan 1,000 ekor anak lembu jantan, 1,000 ekor biri-biri jantan, dan 1,000 ekor anak biri-biri jantan. Mereka juga mempersembahkan wain untuk korban-korban itu.+ Semua korban itu telah dipersembahkan kepada Yehuwa demi seluruh Israel.+ 22 Pada hari itu, mereka makan dan minum di hadapan Yehuwa dengan penuh sukacita.+ Kemudian untuk kali kedua, mereka mengisytiharkan Salomo anak Daud sebagai raja dan pemimpin di hadapan Yehuwa,+ dan Zadok sebagai imam.+ 23 Maka Salomo duduk di atas takhta Yehuwa+ untuk menggantikan bapanya Daud. Salomo menjadi raja yang berjaya, dan segenap umat Israel mematuhinya. 24 Semua pemimpin,+ pahlawan yang gagah,+ dan anak-anak Raja Daud+ yang lain tunduk kepada Raja Salomo. 25 Yehuwa mengangkat Salomo dan menjadikannya raja yang agung di hadapan seluruh Israel. Dia mengurniai Salomo kemuliaan yang tidak pernah dimiliki raja-raja sebelumnya.+

26 Daud anak Isai telah memerintah seluruh Israel 27 selama 40 tahun. Dia memerintah di Hebron selama 7 tahun,+ dan di Yerusalem selama 33 tahun.+ 28 Dia seorang raja yang kaya dan terhormat. Dia menikmati umur yang panjang dan puas hati dengan kehidupannya.+ Apabila dia meninggal, anaknya Salomo menggantikannya sebagai raja.+ 29 Kisah hidup Raja Daud dari mula sampai akhir telah ditulis dalam catatan Nabi* Samuel, Nabi Natan,+ dan Gad+ yang menyampaikan penglihatan daripada Tuhan. 30 Catatan mereka menceritakan kisah tentang pemerintahannya, kekuatannya, dan peristiwa-peristiwa yang berlaku kepada dirinya, kepada Israel, dan kepada kerajaan-kerajaan di sekelilingnya.

Harfiah, “bapa.”

Berikut ialah anak-anak lelaki Aram. Lihat Kej 10:23.

Maksudnya “Terbahagi-bahagi.”

Maksudnya “Pembawa Malapetaka.” Dia juga dikenali sebagai Akhan di Yos 7:1.

Juga dipanggil Kaleb di ayat 18, 19, dan 42.

Juga dipanggil Khelubai di ayat 9.

Juga dipanggil Khelubai di ayat 9.

Harfiah, “bapa.”

Nama Yabes berkaitan dengan perkataan Ibrani yang bermaksud “kesakitan.”

Maksudnya “Lembah Tukang.”

Mungkin merujuk kepada Bitia di ayat 18.

Gelaran bagi raja Mesir.

Harfiah, “bapa.”

Harfiah, “rumah-rumah.”

Harfiah, “telah mencemari katil bapanya.”

Iaitu, Yerobeam II.

Juga dipanggil Gerson di ayat 1.

Harfiah, “rumah.”

Atau mungkin, “sebuah kota” seperti yang tercatat di Yos 21:13.

Atau mungkin, “sebuah kota” seperti yang tercatat di Yos 21:21.

Maksudnya “Dalam Kesusahan.”

Atau “Yehosua,” yang bermaksud “Yehuwa ialah Penyelamatan.”

Atau mungkin, “Gaza.” Tidak merujuk kepada Gaza di Filistia.

Juga dipanggil Somer di ayat 32.

Barangkali dia ialah “Hotam” di ayat 32.

Atau mungkin, “setelah dia menghalau isteri-isterinya, iaitu Husyim dan Baara.”

Juga dipanggil Ish-boset.

Juga dipanggil Mefiboset.

Atau “dan orang Netinim.” Harfiah, “orang yang diberikan.”

Atau “pelihat.”

Atau “menjadi pengawal pintu yang gagah.”

Atau “bilik-bilik makan.”

Lihat Kamus.

Iaitu, roti yang dipersembahkan.

Atau “bilik-bilik makan.”

Atau “merebahkan dirinya ke atas pedang itu.”

Atau “merebahkan dirinya ke atas pedang itu.”

Atau “di dataran rendah.”

Atau “mengambil senjatanya.”

Atau “meletakkan senjata.”

Atau “ialah saudara-mara.”

Ibrani, mil·loh’ʹ yang bermaksud “timbunan tanah.” Lihat Kamus.

Atau “penyelamatan.”

Atau “Dataran Rendah.”

Harfiah, “5 hasta.” Lihat Lampiran B14.

Lihat Kamus.

Senjata yang berupa tali, yang digunakan untuk melontar batu.

Mungkin menggambarkan wajah mereka atau keberanian mereka di medan perang.

Biasanya dipanggil roh kudus. Lihat Kamus.

Atau “dari Shihor.” Iaitu, salah satu cabang Sungai Nil.

Atau “ke pintu masuk kota Hamat.”

Atau mungkin, “di antara.”

Kerub ialah malaikat yang berpangkat tinggi.

Proses memisahkan buah daripada tangkai.

Atau “tidak senang hati.”

Maksudnya “Melepaskan Kemurkaan terhadap Uzah.”

Mungkin merujuk kepada kota Gat-rimon.

Atau “pembina tembok.”

Atau “Dataran Rendah.”

Maksudnya “Perempuh yang Terulung.”

Atau “dewa dewi.”

Atau “dataran rendah.”

Harfiah, “di depan pokok baka.”

Harfiah, “Alamot.” Lihat Kamus.

Harfiah, “Syeminit.” Lihat Kamus.

Lihat Kamus.

Harfiah, “mengingati.”

Atau “Mainkanlah muzik bagi-Nya.”

Atau mungkin, “Umumkanlah.”

Atau “perintah-Nya.”

Atau “dihormati.”

Atau mungkin, “Bersujudlah kepada Yehuwa kerana kesucian-Nya berseri-seri.”

Atau “kamu terketar-ketar di hadapan-Nya!”

Atau “telah.”

Atau “Semoga begitu!”

Atau “mazbah untuk korban bakar.”

Harfiah, “akan membina sebuah rumah untukmu.”

Atau “yang penting.”

Atau “dengan niat hati-Mu.”

Atau “penyelamatan.”

Atau “penyelamatan.”

Lihat Lampiran B14.

Harfiah, “Aram-naharaim.”

Iaitu, Sungai Efrat.

Iaitu, pada musim bunga.

Lihat Kamus.

Harfiah, “1 talenta.” Lihat Lampiran B14.

Atau mungkin, “Penentang.”

Atau “sedih.”

Lihat Lampiran B14.

Atau “tidak bersedia.”

Daripada perkataan Ibrani yang bermaksud “Aman.”

Harfiah, “100,000 talenta.” Lihat Lampiran B14.

Harfiah, “1,000,000 talenta.”

Nampaknya berbeza daripada Simei di ayat 7.

Nampaknya merujuk kepada Simei di ayat 7.

Atau “Zizah” di ayat 11.

Iaitu, roti yang dipersembahkan.

Atau “jumlah.”

Atau “Bilangan ketua.”

Atau “yang telah dikhaskan untuk Tuhan.”

Atau “Pelihat.”

Juga dipanggil Selomot di ayat 25 dan 26.

Atau “tempat-tempat penyimpanan harta.”

Atau mungkin, “Sifmot.”

Atau “penasihat.”

Atau “senang hati.”

Atau “bilik di mana terletaknya penutup.” Merujuk kepada penutup tabut.

Iaitu, roti yang dipersembahkan.

Atau “tidak bersedia.”

Atau “istana.”

Harfiah, “3,000 talenta.” Lihat Lampiran B14.

Harfiah, “7,000 talenta.”

Harfiah, “5,000 talenta.”

Harfiah, “10,000 darik,” iaitu duit syiling emas Persia. Lihat Lampiran B14.

Harfiah, “10,000 talenta.”

Harfiah, “18,000 talenta.”

Harfiah, “100,000 talenta.”

Atau “orang yang berintegriti.”

Atau “istana-Mu.”

Atau “Pelihat.”

    Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Bahasa Isyarat Malaysia
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi